creepyposta @creepyposta Channel on Telegram

creepyposta

@creepyposta


Author.

creepyposta (English)

Welcome to creepyposta, a channel dedicated to all things creepy and mysterious! Are you fascinated by horror stories, urban legends, and supernatural phenomena? Then this is the perfect place for you. Our author curates a collection of spine-chilling tales that will keep you on the edge of your seat. From ghostly encounters to unexplained mysteries, creepyposta offers a diverse range of content for fans of the paranormal. Join us on a journey into the unknown, where the line between reality and fiction blurs. Dare to explore the darker side of storytelling with us. Follow @creepyposta for your regular dose of scares and thrills. Who knows what eerie secrets you might uncover next?

creepyposta

26 Jul, 11:38


Ramlah yang turut dipanggil sebagai saksi memaklumkan bahawa sepanjang dia bekerja sebagai pembantu rumah, hubungan Suhaimi dan Faizah ‘sangat baik’ malah ‘mereka saling mencintai’. Ramlah juga mendakwa dia pernah beberapa kali ternampak Faizah menangis sendirian namun tidak pernah mencampuri urusan peribadi majikannya.

“Tapi pada hari kejadian, Encik dan Mak Encik baik-baik sahaja macam biasa,” kata Ramlah yang kini sudah pulang semula ke kampung halamannya.

JUSTICE FOR FAIZAH - OR NOT?
Pada 11 Oktober 1999, Suhaimi telah didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Faizah. Jika disabitkan kesalahan, Suhaimi boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Laporan forensik memaklumkan terdapat 31 kesan tikaman dalam di keseluruhan tubuh si mati seperti leher, tangan, kaki dan dada. Kesan tikaman itu selari dengan kesan seseorang yang cuba mempertahankan diri.

Dr. Rabai’ah, ahli psikiatri forensik —juga Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta— yang merawat Suhaimi memaklumkan tertuduh mengalami ‘delusional disorder’ yang mendorongnya berasa cemburu melampau selain mengalami gangguan halusinasi.

“Tertuduh mendengar ‘suara-suara aneh’ yang mendakwa Faizah telah bermain kayu tiga,” kata ahli psikiatri itu yang menyifatkan Suhaimi seorang pesakit mental yang pendiam ataupun pasif.

Peguambela meggunapakai Seksyen 84 Kanun Keseksaan yang menetapkan bahawa seandainya seseorang itu tidak waras dan tidak tahu perbuatannya itu salah semasa kejadian, dia boleh dianggap sebagai ‘tidak melakukan kesalahan’.

Selepas rentetan perbicaraan kes, Mahkamah Tinggi akhirnya memutuskan pada 17 Ogos 2001 bahawa Suhaimi berada dalam keadaan tidak waras ketika dia membunuh isterinya, dan dibebaskan.

Mahkamah juga mengarahkan Suhaimi menjalani rawatan psikiatrik di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak. Selepas beberapa tahun di sana, atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Suhaimi dibenarkan dijaga oleh ayahnya di Kemaman, Terengganu.

ISU HARTA ISTERI - WHO GETS THE MONEY?
Pada 15 Januari 2009, nama Suhaimi kembali menjadi sebutan selepas Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan permohonan Amanah Raya Berhad menggugurkan nama Suhaimi daripada senarai penerima harta peninggalan Allahyarham isterinya.

Hakim semasa memutuskan perkara itu berkata Suhaimi terhalang atau hilang kelayakan sebagai waris Faizah, mengikut mazhab Syafie yang diamalkan oleh mahkamah di Selangor dan pembunuhan yang dilakukan dianggap mempercepatkan perwarisan harta Allahyarham kepada Suhaimi.

Keputusan itu dibuat bagi menjaga kepentingan anggota keluarga Faizah yang lebih berhak ke atas harta peninggalannya berjumlah RM319,445.02.

Amanah Raya juga memohon membatalkan Sijil Pembahagian Harta (Faraid) bertarikh 13 Oktober 2000 dengan mengeluarkan nama Suhaimi sebagai penerima pusaka dan memohon supaya sijil baharu dikeluarkan.

