budak rajin

@jojoawen


telegram link budak rajin @jojoawen

chat with Joan(jojoawen) at @sayataksukakamu
Tekan hashtag tersebut untuk dapatkan tips subjek berkenaan. πŸŽ‰ #TipsBMSPM
#TipsEnglishSPM
#TipsMathSPM
#TipsScienceSPM
#TipsSejSPM
#TipsKimiaSPM
#TipsStudy

budak rajin

21 Oct, 10:17


Form 5 DEB DPN ni famous questions tauuu... Apa bezanya?

Dasar Ekonomi Baru (DEB) (dilaksanakan pada Tahun 1971-1990) & Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000)

- DEB lebih tertumpu kepada mengurangkan ketidakseimbangan antara kaum πŸ‘« dan membasmi kemiskinan πŸ’Έ.

-Dasar Pembangunan Nasional (DPN), sebaliknya, menumpukan pada pembangunan mapan 🌱 dan meneruskan usaha penstrukturan semula ekonomi πŸ—οΈ.

budak rajin

19 Oct, 12:53


Bagi student bakal SPM, boleh ulang kaji dengan buku KERTAS MODEL. Sesuai untuk biasakan diri dengan soalan dan format SPM. πŸ˜‰

budak rajin

19 Oct, 12:52


Tips Study Joan nak share sikitπŸ₯Ή Bagi yang Form 4 atau belum nak SPM, boleh mula ulang kaji dengan buku TOPIKAL. Yang ada latihan untuk setiap bab.

budak rajin

19 Oct, 12:41


πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ˜­memang takde talent melukis😣

budak rajin

19 Oct, 12:40


found some of my Form 3 science notes!

budak rajin

14 Oct, 09:12


Tahun 2013 baru Sejarah wajib lulus untuk SPM!

budak rajin

14 Oct, 09:11


Haaa buka Tingkatan 5 Bab 7.2 (Buku teks MS145). Ada sebuah laporan ni Namanya Laporan Rahman Talib 1960 yang mulai menekankan subjek Sejarah. Laporan ini specialnya adalah ianya menekankan CINTA AKAN AWAK😍. Ehhh CINTA AKAN NEGARAπŸ™ˆ. Jadinya, laporan ini mengadakan kurikulum yang sama bagi semua jenis sekolah and menekankan subjek Sejarah dan juga subjek Tatarakyat (macam subjek Moral gitu).

budak rajin

14 Oct, 09:08


Korang nak tahu tak sejak bila subjek Sejarah menjadi subjek yang wajib lulus untuk dapat sijil SPM?

budak rajin

05 Oct, 00:20


FREE STUDY TIPS DAN NOTA!

#TipsBMSPM
#TipsEnglishSPM
#TipsMathSPM
#TipsScienceSPM
#TipsSejSPM
#TipsKimiaSPM
#TipsStudy

budak rajin

05 Oct, 00:19


slayyyy bestie!πŸ₯Ή sooooo proud of you! 🎢Notaku bukanlah nota biasa~🎢Flashcards Form 5 in progress, kata siap September tapi semester ni joan memang packed with assignments…Bulan ni joan usahakanπŸ™πŸ»

budak rajin

13 Sep, 13:05


Kita orang Sarawak/ Sabah ni special sikit. Kalau orang Semenanjung nak masuk Sarawak, perlu guna passport. Tapi kalau kami ke Semenanjung, tak perlu☺️ Inilah salah satu kuasa autonomi special untuk Sarawak/ Sabah😍

budak rajin

13 Sep, 13:04


SIAPA SINI ORANG SABAH / Sarawak? πŸ‘ŠπŸ»

budak rajin

13 Sep, 13:03


Laporan Suruhanjaya Cobbold menyatakan: - 2/3 penduduk menyokong pembentukan Malaysia. βœ…
- Suruhanjaya mencadangkan supaya Perlembagaan Tanah Melayu (PTM) 1957 dijadikan asas bagi Perlembagaan baharu Malaysia. πŸ“œ
- Mereka juga mencadangkan kuasa autonomi dan jaminan khas ONLY FOR Sarawak dan Sabah (special)🌟

@jojoawen

budak rajin

13 Sep, 13:02


Episode 2: Penubuhan πŸ‡²πŸ‡Ύ

Nak ajak Sarawak dan Sabah join Malaysia ni ada banyak effort. Salah satu effort adalah penubuhan Suruhanjaya Cobbold untuk meninjau reaksi di Sarawak dan Sabah.

πŸ‡²πŸ‡Ύ: Kami nak tubuhkan Malaysia. On x on?

Sabah dan Sarawak: ON saja! πŸ‘πŸ»

budak rajin

13 Sep, 12:59


JANGAN BELAJAR-selalu. hehehe.. belajar kena buat juga. tapi rehat tetap perlu okeh?

budak rajin

13 Sep, 10:45


Cuti ni plan apa?

budak rajin

10 Sep, 11:36


Haaa Hari Malaysia 16 September ini adalah menggabungkan PTM, Sarawak, Sabah, SingapuraπŸ‡ΈπŸ‡¬dan juga BruneiπŸ‡§πŸ‡³. Kenapa pulak nak gabungkan?

1. Ancaman Komunis di Singapura(SG)πŸ‡ΈπŸ‡¬ dan Sarawak.
2. Keseimbangan komposisi penduduk βš–οΈ
- Kalau PTM+ SG sahaja, bilangan orang Cina dan Melayu tidak seimbang.
- Kalau semua gabung, baru lah seimbang.
3. Mempercepatkan kemerdekaan Sarawak dan Sabah.
4. Membangun wilayah dan meningkatkan taraf hidupπŸ’…
- Lebih luas ekonomi sebab + wilayah.

TETAPI! Kau ingat kata nak gabung terus gabung saja ke? TAK! Ada juga pihak/ negara yg tak setuju dengan idea ni. 😱😑🀬🀩Selanjutnya boleh rujuk Form 5 Bab 5.3
πŸ˜€

@jojoawen

25,395

subscribers

446

photos

41

videos