Buletin SMK JUGRA @buletintemasya Channel on Telegram

Buletin SMK JUGRA

@buletintemasya


Info SMK Jugra

Buletin SMK JUGRA (English)

Welcome to Buletin SMK JUGRA! This Telegram channel, with the username @buletintemasya, is your one-stop destination for all the latest information and updates about SMK Jugra. Whether you are a student, teacher, parent, or alumni of SMK Jugra, this channel is the perfect place for you to stay informed and connected

Who is Buletin SMK JUGRA? Buletin SMK JUGRA is a Telegram channel dedicated to providing information and updates related to SMK Jugra, a prominent school in the region. From academic news to extracurricular activities, this channel covers it all. It is a valuable resource for anyone associated with SMK Jugra who wants to stay up-to-date with the latest happenings in the school.

What is Buletin SMK JUGRA? Buletin SMK JUGRA is an information hub that aims to keep the SMK Jugra community informed about important events, announcements, and achievements of the school. Whether you are looking for details about upcoming exams, school projects, sports events, or any other news related to SMK Jugra, you can find it all on this channel. In addition to updates, Buletin SMK JUGRA also shares inspiring stories, motivational quotes, and tips for academic success.

If you are a part of the SMK Jugra community or simply interested in staying informed about this school, be sure to join Buletin SMK JUGRA on Telegram. Stay connected, stay informed, and be a part of the vibrant SMK Jugra community!

Buletin SMK JUGRA

21 Jan, 01:08


💻Program Cuti Sekolah Bijak Digital📱

Penuhi masa cuti sekolah anda dengan aktiviti yg berfaedah.
Gunakan peluang ini untuk tingkatkan kemahiran digital anda & manfaatkan aplikasi-aplikasi yang terdapat di pelantar DELIMa sepenuhnya.
Mari mulakan pengembaraan digital anda sekarang‼️

Buletin SMK JUGRA

03 Jan, 06:44


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

MAKLUMAN PEMBELAJARAN SECARA KENDIRI DI RUMAH.

Tarikh: 6 -17 Januari 2025
Sasaran : Peralihan, T1,T2,T3 dan T4

Justifikasi: SPM bertulis dapat berjalan lancar dan kondusif.Jadual penggiliran sebelum ini terbatal.

Mohon guru kelas maklumkan dalam grup kelas masing masing.

T.kasih.

PK HEM
SMK JUGRA

Buletin SMK JUGRA

01 Jan, 10:18


Moga dipermudahkan menjawab dgn tenang dan peroleh keputusan SPM dgn cemerlang, aamiin

Buletin SMK JUGRA

01 Jan, 06:57


🌟 Selamat Tahun Baharu 2025!

Tahun baharu, semangat baharu, peluang untuk kejayaan lebih gemilang menanti kita semua!

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar perbincangan menarik dalam Hello Selangor i-SIHAT hanya di SELANGORfm 100.9 MHz!

📅 Tarikh: 1 Januari 2025 (Rabu)
🕝 Masa: 2.30 petang
🎙️ Tetamu Istimewa: Tuan Haji Yusaini bin Salleh
Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
📌 Topik: Jom Hadir SPM: Sihat Minda dan Emosi

Mari kita mulakan tahun ini dengan inspirasi dan ilmu baharu! Jangan lupa janji temu ini—dengarkan bersama dan ambil manfaatnya! 🎧

https://radioonline.my/rtm-selangor-fm/

https://www.facebook.com/share/v/ni6TLzgq8MkoyHFv/?mibextid=wwXIfr

Buletin SMK JUGRA

31 Dec, 14:13


KEPUTUSAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKUKUM DAN SUKAN PPD KUALA LANGAT 2024