Dengan itu, Suhaimi secara undang-undang tidak layak menerima sebarang harta peninggalan isterinya.

—TAMMAT—

creepyposta

26 Jul, 11:38


SIHIR PEMISAH ATAU SAKIT MENTAL - The Petronas Geologist Who Murdered His Wife

👨🏻 Muhamad Suhaimi Abdul Aziz
🧕🏻 Faizah Arshad
🏠 Damansara Heights
📅 September 1999

UXORICIDE - A person who kills his wife.
from Latin ‘uxor’ meaning wife.

This is the shocking story ↓

SUNDAY, BLOODY SUNDAY
AHAD 26 SEPT 1999 — Faizah Arshad bangun awal seperti biasa pagi itu untuk menyediakan sarapan dengan bantuan Ramlah, pembantu rumah warga Thailandnya.

Rumah teres dua tingkat di kejiranan T20 Bukit Damansara, Kuala Lumpur itu didiami oleh pasangan suami isteri Muhamad Suhaimi Abdul Aziz, 39, dan isterinya Faizah, serta anak-anak mereka Mohd Fariz, Sarah dan Mohd Syafiq. Suhaimi bertugas sebagai ahli geologis dan Faizah pula eksekutif sumber manusia. Mereka merupakan kakitangan Petronas.

BREAKFAST
Selesai bersarapan, Faizah keluar ke pasar raya membeli barang keperluan dapur ditemani oleh Ramlah dan anak bungsunya. Suhaimi pula berehat di rumah bersama dua lagi anak mereka.

Faizah pulang dua jam kemudian dan terus ke dapur menyediakan sajian makan tengah hari. Suhaimi ketika itu sedang menonton televisyen di ruang tamu.

LUNCH
Sekitar 1 tengah hari, mereka sekeluarga makan bersama sambil bersembang kosong hal-hal sekolah dan keluarga. Selesai makan, mereka berehat pula di ruang tamu.

Ramlah yang menghormati privasi majikannya meminta izin naik ke atas untuk mandi dan solat Zuhur di biliknya. Setengah jam kemudian, Ramlah turun semula dan ternampak Faizah bersama anak bungsunya sedang asyik menonton TV manakala Suhaimi pula dikatakan sedang termenung seorang diri di meja makan.

Tugas mengemas dapur dan mencuci pinggan mangkuk diuruskan Ramlah dengan cermat dan cekap. Dia naik semula ke atas untuk melelapkan mata seketika selepas kerjanya selesai.

MADNESS STRIKES
Menurut laporan akhbar theSun, Sarah sedang bermain dengan adik bungsunya sekitar pukul 4 petang ketika dia terdengar jeritan ibunya. Dia bergegas mencari ibunya dan ternampak bapanya yang bersenjatakan sebilah pisau menendang dengan ganas pintu bilik mandi rumah mereka. Ibunya yang berada di dalam sedang meraung meminta tolong.

Sarah berlari ke atas mencari Ramlah yang sedang tidur dan memberitahunya apa yang sedang berlaku. Mereka berdua segera ke bawah dan menjadi saksi bagaimana Suhaimi sedang menikam Faizah bertubi-tubi.

Ramlah yang terkejut dengan kejadian ngeri itu melarikan diri ke luar rumah dan bersembunyi di belakang sebuah kereta. Sarah hanya mampu terpegun kaku sambil menangis teresak-esak melihat bapanya keluar dari bilik mandi dengan pakaian dan kaki yang berlumuran darah.

Faizah yang tertiarap di dalam bilik mandi dikatakan masih bernafas tetapi sudah nazak. Pisau yang digunakan Suhaimi untuk menikamnya berada di hujung kakinya.

THE PHONE CALL
Setelah bapanya meninggalkan lokasi kejadian dengan memandu kereta miliknya, barulah Sarah memberanikan diri menelefon datuk dan neneknya di Kluang.

“Mama dah mati. Papa bunuh mama,” katanya kepada neneknya sambil menangis teresak-esak.

