KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

@pibgskjk2019


KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

29 Sep, 14:44


*PENGESAHAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1 SESI 2025 SK JALAN KEBUN*


ℹ️ Ibu bapa / penjaga murid tahun 1 sesi 2025 yang telah membuat semakan dikehendaki membuat pengesahan penempatan di pejabat sekolah mulai *1 Oktober hingga 30 Oktober 2024 sahaja*.


ℹ️ Waktu urusan pengesahan penempatan adalah seperti berikut :

Isnin - Khamis : 8:00 pagi hingga 5.00 petang

Rehat : 1.00-2.00 petang


Jumaat : 8:00 pagi hingga 5.00 petang

Rehat : 12.00 tengah hari - 2.45 petang


ℹ️ Sila bawa dokumen berikut :

1) Salinan surat tawaran penempatan ke Sekolah Kebangsaan yang telah dicetak melalui laman web : idme.gov.my/login

2) Sijil lahir murid yang asal

3) Slip pendaftaran


ℹ️ Kerjasama daripada pihak Ibu bapa / penjaga murid amat diharapkan bagi melancarkan proses yang seterusnya.


✳️ Sila sertai kumpulan Telegram PIBG SK Jalan Kebun untuk maklumat seterusnya.
⬇️
https://t.me/pibgskjk2019
Sekian, dimaklumkan.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

25 Sep, 12:15


Pusat Pemindahan Sementara Di Buka

Salam Sejahtera,
Kepada warga Penduduk Kg Jalan Kebun.
Pejabat JPKK ( MPKK ) Kg Jalan Kebun di buka untuk penempatan sementera kepada mana mana keluarga yang perlu berpindah akibat rumah di naiki air.

Dewan kuliah Masjid An Naim juga di buka untuk penempatan mangsa banjir sekiranya Dewan Pejabat JPKK ( MPKK ) penuh.

Untuk mendapatkan surat pengesahan banjir bagi permohonan cuti kepada warga Penduduk yang berkerja Sila hadir ke Pejabat JPKK ( MPKK ) Kg Jalan Kebun.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ketua Biro Keselamatan dan Kesihatan JPKK ( MPKK ) Sdr Khusnin .
Tel : 1136544552
Wasap : www.wasap.my/60113654452/Pemindahanbanjir

MPKK Kg Jalan Kebun,

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

08 Aug, 09:07


Makluman berkaitan pembayaran sumbangan PIBG per keluarga untuk penjaga yang tidak dapat melakukan pembayaran secara atas talian.

Ibu bapa boleh melakukan bersempena program esok hari kepada guru kelas. Terima kasih.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

08 Aug, 03:36


𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝟭 & 𝟰 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 2025 kini dibuka mulai 06 ogos hingga 06 September 2024!

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Sila klik pautan permohonan >> https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Syarat dan Pilihan Program MRSM >> https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/Syarat%20dan%20Pilihan%20Program%20MRSM.pdf

Follow Telegram MARA >>
https://t.me/majlisamanahrakyat

Follow IG MARA >>
https://www.instagram.com/majlisamanahrakyat?igsh=MWRjOGt5bHcxYzFmNw==

#MerakyatkanMARA
#MalaysiaMADANI

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

07 Aug, 13:30


Alhamdulillah...
Hari ini pasukan kawad kaki SK Jalan Kebun muncul JOHAN Pertandingan kawad kaki (P) Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor.
Tahniah...

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

06 Aug, 01:32


Salam sejahtera dan Salam MADANI,

Untuk perhatian para ibu bapa,

Berikut merupakan pautan site cara log masuk ke portal DELIMa.
Tuan/puan boleh gunakan ini sebagai panduan.

📲https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/public/untuk-ibu-bapa

Harap ibu bapa dapat memberi kerjasama dalam memperkasakan pendidikan ke arah Pendigitalan dan merealisasikan hasrat SKJK
ke arah TS25
💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

04 Aug, 17:38


https://vt.tiktok.com/ZSYo6nPKN/

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

01 Aug, 02:15


INFO KPM: Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2025/2026

dibuka mulai 1 Ogos 2024. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:


Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4/Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my/ .

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

01 Aug, 02:14


Photo from Hidup Berjihad

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

26 Jul, 04:49


*PENCAPAIAN GIMNAS SKJK DI KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK MSSS 2024*

*LELAKI 12TKB* :

🏆JOHAN (pingat emas) Berpasukan Gimnastik Artistik Lelaki 12TKB MSS Selangor 2024
(1 Pasukan = 4/4 murid SKJK)

👉Pencapaian individu gimnas SKJK 12TKB:

🎖️Muhammad Harith Daniyal bin Mohd Faiez
- Tempat ke-3 (gangsa) kekuda berpelana lelaki 12TKB MSSS
- Tempat ke-3 (gangsa) melombol lelaki 12TKB MSSS


*Lelaki 10TKB* :

🏆Tempat ke-4 Berpasukan Gimnastik Artistik Lelaki 12TKB MSS Selangor 2024
(1 pasukan = 2/6 murid SKJK)

Pencapaian individu gimnas SKJK 10TKB:

🏅Ammar Harith bin Mustafa Kamal
- Anugerah Khas Emas 10TKB lelaki (program pembangunan)
- Top 10 Keseluruhan bagi Acara Melombol 10TKB lelaki

🥉Putra Khalish Idraki bin Hairul Fitri
- Anugerah Khas Gangsa 10TKB lelaki (program pembangunan

🏆Pencapaian Keseluruhan Gimnastik Artistik bagi Daerah Klang di MSS Selangor :

- *Klang Rank ke-3* dari 10 daerah MSS Selangor

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

26 Jul, 04:49


Keputusan Dikir Barat :
1. Kategori Pakaian Terbaik SR
2. Tempat ke-4 SR keseluruhan

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

18 Jul, 01:23


Titipan ucapan dari warga SKJK buat pelajar yang mula menjalani UPSA pada hari ini.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

18 Jul, 01:22


[MAKLUMAN UJIAN PERTENGAHAN TAHUN (UPSA)]

Berikut merupakan maklumat UPSA yang akan dijalankan pada hari Khamis, Jumaat dan Isnin pada tarikh yang tertera pada surat.

Pihak sekolah berharap ibubapa mengambil cakna berkenaan kehadiran murid di sekolah agar mengikut perjalanan UPSA yang ditetapkan.

KOMUNITI PIBG SK JALAN KEBUN

12 Jul, 16:50


INFO KPM: Permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) bagi tahun 2025 secara dalam talian.

Permohonan dibuka mulai 15 Julai hingga 15 September 2024 melalui pautan https://essem.moe.gov.my/