Últimas Postagens de SM KPPIM UiTM JASIN (@smf_fskm_kjm) no Telegram

Postagens do Canal SM KPPIM UiTM JASIN

SM KPPIM UiTM JASIN
Telegram rasmi Sekretariat Mahasiswa Kolej Pengajian Perkomputeran Informatik dan Matematik UiTM Jasin Melaka, Kampus Jasin 💻 👾
1,418 Inscritos
194 Fotos
9 Vídeos
Última Atualização 10.03.2025 08:40

Canais Semelhantes

Python Courses
42,165 Inscritos
Vpn-freemium
7,777 Inscritos
TTLA-4U
2,727 Inscritos

O conteúdo mais recente compartilhado por SM KPPIM UiTM JASIN no Telegram

SM KPPIM UiTM JASIN

17 Nov, 07:10

1,378

[PAUTAN AKAUN MEDIA SOSIAL RASMI SEKRETARIAT MAHASISWA KOLEJ PENGAJIAN PENGKOMPUTERAN, INFORMATIK DAN MATEMATIK (KPPIM)]

Assalamualaikum w.b.t,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku.

Merujuk perkara di atas, berikut merupakan qr code bagi media sosial rasmi Sekretariat Mahasiswa Kolej Pengajian, Pengkomputeran, Informatik dan Matematik UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Diharapkan agar semua mahasiswa melayari pautan qr code berikut bagi mendapatkan informasi terkini berkaitan fakulti ini.

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN BERINTEGRITI, MAHASISWA BERKUALITI"

Yang menjalankan amanah,

Sekretariat Mahasiswa
Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Jasin
Sesi 2023/2024
SM KPPIM UiTM JASIN

16 Nov, 15:34

968

[PUJa 2024]🎙

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku.🎓

PERHATIAN

Kami dari Kelab Debat dan Pidato, UiTM Kampus Jasin, akan menganjurkan Pertandingan Pengucapan Awam Jasin (PUJa) bagi tahun 2024.

Pertandingan ini terdiri daripada dua pusingan:

1️⃣ Pusingan Pertama: Penghantaran VIDEO melalui platform Google Form.
2️⃣ Pusingan Kedua: Pengucapan Awam secara langsung melalui Google Meet untuk 10 peserta terbaik.

🎉Khas untuk peserta yang memuat naik video ke instagram: Kategori Video PUJa Popular akan diberikan berdasarkan jumlah tontonan dan like terbanyak!

📌Butiran Pertandingan:

📍Tema Ucapan: Jejak Digital
🗓Tarikh Penyertaan: 16 November - 30 November 2024
📥 Platform: Atas Talian

🎉Penyertaan adalah percuma!
📜 E-MERIT dan E-SIJIL disediakan
🎁Hadiah berupa Wang Tunai!

🔗Daftar sekarang & dapatkan maklumat lanjut:
https://tinyurl.com/PUJa-2024

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat, sila hubungi:
📞 Batrisyia: 0139091220
📞 Alya: 01117672742

Sekian,
Terima
SM KPPIM UiTM JASIN

14 Nov, 03:09

1,575

[TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PENERIMA ANUGERAH DEKAN]

Assalamualaikum w.b.t,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku.

Merujuk perkara diatas, kami dari pihak Majlis Tertinggi Sekretariat Mahasiswa Kolej Pengajian, Pengkomputeran, Informatik dan Matematik ingin mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa di atas kejayaan dan kecemerlangan anda bagi Peperiksaan Akhir Sesi 20232, 20234, 20242.

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN BERINTEGRITI, MAHASISWA BERKUALITI"

Yang menjalankan amanah,

Sekretariat Mahasiswa
Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Jasin
Sesi 2023/2024
SM KPPIM UiTM JASIN

13 Nov, 09:50

1,515

[ NOTIS PEMAKLUMAN ]

Assalammualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

RABU | 13 NOVEMBER 2024

Perhatian kepada semua warga UiTM, berikut adalah peratusan undian semasa bagi kampus Alor Gajah, kampus Bandaraya Melaka dan Kampus Jasin.

📌Tarikh: 13 November 2024
📌Hari: Rabu
📌Masa: 3:00 p.m.

🏫 Kampus Alor Gajah : 53.97%
🏫 Kampus Bandaraya Melaka : 42.34%
🏫 Kampus Jasin : 50.3%

Diharap semua pelajar yang masih belum mengundi dapat memberi kerjasama yang baik.

Ingat! Satu undian anda, penentu masa depan kampus!

Yang menjalankan tugas,

Jawatankuasa Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar (JPJPP)
UiTM Cawangan Melaka
Sesi 2024/2025
SM KPPIM UiTM JASIN

13 Nov, 03:02

1,588

TATACARA MENGUNDI 2024/2025

Perhatian kepada semua pelajar UiTM Cawangan Melaka, berikut adalah tatacara mengundi sepanjang tempoh pembuangan undi.

📌 LANGKAH 1
Log masuk ke sistem MyStudent di pautan di bawah:
👇🏻👇🏻👇🏻
https://mystudent.uitm.edu.my/

📌 LANGKAH 2
Klik pada butang Undian JPP.

📌 LANGKAH 3
Klik pada butang 'Undi Sekarang'.

📌 LANGKAH 4
Pilih calon pilihan anda dan klik pada ruang yang disediakan.

📌 LANGKAH 5
Klik pada butang hantar.

Ingat! Satu undian anda, penentu masa depan kampus.

SELAMAT MENGUNDI!

“Adil, Integriti, Telus”

Yang menjalankan tugas.

