Gerakan Pengundi Sedar @pengundisedar Channel on Telegram

Gerakan Pengundi Sedar

@pengundisedar

Ini adalah saluran Telegram rasmi Gerakan Pengundi Sedar | Memandu Pandangan Politik Marhaen

Twitter: @pengundi_sedar
Facebook: @pengundisedar

Gerakan Pengundi Sedar (Malay)

Apakah Gerakan Pengundi Sedar? Siapakah yang menjadi penggerak di belakangnya? Apa tujuan sebenar channel Telegram ini? Mari kita kaji lebih lanjut.

Gerakan Pengundi Sedar adalah sebuah platform komuniti yang bertujuan untuk memandu pandangan politik marhaen. Dengan tagline 'Memandu Pandangan Politik Marhaen', channel Telegram ini menyediakan maklumat serta pandangan mengenai perkembangan politik semasa di Malaysia.

Channel ini merupakan saluran rasmi bagi Gerakan Pengundi Sedar yang sentiasa mengemaskini pelbagai isu politik, memberi penerangan dan pemahaman kepada pengikutnya. Di samping itu, mereka juga aktif di platform lain seperti Twitter (@pengundi_sedar) dan Facebook (@pengundisedar).

Dengan kehadiran channel Telegram ini, para pengguna dapat mengakses informasi terkini mengenai politik tempatan dan memahami isu-isu yang berkaitan dengan golongan marhaen. Dengan menyediakan pandangan dari sudut yang berbeza, Gerakan Pengundi Sedar memberi peluang kepada pengikut untuk meluaskan pemikiran dan membuat keputusan yang lebih baik dalam hal berkaitan dengan politik.

Jika anda seorang warganegara Malaysia yang ingin memahami dengan lebih mendalam mengenai politik tempatan, jangan lepaskan peluang untuk menyertai channel Telegram Gerakan Pengundi Sedar. Dapatkan pemahaman yang lebih luas dan terus kembangkan pengetahuan anda dalam arena politik negara.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti pengundi yang sedar, jangan lupa untuk menyusuli mereka di Twitter dan Facebook. Jangan ketinggalan setiap perkembangan terkini yang disampaikan oleh Gerakan Pengundi Sedar.

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian daripada perubahan dalam politik negara, mari bersama-sama menyokong Gerakan Pengundi Sedar dalam memandu pandangan politik marhaen. Ayo bergabung sekarang dan sertai perbincangan yang bermakna bersama komuniti ini.

Gerakan Pengundi Sedar

07 Feb, 14:31

Pengakhiran yang menyedihkan untuk isu garis panduan muslim menyertai perayaan atau keraian bukan muslim. Umat Islam berdukacita dengan keputusan ini.

"Umat Islam tahu jaga garis dia."

Lalu apa gunanya JAKIM? Apa gunanya menteri agama?

Awal tahun ini saja kerajaan madani sudah gagal dalam menangani isu larangan menjual arak di Ipoh dan juga isu ini.

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

07 Feb, 09:24

KENAPA SUSAH SANGAT UMAT ISLAM NAK BERNAFAS KAT NEGARA SENDIRI?

Lepas JAKIM umum kata nak buat garis panduan untuk umat Islam pergi ke mana-mana upacara atau perayaan bukan Islam yang lain, bangun seorang demi seorang menentang cadangan tersebut termasuklah wakil rakyat muslim yang terpaling harmoni.

Garis panduan tu sepatutnya disokong demi keharmonian. Supaya umat Islam tau tatacara yang betul setakat mana mereka boleh hadir dan bagaimana mereka nak tunjukkan penghormatan apabila menghadiri majlis melibatkan agama lain.

Sepatutnya raikanlah supaya kawan-kawan muslim dapat hadir mana-mana majlis tanpa rasa serba salah dan tau batas mereka. Itu pun tak boleh nak hormat?

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

07 Feb, 08:34

Episod 3 (Bahagian 2): Apa Khabar YB?

Ada apa di sebalik perjuangan terhadap nasib pesawah yang semakin ditekan? Bagaimana ADUN Kota Siputeh ini berperanan?

