Latest Posts from Aku Islam Happiness (@akuislamchannel) on Telegram

Aku Islam Happiness Telegram Posts

Aku Islam Happiness
It's about life. It's about our happiness. Official channel of akuislam.com
10,623 Subscribers
3 Photos
1 Videos
Last Updated 25.02.2025 17:01

The latest content shared by Aku Islam Happiness on Telegram


Sempena ketibaan Awal Muharam 1446H, marilah kita mengakhiri penghujung tahun ini dengan:

— Membaca Doa Akhir Tahun selepas solat Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1445H bersamaan 6 Julai 2024 (Sabtu)

— Mengawali permulaan tahun baru 1446H dengan membaca Doa Awal Tahun selepas masuk waktu Maghrib, juga pada 6 Julai 2024 (Sabtu) .

Bacaan Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah ini boleh dirujuk pada pautan ini: https://akuislam.com/blog/ibadah/doa-akhir-tahun/

Disyaratkan berniat melakukan korban semasa menyembelih binatang kerana korban adalah ibadah. Setiap ibadah hanya dianggap sah apabila berniat melakukannya.

Ini adalah panduan lengkap mengenai niat korban dan perkara berkaitan dengan ibadah korban semasa Hari Raya Aidiladha.

https://akuislam.com/panduan/niat-korban-aidiladha/

Ini adalah panduan mengerjakan Solat Sunat Aidiladha (Raya Haji)

Dalam artikel ini, anda akan dibimbing secara mudah dan jelas. Panduan ini ditulis lengkap dengan amalan lain yang disunatkan pada hari raya Aidiladha.

https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-aidiladha/

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah”. [Riwayat Muslim (2402)]

Ini adalah panduan lengkap zikir & doa wukuf yang boleh dibacakan pada Hari Arafah.

Doa dan zikir ini boleh diamalkan oleh para jemaah haji mahupun mereka yang berada di tanah air (tidak berada di Arafah) yang ingin mengambil kelebihan dan keberkatan Hari Arafah atau Hari Wukuf ini.

WAKTU ARAB SAUDI:
9 Zulhijjah – Sabtu – 15 Jun 2024
Zuhur : 12:22pm hingga
Maghrib: 7:04pm

WAKTU MALAYSIA:
8 Zulhijjah – Sabtu – 15 Jun 2024
Selepas asar : 5:22pm hingga
Tengah malam: 12:04am

https://akuislam.com/panduan/zikir-doa-hari-arafah-wukuf/

Apakah puasa, doa dan amalan yang anjurkan pada Bulan Zulhijjah?

Seperti dalam Bulan Rejab, Ramadhan dan Syawal, begitu jugalah dengan Bulan Zulhijjah yang mempunyai beberapa amalan dan doa yang disunatkan untuk dilakukan.

https://akuislam.com/panduan/puasa-sunat-doa-amalan-bulan-zulhijjah/

Assalamualaikum,

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

𝑺𝒆𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒑𝒖𝒂𝒔𝒂 𝑹𝒂𝒎𝒂𝒅𝒉𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒎𝒖𝒅𝒊𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒊𝒓𝒊𝒏𝒈𝒊𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒆𝒏𝒂𝒎 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏 𝑺𝒚𝒂𝒘𝒂𝒍 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒔𝒆𝒑𝒆𝒓𝒕𝒊 𝒊𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒑𝒖𝒂𝒔𝒂 𝒔𝒆𝒑𝒂𝒏𝒋𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒉𝒖𝒏. (Muslim no. 1164)

Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut, kerana setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari.

Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.

Namun ada beberapa persoalan yang timbul mengenai puasa ini:

- Apakah hukum puasa sunat enam?
- Apakah waktu untuk melaksanakannya?
- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?
- Bolehkan ia digabungkan dengan puasa qadha ramadhan?

… dan sebagainya.

👉 Disini saya sertakan pautan ke panduan lengkap mengenai Puasa Enam Syawal: https://akuislam.com/blog/doa/puasa-sunat-enam/

Semoga bermanfaat ツ


--

Semoga bertemu lagi,
Muhamad Naim Abd Manaf

akuislam.com ©

Pada hari raya kita digalakkan bersungguh-sungguh membesarkan Allah dengan melaungkan takbir, tahlil, tahmid dan tasbih.
Sabda Nabi SAW:

Kamu hiasilah dua hari raya dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis”. 
– Riwayat Abu Na’im dari Anas r.a.

Ini menjadi petanda kepada kita bahawa hari raya di dalam Islam adalah hari untuk mengagungkan Tuhan dan menzahirkan syiar agama, bukan hari untuk berseronok dan bersuka-ria semata-mata.

https://akuislam.com/blog/ibadah/takbir-raya/

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kita semua telah berjaya mengharungi Bulan Ramadhan dengan jayanya.

Harapannya kita semua dapat memperoleh sebanyak-banyaknya pahala dan segala kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam bulan yang mulia ini.

Sekarang tibalah masanya untuk kita menyambut kejayaan ini dengan penuh kegembiraan di Aidilfitri.

Perkataan ‘eid’ ( العِيْدُ ) diambil daripada perkataan ‘audah’ ( العَوْدة ) yang bermaksud kembali atau berulang. Mungkin kerana hari raya ini berulang dan kembali setiap tahun atau kerana berulangnya kegembiraan menyambutnya.

Pada pagi hari raya, orang yang beriman akan mandi dan memakai pakaian yang serba baharu atau yang bersih dan indah.

Salah satu ibadah yang paling ditunggu-tunggu pada hari ini adalah Solat Sunat Aidilfitri.

Mazhab Syafi’e dan Maliki menghukum solat sunat hari raya sebagai sunat muakkad. Sunat muakkad bermaksud sunat yang sangat dituntut. Ini kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak ia disyariatkan sehinggalah Baginda wafat.

Perlaksanaan solat ini digalakkan secara berjemaah tetapi, ia tetap sah jika dilakukan secara bersendirian.

Sebagai ulangkaji dan panduan bersama, tatacara mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri boleh dilihat pada pautan ini:

👉 https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-aidilfitri/

Malam ini malam 23 Ramadan.

Maka kalau ada kesempatan sebelum tidur bersih dan sucikan badan, pakai wangian dan pasang niat untuk bangun.

Sebab apa?

Kerana tidak kurangnya fuqaha mutaqaddimin seperti Imam Malik, Imam Syafie, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-Tahawi berpendapat malam 23 adalah malam al-Qadr.

Pendapat mereka adalah berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda:

تََحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ لَيْلَةَ ثَلاَثَ وَعِشِْريْنَ

Maksudnya: “Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadhan.”

Dalam Lata’if al-Ma’arif, disebut Ayyub al-Sakhtiyani, iaitu guru kepada Imam Malik akan berwangi-wangian pada malam ke 23 Ramadan.

Jadi jangan ketinggalan.