ANUGERAH KHAS GURU
PN NORZIAH BINTI BAHARUDDIN

GURU CEMERLANG KOKURIKULUM SM
PN SITI SALEHA BINTI KHAILANI : *JOHAN*

ANUGERAH KEPEGAWAIAN SUKAN CEMERLANG SUKAN SM
PN NORZIAH BINTI BAHARUDDIN : *JOHAN*

ANUGERAH MURID CEMERLANG KOKURIKULUM SM
MUHAMMAD ALIF OMAR BIN MOHAMED SHAFEE : *KE-5*

ANUGERAH KHAS PELAJAR
PUTRA MUHAMMAD DARWISY BIN FADLI

ANUGERAH PUTERA CEMERLANG SM L
PUTRA MUHAMMAD DARWISY BIN FADLI : *KE-5*


ANUGERAH PUTERI CEMERLANG SM
NUR FARAH NISA BINTI NOR HARIZAN : *NAIB JOHAN*
ALYA QAISARA BINTI HISRADZI : *KE-3*

ANUGERAH PASUKAN TERBAIK LELAKI BAWAH 18 TAHUN
PASUKAN HOKI SMK JUGRA : *KE-3*

ANUGERAH SUKAN CEMERLANG SUKAN SEKOLAH MENENGAH
SMK JUGRA : *NAIB JOHAN*

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN

Buletin SMK JUGRA

30 Dec, 01:58


SELAMAT MAJU JAYA!!!

Buletin SMK JUGRA

28 Dec, 02:08


V I D E O

Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid & Kokurikulum 2024 (HEMKO)

Tarikh: 19 Disember 2024
Masa: 0930 - 1300
Tempat: Dewan Temasya, SMK Jugra

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Teruskan kecemerlangan anda! Jugra Juara!

Buletin SMK JUGRA

28 Dec, 02:05


Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid & Kokurikulum 2024 (HEMKO)

Tarikh: 19 Disember 2024
Masa: 0930 - 1300
Tempat: Dewan Temasya, SMK Jugra

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Teruskan kecemerlangan anda! Jugra Juara!

Full post: https://www.facebook.com/share/18764TNHJK/?mibextid=wwXIfr

Terima kasih kepada krew media TV Temasya 🌸

Buletin SMK JUGRA

25 Dec, 08:31


Pesanan ikhlas daripada KAMAR JAWARA, UBK SMK JUGRA khas buat anak2 SPM 2024 💪💪💪

Buletin SMK JUGRA

23 Dec, 09:14


Pesanan ikhlas daripada KAMAR JAWARA, UBK SMK JUGRA khas buat anak2 SPM 2024 💪💪💪

Buletin SMK JUGRA

19 Dec, 01:42


https://anyflip.com/kcutr/mpbc/

Buletin SMK JUGRA

19 Dec, 01:27


BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID & KOKURIKULUM 2024 SMK JUGRA

Buletin SMK JUGRA

15 Dec, 06:25


SELAMAT MAJU JAYA!!!

Buletin SMK JUGRA

12 Dec, 15:29


Nantikan esok... Debaran kian terasa😊

Buletin SMK JUGRA

10 Dec, 09:35


Jom tonton!

Podcast temu bual bersama-sama Harshinee Paramasivam (4 STEM 1) dengan topik: Cari Duit Lebih, hanya di saluran NTV7, 8.30 malam, 10 Disember 2024 (Selasa)

Buletin SMK JUGRA

10 Dec, 07:00


Info terkini... T.kasih kpd penyumbang hadiah SIPOS. Ini adalah sebahagian hadiah yg tlh diterima oleh KAMAR JAWARA, UBK SMK JUGRA . Hadiah utama sebuah motosikal sedang diuruskan penghantrannya.Kami berbesar hati menerima segala sumbangan yang diberi. T. Kasih krn menyokong program UBK SMK JUGRA

Buletin SMK JUGRA

06 Dec, 06:49


Sukacita dimaklumkan, Pihak Sekretariat NADI X Cybersecurity akan menganjurkan 𝙒𝙚𝙗𝙞𝙣𝙖𝙧 𝙆𝙚𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙎𝙞𝙗𝙚𝙧 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙖𝙟𝙪𝙠 𝙅𝙚𝙟𝙖𝙠 𝙎𝙞𝙗𝙚𝙧: Mengenal Serangan Dunia Maya.