Jiran tetangga yang dimaklumkan oleh Ramlah segera datang untuk memberikan pertolongan, malangnya Faizah sudah meninggal dunia sesampainya di hospital.

WHAT HAPPENED?
Ahli keluarga dan kenalan rapat yang mengenali pasangan ini sungguh terkejut dan hairan dengan kejadian ini, tambahan pula Suhaimi dan Faizah disifatkan sebagai pasangan bahagia dan mereka baharu saja dilihat keluar bersama-sama ke sebuah karnival seminggu sebelum hari kejadian.

THE HUNT BEGINS
Cubaan polis memburu Suhaimi di Lembah Klang tidak membuahkan sebarang hasil kerana dia tidak berjaya dikesan.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Suhaimi diberkas dua hari kemudian selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan dua lori tangki minyak Petronas di Terengganu.

Suhaimi mengalami kecederaan parah dan mendapat rawatan di Hospital Kuantan selama sepuluh hari sehingga kesihatannya beransur pulih sebelum diserahkan kepada polis Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

BIBIK’S POV

creepyposta

16 Jul, 16:13


BISIKAN CHUCKY & SLENDERMAN — Remaja Bunuh Anak Jiran 5 Tahun

Adakah filem Chucky dan Slenderman sesuai ditonton kanak-kanak di bawah usia 13 tahun? Benarkah Chucky mampu menghasut untuk membunuh?

This is the story of a girl who had a morbid obsession with Chucky.

Tanggal 6 Mac 2020, Indonesia digemparkan dengan berita pembunuhan tragis seorang kanak-kanak perempuan lima tahun oleh seorang remaja berusia 15 tahun.

GEMPAR
Pembunuhan ini dilakukan di daerah Sawah Besar, Jakarta Pusat pada 5 Mac 2020 dan mula mendapat liputan meluas selepas remaja itu, yang hanya dikenali sebagai NF hadir secara sukarela ke Balai Polis Tamansari pada keesokan harinya untuk menyerah diri.

Kehilangan kanak-kanak malang itu telah dilaporkan kepada pihak polis oleh keluarga mangsa pada 5 Mac namun mereka diminta bersabar dan memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

NF yang menyedari kekecohan di kejiranannya mengambil keputusan membuat pengakuan di balai polis keesokan harinya.

CHILLING CONFESSION
Remaja tersebut sempat memuat naik sebuah hantaran di Facebook miliknya pagi itu:

“Balita tak bernyawa itu masih di lemari bajuku. Banyak warga mencarinya. Pak RW selaku polisi dan Pak RT yang memeriksa rumahku seluruhnya tak ada satu pun dari mereka yang menemukannya. Tak ada satu pun yang tau aku pelakunya. Oke besok siap berserah diri”

NF juga memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan kakinya berserta kapsyen ‘OTW’ yang bermaksud ‘dalam perjalanan’.

SO WHAT REALLY HAPPENED?
NF hadir sendirian ke Balai Polis Tamansari pada 6 Mac 2020 jam 10 pagi. Dia membuat pengakuan membunuh seorang kanak-kanak di rumah keluarganya di Sawah Besar, Jakarta. Pengakuan tersebut pada mulanya dianggap gurauan oleh pihak polis namun mereka masih memeriksa lokasi kejadian dan menemukan sekujur tubuh kanak-kanak lima tahun didalam almari pakaian di rumah keluarga NF.

Remaja itu seterusnya ditahan untuk siasatan lanjut manakala pihak forensik mula mengumpul bahan bukti di lokasi kejadian.

WHY DID YOU KILL?
Siasatan mendapati suspek yang tinggal bersama ayah kandung dan ibu tirinya dengan sengaja telah melemaskan mangsa di dalam tab mandi rumahnya sebelum menyimpan mayatnya di dalam almari pakaian. NF berkata perasaan ingin membunuhnya mencapai kemuncak pada hari itu dan dia berasa ‘lega dan berpuas hati’ selepas selesai melakukannya. Remaja perempuan itu juga tidak menunjukkan sebarang tanda kekesalan sepanjang sesi soal siasat meskipun mangsa merupakan anak kepada jiran tetangga yang sudah lama dikenalinya.

