NOTA TASAWWUF

@nota_tasawwuf


Channel (MSO-D19) merupakan kumpulan nota dr kitab & group2 tasawwuf termasuk juga info dan sebaran maklumat berkenaan ilmu tasawwuf dan tarekat. Untuk lebih memahami perlu berguru dgn guru mursyid.

NOTA TASAWWUF

03 Oct, 04:33


11. Jelas sekali, Luqman Al-Hakim memberi perhatian terhadap pembinaan nilai integriti dalam diri anaknya. Nilai integriti tersebut tidak disandarkan pada manusia sebaliknya diikat dengan Allah SWT. Luqman Al-Hakim juga memberi perhatian untuk membina karektor positif. Bukan untuk mendapatkan pengiktirafan manusia, tetapi kerana karektor negatif dibenci oleh Allah SWT.

12. Allah SWT merakamkan perbualan Luqman Al-Hakim dengan anaknya dalam Al-Quran bukanlah sekadar menyampaikan cerita silam. Sebaliknya ianya adalah petunjuk serta panduan berkaitan proses pendidikan awal kanak-kanak yang wajib kita ikuti.

Sumber: Razak Rawi
@nota_tasawwuf

NOTA TASAWWUF

03 Oct, 04:33


Narsisistik : Penyelesaian Pendidikan Awal Kanak-Kanak Mengikut Manhaj Al-Quran.

1. Narsisistik merupakan gangguan personaliti di mana seseorang individu merasakan bahawa dirinya sangat penting dan mesti diutamakan dalam segala hal.

2. Antara ciri narsisistik, adalah merasa dirinya lebih betul, lebih baik, lebih penting dari orang lain. Sentiasa menuntut haknya ditunaikan. Namun sering mengabaikan hak orang lain. Jika dia melakukan kesalahan maka dia mendakwa dirinya adalah mangsa.

3. Antara puncanya, dia langsung tidak pernah dipuji atau merasakan dirinya telah melakukan sesuatu yang membanggakan semasa kecil. Emosinya tidak pernah dipupuk dengan baik semasa kecil. Menyebabkan dia dahagakan pujian semasa dewasa.

4. Boleh juga berlaku bagi yang terlebih dipuji dan dimanjakan semasa kecilnya. Seolah dia langsung tidak pernah salah. Jika jatuh dari basikal, orang disekelilingnya akan memarahi basikal itu. Jika ditegur guru, ibu bapanya akan menyerang guru tersebut. Segala kehendaknya adalah keputusan yang wajib dipenuhi.

5. Oleh itu, al-Quran telah menyediakan modul pendidikan awal bagi kanak-kanak. Ianya adalah membina spiritual intelligence, intellectual intelligence dan emotional intelligence.

6. Pesanan pertama Luqman Al-Hakim kepada anaknya adalah berkaitan pembinaan spiritual intelligence:-

{ وَإِذۡ قَالَ لُقۡمَٰنُ لِٱبۡنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَيَّ لَا تُشۡرِكۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٞ }

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

7. Spiritual intelligence ini kemudiannya dibina lagi oleh Luqman dalam nasihatnya yang kedua iaitu :-

{ يَٰبُنَيَّ إِنَّهَآ إِن تَكُ مِثۡقَالَ حَبَّةٖ مِّنۡ خَرۡدَلٖ فَتَكُن فِي صَخۡرَةٍ أَوۡ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ أَوۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ يَأۡتِ بِهَا ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٞ

"Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

8. Kemudian, Luqman Al-Hakim membina pula intellectual intelligence. Beliau menerangkan perkara yang paling utama yang perlu dilakukan oleh anaknya bukanlah periksa no. 1 atau pandai bermain piano, atau pandai berenang.

9. Nasihat ketiga Luqman dalam ayat ke 17 adalah :-

{ يَٰبُنَيَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ }

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

10. Setelah itu, Luqman Al-Hakim membina pula emotional intelligence melalui nasihatnya yang keempat dalam ayat 18 dan 19 iaitu :-

{ وَلَا تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٖ فَخُورٖ }

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

{ وَٱقۡصِدۡ فِي مَشۡيِكَ وَٱغۡضُضۡ مِن صَوۡتِكَۚ إِنَّ أَنكَرَ ٱلۡأَصۡوَٰتِ لَصَوۡتُ ٱلۡحَمِيرِ }

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

NOTA TASAWWUF

29 Sep, 23:42


Dalam satu hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

Maksudnya: Amat rugilah seseorang itu apabila disebutkan namaku tetapi dia tidak berselawat ke atasku.