Tujuan Webinar:
🔨 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗮𝘀𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗶 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗯𝗲𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗸𝗵𝘂𝘀𝘂𝘀 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗮𝘀𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗻𝗶.
Peserta:
🔨 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗺𝘂𝗿 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝟭𝟯 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟭𝟳 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻
🔨 𝗕𝗲𝗿𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗡𝗔𝗗𝗜
🔨 𝗦𝗶𝗷𝗶𝗹 𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮
🔨 𝗣𝗲𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝘀𝗮𝘁𝘂 (𝟭) 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝘄𝗲𝗯𝗶𝗻𝗮𝗿 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮

Tarikh dan Masa:
🔖𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗴𝗶 [𝟭𝟬.𝟬𝟬 - 𝟭𝟭.𝟯𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶]
🗒 𝟭𝟱 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 [𝗔𝗵𝗮𝗱]

Untuk pertanyaan dan penyertaan, boleh hubungi petugas NADI Kanchong Darat:
📞 www.wasap.my/60145102276cybersecurity (Pn Farah)
📞 www.wasap.my/60176895672cybersecurity (Pn Fina)

#NADIxCybersecurity

Buletin SMK JUGRA

02 Dec, 13:36


TERKINI: Permohonan Matrikulasi KPM Fasa 1 Sesi 2025/2026 Online

Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Fasa 1 Sesi 2025-2026 bagi calon SPM Tahun 2024 boleh dibuat secara online mulai 1 Disember 2024 hingga 28 Februari 2025.

Nak mohon Matrikulasi rujuk sini: https://upuonline.net/permohonan-kemasukan-program-matrikulasi/

#MatrikulasiKPM #KemasukanMatrikulasi2025 #PermohonanMatrikulasi2025
#SPM

Buletin SMK JUGRA

01 Dec, 10:28


Salam Jugra Juara daripada barisan pentadbir. Kami mengucapkan Selamat Menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia dengan yakin dan tabah kepada Putera Puteri SMK Jugra Tingkatan 5. Semoga dipermudahkan segala urusan. "Juara Milik Kita"

Buletin SMK JUGRA

30 Nov, 03:00


Majlis Peluncuran Kit Atur Gerak Duta Sahsiah
dengan Kerjasama Polis Diraja Malaysia peringkat SMK Jugra 2024

🌹Perkasakan Karakter Karamah Insaniah🌹

Hari: Jumaat
Tarikh: 29 November 2024
Tempat: Dewan Temasya , SMK Jugra
Perasmi: Tuan Insp. Mohd Rizal bin Sa’at, PPS SMK Jugra

Full post: https://www.facebook.com/share/1Dp58bGGPF/?mibextid=WC7FNe

Buletin SMK JUGRA

28 Nov, 13:38


KEJOHANAN PETANQUE REMAJA NEGERI SELANGOR 2024 - SAMTTAJ (KATEGORI LELAKI) (27-28 NOVEMBER 2024)

💥 NAIB JOHAN DIVISYEN 2 (6/79)
- MUHAMMAD MUIZZALNAQIN BIN OSMAN
- AR RAYYAN AMSYAR BIN AZMAN
- MUHAMMAD ARSYAD BIN MUHAMMAD ZAMRIZAL

💥JOHAN DIVISYEN 4 (13/79)
- MUHAMMAD SYAHIR RIFQI BIN SHARUDIN
- MUHAMMAD AMAL IHSANI BIN ZULKIFLI
- AISY IRFAN FARHAN

Buletin SMK JUGRA

28 Nov, 04:58


MAJLIS ASPIRASI DAN GRADUASI PPKI 2024.

Buletin SMK JUGRA

27 Nov, 00:30


Tahniah Team Petanque dan guru-guru pembimbing

Buletin SMK JUGRA

26 Nov, 09:07


Alhamdulillah....no 3....
PETANQUE REMAJA NEGERI - SAMTTAJ. Tahniah pelajar dan guru pembimbingnya👏👏👏

Buletin SMK JUGRA

25 Nov, 02:39


Doakan anak-anak murid tingkatan 5 berjaya menjawab dengan cemerlang dalam SPM nanti dan berjaya dunia akhirat .