THE DAY THE KID WAS KILLED
Kanak-kanak malang itu berada di rumah suspek pada petang hari kejadian kerana dia merupakan kawan sepermainan kepada adik suspek. Ketika sedang bermain, remaja perempuan itu meminta mangsa mengambil mainan di dalam tab mandi.

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa akur dengan permintaan tersebut. Suspek yang mengekorinya dari belakang membenamkan kepala dan melemaskannya di dalam tab selama lima minit. Mayat kanak-kanak itu kemudian disembunyikan di dalam sebuah baldi besar yang ditutup dengan cadar. Lebih menyayat hati, ibu bapa mangsa pernah beberapa kali masuk ke dalam bilik mandi tersebut untuk mencari anak mereka.

NF pada mulanya mahu melupuskan mayat kanak-kanak itu dengan membawanya ke lokasi lain namun tubuhnya yang bersaiz kecil tidak mampu mengangkat mayat mangsa seorang diri. Oleh kerana hari sudah lewat petang, dia menyembunyikan mayat itu di dalam almari pakaian di bilik tidurnya.

Keesokan harinya, sewaktu dalam perjalanan ke sekolah, suspek menukar pakaian seragamnya kepada pakaian biasa dan pergi ke balai polis untuk menyerah diri.

CHUCKY AND SLENDERMAN
Siasatan polis mendapati suspek, sebagaimana remaja lain seusianya, sangat meminati filem-filem bergenre seram. Namun NF dikatakan obses dengan watak Chucky, boneka pembunuh dari filem Child’s Play (1988), serta Slender Man, watak urban legend yang digambarkan sebagai lelaki tinggi lampai, tanpa wajah, bersut hitam serta bertali leher merah. Slenderman disifatkan sebagai pembunuh dan penculik kanak-kanak.

RED FLAGS!

creepyposta

16 Jul, 16:13


Polis telah menemukan koleksi lukisan Slenderman milik suspek dengan luahan hati dalam bahasa Inggeris serta beberapa lakaran menunjukkan wanita sedang menitiskan air mata dan didera dengan kapsyen: “Keep Calm And Give Me Torture” — Kekal Tenang Dan Seksalah Aku.

Polis juga menemukan papan putih di dalam bilik tidur mangsa yang antara lainnya tertulis:
-Kalimah Bismillah.
-I will always love you. Who? Unknown.
-Tidak membenci. Hanya saja aku lemas tenggelam dalam emosi.
-Mau siksa baby? Dengan senang hati atau enggak tega?

Selain mahu membunuh orang, NF juga dikatakan mempunyai satu lagi sifat luar tabii: Membunuh haiwan tidak berdosa. Dia turut mengaku pernah membunuh kucing peliharaannya sendiri.

MENTAL ILLNESS?
Memandangkan gangguan emosi dan naluri ganas suspek disifatkan terlalu luar biasa untuk remaja seusianya, polis meminta pakar perubatan memeriksa kesihatan mental suspek.

NF dibawa ke Hospital Kramat Jati, Jakarta Timur pada 8 Mac 2020 untuk menjalani pemeriksaan psikiatri. Pakar perubatan terkejut apabila mendapati suspek sedang hamil dan pernah menjadi mangsa nafsu buas orang sekelilingnya.

NF - A SUSPECT AND A VICTIM
Pendedahan mengejutkan ini meletakkan remaja perempuan tersebut dalam dua situasi rumit:
-sebagai suspek
-sebagai mangsa

Dia menamakan tiga suspek yang bertanggungjawab menghamilkannya:
-bapa saudara pertamanya
-bapa saudara keduanya
-boyfriendnya

Ketiga-tiga mereka segera ditahan sejurus maklumat disalurkan. Pada Ogos 2020, Mahkamah Daerah Jakarta Pusat menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada NF kerana didapati bersalah membunuh kanak-kanak berusia lima tahun. Suspek dijatuhkan hukuman penjara dan ditempatkan di Lembaga Penyelenggaraan Kesejahteraan Sosial (LPKS). Ketika di penjara, pihak kerajaan membenarkan NF menyambung pelajarannya seperti biasa.

