DBPMalaysia

@dbpmalaysia


Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia.

[+] Info
prpm.dbp.gov.my
kndbp.dbp.gov.my
lamanweb.dbp.gov.my
www.facebook.com/DBPMalaysia
twitter.com/DBPMalaysia
www.instagram.com/dbpmalaysia
www.youtube.com/@DBPMalaysia
tiktok.com/@dbpmalaysia

DBPMalaysia

22 Oct, 07:40


Saksikan Program Siri Diskusi Buku DBP-APM 2024 - Teori dan Kritikan Sastera: Penilaian dan Wacana

Tarikh: 23 Oktober 2024 (Rabu)
Masa: 9.30 pagi
Kaedah: Siaran Langsung Media Sosial DBP

Pembicara: YBrs. Profesor Dr. Hashim Ismail, Universiti Malaya.
Moderator: YBrs. Dr. Madiawati Mamat@Mustaffa, Universiti Malaya.

DBPMalaysia

22 Oct, 01:36


Hari ini akan berlangsung
Majlis Anugerah Buku Terbaik Ketua Menteri Sabah Tahun 2022/2023 dan Pelancaran Buku Baharu Penulis Sabah Terbitan DBP Tahun 2023/2024 bertempat di Hotel The Palace, Kota Kinabalu. Majlis ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglina Haji Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Mewakili Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

DBPMalaysia

22 Oct, 01:33


Persatuan Citra Seni Budaya (PCSB) Sabah dan Persatuan Sastera dan Budaya Sabah (PSBS) dengan kerjasama DBP Cawangan Sabah akan mengadakan Pementasan Puisi dan Tari bertajuk “Mengayau”, pada 8 November dan 9 November 2024 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah.

Untuk mendapatkan tiket pementasan dan maklumat lanjut, sila hubungi:

1. Encik Mohd Asnari Taim: http://wasap.my/601131472887; atau
2. ⁠Puan Divine Nicholista Masilin: http://wasap.my/60193756041

DBPMalaysia

22 Oct, 01:22


Keputusan Pertandingan Baca Naskhah Melayu Klasik Malaysia anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang!

Terima kasih atas penyertaan anda.

DBPMalaysia

22 Oct, 00:06


Info Susastera kali ini menampilkan maklumat tentang novel mutakhir Sasterawan Negara Anwar Ridhwan berjudul Penyeberang Sempadan. Novel ini meraih Tempat Pertama Hadiah Sako ke-3 bagi Novel Nasional (2011) dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2012). Teknik naratif novel ini berbentuk pengembaraan yang sarat dengan wacana ideologi di samping merungkaikan persoalan sejarah negara melalui perspektif yang baharu. Untuk maklumat lanjut anda boleh susuri Info Susastera yang dipaparkan dalam Dewan Sastera Oktober 2024.


Info Susastera ini disediakan oleh Bahagian Penyelidikan Sastera dengan kerjasama Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka.

DBPMalaysia

21 Oct, 01:19


Warga Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Puan Norazimah Abu Bakar.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

DBPMalaysia

21 Oct, 01:02


Ayuh, para pelajar sekolah menengah di WP Labuan!

Sertai Pertandingan Tiktok Malaysia Membaca bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan 2024 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Setiap sekolah boleh menghantar tiga (3) penyertaan. Sila imbas kod QR yang terdapat dalam poster untuk mendapatkan syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan.

#MALAYSIAMEMBACAWPLABUAN2024
#DEKADMEMBACAKEBANGSAAN2024

DBPMalaysia

21 Oct, 01:01


Ayuh, warga WP Labuan!

Sertai Pertandingan Sudut Bacaan Persendirian bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan 2024 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Sila imbas kod QR yang terdapat dalam poster untuk mendapatkan syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan.

Tarikh tutup penyertaan telah dilanjutkan sehingga 27 Oktober 2024.

#MALAYSIAMEMBACA
#BAHASAJIWABANGSA
#SUDUTBACAANDBPSABAH2024

DBPMalaysia

21 Oct, 00:51


Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah akan mengadakan Pertandingan Deklamasi Sajak Si Cilik bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2024 pada 9 November 2024.

Syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR di poster atau melalui pautan https://drive.google.com/drive/folders/1BGxNDvOmONJHQGd0bzIgUQp-XQW8NmgZ?usp=sharing

#SayangiBahasaSayangiNegara
#MalaysiaMembaca
#PertandinganDeklamasiSajakSiCilik

DBPMalaysia

21 Oct, 00:03


Pelaksanaan Audit Bahasa Melayu di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah berlangsung dari 14 hingga 18 Oktober 2024.

Tahniah kepada MPM kerana bersama-sama memartabatkan penggunaan bahasa Melayu.

#BahasaJiwaBangsa

DBPMalaysia

20 Oct, 11:45


Pantun

#Pantun
#DekadBahasaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa

DBPMalaysia

20 Oct, 00:19


BICARA SASTERAWAN NEGARA: YBHG. SN DATO’ RAHMAN SHAARI

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan Bicara Sasterawan Negara yang menampilkan YBhg. SN Dato’ Rahman Shaari.

Semua diundang hadir dan boleh ditonton secara langsung melalui media sosial DBP.

#BahasaJiwaBangsa
#BulanBahasaKebangsaan
#SayangiBahasaSayangiNegara

DBPMalaysia

19 Oct, 10:19


Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Sabah akan berlangsung sepanjang Oktober ini. Berikut dikongsikan takwim aktiviti yang akan dilaksanakan bersempena dengan BBK 2024 Peringkat Negeri Sabah.

25,691

subscribers

5,746

photos

92

videos