Buletin SMK JUGRA

21 Nov, 04:56


Assalammualaikum dan selamat sejahtera

SESI LIBAT URUS PENEBUSAN BAUCAR BUKU DAERAH KUALA LANGAT

Undangan kepada semua ibu bapa murid sekolah-sekolah daerah Kuala Langat

Sesi libat urus penebusan baucar buku bersama ibu bapa akan dijalankan mengikut ketetapan berikut

Tarikh : 23 November 2024 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Medium: Google meet dan live stream👇👇

Video call link: https://meet.google.com/eoc-vbms-bgt

Pautan live stream
https://stream.meet.google.com/stream/5e00b08a-4193-42fd-b770-417dff4f5ae1

Untuk makluman murid layak tebus baucar buku
1. Sekolah rendah - tahun 4, 5 dan 6
2. Semua murid sekolah menengah

Jom sertai sesi libat urus dan bantu anak-anak tebus baucar buku✌️

Buletin SMK JUGRA

20 Nov, 11:13


🌺ASSALAMUALAIKUM/SELAMAT SEJAHTERA🌺

Makluman kepada para Ibu bapa, penjaga dan semua pelajar berkaitan Buku Teks SPBT

📚INFO SPBT📚

📚Sesi Pemulangan Buku teks SPBT bagi akan dilaksanakan seperti tarikh yang dimaklumkan dalam surat edaran

📚 Semua ibubapa dan murid hendaklah memastikan semua buku teks berada dalam keadaan baik dan terjaga.

📚 Ibu bapa perlu memastikan semua buku anak masing2 berbalut dengan plastik lutsinar.

📘 Sebarang gantian kehilangan dan kerosakan buku hendaklah diganti dengan buku yang baru ketika hari pemulangan buku teks ataupun boleh digantikan dengan nilai harga buku.Buku yang tidak dibalut juga akan dikenakan denda

📚 Buku teks bagi kegunaan 2025/2026 hanya akan diberi kepada pelajar yg telah selesai memulangkan buku teks yg lengkap pada hari pertama sesi 2025/2026 dibuka.

📚 "Buku kita, tanggungjawab kita. Ambil baik , pulangkan dengan baik"


PERINGATAN‼️
Sila patuhi jadual pemulangan buku teks mengikut tingkatan

Ikat semua buku dengan tali

Balut semua buku

‼️Jika buku hilang, sila gantikan dengan buku baru/sediakan wang secukupnya mengikut nilai harga buku yang hilang.

Sekian, terima kasih

📚UNIT SPBT📚
SMK JUGRA

Buletin SMK JUGRA

20 Nov, 10:13


Jadual pemulangan buku teks

Buletin SMK JUGRA

15 Nov, 14:28


Berikut merupakan jadual terkini Ujian Akhir Sesi Akademik(UASA) bagi murid Peralihan, Tingkatan 1 Dan 2 yang akan dilaksanakan pada 18 November hingga 26 November 2024.

Bittaufiq Wannajah!

Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan

Buletin SMK JUGRA

14 Nov, 01:26


Fenomena Vape dalam kalangan murid sekolah. Sila baca untuk ilmu dan pencegahan.

Buletin SMK JUGRA

14 Nov, 01:26


https://malaysiapost.com.my/2024/11/13/khayal-hisap-vape-pelajar-tingkatan-2-cedera-jatuh-bumbung/
Khayal hisap vape, pelajar tingkatan 2 cedera jatuh bumbung

Buletin SMK JUGRA

13 Nov, 02:57


Tahniah Asma' Aishah murid tingkatan 3 Dinamik👏👏👏

Buletin SMK JUGRA

12 Nov, 14:28


Subjek Pendidikan Islam SPM

Buletin SMK JUGRA

12 Nov, 06:53


Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Mohon murid-murid tingkatan 5 SMK Jugra mengisi google form Senior Quotes untuk diisi dan dicetak di dalam High School Yearbook 2024. Setiap murid hanya dibenarkan mengisi SEKALI sahaja senior quote yang tidak melebihi 10 patah perkataan dan tidak mengandungi unsur-unsur lucah dan menyentuh sensitiviti perkauman.

