Afifah Alwi

@matapenaafifahalwi


Mata pena yang dipegang Afifah berhajat mahu menyebar manfaat. Bukan penaku yang tajam, tapi dengan kuasa Tuhan yang membenarkan.

Afifah Alwi

20 Jan, 16:17


Baca quotes ni waktu pagi rasa semangat.
"Kalau aku boleh memikirkannya dan boleh meyakninya, aku oleh mewujudkannya."

Kita memang takkan dapat 100% seperti apa yang kita nak, tapi kita akan dapat lebih baik daripada apa yang kita nak.

Orang rasa mustahil, namun kalau Allah kata "kun", tiada siapa yang dapat menghalang

Afifah Alwi.

Afifah Alwi

20 Jan, 16:16


Tanda kita dah mula terjebak dengan pola fikiran negatif.

1. Sering menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku.
2. Kita salahkan orang lain, keadaan dan persekitaran.
3. Selalu dan mudah hilang semangat. Susah nak baiki mood sendiri.

Tiga perkara ni jadi sebab kita biarkan fikiran kita untuk mula fikir benda tak baik. Itu sahaja.

AfifahAlwi

Afifah Alwi

20 Jan, 16:14


Waktu pagi ni, sematkan dalam otak kita.

"Tiada daya dan upaya melainkan meminta pertolongan daripada Allah."

Susah mengadu dekat Allah dulu.
Sakit minta ampun dengan Allah dulu.
Rasa sukar, istighfar dulu.

Tidak ada yang kita mampu buat melainkan semua yang dimampukan Allah untuk kita.

AfifahAlwi

Afifah Alwi

20 Jan, 16:13


"Ingatlah kebahagiaan itu tidak bergantung pada siapa diri kamu ataupun apa yang kamu miliki, tetapi bergantung sepenuhnya pada apa yang kamu fikirkan." Dale Carnegie.

Mahal kata-kata ni.
Bahagia itu pada apa kita fikir tentang kita.

AfifahAlwi

Afifah Alwi

20 Jan, 16:11


3 ciri kita orang yang mudah beremosi.

1. Mudah tersinggu dengan apa orang kata, kita tak tapis apa kita nak terima, padahal tak semua mulut orang ada mutiara kadang ada bisa.

2. Terlalu trauma. Masa lalu memang untuk kita belajar bukan lagi untuk kita kenang.

3. Mudah rasa cemas sehingga ketakutan. Kalau itu jadi, kalau ini jadi, sedangkan itu hanya di akal, belum tetu jadi pun. Kita risau sangat. Bahaya.

Hat-hati dan cepat perbaiki.

AfifahAlwi

Afifah Alwi

20 Jan, 16:10


Tak semua perkara dalam kawalan kita.

-Apa orang sangka.
-Apa tindakan orang kepada kita.
-Mereka nak fikir apa pasal kita.
-Emosi mereka.

Kita mudah sangat sentap apabila kita nak sangat kawal perkara yang kita tak patut kawal.

AfifahAlwi

Afifah Alwi

20 Jan, 16:09


Kita takkan sakit hati sekiranya kita tidak mengizinkan hati kita disakiti.

1. Kita tak perlu terima semua apa orang cakap tentang kita.

2. Tak semua mereka cakap tu betul.

Sebenarnya, kita yang pilih untuk terasa atau tak. Titik.

AfifahAlwi

Afifah Alwi

20 Jan, 16:07


COKLAT PREMIUM HARGA MARHAEN

Coklat memang rasa premium, sesudu memang tak cukup.

Kalau korang peminat coklat, mahunya 1 tub ni habis dalam sehari.

Pembelian 11.11 ni promosi postage RM3 sahaja untuk semenanjung.

www.wasap.my/601161130198/Nakchocolate

Afifah Alwi

20 Jan, 16:07


Akal kita perlukan ilmu.

Perempuan berilmu akan
-Rasa tenang.
-Yakin dengan janji Allah.
-Sangka baik selalu dengan segala takdir.

Kita tak perlu pandai, kita hanya perlu rajin belajar.

AfifahAlwi

Afifah Alwi

20 Jan, 15:10


Bila kita berdoa, belum pasti makbul 100% seperti apa yang kita sebut dan mintak, sebab Allah itu tahu apa yang paling layak dan sesuai dengan kita.

Cuma kita tak faham, betulkan?

