Melaka Hari Ini

@melakahariiniofficial


Selamat datang ke Telegram Rasmi Melaka Hari Ini. Saluran ini adalah untuk berkongsi berita terkini dengan anda semua.

Melaka Hari Ini

22 Oct, 12:15


ICAF 2024: TIGA LALUAN DITUTUP

AYER KEROH 22 Oktober – Tiga laluan akan ditutup bersempena penganjuran Malam Gala Asean Festival Of Arts 2024 dan International Cultural & Arts Festival @ Sungai Melaka (ICAF) 2024 dijadualkan berlangsung di Dataran Pengkalan Rama.

Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, laluan terlibat iaitu Jambatan Hang Jebat, Jalan Tun…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/icaf-2024-tiga-laluan-ditutup/ )

Melaka Hari Ini

22 Oct, 11:27


POLIS TAHAN LELAKI WARGA ASING DISYAKI BUNUH RAKAN

KOTA TINGGI 22 Oktober – Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki membunuh rakannya dalam kejadian di luar pagar stor PTB 2499, Jalan Kemajuan Perindustrian 4, Batu 24 di sini pada tengah malam tadi

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat lelaki warga asing berusia…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/polis-tahan-lelaki-warga-asing-disyaki-bunuh-rakan/ )

Melaka Hari Ini

22 Oct, 10:35


KEDAI MAKAN KOTOR, TIADA LESEN KENA KOMPAUN

AYER KEROH 22 Oktober – Dua kedai makan dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diarahkan tutup selama 14 hari dan dikenakan kompuan selepas kebersihan lokasi penyediaan makanan dikesan berada dalam keadaan kotor.

Mengulas mengenai lanjut Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, kesalahan itu dikesan pihaknya hasil Operasi Kebersihan Premis Makanan…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/kedai-makan-kotor-tiada-lesen-kena-kompaun/ )

Melaka Hari Ini

22 Oct, 09:33


MELAKA SAMBUT BAIK PENUBUHAN PORTAL FRAUD KEBANGSAAN

AYER KEROH 22 Oktober – Inisiatif dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dengan menubuhkan Portal Fraud Kebangsaan dan memperkasakan peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dianggap sebagai satu langkah positif untuk memerangi penipuan dalam talian serta jenayah siber.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, peruntukan RM20 juta bagi tujuan…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/melaka-sambut-baik-penubuhan-portal-fraud-kebangsaan/ )

Melaka Hari Ini

22 Oct, 08:31


LAHIRKAN AHLI PUSPANITA CELIK TEKNOLOGI

SERI NEGERI 22 Oktober – Seramai 130 ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) menyertai Seminar ‘Jadi Wanita Bijak 4.0’ berlangsung di Auditorium Seri Negeri, di sini, hari ini.

Setiausaha PUSPANITA, Norhayati Nasir berkata, antara matlamat seminar berkenaan adalah untuk memberikan pendedahan kepada ahlinya mengenai ancaman buli siber, pencegahan daripada menjadi…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/lahirkan-ahli-puspanita-celik-teknologi/ )

Melaka Hari Ini

22 Oct, 07:30


POLIS RAMPAS 44 EKOR KAMBING SELUDUP DARI THAILAND BERNILAI RM55,000

KOTA BHARU 22 Oktober – Polis telah menumpaskan kegiatan penyeludupan sebanyak 44 ekor kambing yang dianggarkan bernilai RM55,000 di Kampung Repek, Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan selepas anggotanya menahan sebuah lori jenis Daihatsu yang dinaiki oleh dua lelaki berusia 20…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/polis-rampas-44-ekor-kambing-seludup-dari-thailand-bernilai-rm55000/ )

Melaka Hari Ini

22 Oct, 06:30


463 DAPAT MANFAAT PROGRAM SEJATI MADANI

MACHAP JAYA 22 Oktober – Geran berjumlah lebih RM23 juta disalurkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) menerusi Pejabat Pembangunan Negeri Melaka kepada kepada 463 pemohon Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI).