Dengarkan audio siar bahagian kedua bersama YB Ashraf Mustaqim.

Jangan lupa like, share dan subscribe channel kami untuk menonton podcast bersama ahli politik yang datang.

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=SYq5JQnJNH4

Gerakan Pengundi Sedar

07 Feb, 01:46

Episod 3 (Bahagian 1): Apa Khabar YB?

Dua episod lalu kita bersama ahli Parlimen. Untuk episod ketiga, GPS bawakan ADUN Kota Siputeh, YB Ashraf Mustaqim. Kalau dilihat, beliau sering mempertahankan dan memperjuangkan nasib pesawah. Kenapa dan mengapa? Mari dengarkan audio siar bahagian satu.

Jangan lupa like, share dan subscribe channel kami untuk menonton podcast bersama ahli politik yang datang.

Pautan: https://youtu.be/T-_9mU-jIYc

Gerakan Pengundi Sedar

06 Feb, 07:27

Tuan puan, panduan ini untuk umat Islam. Tidaklah nanti ada menteri atau wakil rakyat yang terlajak pergi rasmikan program apa-apa dengan ritual agama lain yang menimbulkan persoalan di kemudian hari dengan isu khurafat dan sebagainya.

Garis panduan untuk umat Islam. Apa yang tiba-tiba nak kecewanya tu? Yang bukan muslim dah terhantuk, yang peliknya MP muslim pun nak melatah juga?

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

05 Feb, 05:30

Pembangkang fitnah DAP Melaka nak jadikan jalan Hang Tuah sebagai Jonker Walk

#sidang #gerakanpengundisedar

https://vt.tiktok.com/ZS6K3eBG1/

Gerakan Pengundi Sedar

05 Feb, 04:18

Ahli Parlimen Kota Melaka cadang masukkan kisah Laksamana Cheng Ho dalam buku teks sejarah supaya lebih adil, semua kaum ada.

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

04 Feb, 08:33

Hamzah utarakan isu harga siling padi untuk pesawah yang katanya terpaksa berjih$d untuk jadi miskin kerana menanggung kos yang tinggi.

https://vt.tiktok.com/ZS6KRFQtP/

Gerakan Pengundi Sedar

04 Feb, 03:00

Petikan Titah Diraja Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas

Gerakan Pengundi Sedar

03 Feb, 01:24

Mula-mula nak 'duplicate". Lama-lama orang lupa terus nama Jalan Hang Tuah. Itukah yang mereka mahu?

Nama jalan atau gelaran sesebuah tempat bukan sekadar nama. Ia adalah identiti. Padanya ada maruah sesebuah bangsa dan tanah air.

Gerakan Pengundi Sedar

03 Feb, 01:24

Satu lagi yang menunggu kita pada tahun 2026 akan datang

Menjelang 2026, pelancong luar akan datang ke Malaysia untuk melihat Kampung Baru Cina. Jika impian mereka untuk jadikan salah satu Kg Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO tercapai, maka pastinya akan meningkatkan taraf produk pelancongan tersebut.

Kg Baru Cina menerima bantuan ratusan juta ringgit daripada KPKT untuk pembaikan infrastruktur bagi menyediakan kampung baru tersebut sebagai tempat pelancongan.

Kemas dan rapi perancangan mereka.

Kampung baru kita? Dikorbankan satu per satu atas nama pembangunan.

Gerakan Pengundi Sedar

28 Jan, 08:33

Nga Kor Ming rasa dia diserang kerana dia bukan Melayu. Helo, bukan sebab itu ya. Tapi sebab kamu tu ahli Parlimen dan menteri tapi kamu tu tak faham identiti, budaya dan tidak berlaku adil terhadap kaum majoriti negara ini.

Sila muhasabah dan bertaubat!

https://www.tiktok.com/@gerakanpengundisedar2/video/7464849257862941959

Gerakan Pengundi Sedar

28 Jan, 08:17

Fadhlina boleh luangkan masa jumpa Dong Zhong. Pertemuan berlaku selepas Dong Zong membuat desakan kepada KPM untuk meminta kerajaan mengiktiraf UEC dan kekalkan bahasa Cina sebagai bahasa ibunda dan bahasa utama kurikulum di SJKC.