Jawatankuasa Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPJPP)
UiTM Cawangan Melaka
Sesi 2024/2025
SM KPPIM UiTM JASIN

11 Nov, 12:13

955

[PERINGATAN MASA MENDAFTAR BAGI PENERIMA ANUGERAH DEKAN KPPIM SESI 20232, 20234, 20242]

Assalamualaikum w.b.t,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku.

📌Merujuk perkara di atas, semua penerima Anugerah Dekan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) bagi sesi ini digalakkan untuk mendaftarkan diri mengikut kod kursus masing-masing pada tempoh masa yang berikut:

7.30 am - 8.30 am:
CDCS110 dan CS230

8.30 am - 9.30 am:
CDCDS230, CS253, CDCS253, CS251

9.30 am - 10.30 am:
CDCS251, CS255, CDCS255, CS266, CDCS266

📌Ketetapan ruang pendaftaran dan ruang menunggu adalah seperti yang berikut:

📍Ruang Menunggu: Medan Kuliah
📍Ruang Pendaftaran: Lobi Blok Kuliah (berhadapan tangga blok kuliah).

📌Diharapkan agar pelajar bersedia mengikut masa yang ditetapkan di dalam lampiran tentatif dan sentiasa cakna akan sebarang arahan yang disampaikan oleh ahli jawatankuasa majlis.

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN BERINTEGRITI, MAHASISWA BERKUALITI"

Yang menjalankan amanah,

Ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Dekan
Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Jasin
Sesi 2023/2024
SM KPPIM UiTM JASIN

11 Nov, 10:28

787

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku .
بسم الله الرحمن الرحيم

Saya Wan Muhammad Najmuddin Bin Wan Nazri dari Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) dengan penuh rasa rendah diri menawarkan diri sebagai Calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025.

Sepanjang perjalanan dari sekolah, diploma, hingga kini, saya aktif dalam pelbagai aktiviti kepimpinan dan projek kolej serta kebajikan pelajar. Pengalaman ini telah membentuk saya menjadi individu yang komited untuk mendengar dan membawa
aspirasi pelajar.

Dengan pengalaman yang telah saya bina, saya memohon sokongan anda untuk bersama-sama merealisasikan kampus yang lebih gemilang, progresif, dan sejahtera untuk kita semua.

"Kepimpinan Prihatin, Komuniti Cemerlang"

Wan Muhammad Najmuddin Bin Wan Nazri
Calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka,
Kampus Jasin
Sesi 2024/2025
SM KPPIM UiTM JASIN

11 Nov, 10:27

735

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

Bismillahirrahmanirrahim, saya Wafa Aina Binti Adzmi menawarkan diri sebagai calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin bagi sesi 2024/2025.

Dengan penuh rasa hormat, saya memohon sokongan dan kepercayaan daripada seluruh warga kampus untuk memberi saya peluang menjadi wakil anda semua. Saya berazam untuk menyuarakan keperluan pelajar kepada pihak pengurusan universiti.

Bagi sesi kali ini, saya membawa misi untuk melaksanakan program khidmat masyarakat yang akan menghubungkan pelajar dengan komuniti luar. Selain itu, saya juga komited untuk memperjuangkan pengiktirafan bagi kelab-kelab yang aktif di kampus, sebagai penghargaan atas usaha mereka yang mencerminkan semangat pelajar UiTM.

Segala usaha dan cadangan yang dilontarkan , diharap membawa perubahan yang lebih bermakna untuk semua.

“Untuk Pelajar, Dari Pelajar”

Wafa Aina Binti Adzmi
Calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka,
Kampus Jasin
Sesi 2024/2025
SM KPPIM UiTM JASIN

11 Nov, 10:26

711

Assalammualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

Bismillahirrahmanirrahim, saya Fazlin Waheedah binti Mohd Azohar merupakan calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin Sesi 2024/2025.

Dengan penuh rasa hormat dan rendah diri, saya memohon sokongan serta dorongan daripada seluruh warga KPPIM untuk memberi saya peluang menjadi wakil suara mahasiswa dan membina hubungan yang lebih kukuh antara pihak pengurusan universiti dan mahasiswa.

Pengalaman dan pengetahuan yang saya ada akan saya gunakan sebaik mungkin bagi memastikan kebajikan dan kepentingan pelajar diutamakan, serta memperjuangkan perubahan positif yang mampu meningkatkan kualiti pengajian dan kehidupan kampus.

Oleh itu, kepercayaan semua pihak akan saya ambil sebagai motivasi untuk merealisasikan visi dan misi. Semoga kita dapat bekerjasama untuk mencipta
perubahan yang lebih baik.

“Menyatukan Mahasiswa, Menuju Kecemerlangan”

Fazlin Waheedah Mohd Azohar
Calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka,
Kampus Jasin
Sesi 2024/2025
SM KPPIM UiTM JASIN

11 Nov, 10:25

549

Dengan kalimah yang suci, Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku.

Saya Muhammad Insanul Kamil, dari Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik atas iltizam dan komitmen, adalah calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025 yang wajib anda pilih.

Hari ini dan hari depan, kita perlu menjanjikan yang lebih baik untuk kebajikan, aspirasi serta persekitaran kondusif pelajar di kampus ini. Dengan amanah yang bakal dipertanggungjawabkan saya dengan teguh rasa, penuh tanggungjawab akan menjadikan hasrat itu sebagai kenyataan.

Masanya telah tiba. Jangan berlengah lagi. Mari kita satukan pemuafakatan, ke arah melahirkan mahasiswa berwibawa bertaraf dunia!

“BERSATU KEARAH GERAKAN BERIMPAK”

Muhammad Insanul Kamil
Calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka,
Kampus Jasin
Sesi 2024/2025