PMO Info Channel πŸ‡²πŸ‡Ύ

@pejabatperdanamenteri


Saluran komunikasi maklumat umum daripada Pejabat Perdana Menteri Malaysia

PMO Info Channel πŸ‡²πŸ‡Ύ

19 Oct, 03:23


Ini antara bantuan dan inisiatif yang telah saya umumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025 semalam bagi membantu menangani isu kos sara hidup rakyat.

#MalaysiaMADANI
#Belanjawan2025

PMO Info Channel πŸ‡²πŸ‡Ύ

18 Oct, 14:15


Kerajaan konsisten dengan tekad mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat.

#Belanjawan2025
#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel πŸ‡²πŸ‡Ύ

18 Oct, 14:14


Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tanggungan subsidi masih diteruskan untuk 85 peratus rakyat. Maknanya, Kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggar berjumlah 12 bilion ringgit untuk keperluan 85 peratus rakyat.

#Belanjawan2025
#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel πŸ‡²πŸ‡Ύ

18 Oct, 02:44


Belanjawan MADANI Ketiga 2025 pastinya akan memberi manfaat buat rakyat terbanyak selain memperkukuh ekonomi dan pembangunan negara, Insya-Allah.

#Belanjawan2025
#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel πŸ‡²πŸ‡Ύ

18 Oct, 01:05


Saksikan Pembentangan Belanjawan 2025 secara langsung oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan jam 4:00 petang hari ini di Facebook rasmi Kementerian Kewangan dan semua saluran media utama.

#Belanjawan2025
#EkonomiMADANI
#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel πŸ‡²πŸ‡Ύ

18 Oct, 01:05


Posted @withregram β€’ @anwaribrahim_my Sewaktu sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, saya maklumkan bahawa Malaysia mampu memimpin dan melonjakkan ASEAN sebagai blok ekonomi keempat terbesar dunia.

Beberapa faktor menyokong kesediaan tersebut antaranya faedah ekonomi daripada status Malaysia sebagai pengerusi persatuan rantau itu pada tahun hadapan.

Malah ASEAN 2025 juga istimewa dengan kehadiran Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Plus China serta dunia Arab selain perjumpaan dengan rakan dialog dari Jepun, Korea Selatan, India, Australia, New Zealand, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).

Saya turut maklumkan, tumpuan ASEAN adalah pertumbuhan ekonomi, transformasi digital, termasuk perjanjian rangka kerja ekonomi digital ASEAN, perjanjian perdagangan bebas dan bukannya menjadi gelanggang percaturan, pertembungan kuasa-kuasa besar.

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel πŸ‡²πŸ‡Ύ

15 Oct, 09:31


Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Majlis Parlimen Kelima Belas Dewan Rakyat | 14 Oktober - 12 Disember 2024

Saksikan secara langsung menerusi Youtube Rasmi Parlimen Malaysia

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel πŸ‡²πŸ‡Ύ

12 Oct, 06:32


Selamat menyambut Hari Sukan Negara!.

Terus tekad untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan budaya sihat.

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel πŸ‡²πŸ‡Ύ

09 Oct, 03:46


YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri menduduki tempat ke-15 sebagai individu Islam paling berpengaruh di dunia, berdasarkan edisi terbaharu The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslim 2025.

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel πŸ‡²πŸ‡Ύ

02 Oct, 09:12


YAB Perdana Menteri menyambut baik pengumuman oleh satu lagi syarikat gergasi teknologi dunia Oracle, terkait pembukaan pusat awan awam pertamanya di Malaysia dengan pelaburan berjumlah US$6.5 bilion.

Keputusan ini mencerminkan keyakinan dan komitmen syarikat-syarikat dunia terhadap potensi Malaysia sebagai pintu masuk bagi infrastruktur awan dan menyokong pertumbuhan ekosistem kecerdasan buatan (AI) serantau.

Kejelasan dasar dan pendekatan kerjasama strategik yang dilaksanakan Kerajaan MADANI telah berjaya menarik pelaburan daripada syarikat teknologi utama dunia seperti Amazon Web Services, Microsoft, Google dan terkini Oracle. Keseluruhan projek yang diumumkan oleh syarikat-syarikat ini sehingga kini melibatkan pelaburan keseluruhan yang dianggarkan bernilai US$16.9 bilion (RM70.3 bilion).

YAB Perdana Menteri yakin dengan sokongan semua pihak, matlamat dan sasaran Ekonomi MADANI akan dapat dicapai, Insya-Allah.

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel πŸ‡²πŸ‡Ύ

02 Oct, 07:30


Semalam YAB Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.5 juta bagi membaikpulih pasar ikonik Siti Khadijah di Kota Bharu. Sebanyak RM1.5 juta telah diluluskan sebelum ini. Insya-Allah, YAB Perdana Menteri akan pastikan ia siap mengikut jadual dan para peniaga dapat berniaga dengan selesa.

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel πŸ‡²πŸ‡Ύ

27 Sep, 09:58


Kenyataan Media YAB Perdana Menteri berkenaan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn. Bhd.

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel πŸ‡²πŸ‡Ύ

16 Sep, 02:11


Selamat Hari Malaysia 2024!

Semoga semangat perpaduan dan keharmonian antara kita terus utuh demi masa depan yang lebih cerah. Malaysia di hati kita semua!.

#MalaysiaMADANI

PMO Info Channel πŸ‡²πŸ‡Ύ

15 Sep, 12:38


Salam Maulidur Rasul 1446H/2024M kepada seluruh umat Islam.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda. Sesungguhnya akhlak dan keperibadian terpuji Rasulullah SAW merupakan contoh ikutan terbaik sepanjang zaman.

#MalaysiaMADANI