Kepada Semua Pelajar Ijazah Semester 5 (Sesi Kemasukan 2022/2023) dan Semester 7 (Sesi Kemasukan 2021/2022),
SOAL SELIDIK PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN INDEKS PATRIOTISME DAN PERPADUAN NASIONAL (iPPN) DI UNIVERSITI AWAM BAGI PELAJAR PROGRAM IJAZAH SEMESTER 3 (AMBILAN SESI 2023/2024) DAN SEMESTER 5 (AMBILAN SESI 2022/2023) DAN SEMESTER 7 (AMBILAN SESI 2021/2022)
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukadita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membangunkan Sistem iPPN bafgi mengukur tahap patriotisme dan perpaduan di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
3. Sehubungan itu, semua pelajar dalam kategori berikut adalah DIWAJIBKAN menjawab soal selidik yang terdapat di dalam sistem tersebut seperti ketetapan berikut:
Tahun 3/Semester 5 - Sesi Kemasukan 2022/2023 (20224)
Tahun 4/Semester 7 - Sesi Kemasukan 2021/2022 (20214)
Tarikh Soal Selidik : 30 Disember 2024 – 17 Januari 2025
Laman Sesawang : https://ippn.mohe.gov.my
Kata (ID) Pengguna : Nombor kad pengenalan pelajar
Kata Laluan : Nombor pelajar
Pelajar perlu mencetak sijil perakuan apabila selesai menjawab soal selidik dan menyimpan dokumen bagi tujuan rekod rujukan.
4. Perhatian dan kerjasama saudara/saudari berkenaan hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.
Sekian.