Sabar itu indah kerana kita MEYAKINI bersama kesusahan itu ada kesenangan.
Pertahankanlah KEYAKINAN ini kita akan terus bersabar dan menikmati KEINDAHAN HIDUP sehingga saat kita kembali pada Nya.
Kata Ibnu Taimiyah sesiapa yang tidak masuk ke syurga dunia maka dia tidak akan masuk ke syurga Akhirat. Dia kemudian ditanya, apa itu syurga dunia. Jawabnya, itulah syurga Iman.
Para sahabat telah memperolehinya, maka mereka memiliki BAHAGIA walaupun tidak punya apa-apa.
Kita hari ini ada yang memiliki segala-galanya kecuali BAHAGIA
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”.[Ash-Syarh: 5-6]
#hidupbahagiadenganiman