Latest Posts from 𝗔𝗹𝗶𝗳𝗳𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵~🇵🇸 (@aliffhijrah) on Telegram

𝗔𝗹𝗶𝗳𝗳𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵~🇵🇸 Telegram Posts

𝗔𝗹𝗶𝗳𝗳𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵~🇵🇸
Selawat tak lagi tu?
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ

Link Media Sosial
- Instagram.com/aliiffikhwannn
- Tiktok.com/@_aliffikhwan

Tanya apa-apa DM - @AliffIkhwannn
1,331 Subscribers
127 Photos
172 Videos
Last Updated 09.03.2025 13:37

Similar Channels

Khudaij Alosmany
33,720 Subscribers

The latest content shared by 𝗔𝗹𝗶𝗳𝗳𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵~🇵🇸 on Telegram

𝗔𝗹𝗶𝗳𝗳𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵~🇵🇸

26 Feb, 17:23

298

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ

Matinya hati kita, Bukan mati kerana tak mampu mencintai seseorang, Tapi matinya hati kita bilamana kita bermaksiat dan maksiat itu terasa indah, Dan hati kita terhalang untuk mendapatkan cinta dan hidayah Allah.

Jadi jangan terlalu fokus untuk mendapatkan jodoh yang baik, Tapi fokus juga untuk perbaiki diri, Sebab Kita lupa kematian juga cerminan diri kita.


AliffHijrah~🇵🇸
https://t.me/AliffHijrah
𝗔𝗹𝗶𝗳𝗳𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵~🇵🇸

13 Feb, 03:08

486

"5 malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, Malam 2 hari raya (Aidilfitri & Aidiladha), Malam awal Rejab dan malam Nisfu Sya'ban"

-Imam Syafie-

Sumber : tiktok @/
ayuubrh97

AliffHijrah~🇵🇸
https://t.me/AliffHijrah
𝗔𝗹𝗶𝗳𝗳𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵~🇵🇸

08 Feb, 00:20

590

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ

Tanpa salah satu rukun islam, Keislaman seseorang boleh musnah, Sebagaimana sebuah khemah yang mempunyai 5 batang tiang apabila salah satu tiangnya patah maka robohlah khemah tersebut.

-Ustaz Wadi Annuar-


AliffHijrah~🇵🇸
https://t.me/AliffHijrah
𝗔𝗹𝗶𝗳𝗳𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵~🇵🇸

01 Feb, 10:02

600

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ

Jangan takut kehilangan seseorang di dalam hidupmu, Tetapi takutlah kehilangan Allah di dalam hidupmu, Kerana itu adalah puncak kegagalan seorang hamba.

-Ustaz Wadi Annuar-


AliffHijrah~🇵🇸
https://t.me/AliffHijrah
𝗔𝗹𝗶𝗳𝗳𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵~🇵🇸

28 Jan, 13:32

572

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ

Percayalah, Sampai suatu saat kita akan sedar yang kita telah kehilangan sesuatu yang berharga lebih dari sebutir berlian saat kita sibuk mengumpulkan batu.

Hargailah orang sekeliling kita selagi mereka masih usaha bersama dengan kita, Tanpa mengira keluarga, Sahabat atau sesiapa. Sebab betapa ramai yang menyesal kerana kehilangan sesuatu yang tak dapat lagi diulang kembali.


AliffHijrah~🇵🇸
https://t.me/AliffHijrah
𝗔𝗹𝗶𝗳𝗳𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵~🇵🇸

18 Jan, 17:57

784

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ

Pernahkan kita dengar, "Allah uji sebab Allah sayang", Sebenarnya perkataan tu tak salahpun.

Kalau Allah tak uji kita mana mungkin kita akan tahu apa yang terbaik untuk kita, Dan Tanpa diuji jugak kita takkan mungkin mampu melewati ujian yang akan datang yang mungkin jauh lebih berat lagi.

Dan mungkin sebab ujian yang diberikan tersebut membuatkan kita lebih dekat dengan Allah, Sebab Allah tahu bila kita diuji hanya kepada Allah tempat kita berdoa.


AliffHijrah~🇵🇸
https://t.me/AliffHijrah
𝗔𝗹𝗶𝗳𝗳𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵~🇵🇸

13 Jan, 17:05

1,002

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ

Cara terbaik untuk bersyukur adalah melihat orang yang lebih susah dari kita, Bukanlah orang yang lebih senang dari kita.

-Ustaz Azhar Idrus-


AliffHijrah~🇵🇸
https://t.me/AliffHijrah
𝗔𝗹𝗶𝗳𝗳𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵~🇵🇸

10 Jan, 16:08

746

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ

Takpe kalau tak ramai kawan, Asalkan kita dapat berkawan dengan orang yang kita selesa dan tak bercakap buruk di belakang kita, Lebih baik tiada kawan dari berkawan dengan orang yang ingin mempergunakan dan menjatuhkan kita. "Quality more better than quantity".

AliffHijrah~🇵🇸
https://t.me/AliffHijrah
𝗔𝗹𝗶𝗳𝗳𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵~🇵🇸

28 Dec, 12:54

873

Zaman sekarang nak dapat title
"paham agama" tersangatlah mudah. Orang yang tak belajar agama, Kadang hanya bermodalkan suara yang indah di live terus dilabelkan.

Sebab yang mengamalkan jauh lebih baik dari hanya sekadar belajar tapi tidak mengamalkannya malah menggunakan ilmu tersebut untuk menarik perhatian.


Yang menunjukkan betapa murahnya perkataan atau panggilan "ustaz/ustazah" atau "seseorang yang paham agama" sampai mudahnya seseorang dijuluki sedemikian.

AliffHijrah~🇵🇸
https://t.me/AliffHijrah
𝗔𝗹𝗶𝗳𝗳𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵~🇵🇸

27 Dec, 17:59

599

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ

Nak tahu kita ni islam tapi pelik macam mana?

Kita selalu mengeluh dan stress kerana mengejar dunia, Tapi tak pernah pun terdengar keluhan kita sendiri stressnya kerana mengejar akhirat.

"Sebab dunia ni ibarat bayang-bayang kita sendiri, Bila kita berusaha mengejarnya mesti akan lari. Tapi bila kita menjauh
(dan kejar akhirat) mesti bayangan (dunia) akan ikut kita sekali. Sebab dia tak ada pilihan selain ikut kita bersama.

AliffHijrah~🇵🇸
https://t.me/AliffHijrah