Your Branding & Marketing Strategist (@sifufesbukads) Kanalının Son Gönderileri

Your Branding & Marketing Strategist Telegram Gönderileri

Your Branding & Marketing Strategist
Ini adalah channel utama sifuBad yang akan berkongsikan tentang Info, Tips dan Strategi berkaitan Branding, Marketing & Bisnes!
11,749 Abone
1,393 Fotoğraf
186 Video
Son Güncelleme 05.03.2025 19:41

Your Branding & Marketing Strategist tarafından Telegram'da paylaşılan en son içerikler

Your Branding & Marketing Strategist

06 Dec, 01:28

462

Lebih baik buat sesuatu dengan risiko gagal, daripada tak buat apa-apa langsung.

Kegagalan bukanlah penamat, tapi permulaan kepada pembelajaran dan pengalaman yang tak ternilai harganya.

Ketakutan untuk gagal membuatkan kita terperangkap dalam zon selesa.

Bila kita berani mencuba, kita sebenarnya memberi peluang kepada diri sendiri untuk menemui potensi dan keupayaan yang mungkin tak pernah kita sedar.

Lebih baik gagal kerana bertindak, daripada menyesal kerana tak pernah mencuba.

Setuju?
Your Branding & Marketing Strategist

05 Dec, 07:38

448

Kalau korang dah mula rasa bisnes tengah stuck, korang kena analisis dan research apa puncanya.

Mungkin kita rasa dah buat semua benda betul, tapi masih tak nampak hasil.

Jom kita tengok satu-satu kenapa bisnes korang tak gerak, tak capai target, dan tak berkembang macam yang korang nak.

Mungkin ni dapat bantu korang dapatkan idea baru untuk perbaiki situasi bisnes.

Jom baca sekarang
Your Branding & Marketing Strategist

05 Dec, 02:52

392

Target besar perlukan usaha yang luar biasa. Kalau kita nak capai sesuatu yang hebat, kita kena berani letakkan impian besar!

Tapi, impian besar tanpa tindakan hanyalah angan-angan.

Kita kena sanggup keluarkan tenaga yang lebih banyak, kerja lebih keras, dan keluar dari zone selesa.

Bila ada cabaran, jangan putus asa.

Itu cuma ujian untuk tengok sejauh mana kita komited pada impian korang.

Kejayaan besar bermula dengan satu langkah kecil yang berterusan.

Percayalah, bila kita capai target tu nanti, bukan saja kita akan bangga dengan hasilnya, tapi kita juga akan bangga dengan siapa kita jadi dalam perjalanan tersebut.

Setuju?
Your Branding & Marketing Strategist

04 Dec, 07:21

427

Ada owner bisnes yang dah all out macam-macam strategi, tapi sales masih tak naik2! Ini mungkin ada beberapa perkara yang dorang terlepas pandang.
 
So, saya nak share apa faktor2 yang buatkan sales bisnes boleh jatuh.
 
Bila dah tahu, kita boleh take action dan naikkan balik sales bisnes kita!
 
1. Produk Dah Tak Relevan
 
Ni faktor utama yang ramai bisnes owner terlepas pandang.
 
Kalau produk yang kita jual tu tak berkualiti atau dah tak relevan dengan market, pelanggan memang tak akan repeat beli.
 
Zaman sekarang, orang makin bijak buat pilihan, so kita kena make sure produk korang sentiasa up-to-date dan ikut trend terkini.
 
Ada juga produk yang bagus pun boleh jadi tak laku kalau dah outdated.
 
Jadi, kita kena sentiasa peka dengan perubahan trend, tengok apa yang pelanggan tengah minat, dan upgrade produk kita supaya sentiasa relevan dengan kehendak market.
 
2. Servis Kurang Memuaskan
 
Pelanggan memang akan lari kalau servis kita macam endah tak endah je.
 
Customer service ni faktor utama untuk build loyalty pelanggan.
 
Kalau kita slow response, tak pedulikan feedback, atau buat muka masam, jangan terkejut tengok sales merudum.
 
Servis pelanggan ni bukan je kena layan dengan baik, tapi juga pasal response yang cepat dan tindakan yang efektif.
 
Kalau pelanggan ada masalah, pastikan kita ambil tindakan segera dan selesaikan masalah tu secepat mungkin.
 
Pelanggan yang puas hati dengan servis kita bukan je akan datang balik, tapi dorang juga akan promote bisnes kita secara tak langsung kepada kawan-kawan dan family dorang.
 
3. Marketing tak Efektif
 
Ada produk bagus tapi buat marketing yang tak berkesan.
 
Marketing ni macam nyawa kepada bisnes, kalau tak cukup effort nak buat marketing, macam mana nak attract pelanggan baru?
 
Kita kena explore marketing tools yang ada, macam Facebook Ads, TikTok Ads, atau influencer marketing supaya produk kita sampai kepada audience yang betul.
 
Jangan risau untuk spend duit untuk marketing, sebab marketing yang efektif akan bawa hasil yang berbaloi.
 