Timbalan Pengarah Pembangunan negeri, Afzai Nizam Sandiman berkata, berdasarkan rekod permohonan, sektor tertinggi yang menjadi pilihan adalah pertanian dan makanan,…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/463-dapat-manfaat-program-sejati-madani/ )

Melaka Hari Ini

22 Oct, 05:00


FESTIVAL SUNGAI MELAKA KEMBALI, LEBIH MERIAH TAHUN INI

AYER KEROH 22 Oktober – Festival Sungai Melaka yang terhenti selama empat tahun kembali semula tahun ini dengan pengisian lebih menarik dan meriah.

Ia dikembalikan semula Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bersempena International Cultural & Arts Festival 2024 @Sungai Melaka (ICAF2024).

Festival itu akan diadakan selama tiga hari bermula 25 Oktober, bertempat…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/festival-sungai-melaka-kembali-lebih-meriah-tahun-ini/ )

Melaka Hari Ini

22 Oct, 03:50


MELAKA PERLUAS JELAJAH USAHAWAN DI SETIAP PARLIMEN

AYER KEROH 22 Oktober – Jelajah Usahawan Negeri Melaka akan diperluaskan di setiap Parlimen bagi membantu usahawan mendapatkan maklumat tentang kemudahan ditawarkan.

Perkara itu bagi menyahut Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peruntukkan sebanyak RM40 bilion sebagai kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan perniagaan di bawah agensi kerajaan untuk sektor perusahaan…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/melaka-perluas-jelajah-usahawan-di-setiap-parlimen/ )

Melaka Hari Ini

22 Oct, 02:40


MELAKA BAKAL PECAH REKOD KAPAL TERBANG KERTAS

REMBIA 22 Oktober – Penganjuran Kejohanan Science Paper Plane Peringkat Negeri Melaka 2024 bakal memecahkan rekod Malaysia Book of Records (MBOR) jika mampu capai jumlah penyertaan tertinggi atau jarak penerbangan paling jauh melebihi 36.8 meter atau masa penerbangan melebihi 15 saat.

Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka, Prof. Datuk Dr. Mohd Rasdi Zaini…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/melaka-bakal-pecah-rekod-kapal-terbang-kertas/ )

Melaka Hari Ini

22 Oct, 01:28


DEEPAVALI: 75 MURID DAPAT SUMBANGAN BAJU RAYA

BANDARAYA MELAKA 22 Oktober – Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 75 murid apabila menerima baju raya sempena Deepavali yang bakal disambut hujung bulan ini.

Bermacam keletah dapat dilihat ketika anak-anak ini diberi peluang untuk memilih sendiri baju baharu yang mereka sukai dengan dibantu guru pengiring.

Bagi penerima B. Sathisan, 11, berkata, dia…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/deepavali-75-murid-dapat-sumbangan-baju-raya/ )

Melaka Hari Ini

21 Oct, 13:00


ANCAMAN HARIMAU KUMBANG BIMBANGKAN PENDUDUK

ALOR GAJAH 21 Oktober- Kejadian enam ternakan kambing menjadi mangsa serangan dipercayai harimau kumbang, pada Sabtu lalu mencetuskan ketakutan dalam kalangan lebih 1,000 penduduk di dua buah taman berdekatan Kampung Bukit Tampoi, Kelemak, di sini.

Keadaan dikatakan lebih membimbangkan apabila ada di antara penduduk mendakwa ternampak kelibat haiwan liar itu melintas jalan menghala ke…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/ancaman-harimau-kumbang-bimbangkan-penduduk/ )

Melaka Hari Ini

21 Oct, 12:39


Abadikan Hari Istimewa Anda di Bangunan CMI

Baru tahu yang dalam bangunan CMI ini rupanya ada dewan yang begitu INDAH! Sesuai untuk mencipta kenangan terindah anda menjadi RAJA SEHARI.