creepyposta

10 Jul, 11:53


S3X TRYST GOES WRONG - The Senseless Death Of Voon Su Ching

👩🏻 Voon Su Ching → Wife
🧔🏻‍♂️ Wong Poh Yen → Husband
👨🏻 Haji Harith Haji Bakir → Lover
🏠 Jaga Rumah Member
🍆 Mati Selepas Berzina
🧱 Mayat Dalam Tembok
🇲🇾 Warga Malaysia
🇧🇳 Warga Brunei

Clever-clever squirrel jump...

Suami kepada seorang wanita warga Malaysia yang juga pemilik premis cuci kereta dan kedai mekanik di Brunei membuat laporan polis pada 13 Februari 2013 setelah isterinya tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli kek hari lahir sejak 11 pagi untuk anak tunggal lelaki mereka.

Mayat Voon Su Ching, 39, ditemui lima hari kemudian di dalam keadaan mereput dan bersimen di dalam kawasan rumah banglo milik rakannya yang pulang ke kampung sempena Tahun Baharu Cina.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Kelincahan Su Ching menduakan suaminya akhirnya terbongkar dengan penemuan mayatnya.

So what actually happened to this beloved wife and mother?

Menurut laporan media tempatan, Su Ching telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki berusia 49 tahun yang bertugas sebagai kaunselor di sebuah institut pengajian tinggi. Hubungan terlarang Haji Harith Haji Bakir dengan Su Ching turut diketahui rakan-rakan rapat mereka berdua yang menyifatkan mendiang seorang yang periang, peramah dan gemar berjenaka.

Su Ching menggunakan alasan mahu keluar membeli kek anaknya untuk bertemu dan melepaskan rindu dendam bersama kekasih gelapnya yang berstatus suami orang anak empat di rumah banglo milik sahabatnya yang pulang ke Tawau sempena hari perayaan.

Wanita itu dikatakan sesak nafas dan jatuh rebah di dalam kamar tidur selepas melakukan hubungan seks dengan kekasihnya. Haji Harith yang panik memeriksa tubuh Su Ching dan mendapati wanita itu sudah mati.

TAHUKAH ANDA?
Walaupun hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina dan seks sejenis dikuatkuasakan sejak April 2019 di Brunei di bawah pindaan undang-undang Syariah yang sebelum ini ditunda selama empat tahun ekoran kritikan antarabangsa yang diterima, jenayah zina yang berlaku sebelum penguatkuasaan hukum hudud di Brunei masih boleh dijatuhkan hukuman berat.

Haji Harith yang panik dengan kematian mengejut Su Ching mengambil keputusan untuk membuang mayat wanita itu ke dalam parit di belakang rumah banglo tersebut yang seterusnya ditutup dengan lapisan zink dan timbunan pelepah kelapa dan daun kering.

Lelaki itu kemudian membersihkan kamar tidur tempat mereka beraksi sebelum memandu kereta Su Ching dan meninggalkannya di tepi pencawang elektrik tidak jauh dari kejiranan tempat kejadian.

Dia kemudian berjalan kaki pulang ke banglo itu dan melarikan beg tangan Su Ching berisi BND7,000 (RM24,332) tunai selain seutas loket emas. Menganggap kerja-kerja pembersihannya sudah selesai, Haji Harith kemudian memandu keretanya meninggalkan kediaman itu untuk pulang ke pangkuan isteri dan anak-anaknya.

SADDEST VALENTINE DAY
Su Ching yang tak kunjung pulang mencetuskan kebimbangan suaminya, Wong Poh Yen. Telefon bimbit isterinya yang gagal dihubungi sehingga keesokan harinya memaksa Poh Yen membuat laporan polis pada Hari Valentine, tanggal 14 Februari 2013.

