Latest Posts from UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI] (@uitmcawangankedahrasmi) on Telegram

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI] Telegram Posts

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]
Sebarang perkembangan terkini dan maklumat berkaitan dengan UiTM CAWANGAN KEDAH akan diberikan di dalam Telegram Channel Rasmi ini.
8,356 Subscribers
1,160 Photos
14 Videos
Last Updated 11.03.2025 07:47

The latest content shared by UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI] on Telegram

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

24 Feb, 14:19

1,816

[ISNIN | 24 FEBRUARI 2025]

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di hatiku.

[PERMOHONAN PROGRAM BIASISWA KPMG YOUNG STAR]

Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Kedah Sesi 2024/2025 ingin mengumumkan bahawa borang permohonan KPMG Young Star Scholarship Program kini dibuka.

Kriteria Kelayakan:
1. Latar belakang dalam Perakaunan dan Kewangan.
2. ⁠Keputusan akademik terkini mestilah sekurang-kurangnya PNGK 3.5
3. Pelajar sarjana muda dalam dua tahun terakhir pengajian dengan baki sekurang-kurangnya satu tahun akademik.

🗓 Tarikh Akhir Permohonan: 6 April 2025

🔗https://job.pulsifi.me/companies/kpmg-malaysia/5fe82bab-aa9b-46e5-8507-885b3a8f4ec6/kpmg-young-star-scholarship-program

Sekian, terima kasih.

“PEMACU ASPIRASI, MENCETUS TRANSFORMASI"

Yang menjalankan amanah,

MPP Dania & SMPP Fira
Pejabat Bendahari Kehormat
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

24 Feb, 14:11

1,622

[ISNIN | 24 FEBRUARI 2025]

⚜️MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025⚜️

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di hatiku.

[PERMOHONAN PROGRAM BIASISWA MAYBANK 2025]

Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Kedah Sesi 2024/2025 ingin mengumumkan bahawa borang permohonan Maybank Group Scholarship Programme (2025) kini dibuka.

Kriteria Kelayakan:
1. Jumlah pendapatan kasar isi rumah tidak boleh melebihi RM120,000 setahun.
2. Pemohon hendaklah berumur tidak melebihi 22 tahun.
3. Kini mendaftar dalam pengajian sarjana muda tahun pertama di mana-mana universiti awam yang terpilih.

🗓️ Tarikh Akhir Permohonan: 23 Mac 2025

🔗 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScZ3GqXP3cKcrmGvActs5v9f1tpGJ8k8XrsssTjyuZ3auIBxQ/viewform?pli=1

Sekian, terima kasih.

“PEMACU ASPIRASI, MENCETUS TRANSFORMASI"

Yang menjalankan amanah,

MPP Dania
Bendahari Kehormat
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

24 Feb, 12:32

1,716

ISNIN | 24 FEBRUARI 2025

⚜️ MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025⚜️

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[SENARAI SEMAK SEBELUM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN]

Merujuk perkara di atas, berikut merupakan senarai semak sebelum pengumuman keputusan peperiksaan:

📅 Tarikh: Sebelum 14 Mac 2025

📌 Sehubungan itu, diharapkan semua pelajar cakna dengan pemakluman ini bagi mengelakkan sebarang permasalahan kelak.

Sekian, terima kasih.

"PEMACU ASPIRASI, MENCETUS TRANSFORMASI"

Yang menjalankan amanah,

MPP Shahira & SMPP Izzazi
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

24 Feb, 02:54

1,835

[ISNIN | 24 FEBRUARI 2025]

⚜️ MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025 ⚜️

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

[SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER SESI OKTOBER 2024 - FEBRUARI 2025]

Merujuk kepada perkara di atas, kami daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025 ingin mengucapkan selamat menjalani cuti semester kepada semua mahasiswa/i UiTM Cawangan Kedah dan diharapkan mahasiswa/i agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan memanfaatkan masa cuti ini dengan sebaik mungkin.

📍 Tempoh Cuti Semester : 23 Februari 2025 - 23 Mac 2025

Sekian, terima kasih.

"𝗣𝗘𝗠𝗔𝗖𝗨 𝗔𝗦𝗣𝗜𝗥𝗔𝗦𝗜, 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗘𝗧𝗨𝗦 𝗧𝗥𝗔𝗡𝗦𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗦𝗜"

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

24 Feb, 01:55

1,700

[ISNIN | 24 FEBRUARI 2025]

⚜️ MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025 ⚜️

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di hatiku.

[SELAMAT MAJU JAYA KEPADA KONTIJEN UiTM CAWANGAN KEDAH]

Merujuk perkara di atas, kami daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025 mengucapkan selamat maju jaya kepada kontijen UiTM Cawangan Kedah ke ‘Campaign Pitching’ PayNet Digital Campus.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan kepada semua.

Sekian, terima kasih.

