Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

@muslimcaremalaysiasociety


Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

22 Oct, 13:16


Situasi beberapa hari lepas di Gaza

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

22 Oct, 08:15


WARGA PERTAHANAN AWAM JUGA TIDAK TERLEPAS TERIMA BANTUAN
https://www.youtube.com/watch?v=aLMgxP4CuvA

Setiap kali berlaku letupan dan serangan, sekumpulan warga Gaza yang bertugas sebagai pertahanan awam sentias peka dan tangkas ke lokasi kejadian.

Mangsa serangan perlu dicari dan diselamatkan.

Walaupun terpaksa merisiko nyawa sendiri, mangsa yang tercedera perlu segera dibantu.. Itulah tekad setiap dari mereka. Selagi terdaya, wajib diselamatkan.

Muslim Care Malaysia (MCM) memandang tinggi usaha berani barisan pertahanan awam ini dan telah memberikan penghargaan kepada wira-wira berani ini.

Teruskan menyumbang kepada Gaza melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-kecemasan-palestin

Mudah-mudahan lebuh ramai akan dapat dibantu dan kekal kuat bertahan memperjuangkan kedaulatan bumi Palestin.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

22 Oct, 05:06


TAMAN SYURGA ONLINE

Berhenti sejenak dan marilah sama-sama kita Ikuti kupasan berkaitan 

Bedah Kitab "Kisah-Kisah Al-Quran Al-Karim"
oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad

🎥 Live di Facebook MCM
https://www.facebook.com/share/v/EekX72A1hCYnmMFR/

🎥 Live di Youtube MCM
https://www.youtube.com/live/VAQmkDnOYMo?si=c2IXBDxpbN9SR_ut


Jom Dengar Kuliah!

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.

#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
#kuliahagama
#Islamforall

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

22 Oct, 01:33


Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab "Kisah-Kisah Al-Quran Al-Karim"
Bersama Al Fadhil Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad

Tarikh : 22 Oktober 2024, Selasa
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE bole di tonton di Facebook & Youtube Muslim Care Malaysia Society

Insya-Allah jangan lupa temu janji kita ya.

#MajlisIlmu
#KuliahOnline
#MuslimCareMalaysia

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

21 Oct, 08:25


MISI KASIH MCM JELAJAH PANGKOR

Di sebalik keindahan Pulau Pangkor yang sering menjadi tumpuan pelancong, ada sekelompok asnaf yang sangat memerlukan bantuan dan sokongan daripada orang luar.

Muslim Care Malaysia (MCM) dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA) telah mengedarkan bantuan set keperluan asas kepada 150 buah keluarga dari kalangan asnaf dan B40 yang merangkumi penduduk Melayu dan India.

Baca lanjut di sini
https://www.facebook.com/share/p/r17DzhJcA53cEmRc/

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

21 Oct, 07:28


MISI "NAIK MESIN MASA" JEJAK MELAYU MYANMAR
https://www.facebook.com/share/v/TfPJFTrV93Feg9r3/

Masyarakat Melayu Myanmar kurang diberi perhatian berbanding Melayu Kemboja.

Mereka bukanlah etnik Rohingya sebagaimana dianggap oleh sesetengah pihak. Melayu Myanmar tinggal di lebih 30 buah kampung di Tanah Sari sebahagian daripada kerajaan Kedah Tua suatu masa dahulu.

Mereka telah tinggal di sini sejak 7 generasi terdahulu. Namun, kesan konflik dalaman dan ketidakstabilan politik Myanmar telah menyekat kemajuan masyarakat di sini.

Rata-rata daripada mereka menjadikan bertani dan nelayan sebagai sumber pendapatan asas.

Menelusuri kehidupan masyarakat Melayu di sini, ibarat menaiki mesin masa dan kembali kepada kehidupan Tanah Melayu beberapa dekat terkebelakang.

Terima kasih kepada Berita Al Hijrah yang telah melaporkan berita misi kebajikan Muslim Care Malaysia di Myanmar.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

21 Oct, 07:15


MUSLIM CARE MALAYSIA RANCANG TERUSKAN BANTUAN
https://www.facebook.com/share/v/TfPJFTrV93Feg9r3/

Sebanyak 5 lokasi terpilih di Selatan Myanmar telah ditaja kenduri besar oleh Muslim Care Malaysia (MCM) dalam Misi Dakwah & Kebajikan di Perkampungan Melayu Selatan Myanmar pada 14 hingga 19 Oktober 2024.

Selepas beramah mesra dengan penduduk Melayu Islam di sini, MCM melihat banyak lagi keperluan dan bantuan dapat disalurkan.

Dalam jangka masa sederhana, ibadah korban turut akan diusahakan di sini.

Terima kasih kepada Berita Al Hijrah yang telah melaporkan berita misi kebajikan Muslim Care Malaysia di Myanmar.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

19 Oct, 13:23


DEMI KESELAMATAN, MYANMAR DITINGGALKAN LEBIH AWAL

Biarpun segala prosedur dipatuhi hasil perancangan rapi sejak dua bulan lalu, situasi terkini memaksa tempoh penginapan peserta misi kebajikan dan dakwah Muslim Care Malaysia (MCM) di Bokpyin, Myanmar dipendekkan.

