Latest Posts from UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI] (@uitmcawangankedahrasmi) on Telegram

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI] Telegram Posts

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]
Sebarang perkembangan terkini dan maklumat berkaitan dengan UiTM CAWANGAN KEDAH akan diberikan di dalam Telegram Channel Rasmi ini.
8,356 Subscribers
1,160 Photos
14 Videos
Last Updated 11.03.2025 07:47

Similar Channels

UMK JELI (CONFESSION)
2,625 Subscribers
DREAMCATCHER SONGS
1,010 Subscribers

The latest content shared by UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI] on Telegram

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

29 Jan, 05:02

1,782

[RABU | 29 JANUARI 2025]

⚜️ MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025⚜️

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di hatiku.

[SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2025]

Merujuk kepada perkara di atas, kami daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kedah Sesi 2024/2025 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat berbangsa Cina yang meraikannya.

Semoga tahun baru ini disambut dengan penuh kegembiraan dan azam yang membara seiring dengan tahun ular.

Sekian, terima kasih.

”PEMACU ASPIRASI, MENCETUS TRANSFORMASI”

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

28 Jan, 13:51


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI] pinned «[SABTU | 25 JANUARI 2025] ⚜️ MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025 ⚜️ Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di hatiku. [PERINGATAN BERKENAAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR DAN KEDUDUKAN NOMBOR MEJA SEMASA PEPERIKSAAN AKHIR BAGI SEMESTER OKTOBER…»
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

28 Jan, 08:42

1,807

[SELASA | 28 JANUARI 2025]

⚜️ MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025 ⚜️

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di hatiku.

[INISIATIF MPP: ACADEMIC BANK]

Merujuk perkara di atas, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Kedah 2024/2025 akan mengadakan inisiatif baru iaitu Academic Bank. Inisiatif ini merupakan platform khas untuk mahasiswa menjual buku akademik melalui MPP.

Para mahasiswa yang ingin menjual buku-buku terpakai boleh menekan pautan berikut: https://forms.gle/d4hQtMCzBoAeRdvu6

Sekian, terima kasih.

“PEMACU ASPIRASI, MENCETUS TRANSFORMASI"

Yang menjalankan amanah,

MPP Shahira
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

28 Jan, 08:39

1,316

📍Makluman Hari Kelepasan Am bagi Negeri Kedah Darul Aman tahun 2025.

🔗 Pautan: https://www.kedah.gov.my/index.php/2025/01/23/hari-kelepasan-am-negeri-kedah-tahun-2025/

* Sebarang pertambahan / pemakluman cuti akan dimaklumkan oleh kerajaan negeri.
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

27 Jan, 09:07

1,565

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan


PELANJUTAN KAJIAN SOAL SELIDIK TAHAP KEPUASAN HATI PELANGGAN POLIS BANTUAN UiTM BAGI TAHUN 2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM sedang menjalankan tinjauan Kajian Soal Selidik Tahap Kepuasan Hati Pelanggan Polis Bantuan UiTM Bagi Tahun 2024 terhadap mutu perkhidmatan Pejabat Polis Bantuan UiTM dan Unit Polis Bantuan UiTM seluruh kampus. Kajian ini telah dijalankan bermula 08 Januari 2025.

3. Oleh yang demikian, tempoh Kajian Soal Selidik Tahap Kepuasan Hati Pelanggan Polis Bantuan UiTM Bagi Tahun 2024 dilanjutkan sehingga 10 Februari 2025.

4. Justeru itu, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Profesor/Tuan/Puan adalah dijemput untuk mengisi borang kajian soal selidik tersebut.

Diharapkan YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Profesor/Tuan/Puan dapat meluangkan sedikit masa untuk melengkapkan borang soal selidik ini bagi membantu pihak Polis Bantuan UiTM meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada seluruh Warga UiTM.

Bersama ini disertakan pautan borang kajian soal selidik: https://forms.gle/5FYXYrmJXFznMZNbA

Sila log masuk dengan menggunakan email rasmi UiTM dan maklumat yang diberikan adalah SULIT dan hanya akan digunakan bagi tujuan kajian sahaja.

Sekian, terima kasih.

اوسها، تقوى، موليا

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Ketua Polis Bantuan
Universiti Teknologi MARA
Ibu Pejabat Polis Bantuan
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

27 Jan, 04:55

1,526

[ISNIN | 27 JANUARI 2025]

⚜️ MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025 ⚜️

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di hatiku.

[SELAMAT MEMPERINGATI PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ]

[27 REJAB 1446H BERSAMAAN 27 JANUARI 2025]

Merujuk kepada perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kedah Sesi 2024/2025 ingin mengucapkan Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj kepada semua warga UiTM Cawangan Kedah.