"PEMACU ASPIRASI, MENCETUS TRANSFORMASI"

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

23 Feb, 07:59

2,033

[AHAD | 23 FEBRUARI 2025]

⚜️ MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025 ⚜️

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

[INISIATIF BAS PULANG KE KAMPUS SEMPENA CUTI PERAYAAN AIDILFITRI UNTUK MAHASISWA/I SELANGOR]

Merujuk kepada perkara di atas, kami Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025 ingin memaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS) Nasional dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan inisiatif bas pulang ke kampus sempena cuti perayaan Aidilfitri untuk mahasiswa/i Selangor.

Tujuan inisiatif ini adalah untuk memberi kemudahan kepada mahasiswa/i Selangor pulang ke kampus serta mengurangkan beban kewangan yang perlu ditanggung untuk pulang.

Berikut merupakan maklumat program:

📌 Tarikh: 4 & 5 April 2025

📌 Lokasi bertolak:
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK Shah Alam, Seksyen 5)
- Berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
- Berhampiran Terminal Bersepadu Gombak (TBG)

📌 Jadual dan lokasi bas akan
diumumkan kemudian.

📌Pendaftaran Online Dibuka:
🗓️ 20 Februari 2025 - 23 Februari 2025

📱 Daftar sekarang di: https://forms.gle/mPJ1ZjUavqj6qtWx6

Sebarang pertanyaan, hubungi:

📞 Saudara Muhammad: 017-5844469
📞 Saudara Syamila: 011-2326224

Sekian, terima kasih.

"PEMACU ASPIRASI, MENCETUS TRANSFORMASI"

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

23 Feb, 06:08

2,179

[AHAD | 23 FEBRUARI 2025]

⚜️ MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025 ⚜️

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

[PERLANJUTAN TEMPOH PENGISIAN EXIT SURVEY dan SuFO]

Merujuk kepada perkara di atas, tempoh pengisian Exit Survey dan SuFO bagi semester Oktober 2024 - Februari 2025 adalah dilanjutkan sehingga 23 Februari 2025.

📌 Sehubungan dengan itu, mahasiswa/i diminta untuk melengkapkan survey tersebut di portal UFuture masing-masing sebelum tarikh akhir pengisian bagi mengelakkan sebarang permasalahan.

Sekian, terima kasih.

“PEMACU ASPIRASI, MENCETUS TRANSFORMASI"

Yang menjalankan amanah,

MPP Shahira
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

20 Feb, 17:50

2,737

[JUMAAT | 21 FEBRUARI 2025]

⚜️MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025⚜️

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di hatiku.

[PERMOHONAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN 2025]

Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Kedah Sesi 2024/2025 ingin mengumumkan bahawa borang permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (2025) kini dibuka.

Kriteria Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia.
2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan biasiswa.
3. Telah menamatkan pengajian pra-universiti dan mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengajian sarjana muda di mana-mana universiti awam atau swasta tempatan yang diiktiraf oleh MQA.

🗓️ Tarikh Akhir Permohonan: 8 April 2025

🔗 https://www.tfaforms.com/5160798

Sekian, terima kasih.

"PEMACU ASPIRASI, MENCETUS TRANSFORMASI"

Yang menjalankan amanah,

MPP Dania
Bendahari Kehormat
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

12 Feb, 09:21

3,999

[RABU | 12 FEBRUARI 2025]

⚜️ MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025 ⚜️

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

[PERLANJUTAN TEMPOH PENGISIAN EXIT SURVEY dan SuFO]

Merujuk kepada perkara di atas, tempoh pengisian Exit Survey dan SuFO bagi semester Oktober 2024 - Februari 2025 adalah dilanjutkan sehingga 23 Februari 2025.

📌 Sehubungan dengan itu, mahasiswa/i diminta untuk melengkapkan survey tersebut di portal UFuture masing-masing sebelum tarikh akhir pengisian bagi mengelakkan sebarang permasalahan.

Sekian, terima kasih.

“PEMACU ASPIRASI, MENCETUS TRANSFORMASI"

Yang menjalankan amanah,

MPP Shahira
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

09 Feb, 03:37

2,845

[AHAD | 9 FEBRUARI 2025]

⚜️ MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025 ⚜️

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

[PERINGATAN TERAKHIR TEMPOH PENGISIAN EXIT SURVEY]

Merujuk kepada perkara di atas, tempoh pengisian Exit Survey bagi semester Oktober 2024 - Februari 2025 adalah seperti ketetapan berikut :

🗓️Dibuka : 6 Januari 2025
🗓️Ditutup : 9 Februari 2025

📌 Sehubungan dengan itu, mahasiswa/i diminta untuk melengkapkan survey tersebut di portal UFuture masing-masing sebelum tarikh akhir pengisian bagi mengelakkan timbulnya permasalahan kelak.

Sekian, terima kasih.

“PEMACU ASPIRASI, MENCETUS TRANSFORMASI"

Yang menjalankan amanah,

MPP Shahira & SMPP Izzazi
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025