Riwayat Ahmad (7451) dan al-Tirmizi (3545)

tvsufi.com
@nota_tasawwuf

NOTA TASAWWUF

29 Aug, 12:46


Serahkan Kepada Allah
-Ustaz Nik Bakri Nik Mat, Darulhasani
@nota_tasawwuf

NOTA TASAWWUF

25 Aug, 17:10


Apakah RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024?

<<<<< >>>>>

Kemaslahatan Utama:

Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024 meletakkan syarat-syarat berikut bagi menjawat jawatan Mufti Wilayah dan Timbalan Mufti Wilayah:

1 - Seorang warganegara Malaysia.

2 - Seorang Ahli Sunah Waljamaah.

3 - Mempunyai kepakaran dalam Hukum Syarak.

Kemudian ia menjelaskan makna "Ahli Sunah Waljamaah" seperti berikut:

"Bagi maksud seksyen ini, "Ahli Sunah Waljamaah" ertinya mana-mana orang yang berpegang dengan Al-Quran dan Sunah:

(a) berkenaan dengan akidah, yang mengikuti pegangan yang bersumberkan daripada aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah;

(b) berkenaan dengan syariah, yang mengikut Mazhab Syafie atau dalam keadaan tertentu mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali atau ijtihad hukum yang telah diputuskan Jawatankuasa Fatwa; dan

(c) berkenaan dengan tasawuf, yang mengikut pegangan yang dibawa oleh Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali

RUU Mufti Wilayah Persekutuan ini adalah penting untuk:

1. Menambaik baik, memajukan, dan membangun pentadbiran Islam agar lebih seragam, lengkap dan sistematik di Wilayah Persekutuan.

2. Memperkasakan undang-undang pentadbiran Islam di Wilayah Persekutuan.

3. Menjadi rujukan utama bagi institusi kerajaan dan pentafsiran undang-undang di Wilayah Persekutuan.

4. Mengukuhkan amalan Islam yang telah sekian lama diwarisi dan diamalkan di Wilayah Persekutuan.

5. Memelihara perpaduan umat Islam serta mengelakkan perpecahan dan pertelingkahan khususnya di Wilayah Persekutuan.

6. Mengekang elemen radikalisme, ekstremisme, liberalisme, dan sebarang ajaran menyeleweng yang boleh merosakkan pentafsiran Islam di Wilayah Persekutuan.

<<<<< >>>>>

Semoga kefahaman dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah terus subur di bumi Malaysia ini, khususnya di Wilayah Persekutuan.

Para ulama', mufti, pemimpin, ahli politik, dan masyarakat awam umat Islam amat wajar menyokong RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 ini agar kita dapat memastikan kestabilan dan keharmonian agama Islam yang berdiri di atas landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia terus terpelihara.

PENUNTUT ILMU

Sumber asal (Ustaz Wadi Annuar dengan sedikit olahan oleh Dr Abdullaah Jalil): https://www.facebook.com/share/p/yGNNdMgFV3mcUK3R/
Dikongsikan: @nota_tasawwuf

NOTA TASAWWUF

17 Jul, 15:33


JANGAN DENGAR CAKAP ORANG! BACA NI!

Apabila Giliran suami/isteri nak cium....dia mencium dahi isterinya/suaminya...air mata mengalir kepipi jenazah....di peluk isteri/suami agak lama...Kalu secara fitrah nya akan mengalir air matanya terkena kain kafan jenazah...

Seorang makcik bersuara:
"Angkat suami dia tu...jgn peluk lama2 arwah isteri awk tu...jgn sampai air mata ni menitik kene jenazah...kesian dia..berat dia nak pergi...."...maka si suami di papah oleh anak lelakinya keluar rumah....

Ini lah khilaf yg sering berlaku dlm masyarakat melayu islam kita...sebenarnya biarkan sahaja contohnya jika si suami ingin mencium dan memeluk isterinya lama buat kali terakhir...kalau pun dia menangis dan air matanya terkena kain kafan xmengapa...

tiada hadis atau nas yg mengatakan xboleh...disaat itulah si suami mungkin sedang berbisik memaafkan dan menghalalkan segala makanminum kpd isterinya....

Begitu juga sebaliknya yang berlaku pada isteri yang mencium jenazah suaminya...

Malah tidak akan batal wuduk si mati oleh kerana sebab dicium oleh suami atau isteri nya. Yg batal wuduk hanya lah orang yg hidup.

Ingat...yg tak boleh itu jika kamu meratap atau meraung dihadapan jenazah atau sewaktu kematian nya..dilarang keras oleh Rasulullah saw..wallahualam

Kekhilafan yang ramai lakukan dan masih berlaku hingga hari ini..😢
Perkongsian Basyirol Abu Bakar