Peristiwa Israk Mikraj merupakan perjalanan luar biasa Nabi Muhammad SAW pada malam 27 Rejab. Baginda diisra’kan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian dimikrajkan ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT. Dalam peristiwa ini, solat lima waktu difardukan kepada umat Islam. Ia menjadi bukti keimanan dan keagungan Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

“PEMACU ASPIRASI, MENCETUS TRANSFORMASI”

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

26 Jan, 13:15

1,586

[AHAD | 26 JANUARI 2025]

⚜️ MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025 ⚜️

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di hatiku.

[GARIS PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN EET699 SEMESTER 20244 SECARA FIZIKAL DAN ATAS TALIAN]

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sebagaimana semua maklum, peperiksaan EET699 SPEAKING akan diadakan pada 27 - 31 Januari 2025 manakala peperiksaan EET699 WRITING akan diadakan pada 3 Februari 2025.

3. Sehubungan dengan itu disertakan pautan Google Drive Garis Panduan Menduduki Peperiksaan EET699 untuk makluman fakulti/ kolej / kampus. Mohon jasa baik tuan/puan untuk mewawarkan kepada semua pelajar yang terlibat dengan peperiksaan EET699. Pautan Google Drive ini boleh diakses menggunakan e-mel UiTM.

• Physical EET699: https://bit.ly/EET699StudentPhysical
• Online EET699: https://bit.ly/EET699StudentOnline

Kerjasama semua didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"PEMACU ASPIRASI, MENCETUS TRANSFORMASI"

Yang menjalankan amanah,

MPP Shahira
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

26 Jan, 10:41

1,560

[AHAD | 26 JANUARI 2025]

⚜️ MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025 ⚜️

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

[PEMAKLUMAN TEMPOH CUTI ULANGKAJI BAGI SEMESTER OKTOBER - FEBRUARI 2025]

Merujuk kepada perkara di atas, berikut merupakan tempoh cuti ulangkaji bagi persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester Oktober - Februari 2025.

🗓️ Tarikh : 26 Januari - 1 Februari 2025

📌 Sehubungan itu, diharapkan agar mahasiswa/i dapat memanfaatkan masa yang ada untuk membuat persediaan bagi menduduki peperiksaan akhir bagi semester ini.

Sekian, terima kasih.

"PEMACU ASPIRASI, MENCETUS TRANSFORMASI"

Yang menjalankan amanah,

MPP Shahira & SMPP Hasya
Jabatan Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

26 Jan, 10:40

1,516

[SABTU | 25 JANUARI 2025]

⚜️ MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025⚜️

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di hatiku.

[PEMAKLUMAN BERKAITAN PERSEDIAAN SEBELUM PEPERIKSAAN AKHIR BAGI SEMESTER OKTOBER 2024 - FEBRUARI 2025]

Merujuk kepada perkara di atas, barisan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025 ingin memberikan peringatan mesra kepada semua mahasiswa/i berkaitan kelengkapan yang perlu dibawa ke dalam dewan peperiksaan.

📍 Peringatan kepada mahasiswa/i :

(1) Membawa cetakan slip menduduki peperiksaan induk / examination registration slip yang boleh dimuat turun dari portal iStudent bahagian e-akademik sistem.

(2) Membawa kad pelajar UiTM.

(3) Berpakaian mengikut sahsiah rupa diri sepanjang minggu peperiksaan berlangsung (tidak dibenarkan memakai topi).

(4) Pastikan berada di dalam dewan peperiksaan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum peperiksaan bermula.

📌 Tatacara memuat turun slip menduduki peperiksaan induk:
daftar masuk portal iStudent (https://simsweb.uitm.edu.my/sportal_app/sportal_login/index_hea.cfm) > e-akademik sistem > slip peperiksaan > cetak slip web / cetak slip pdf.

📌 Oleh itu, diharap semua pelajar cakna dengan peringatan yang disampaikan oleh pihak MPP Sesi 2024/2025 bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesulitan.

Sekian, terima kasih.

"PEMACU ASPIRASI, MENCETUS TRANSFORMASI"

Yang menjalankan amanah,

MPP Shahira & SMPP Aqashah
Jabatan Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

21 Jan, 03:51

1,138

[SELASA | 21 JANUARI 2025]

⚜️ MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2023/2024 ⚜️

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

⚪️ AGIHAN MAKANAN BAGI MPP CARE: KONGSI REZEKI

Merujuk kepada perkara di atas, Mantan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kedah Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) akan menjalankan satu inisiatif iaitu MPP Care: Kongsi Rezeki yang akan berjalan pada ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh : 21 Januari 2025
Masa: 1:00 PM sehingga 2:00 PM
📍Tempat: Courtyard Blok B, UiTM Cawangan Kedah

📌 Terhad kepada 100 pax sahaja.

Sekian, terima kasih.

“𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀, 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈”

Yang menjalankan amanah,

Mantan
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2023/2024