Harap selepas desakan para pesawah ni, dapatlah mereka jumpa sendiri PMX dan Mohamad Sabu. Dapat karpet merah sama macam Dong Zhong.

Satu memang duduk kayangan dah, dapat karpet merah. Siap dapat dana juta-juta untuk sekolah swasta. Golongan yang sudah kaya, dapat derma kerajaan lagi.

Satu lagi golongan rakyat yang menagih kerajaan menjaga kebajikan mereka yang setiap hari bergelumang dengan tanah dan beratapkan terik mentari demi memberi kecukupan kepada keperluan asas kita.

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

28 Jan, 02:58

MCA menabur benih kebencian terhadap Islam. Tak hairanlah ramai bukan Islam di negara kita yang berprasangka dengan Islam. Melahirkan lebih ramai Islamofobik dalam negara kita.

Wee Ka Siong sila jaga anak buah,
Akmal Saleh boleh tegur kawan sebelah.

Gerakan Pengundi Sedar

28 Jan, 02:58

MCA Tabur Benih Kebencian Menjelang Sambutan Isra' Mikhraj - FB Shazwan Zdainal

FACEBOOK
https://www.facebook.com/share/p/15chdDnADe/

TIKTOK
https://vt.tiktok.com/ZS6n3nSmv/

Gerakan Pengundi Sedar

28 Jan, 02:21

Peluh petani bukan percuma. Bukan petani yang harus ditekan oleh kerajaan untuk selesaikan masalah beras. Malah golongan ini harus dibela dan dijaga kebajikannya kerana kudrat merekalah yang membekalkan beras kepada kita,

Hanya dua tuntutan PeSAWAH. Menteri KPKM janji akan turun padang dan bincang mengenai hal dan isu pesawah ini.

Kita akan lihat apakah tindakan menteri dan kerajaan Madani.

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

27 Jan, 08:09

Jangan dengar tazkirah daripada kafir orang yang mulutnya melafazkan kalimah suci dan dalam masa sama membenarkan penjualan arak di kawasan majoriti Muslim.

Gerakan Pengundi Sedar

27 Jan, 05:03

"Janganlah ganggu majlis negara."

PMX tak tahu ke pesawah yang turun ini meninggalkan bendang mereka. Mereka datang jauh dari Kedah, Perlis, Perak dan Johor mengharapkan PMX dapat meluangkan masa menerima memorandum.

PMX sepatutnya lebih berempati. Beri jaminan bahawa dia akan mengutamakan isu ini dan minta maaf tidak dapat jumpa hari ini dan boleh jumpa hari lain ketimbang menyatakan ada tetamu lain yang lebih bermakna daripada mendengar keluhan pesawah.

Gerakan Pengundi Sedar

23 Jan, 08:48

Dia ingat dia kat atas dia dah jadi singa. Nga Kor Ming tak pernah dengar ayat Quran ni tak?

“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. ”
(Surah Al-Israa’ ayat: 37)

Gerakan Pengundi Sedar

23 Jan, 08:36

Realiti yang pahit untuk orang Melayu. Pesawah kita ditekan dengan harga siling belian padi serendah RM1300. Pesawah tertekan, tanah mula dijual nanti siapa yang untung?

Kerajaan madani, bantulah para pesawah ini bukan menekan mereka dengan harga belian yang tidak munasabah.

Kalau pesawah tiada, kita mahu makan apa?

https://vt.tiktok.com/ZS6pctSeF/

Gerakan Pengundi Sedar

23 Jan, 03:53

Kalau isu pekebun "haram" musang king kita tau siapa yang akan jadi hero. Isu pesawah "halal" yang ditindas, kita mahu barisan ahli Parlimen yang konsisten bangkit bersuara dan membela nasib pesawah yang semakin hari ditindas.

Semoga nasib pesawah kita akan terbela.

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

21 Jan, 09:01

Siapa yang menggelepar pabila umat Islam menolak penjualan arak di kawasan majoriti Muslim?