Pautan borang: https://forms.gle/HKb7xX2gk1KQmLwm6
Tarikh tutup : 12 November 2024

Murid tingkatan 5 yang masih belum mengambil gambar pasport, boleh hadir ke bilik galeri pada hari rabu (13/11) atau khamis (14/11) pukul 12.50 tgh untuk mengambil gambar.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi @cghanani di telegram atau Ketua Editor High School Yearbook 2024, Adriana Ayuni 5 STEM 1.

Terima kasih atas kerjasama anda.

Buletin SMK JUGRA

11 Nov, 16:02


Program Solat Hajat Perdana dan sentuhan motivasi SPM 2024. Terima kasih semua guru dan ibu ayah yang dapat menghadirkan diri ke program ini.
Klik link untuk info selanjutnya.
https://www.facebook.com/share/p/1K8FJqkhWy/

Buletin SMK JUGRA

09 Nov, 14:15


Karnival kor kadet polis peringkat negeri selangor..
Acara buka pasang senjata individu..tempat ke-5. M.adam
Acara mara lasak berkumpulan..tempat ke -3- M.Yamin

Buletin SMK JUGRA

09 Nov, 14:13


Program jaringan di antara SMK Jugra dgn SK Jugra sempena perkhemahan tahunan SK Jugra petang tadi💪

Buletin SMK JUGRA

06 Nov, 10:22


Didoakan semoga berjaya semua calon MPAK SPM 2024

Buletin SMK JUGRA

02 Nov, 12:04


Hari ini Alif Omar bertanding dalam Festival Seni Suara Alunan Melodi anjuran UKM dan berjaya mendapat naib johan. Tahniah Alif Omar dan ibu ayahnya👍

Buletin SMK JUGRA

28 Oct, 12:33


Sesi Fotografi Hari Kedua
Hari: Selasa
Tarikh: 29/10/2024
Tempat: Dewan Temasya

Buletin SMK JUGRA

24 Oct, 05:41


SESI FOTOGRAFI SMK JUGRA 2024

Peraturan Sesi Fotografi:
1. SEMUA murid DIWAJIBKAN memakai baju seragam sekolah LENGKAP.
2. TIDAK DIBENARKAN memakai baju PJ. Murid yang memakai baju PJ tidak dibenarkan mengambil gambar kelas.
3. Pemakaian alat solek TIDAK DIBENARKAN.
4. Pastikan rambut pendek dan kemas bagi murid lelaki.
5. Bagi murid perempuan non-muslim, pastikan rambut diikat dengan kemas mengikut peraturan sekolah.
6. Pastikan kelas hadir ke lokasi fotografi mengikut jadual yang telah ditetapkan bersama-sama dengan guru kelas dan guru angkat.
7. Guru mata pelajaran diminta untuk mengiringi murid ke lokasi sesi fotografi bagi mengelakkan murid merayau ke tempat lain.
8. Semua murid diminta hadir pada tarikh yang telah ditetapkan kerana tiada sesi ulangan fotografi.

Buletin SMK JUGRA

23 Oct, 00:28


Program Jejak Gemilang SPM Daerah K. Lgt 23-24 Oktober 2024 di SMK METHODIST - Bengkel Teknik Menjawab Subjek BM dan Sejarah

Buletin SMK JUGRA

22 Oct, 13:43


Kejayaan Kuala Langat di peringkat MSSS di akhbar

Buletin SMK JUGRA

22 Oct, 13:43


Berita di surat khabar, Makkal Osai

Buletin SMK JUGRA

22 Oct, 03:42


Keputusan- Kuala Langat mendapat JOHAN keseluruhan Kabaddi MSSS Selangor 2024