Timbalan Presiden MCM Haji Mohd Johari Ismail yang juga ketua misi berkata atas sebab keselamatan, pihak berkuasa tempatan membenarkan rombongan MCM tinggal hanya satu malam di Bokpyin.

Baca lanjut di sini
https://www.facebook.com/share/p/rRcyw3QzcP4Wgunx/

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

18 Oct, 14:22


🖤 SALAM TAKZIAH🖤

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Salam takziah kepada seluruh umat Islam yang telah kehilangan As Syahid Yahya Sinwar, Ketua Biro Politik H****

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِيْنَ قُتِلُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ اَمْوَا تًا ۗ بَلْ اَحْيَآءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُوْنَ

Maksudnya : "Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;"
(Surah Ali Imran, 169)

Perjuangan beliau sudah selesai , yang tinggal hanyalah kita yang masih ada di muka bumi ini untuk meneruskan perjuangan.

Jihad untuk Islam.

“Ya Allah, ampunilah mereka, belas kasihanilah mereka, hapuskanlah dan ampunilah dosa-dosa mereka serta dikurniakan ganjaran syahid di sisi Allah.”

Sesungguhnya dari Allah kita datang , kepada Allah tempat dikembalikan.

Ikhlas daripada,
Seluruh ahli keluarga Muslim Care Malaysia Society.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

18 Oct, 07:58


AL QURAN MENJADI KEKUATAN WARGA GA Z A
https://www.youtube.com/watch?v=Dm5gCurHa4c&t=5s

Di celah-celah himpunan khemah tempat warga Palestin kini berteduh, mereka dirikan beberapa buah surau untuk dijadikan sebagai surau dan Kelas Tahfiz anak-anak Ga Z a.

Subhanallah!
Hasil sumbangan Tuan Puan semua kepada rakyat Palestin, sedikit pun tidak terbazir bahkan menjadi berkat dapat dimanfaatkan ramai.

Teruskan berdoa dan menyumbang untuk kelangsungan perjuangan di bumi Aqsa.
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-kecemasan-palestin

Dari sungai ke segara,
Palestin pasti MERDEKA!

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

18 Oct, 07:30


SUMBANGAN ANDA SAMPAI KEPADA MEREKA
https://www.youtube.com/watch?v=fFuEw4qd1G8

Dari hari ke hari berita kehilangan saudara terdekat mereka, tidak sedikit pun menggentarkan jiwa-jiwa pejuang di bumi Pa l e s tin. Mereka tetap terus mahu bertahan di bumi penuh berkat yang menjadi idaman Zi o n is laknatullah.
Malaysia walaupun jauh beribu batu, telah menghantar bantuan sejak awal peperangan Taufan A l-A q sa berlaku.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang selalu bersama Muslim Care Malaysia berusaha membantu sedaya upaya saudara kita yang sedang dizalimi tanpa henti.

Teruskan menyumbang kepada P a l e s tin melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/susu-4-gaza

Semoga setiap sumbangan dan jariah yang Tuan Puan salurkan akan dibalas dengan seribu kebaikan dan kebahagian yang berpanjangan dan diampunkan dosa-dosa yang terdahulu.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

18 Oct, 02:41


بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah ! Muliakan Islam dan kaum muslimin.
Hinakan syirik dan kaum musyrikin,
Hancurkanlah musuh-Mu dan musuh agama.
Ya Allah! Engkau sahajalah yang mengalahkan mereka,
Tunjukkanlah kepada kami keajaiban kuasa-Mu
Ya Allah! Kami serahkan-Mu di tengkok-tengkok mereka.
Kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka.

Amin 🤲

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

17 Oct, 05:15


TAMAN SYURGA ONLINE

Berhenti sejenak dan marilah sama-sama kita Ikuti kupasan berkaitan 

Bedah Kitab "Kitab Usul Ad-Dakwah"
oleh Al-Fadhil Ustaz Nurul Khalil

🎥 Live di Facebook MCM
https://www.facebook.com/share/v/ivuYj3fkFnAj74zw/

🎥 Live di Youtube MCM
https://www.youtube.com/live/xFni5pHMm_w?si=ooJ3Yr1KjueQZNs0


Jom Dengar Kuliah!

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.

#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
#kuliahagama
#Islamforall

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

17 Oct, 02:48


ZIARAH KE BOKPYIN IBARAT BALIK KAMPUNG
https://www.facebook.com/share/v/wghNavhkrdtPodT8/

Selepas bersalam, setiap seorang peserta misi dipeluk erat seperti adik beradik yang bertemu semula selepas puluhan tahun terpisah, sedangkan itulah pertama kali masing-masing berjumpa.

Begitulah suasana ketika penduduk Melayu di Bokpyin selatan Myanmar menyambut ketibaan 15 peserta Misi Kebajikan dan Dakwah Muslim Care Malaysia (MCM) pada 16 Oktober 2024.