Bukan Tuhan kejam, tapi kita yang kuat sangat menentang.

AfifahAlwi

Afifah Alwi

20 Jan, 15:08


Takdir September yang diri kita alami mungkin sudah sedikit sebanyak mengubah cara berfikir kita tentang Tuhan.

1. Kita mula menjauhkan sangka buruk dan memperbanyak sangka baik.

2. Kita tahu jika belum dapat apa yang kita nak, kerana itu belum waktu yang tepat.

3. Takdir yang lepas untuk kita belajar, bukan membuat semakin lemah.

AfifahAlwi

Afifah Alwi

20 Jan, 15:08


"Apabila semua orang menjauh ketika kamu dalam kesusahan, ketahuilah Allah ingin membuatkan kamu kuat dan Dia yang akan menjadi penolong kamu."

Yang kita kena tahu, tidak akan semua orang ada bersama kita, kadang bukan kerana mereka tak mahu, namun dewasa ini masing-masing dengan komitmen tersendiri.

AfifahAlwi

Afifah Alwi

20 Jan, 15:08


Percaya tak? Habis je kita berdoa, kita rasa lega.

1. Lega meluah segala yang kita rasa, kadang macam bercerita, sedangkan bukan Allah tak tahu, namun itulah cara hamba.

2. Lega sebab kita tahu Allah akan selesaikan, hakikatnya, dipermudah urusan atau diselesaikan itu takdir, bukan kuasa kita.

Lepas berdoa, kita akan rasa ada kuasa baru, kuasa bersangka baik kepada Allah dengan lebih padu dan jitu.

AfifahAlwi

Afifah Alwi

20 Jan, 15:07


Kita bersedia atau tidak, takdir tetap akan berlaku. Itu yang kita kena tahu.

Takdir memang takkan pernah menunggu kita berada dalam keadaan sedia, gembira atau apa, kerana takdir itu urusan Allah, yang lebih mengetahui tentang diri kita.

Begitulah

AfifahAlwi

Afifah Alwi

20 Jan, 14:11


Dikecewakan? Pernah
Mengecewakan orang? Juga ada.
Ditinggalkan? Pernah.
Meninggalkan juga ada.

Yang perlu kita tahu, semua orang 'bekerja' dengan alasan, dan tugas kita bukan mempersoalkan keputusan tapi meraikan perbezaan.

AfifahAlwi

Afifah Alwi

20 Jan, 14:10


Bergantung hidup dengan Allah, kerana hakikatnya kita 'tak urus apa-apa.'

Sayangkan seseorang, cerita tentang dia kepada Allah agar Allah jaga.
Disakiti orang, mengadu dengan Allah agar Allah pelan-pelan hilangkan rasa sakit kita.
Cita-cita kita ceritakan juga kepada Allah walau hakikatnya Dia sudah tahu tentang segalanya.

Bergantung kerana tali pergantungan dengan Allah takkan pernah putus dan kita tidak akan dikecewakannya.

AfifahAlwi

Afifah Alwi

20 Jan, 14:09


Jaga orang yang kita sayang dengan doa, itu memang paling selamat.

Doakan kebahagian, kegembiraan, ketenangan, tercapainya cita-cita, kesihatan yang baik dan segala tentang perkara baik-baik.

Jangan simpan di hati kerana sifat hati itu berbolak balik, simpan dalam doa, biar Allah yang jaga.

AfifahAlwi

Afifah Alwi

20 Jan, 14:09


Bagi orang lain, mungkin kita bukan sesiapa, namun ada seseorang yang menjadikan kita 'segalanya'.

Dia menerima kita seadanya.
Terima kelebihan yang ada dengan kita.
Raikan kelemahan kita.
Berani memperjuangkan kita sesungguhnya.

Tidak semua akan menjadikan kita yang pertama, namun pasti ada orang yang Allah takdirkan dia yang memperjuangkan kita.

AfifahAlwi

Afifah Alwi

20 Jan, 14:08


Bersangka baik dengan Tuhan tentang

-Masa lalu yang pasti ada pengajarannya untuk kita.
-Masa depan yang terbaik untuk kita.
-Tidak diberi adalah pemberian.
-Diambil sesuatu yang dicintai untuk diberikan yang lebih patut kita cintai.

Begitulah.

AfifahAlwi

8,844

subscribers

252

photos

16

videos