Selain tu, kita kena diversify marketing strategy korang.
 
Jangan fokus satu platform je, cuba reach out audience kat platform lain macam Instagram, YouTube, atau LinkedIn (kalau relevant dengan target market).
 
Pastikan content marketing kita menarik dan engaging, sebab kalau content tak menarik, orang tak akan peduli.
 
4.Harga Tak Sesuai dengan Market
 
Pricing strategy pun penting!
 
Kita kena buat research dan pastikan harga produk tu reasonable dengan value yang korang offer.
 
Tengok juga pesaing kita macam mana letak harga, dan adjust ikut kesesuaian.
 
Harga produk perlu diubah berdasarkan target market dan situasi ekonomi.
 
Kalau ekonomi tengah teruk, pelanggan mungkin lebih suka produk yang berpatutan harganya.
 
Kita boleh juga offer promosi atau diskaun dari masa ke masa untuk tarik perhatian pelanggan dan bagi dorang rasa lebih value for money.
 
Tapi, jangan sampai terlalu banyak diskaun sampai margin untung korang jadi nipis sangat.
 
Balance kan strategi harga dan value produk yang kita offer.
 
5.Tiada USP
 
Kalau produk kita takde benda unik yang buatkan orang tertarik, susah la nak bersaing dengan pesaing.
 
Unique Selling Proposition (USP) ni lah yang buatkan pelanggan pilih kita berbanding pesaing lain.
 
Fikirkan apa yang buatkan produk korang lain dari yang lain dan highlight benda tu dalam marketing kita.
 
Adakah produk kita lebih berkualiti, lebih murah, atau ada feature yang takde pada produk pesaing? 
 
Pastikan USP kita jelas dan senang difahami oleh pelanggan.
 
Selain tu, pastikan USP tu diketengahkan dalam semua material marketing korang, dari poster sampai ke social media post.
 
USP yang kuat akan buatkan pelanggan lebih yakin untuk pilih korang berbanding pesaing lain.
 
So, itulah antara faktor utama yang boleh buatkan sales bisnes kita jatuh.
 
Perbaiki kelemahan yang ada dan terus belajar dari kesilapan.
 
Jangan tunggu sampai masalah jadi lebih besar, take action sekarang!
 
Selagi kita konsisten dan tak putus asa, insyaAllah sales akan naik balik.

Belajar sesuatu?
Your Branding & Marketing Strategist

04 Dec, 02:39

354

Data tak pernah menipu, tapi ramai usahawan yang selalu abaikannya!

Ia tunjukkan segala kekuatan dan kelemahan bisnes kita.

Kalau sales sangkut, marketing tak perform, atau kos tak terkawal, semua ni ada data, cuma kita kena buat analisis.

Jangan buat keputusan bisnes berdasarkan 'rasa' semata-mata. Ia boleh jadi perangkap yang bahayakan bisnes kita!

Bila kita mula tengok data, kita akan nampak dengan jelas bahagian mana kekurangan, mana perlu perbaiki, dan mana peluang.

Dari situ, kita boleh set KPI yang realistik, track progress, dan buat strategi yang lebih tepat.

Jadi, kita kena duduk, analisis, dan mula adjust supaya kita boleh capai potensi sebenar dalam bisnes! Faham?
Your Branding & Marketing Strategist

03 Dec, 06:50

434

Kalau perasan, ramai founder yang naik cepat, tapi tak kurang juga yang jatuh pun cepat. Kenapa boleh jadi macam ni?

Dalam post ni, saya nak share punca kenapa ramai founder bisnes gagal.

Bila kita tahu punca, kita boleh belajar daripada kesilapan orang lain dan improve bisnes kita sendiri.

Jom baca sekarang
Your Branding & Marketing Strategist

03 Dec, 02:05

387

Jangan tunggu sempurna untuk mula, sebab langkah kecil hari ni bawa impak besar esok.

Kadang-kadang kita terlalu fokus nak semuanya perfect sampai lupa yang tindakan sekarang lebih penting.

Tak apa kalau ada kekurangan, sebab dari situ kita belajar dan berkembang.

Setiap idea besar bermula dari tindakan kecil.

Bayangkan jika kita terus menunda, peluang yang ada mungkin hilang begitu saja.

Jadi, berani ambil langkah pertama, walaupun kecil, sebab itulah yang akan membawa kita lebih dekat kepada impian dan kejayaan.

Ingat ni, progress lebih baik daripada perfection!
Your Branding & Marketing Strategist

02 Dec, 06:46

431

Ada rasa macam nak give up dalam bisnes?

Jatuh bangun dalam bisnes tu memang sebahagian dari perjalanan setiap founder.

Kadang-kadang kita rasa macam semua usaha kita sia-sia, tapi sebenarnya inilah yang buat kita jadi lebih kuat dan matang dalam dunia bisnes.

Kalau korang tengah down sekarang, sini ada 5 tips yang boleh bantu korang bangkit balik dan terus berjuang untuk capai impian korang:

1. Ingat Matlamat Asal

Kenapa kita mula bisnes ni? Apa impian yang buat kita decide untuk mulakan perjalanan ni?