MCA
DAP
PKR

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dah buat keputusan yang baik dengan pelaksanaan peraturan larangan jual arak di Gugusan Manjoi dengan penduduk majoriti Muslim. Tak susah pun nak pergi kawasan sebelah kalau bukan Muslim nak beli arak.

Ahli politik usah ganggu kerja PBT.  Datuk Bandar Ipoh, jalan terus!

#GerakanPengundiSedar
.
.
Berita:

18 Jan
https://www.sinarharian.com.my/article/707911/edisi/perak/tiada-jualan-arak-di-kawasan-majoriti-penduduk-muslim-di-ipoh---mbi

19 Jan
Cadangan larangan jual alkohol di kawasan lain di Ipoh belum dibincang - exco
https://www.malaysiakini.com/news/732083

20 Jan
Waspada, Manjoi dah sekat arak, kata MCA Perak
https://www.malaysiakini.com/news/732204

20 Jan
Jangan jadi bodoh, MCA Perak
https://www.malaysiakini.com/news/732282

Gerakan Pengundi Sedar

20 Jan, 07:33

Harga belian padi diturunkan kepada RM1300 satu tan metrik ketimbang harga semasa iaitu RM1500 - RM1800.

Kerajaan gagal cari solusi dan nak kekalkan harga beras RM2.60 sekilo, akhirnya menekan golongan pesawah.

Sedangkan pesawah berhadapan dengan kenaikan kos pengeluaran padi yang mendadak.

#GerakanPengundiSedar #hargaberas #berasputihtempatan

Gerakan Pengundi Sedar

20 Jan, 07:23

Bila kita membela dan bersuara atas isu ini, kita pula dilabel keterlaluan, jangan berlagak hero. Ini soal agama Islam, kamu yang bukan Islam tutup saja mulut jangan sibuk!

Tapi sedih masih ada orang Melayu Islam kita tidak memahami sensitiviti umat Islam. Anggap ia mainan politik dan saja nak timbulkan pergaduhan sesama kita. Sepatutnya kamu yang ada kuasa bela dan pertahankan kesucian Islam bukan backup mereka dan pandang isu ini isu yang remeh.

KK Mart pisang sudah berbuah dua kali, jangan ingat kami lupa.

#gerakanpengundisedar #sandwichham

Gerakan Pengundi Sedar

16 Jan, 04:27

Apa naiwatunya Nga Kor Ming sesuka hati membodohkan umat Islam yang ambil berat isu halal haram makanan?

Sama macam isu bak kut teh, sibuk main definisi dan asal usul perkataan tu nak bagi kita terima juga.

Sensitiflah sikit dengan benda yang melibatkan halal-haram umat Islam ni. Kalau tak ada benda baik nak sebut, senyap saja.

"Ini jelas naiwatunya sangat jahat."

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

16 Jan, 01:50

🔺2019.
PH jadi kerajaan, terus SMPC dapat dana RM12 juta.

🔺2020.
Naiikan dana bantuan SMPC kepada RM15 juta.

🔺2021.
Tukar kerajaan. Asalnya SMPC tak dapat dana.

29 Jan 21:
Wee Ka Siong (Menteri Pengangkutan) tulis surat kat Kementerian Kewangan untuk mohon dana khas bagi SMPC.

19 April 21:
Kementerian Kewangan balas surat bagi tau, ok dana khas lulus.

15 September 21:
Wee dan Mah Hang Soon. Timb Menteri Pendidikan jumpa Dong Zong, bagi tau dana akan disalurkan secepat mungkin.

23 Sept 21:
Menteri Kewangan umum bantuan RM15 juta, disahkan oleh Timb Menteri Pendidikan.

🔺2022.
Tiada peruntukan.

🔺2023.
PH 2.0, dapat RM15.7 juta. Naik sikit.

🔺2024.
SMPC dapat RM18.9 juta, tertinggi dalam sejarah masa tu. DAP gembira, Dong Zhong bersuka ria.

🔺2025.
Nah, PMX sendiri serah bantuan RM20 juta kat SMPC.😁

🔺2025?
Berapa juta agaknya?