“Mereka peluk kami begitu erat membuatkan kami rasa terharu. Nyata jarak dan lokasi yang jauh tidak sama sekali memisahkan hubungan kita orang Melayu Islam,” kata peserta misi, Ustaz Muaz Hassan yang juga Exco MCM.

Penduduk tempatan, Ustaz Sharkawi Abd Aziz pula berkata dia sama sekali tak sangka ada pihak luar yang prihatin dan sudi berkunjung ke Bokpyin dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang serba kekurangan.

“Terima kasih banyak-banyak MCM sebab sudi datang dan membantu kami,” katanya yang juga mudir Madrasah Tadrib Albanin Walbanat,

Ketika mengadakan kenduri rakyat yang dihadiri kira-kira 300 orang di madrasah itu Timbalan Presiden MCM Haji Mohd Johari Ismail, selaku ketua misi mengumumkan MCM akan membiayai kos pembinaan satu kolah air berharga RM4,000 untuk kemudahan jemaah surau berwuduk.

Pada masa ini pelajar dan penduduk kampung yang solat di surah madarsah itu berwuduk dengan menggunakan air perigi yang agak daif.

“InsyaAllah kami akan datang lagi pada Aidiladha tahun depan untuk menaja dua ekor lembu korban di setiap 35 kampung di Bokpyin dan sekitarnya,” katanya.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

17 Oct, 02:47


Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab "Kitab Usul Ad-Dakwah"
Bersama Al Fadhil Ustaz Nurul Khalil

Tarikh : 17 Oktober 2024, Khamis
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE boleh ditonton di Facebook & Youtube Muslim Care Malaysia Society

Insya-Allah jangan lupa temu janji kita ya.

#MajlisIlmu
#KuliahOnline
#MuslimCareMalaysia

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

16 Oct, 08:07


“ Jangan sesekali-kali engkau meremehkan kebaikan sedikitpun. Meskipun (hanya) engkau bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

16 Oct, 03:45


KASIH ASNAF PAGOH CANTIKKAN SURAU, BERSIHKAN DEWAN TERBUKA

Jauh ke dalam kawasan pertanian dan ladang getah, terdapat sekumpulan kaum Orang Asal yang tinggal di kampung Se'Arak Api, Pagoh.

Sekitar 40 buah keluarga telah menerima hidayah Allah dan masih sedang mendalami agama Islam dengan bimbingan ustaz yang hadir secara berkala ke kampung ini.

Baca lanjut di sini

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0u4SwT9K68hu5n39iemi8GSytXg3iyZd5LA8r2aHkzRsRSqaB1P6b3Gn27x7CAywLl&id=100064325754514

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

16 Oct, 02:44


LIMA EKOR LEMBU UNTUK KENDURI DI KAMPUNG MELAYU MYANMAR.
https://www.facebook.com/share/v/JP4nAAwpWaWKPw4f/

Lima ekor lembu bakal tumbang untuk hidangan sekurang-kurangnya 2,000 orang ketika kenduri rakyat di lima lokasi.

Itu antara aktiviti utama sepanjang lapan hari misi dakwah dan kebajikan Muslim Care Malaysia (MCM) di perkampungan Melayu di selatan Myanmar dari 15 hingga 22 Oktober 2024.

Ketua misi, Haji Mohd Johari Ismail yang juga Timbalan Presiden MCM berkata pihaknya memperuntukkan lebih RM65,000 untuk misi yang julung kali diadakan di wilayah berkenaan.

“Kami juga membawa telekung, 300 naskah al-Quran, beg sekolah serta alat tulis untuk diagihkan kepada penduduk tempatan,” katanya.

Peserta misi seramai 15 orang menempuh perjalanan sejauh lebih 1,000km yang memakan masa kira-kira 12 jam dari Bukit Kayu Hitam, Kedah, untuk tiba di Ranong, bandar di Thailand yang bersempadan dengan Myanmar.

Dari Ranong, peserta misi menaiki bot selama 45 minit untuk ke Kampung Pulau Dua atau Kawthaung dalam bahasa Myanmar dan merasai pengalaman unik apabila pemeriksaan pasport turut dibuat di kaunter imigresen di atas pelantar di tengah laut.

Disebabkan larangan perjalanan jarak jauh selepas jam 6 petang, peserta misi bermalam di Kampung Pulau Dua dan bergerak ke Bokpyin pada jam 6 pagi 16 Oktober 2024 untuk melaksanakan program kenduri rakyat yang pertama.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

15 Oct, 04:16


Setelah sekian lama tidak menikmati daging mahupun apa-apa protein, ketibaan daging korban yang kalian hadiahkan kepada saudara kita di Palestin benar-benar satu kenikmatan yang menerbitkan rasa syukur, gembira dan kelegaan buat mereka di Gaza.

Alhamdulillah wa nikmal wakeel...

Teruskan menderma kepada saudara kita di Palestin. Semoga derita yang sedang mereka depani terubat dengan jariah dan sumbangan dari kita.

https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/susu-4-gaza

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya.
Tepat Pada Sasaran.