Ingat balik matlamat asal kita, sama ada untuk keluarga, untuk masa depan, atau nak bantu lebih ramai orang.

Semua ni adalah sebab utama yang buat kita terus kuat, dan kita perlu selalu remind diri sendiri tentang matlamat ni setiap kali rasa lemah.

2. Jangan Berjuang Sendiri

Dalam dunia bisnes, support system adalah sangat penting.

Cari circle yang positif dan supportif, sebab diorang boleh jadi punca tenaga dan motivasi kita.

Jangan takut untuk berkongsi masalah kita dengan orang yang dipercayai.

Kadang-kadang, hanya dengan berbual dengan seseorang yang faham situasi kita, ia boleh buat beban rasa lebih ringan.

Berjuang sorang-sorang boleh buat kita cepat penat, jadi pastikan kita ada orang-orang yang boleh support kita di saat-saat sukar.

3. Ambil Break Sekejap

Bila terlalu banyak bekerja, otak kita jadi penat dan susah nak fikir dengan jelas.

Jangan takut untuk ambil break sekejap. Keluar jalan-jalan, spend masa dengan keluarga, atau buat aktiviti yang korang suka untuk tenangkan fikiran.

Lepas recharge, kita akan lebih bertenaga dan lebih fokus untuk hadapi cabaran yang mendatang.

Rehat tu bukan bermakna kita lemah, tapi ia adalah satu cara untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal kita supaya korang boleh terus perform dengan baik.

4. Celebrate Small Wins

Jangan tunggu kejayaan besar je untuk celebrate.

Kejayaan kecil pun penting untuk boost semangat kita.

Setiap langkah yang kita ambil adalah satu progress ke arah matlamat besar kita.

Jadi, raikan setiap kemenangan kecil, seperti dapat customer baru, capai target mingguan, atau berjaya selesaikan satu task yang mencabar.

Semua ni adalah kejayaan yang layak untuk diraikan, dan ia boleh beri motivasi untuk kita teruskan usaha.

5. Cari Mentor

Mentor atau role model boleh jadi sumber inspirasi yang besar.

Mereka dah lalui apa yang kita tengah lalui sekarang, jadi mereka boleh bagi perspektif baru dan guidance yang kita perlukan untuk terus move forward.

Cari mentor yang berpengalaman, sebab mereka boleh bantu kita elak dari buat kesilapan yang sama dan bagi kita jalan shortcut untuk repair bisnes.

Belajar dari pengalaman orang lain adalah satu cara yang paling laju untuk naikkan bisnes kita.

Kalau korang rasa nak dapatkan lebih banyak ilmu dan formula untuk bangkit balik dalam bisnes, korang boleh consider untuk join kelas The Foundr Chapter 2024, pada 18-19 Disember 2024 ni.

Kelas ni direka khas untuk founder-founder yang nak belajar strategi bisnes terkini, bina network dengan usahawan lain, dan dapatkan inspirasi serta panduan untuk grow bisnes.

Jangan lepaskan peluang untuk upgrade diri dan bisnes anda dengan ilmu yang betul.

Bisnes memang bukan jalan yang mudah, tapi percayalah, setiap usaha kita akan berbaloi pada akhirnya.

Yang penting, jangan pernah berhenti percaya pada diri sendiri dan teruskan usaha walau macam mana pun keadaan.

Stay strong dan ingat, kejayaan sedang menunggu di depan sana.
Your Branding & Marketing Strategist

02 Dec, 02:19

385

Hati-hati dengan alasan yang kita cipta, sebab alasan tu adalah halangan sebenar yang buatkan bisnes kita jatuh.

Bila kita asyik berkata, 'tak cukup masa,' 'modal tak cukup,' atau 'ilmu belum cukup,' kita sebenarnya sedang membina dinding yang memisahkan diri kita daripada kejayaan.

Ramai orang yang berjaya bermula dengan keadaan yang serba kekurangan, tapi mereka pilih untuk bertindak, bukan mencari alasan.

Setiap kali kita rasa nak beri alasan, tanya diri sendiri dan fikirkan, adakah itu alasan atau hanya rasa takut untuk keluar dari zon selesa?

Potensi kita tak ada had, tapi alasan yang kita cipta itulah yang sebenarnya buatkan langkah kita terhad.

Jadi, buang alasan, cari penyelesaian, dan terus bergerak ke depan. Dunia ini sentiasa terbuka untuk orang yang berani mencuba! Setuju?
Your Branding & Marketing Strategist

29 Nov, 06:56

464

Marketing hari ini tak sama macam dulu! Nak stay relevan, kena up-to-date dengan cara baru, tools baru, dan strategi baru.

Marketing bukan lagi hanya run iklan dan harap orang beli, tapi satu game yang perlukan planning yang tersusun dengan betul.

Jadi, apa yang kita perlu ada untuk game marketing 2025 ni? Jom kita tengok satu per satu...

Jom baca sekarang