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

16 Jan, 00:36

Stoking sudah. Sandwic pula. Tak habis-habis KK Mart buat hal. Takkan nak jadi acara tahunan pula? Cukuplah pisang berbuah dua kali.

#SandwichKKMart #isusandwichkkmart #kkmart #sandwich #ham #hamcheese #halal

https://vt.tiktok.com/ZS6CvK4r4/

Gerakan Pengundi Sedar

15 Jan, 07:52

Menurut Gerakan Pengundi Sedar (GPS), RM150 juta yang diperuntukkan kepada 3,844 institusi pendidikan Islam bermakna setiap institusi hanya akan dapat RM39,000 manakala RM20 juta disampaikan kepada 63 SMPC membolehkan setiap sekolah itu menerima hampir RM320,000.

Berita penuh: https://tvpertiwi.com/2025/01/15/rm39000-untuk-setiap-institusi-pendidikan-islam-rm320000-bagi-setiap-smpc-adilkah-gps/

#TVPertiwi #Pendidikan #Belanjawan #2025

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

https://x.com/TvPertiwi
https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/
https://t.me/tvpertiwi

Gerakan Pengundi Sedar

15 Jan, 06:00

Tahun ini, PMX nak serah sendiri bantuan kerajaan untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kat SM Jit Sin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Sekolah yang PMX pernah jadi guru sandaran suatu masa dulu.

Dan sekolah SM Jit Sin ini dapat paling banyak, RM1 juta.

Satu juta gais! SMPC lain dapat RM320 ribu jer.

Ucapan PMX: https://www.pmo.gov.my/ms/2025/01/teks-ucapan-yab-perdana-menteri-lawatan-ke-sekolah-menengah-persendirian-jit-sin/

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

15 Jan, 03:09

Dalam pembentangan Belanjawan 2025, PMX umumkan RM150 Juta peruntukan untuk selenggara prasarana pendidikan Islam JAKIM seperti sekolah pondok, sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat.

Nak tau tak berapa jumlah semua institusi pendidikan Islam ni? Dalam laman sesawang JAKIM, data menunjukkan ada:

282 Pondok Madrasah
1245 Sekolah Tahfiz
130 Sekolah Rendah Agama (SRA) Rakyat
340 Sekolah Rendah Agama (SRA) Swasta
1847 Sekolah Rendah Agama

Semuanya berjumlah 3844 institusi! Kalau kita bahagikan RM150 juta tu kepada 3844 institusi, satu cuma dapat RM39,021.85

RM39 ribu yang institusi pendidikan Islam dapat ketimbang RM340 ribu sekolah persendirian Cina dapat. Ada nampak beza tak?

Adil betul kerajaan MADANI, kan?

Inilah harga yang perlu dibayar untuk kerajaan beli jiwa mereka yang berasa terpinggir dan seolah-olah "warganegara kelas kedua".

#GerakanPengundiSedar

Data terbuka JAKIM: https://www.islam.gov.my/ms/media-penerbitan/data-terbuka

Gerakan Pengundi Sedar

15 Jan, 01:45

RM20 JUTA UNTUK BELI JIWA?

Cara kerajaan MADANI beli jiwa dan memujuk mereka yang rasa dipinggirkan dan rasa seperti "warganegara kelas kedua".

Taknak pujuk ke warganegara sah yang memang orang asal tanah ini yang berasa dianaktirikan oleh kerajaan sendiri?

Baca sendiri: https://www.facebook.com/share/p/15qtBxfU4y/

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

10 Jan, 08:08

ICOMOS MALAYSIA MELANGKAUI JAWATAN WARISAN NEGARA

Bahagian 1: https://vt.tiktok.com/ZS6ufYD4u/
Bahagian 2: https://vt.tiktok.com/ZS6uf37sM/

Gerakan Pengundi Sedar

10 Jan, 07:51

Kita dengar macam bagus. Keharmonian. Saling memahami. Tapi untuk yang faham perlembagaan, benda tu salah sebab Menteri mengangkat sumpah untuk mematuhi Perlembagaan ini, satu komitmen yang mewajibkan mereka untuk memelihara kedudukan istimewa Islam sambil menghormati kebebasan beragama semua rakyat Malaysia.