Bertindak atas maklumat, pihak polis menyoal siasat semua kenalan rapat Su Ching yang akhirnya mengakui wanita itu berselingkuh di belakang suami dan anaknya dengan seorang lelaki Brunei bernama Haji Harith.

Sewaktu dipanggil ke balai polis untuk diambil keterangan, Haji Harith berbohong dan berkata kali terakhir dia menghubungi Su Ching ialah pada 13 Februari untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina.

Pihak polis Brunei yang merasakan jawapan Haji Harith itu cukup memuaskan sebagai alibi untuk membuktikan dia tidak bersalah, melepaskan lelaki itu.

Haji Harith walau bagaimanapun dirundung perasaan takut dan bersalah. Tanggal 16 Februari, dia menggunakan sebahagian dari wang milik Su Ching untuk membeli batu-bata dan simen menggunakan nama samaran ‘Ali bin Ahmad’ (LOL).

creepyposta

10 Jul, 11:53


Bahan-bahan itu digunakan untuk menutupi mayat Su Ching di dalam parit agar tubuh yang mula mereput dan membusuk itu tidak dapat dihidu jiran tetangga dan pemilik banglo berkenaan yang akan pulang tidak lama lagi.

Pemandu lori yang ditugaskan untuk menghantar barang-barang itu kemudian diupah untuk menutupi parit tersebut dengan simen dan membina tembok setinggi tiga meter di atasnya.

Like WTF bruh?

Betullah kata orang tua-tua, ketakutan boleh mendorong kita mengambil tindakan drastik yang tak terjangkau dek akal.

Setelah berpuas hati dengan hasil kerja pemandu lori itu membina tembok hentah hapa-hapa setinggi tiga meter di belakang banglo itu, Haji Harith pun pulang ke pangkuan isteri dan anak-anaknya di rumah.

WTF IS THAT?
Mary, pemilik banglo berkenaan yang juga sahabat Su Ching, pulang ke Brunei dari Tawau pada 17 Februari. Kewujudan tembok batu-bata setinggi tiga meter di belakang rumahnya mencetuskan rasa curiga, apatah lagi bila terdapat bau yang kurang menyenangkan seperti bangkai dari binaan berkenaan. Lalat yang mengerumuni batu-bata yang kelihatan lembab semakin menimbulkan rasa kurang senang Mary.

Mary membuat laporan polis namun malangnya aduan tersebut tidak diendahkan polis Brunei.

Tanggal 18 Februari, Poh Yen yang masih menunggu khabar berita dari isterinya menemukan segugus kunci pendua banglo Mary. Teruja dengan penemuan itu, Poh Yen pergi ke sana bersama adik iparnya dengan harapan isterinya ada di rumah Mary.

“Ya, memang Su Ching ada datang rumah I tolong tengok-tengok dan kemaskan apa patut sepanjang I balik kampung. Tapi dia datang sehari tu jelah, lepas tu dia balik,” kata Mary kepada suami sahabatnya.

“Tapi kan, I nak you tengok tembok belakang rumah I ni. Pelik sebab waktu I tinggalkan rumah benda tu tak ada. Alih-alih bila I balik, benda tu tersergam macam tu. Dahlah bau busuk,” tambahnya.

Poh Yen yang turut curiga cuba mencari kedai di sekitar pekan tempat mereka tinggal tempat yang menjadi lokasi pembelian batu-bata dan simen itu. Pencariannya membuahkan hasil apabila sebuah kedai mengaku pernah menghantar bahan-bahan itu ke banglo Mary atas nama Ali bin Ahmad.

Selepas mendapatkan nombor telefon Ali dari kedai tersebut, Poh Yen menghubunginya dan meminta lelaki itu hadir ke kediaman Mary secepat mungkin untuk bertanyakan tentang tembok aneh setinggi tiga meter itu.

Haji Harith yang masih menyembunyikan identiti sebenarnya di telefon bersetuju untuk pergi ke rumah Mary. Poh Yen yang ternyata lebih bijak telah menghubungi polis terlebih dahulu dan meminta mereka agar bersiap sedia di sana untuk bertemu dengan Ali. Alangkah terkejutnya polis apabila mendapati Ali dan Haji Harith adalah orang yang sama!