🌸 Pakej Eksklusif & Harga Berpatutan
🎤 Kemudahan Sistem Audio & Visual Terbaik
🚗 Akses Mudah & Tempat Letak Kereta Luas

Abadikan Hari Istimewa Anda di Dewan Kami! 👰💍 Mana Lagi? Bangunan…

Video penuh di ( https://melakatv.com/2024/10/21/abadikan-hari-istimewa-anda-di-bangunan-cmi/ )

Melaka Hari Ini

21 Oct, 11:51


KONTINJEN MUALAF MELAKA CEMERLANG

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat
AYER KEROH 21 Oktober – Kontinjen mualaf Melaka meraih kejayaan membanggakan dalam program Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak, baru-baru ini.

Pencapaian cemerlang itu didahului dalam acara tilawah al-Quran di mana wakil Melaka, Qaseh Khatijah Tan diumum sebagai naib…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/kontinjen-mualaf-melaka-cemerlang/ )

Melaka Hari Ini

21 Oct, 10:54


sumbangan deepavali

21 Oktober – Seramai 1,000 komuniti India dari setiap parlimen di negeri ini menerima bantuan sumbangan Kerajaan Negeri bersempena Perayaan Deepavali, tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bantuan tersebut adalah menerusi Program Sumbangan Perayaan Negeri Melaka yang disalurkan dari Tabung Amanah Kebajikan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM200,000 kepada komuniti…

Video penuh di ( https://melakatv.com/2024/10/21/sumbangan-deepavali/ )

Melaka Hari Ini

21 Oct, 10:46


‘SATU SUMBANGAN SERIBU MAKNA’

TANJUNG BIDARA 21 Oktober – “Sumbangan ini membawa seribu makna buat saya dan keluarga menjelang Deepavali tahun ini. Kami sangat berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kerana sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan bebanan kami,” kata, V. Supayyah, 46.

Dia yang menetap di Tanjung Bidara berkata, bantuan itu sedikit sebanyak…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/satu-sumbangan-seribu-makna/ )

Melaka Hari Ini

21 Oct, 10:39


KECERIAAN MASYARAKAT INDIA MASJID TANAH

21 Oktober – Tanpa mengira kaum dan agama sebaliknya kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan seluruh rakyat di negeri ini khususnya pada musim perayaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia termasuklah kepada masyarakat India yang banyak menyumbang kepada kelestarian pembangunan Negeri Melaka.

“Sempena pesta cahaya tahun ini kita menyampaikan…

Video penuh di ( https://melakatv.com/2024/10/21/keceriaan-masyarakat-india-masjid-tanah/ )

Melaka Hari Ini

21 Oct, 10:24


Kejohanan Science Paper Plane Peringkat Negeri Melaka 2024

21 Oktober – Kejohanan Science Paper Plane Peringkat Negeri Melaka 2024 Sempena Minggu Sains Negara merupakan antara usaha memupuk minat masyarakat terutamanya golongan muda terhadap bidang sains dan teknologi.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, program itu akan melibatkan beberapa agensi antaranya Planetarium Negara dan Pusat Sains…

Video penuh di ( https://melakatv.com/2024/10/21/kejohanan-science-paper-plane-peringkat-negeri-melaka-2024/ )

Melaka Hari Ini

21 Oct, 09:40


JAMUAN DEEPAVALI MELAKA TAMPIL MENU ‘ALA MALAYSIA’

BANDARAYA MELAKA 21 Oktober – Kira-kira 3,000 pengunjung dijangka akan memeriahkan Majlis Sambutan dan Jamuan Deepavali yang akan berlangsung pada Ahad ini di Padang Nyiru, Banda Hilir.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP. Shanmugam berkata, berbanding tahun sebelumnya, sambutan kali ini agak meriah apabila diselitkan dengan pelbagai acara menarik.

“Kita yakin rakyat…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/jamuan-deepavali-melaka-tampil-menu-ala-malaysia/ )

Melaka Hari Ini

21 Oct, 08:31


BEKALAN BARANGAN KEPERLUAN ‘JUALAN RAHMAH’ AKAN DITAMBAH BAIK

AYER KEROH 21 Oktober – Bekalan barangan keperluan Jualan Rahmah di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata ia berikutan permintaan terhadap barang keperluan pada setiap kali penganjuran Jualan Rahmah adalah sangat…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/bekalan-barangan-keperluan-jualan-rahmah-akan-ditambah-baik/ )