Demi keselamatan calon SPM, murid diminta tidak mengambil risiko untuk keluar sekolah membeli makanan atau minuman/balik rumah dengan kenderaan sendiri semasa menunggu kertas sesi kedua.
Ini adalah kerana pagi tadi berlaku kes kemalangan murid jatuh dari motosikal semasa balik rumah selepas kertas BM 1.
Murid ini mengalami kecederaan di mulut, tangan dan kaki. Ini menyukarkan murid menulis atau pun bertutur. Pihak sekolah menghadapi kesukaran mencari juru tulis mata pelajaran spesifik dari sekolah lain dalam masa yang singkat.
Sekiranya murid ini tidak menduduki kertas BM akan dikira gagal keseluruhan SPM. Murid hanya boleh menduduki /mengulang SPM tahun 2025.
Oleh itu pihak sekolah memohon agar murid sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri untuk membolehkan pengambilan SPM berjalan dengan lancar demi masa depan anak-anak.
Terima kasih.