Amar Samsuri Official

@ustazamarsamsuri


Misi saya adalah nak membantu lebih ramai sahabat agar “Hidup Bersama Quran, Hidup Bersama Keberkatan”

Selamat Menuntut ilmu di sini! ☺️❤️
~ Ustaz Amar Samsuri ~

Amar Samsuri Official

22 Oct, 07:02


Jangan Baca Panjang Bila Jumpa...

Bentuk macam 'bola' atas huruf Waw ni ya...

Jadi, pendekkan bacaannya, terus fokus untuk sebut "Laaaa" selepasnya.

Belajar sesuatu? Say Alhamdulillah!

#Quran #Iqra #tajwid #NgajiOtata #ayatquran

Amar Samsuri Official

22 Oct, 00:01


Rebutlah peluang untuk menjadi sebahagian dari golongan yang didoakan Rasulullah SAW dengan melakukan aktiviti bermanfaat di pagi hari.

Amar Samsuri Official

21 Oct, 07:01


Ayat Quran panjang? Jangan risau, ada je tempat berhenti yang sesuai👍 #BreakfastQuran #iqra #Quran #tajwid

Amar Samsuri Official

21 Oct, 00:01


Susah Nak 'Feel' Bila Baca Quran?

Allahlah yang menjaga hati manusia, juga satu-satunya yang maha berkuasa nak bagi petunjuk kepada orang yang dikehendakinya.

Jadi, mohonlah padaNya, berdoalah semoga hati dapat merasakan dekat dengan kalamNya. Moga dengan doa ini, Allah kurniakan juga rasa dekat denganNya melalui al-Quran, Amin!

#Quran #doa #NgajiOtata #belajarQuran #healing

Amar Samsuri Official

18 Oct, 07:01


Rezeki tu apa sebenarnya? Adakah duit semata-mata? Jom dapatkan jawapannya dari video ni

#doa #AmarSamsuri #BreakfastQuran #rezeki #muhasabah

Amar Samsuri Official

18 Oct, 00:01


Pesan Rasulullah SAW: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]

#selawat #jumaat #nabimuhammadﷺ

Amar Samsuri Official

17 Oct, 07:01


Jangan DENGUNG kalau jumpa hukum ni dalam al-Quran....

Lagi senang sebenarnya kalau anda guna al-Quran Rasm Uthmani, kalau nun mati tu ada tanda sukun di atasnya, baca dengan jelas.

Kalau tanwin pula, hukum izhar halqi ni dalam al-Quran Rasm Uthmani bertanda seperti baris double selari atau simbol 69.

Senang ke senang?

So kalau tak ingat huruf-huruf IZHAR HALQI ni, bolehlah guna tips yang saya bagi ni ya, all the best!

#ngaji #NgajiOtata #tajwid #Quran #Iqra #khatam

Amar Samsuri Official

17 Oct, 00:01


Dah baca Quran harini? #NgajiOtata #belajarQuran #tajwid #Quran #Iqra

Amar Samsuri Official

16 Oct, 07:03


Nak kuasai bacaan panjang? Senang je~ Inilah caranya, jom ulang tengok video ni ya~ #ngajiotata #tajwid #belajarQuran #Iqra #Quran

Amar Samsuri Official

16 Oct, 00:01


Selain berterima kasih, doakanlah mereka yang menjamu makanan untuk kita. Amin Allahumma Amin! #doa #NgajiOtata #tazkirah #rezeki

Amar Samsuri Official

15 Oct, 07:03


Adapun membaca al-Quran dan mempelajari isi kandungannya, pahalanya lebih baik daripada sekadar membaca.

#ngajiotata #Quran #tajwid #belajarQuran #pahala

Amar Samsuri Official

15 Oct, 00:01


Rasulullah Saw mengajarkan kepada kita untuk senantiasa berdoa waktu pagi hari. Semoga dipermudah segala urusan kita semua harini❤️

Amar Samsuri Official

14 Oct, 07:04


Selalu Baca Berapa Harakat?

Haaa... perasan tak ni surah apa? Inilah ayat last surah Fatihah, yang kita baca setiap hari dalam solat tu~

Ada lagi yang kurang jelas berapa harakat nak baca tanda ombak ni, biasa baca ikut apa yang kita hafal masa kecil je, betul tak?

So, sekarang jom kita betullkan, panjangkan lagi tau, pastikan cukup bava 6 harakat macam ni: "Dhooooool-liiiin".

Dapat sesuatu? Jangan lupa amalkan dalam solat.

#NgajiOtata #belajaralquran #Quran #ayatquran #tajwid #solat #ibadah #Alfatihah

Amar Samsuri Official

14 Oct, 00:02


Harta yang ditinggalkan setelah mati, bukanlah milik kita

#tazkirah #muhasabah #rezeki #NgajiOtata

Amar Samsuri Official

11 Oct, 07:02


Beza kan bunyinya kalau dengar betul-betul? Hati-hati ya baca kalau jumpa huruf Hamzah dan Ain sebelah-sebelah macam ni~ All the best!

#Iqra #ngajiotata #tajwid #Quran

Amar Samsuri Official

10 Oct, 07:03


Alif yang bertanda 'bola' di atasnya kebiasaannya TIDAK DIBACA. Jadi jangan panjangkan bunyinya ya~

#tajwid #NgajiOtata #Quran #belajarquran

Amar Samsuri Official

10 Oct, 00:02


Kunci mendapat hasil REZEKI YANG BAROKAH 🤲 Bila Allah dekat, maka bertambahlah keberkatan sesuatu pekerjaan, insyaAllah!

#Quran #muhasabah #rezeki #doa #healing

Amar Samsuri Official

09 Oct, 07:03


Jangan Abaikan YA KECIL ni ❗️

Bentuk macam kepala huruf ya, itulah YA KECIL.

Ada lagi yang tak tahu YA KECIL ni pun adalah antara huruf mad juga macam YA KOSONG, sama je fungsinya iaitu,

TOLONG BAGI PANJANG huruf sebelumnya yang berbaris BAWAH.

Jadi, lepas ni panjangkanlah bunyi huruf baris bawah sebelum ya kecil, contoh dalam gambar ni HURUF HAMZAH BERBARIS BAWAH so lamakan je bunyinya: ii~

Lama dah tak sembang tajwid macam ni kan? Last Ramadan haritu, so kita nak start semula ni, semua boleh follow?

#NgajiOtata #Quran #tajwid #ayatquran

Amar Samsuri Official

09 Oct, 00:01


"Rezeki itu adalah ujian. Dimewahkan bukan berarti dimuliakan, disempitkan bukan berarti dihinakan. Dua kunci yang meluluskan kita adalah syukur dan sabar."