Haji Harith dibawa ke balai polis untuk sesi lanjutan soal siasat. Selepas berkali-kali menidakkan pembabitannya di dalam kes Su Ching, lelaki itu akhirnya mengaku bahawa dialah yang meminta agar mayat Su Ching di dalam parit itu ditutup dengan simen dan tembok batu-bata.

Pihak bomba dan polis bergegas semula ke lokasi kejadian dan mengambil masa selama lima jam untuk memecahkan tembok dan simen tersebut. Mayat Su Ching dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat.

Pada 19 Februari, polis menemui bahan bukti baharu selepas menggeledah pejabat Haji Harith dan menemukan beg tangan Su Ching berisi baki dollar Brunei, kad pengenalan,kad kredit dan loket emas milik si mati.

POST-MORTEM REPORT
Keputusan makmal forensik mendapati TIDAK terdapat sebarang kesan kecederaan dan luka-luka pada mayat Su Ching, sekaligus menolak hipotesis mangsa telah didera dan diperkosa. Walau bagaimanapun organ dalamannya sudah mengalami proses pereputan yang teruk sehingga tidak membolehkan pihak forensik mengenal pasti tahap kesihatan mendiang dan punca kematiannya.

WHAT HAPPENED TO HAJI HARITH?
Haji Harith yang dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan memohon maaf kepada keluarga si mati dan meminta agar mahkamah meringankan hukuman penjaranya dengan alasan dia sudah kehilangan kerja dan masih terpaksa mencari nafkah untuk menyara isteri dan anak-anaknya.

creepyposta

10 Jul, 11:53


Ketua Hakim Dato Paduka Steven Chong bersetuju dengan rayuan tersebut dengan alasan ‘hukuman itu terlalu berat’ lalu mengurangkannya menjadi 12 bulan sebelum menurunkannya lagi kepada enam bulan selepas mengambil kira keadaan kesihatan tertuduh yang dikatakan semakin memburuk selepas peristiwa memalukan itu dilaporkan media tempatan.

Mahkamah juga mengarahkan Haji Harith membayar denda BND1,000 (RM3,476) dan wang ganti rugi BND1,328 (RM4,616) dalam tempoh seminggu kepada Poh Yen, suami mendiang, bersamaan dengan jumlah wang yang telah dibelanjakannya untuk membeli batu-bata dan simen.

Menurut seorang warga Brunei yang pernah mengikuti kes ini, Mahkamah Tinggi Brunei tidak berjaya membuktikan Haji Harith mempunyai sebarang niat untuk membunuh, dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya adalah untuk kesalahan mencuri wang si mati dan menyembunyikan mayat si mati.

creepyposta

25 Oct, 08:40


ALUNAN SERUNAI DAN PALUAN GENDANG PENCETUS ‘NAIK SHEIKH’ DI KENDURI KAHWIN

Video 1 → Pengantin Lelaki
Video 2 → Kakak Kepada Pengantin Perempuan

Insiden kedua dilaporkan berlaku di Kampung Pulau Nyior, Jitra, Kedah pada 10 September 2022.

creepyposta

09 Oct, 13:06


INGAT PESAN MAK SEBELUM TIDUR!
“Kak Ngah, sebelum masuk tidur jangan lupa basuh pinggan dalam sinki ya. Tulang-tulang ayam tu kumpul letak dalam beg plastik. Kang jin datang makan malam-malam,” begitulah pesan mak.

Tapi kita lalai.
Nak tahu apa jadi pukul 4:14 pagi?
Tengok.

creepyposta

05 Oct, 11:11


‘MAYBE HE DIED, AND THIS IS SOME KIND OF A MEMORIAL’

LOL.
Pesan orang tua-tua, kalau jumpa benda yang pelik di dalam sungai ataupun lautan, usahlah dikutip. Sumber air mengalir menjadi lokasi tempat pembuangan hantu syaitan.

Tapi kenapa orang putih tak kena apa-apa pun?