Baca lanjut:
https://www.sinarharian.com.my/article/706240/khas/pendapat/pembelaan-cetek-terhadap-buku-hannah-yeoh

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

10 Jan, 02:56

Maka berbondong-bondonglah Muslim terpaling harmoni baca buku Hannah Yeoh dan rasa tiada apa perlu dirisaukan. Semua kebimbangan awam hanyalah sangkaan jahat kerana tidak cuba memahami hati nurani Hannah Yeoh yang suci lagi murni.

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

09 Jan, 07:30

Tak semestinya apa yang orang buat, kita kena buat juga.

Tak semestinya mereka nak bagi UNESCO iktiraf kampung baru Cina, kita pun sibuk nak kejar benda yang sama.

Kita tak perlu mengemis kerana sesungguhnya seluruh tanah ini adalah tanah warisan Melayu.

Membiarkannya diperkotak-katikkan ibarat kita rela kehilangan tanah dan negara ini.

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

09 Jan, 04:10

Tiong King Sing ulang modus operandi sama 9283716 kali pun, PMX tetap simpan dia sebagai menteri.

Bak kut teh.
Kod etika berpakaian.
Stoking KK Mart.
Papan tanda bertulisan Cina.

Dia yang islamofobia. Dia yang suka mainkan isu perk4uman, isu agama. Kita yang kena label ekstremis. Menteri DAP pun tak macam dia ni.

Petisyen masih berjalan. Jom segera tandatangan petisyen!

SEJUTA RAKYA MALAYSIA DESAK TIONG KING SING LETAK JAWATAN!
📌 https://www.change.org/TiongLetakJawatan

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

09 Jan, 01:48

Sementara kampung-kampung Cina dibangunkan secara besar-besaran dengan peruntukan jutaan ringgit diberikan oleh KPKT sendiri, kampung baru Melayu yang berada di Kuala Lumpur ingin diambil atas nama kemajuan.

Pelbagai akta ingin digunakan untuk mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu yang hanya tinggal sekangkang kera.
-CLJ

#GerakanPengundiSedar
.
.
.

Untuk paparan interaktif pendedahan GPS berkenaan usaha mengiktiraf Kg Baru Cina:

1. https://gerakanpengundisedar.my.canva.site/icomos-ft-kpkt
2. https://gerakanpengundisedar.my.canva.site/icomos-ft-kpkt-2-0

Gerakan Pengundi Sedar

08 Jan, 08:47

Adakah kewujudan kampung-kampung baru Cina ini memenuhi niat, hasrat, aspirasi dan harapan Raja-Raja Melayu ketika Raja-Raja Melayu bersetuju menyerahkan sebahagian kuasa dan kedaulatan mereka bagi merealisasikan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu ini?
–Concerned Lawyers for Justice

Kita selalu lupa asal-usul bagaimana terbentuknya negara ini. Ingat, jangan sampai kita hilang tanah dan negara!

#GerakanPengundiSedar
.
.
.

Untuk paparan interaktif pendedahan GPS berkenaan usaha mengiktiraf Kg Baru Cina:

1. https://gerakanpengundisedar.my.canva.site/icomos-ft-kpkt
2. https://gerakanpengundisedar.my.canva.site/icomos-ft-kpkt-2-0

Gerakan Pengundi Sedar

08 Jan, 06:25

Polis mengesahkan menerima 182 laporan seluruh negara berhubung isu buku tulisan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang didakwa sebagai bahaya dan mengancam keselamatan negara.

Berita penuh: https://tvpertiwi.com/2025/01/08/polis-terima-182-laporan-ambil-keterangan-hannah-yeoh-dalam-masa-terdekat/

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Gerakan Pengundi Sedar

08 Jan, 06:25

🫣

Gerakan Pengundi Sedar

31 Dec, 10:09

https://vt.tiktok.com/ZS6SWwpdH/

Gerakan Pengundi Sedar

31 Dec, 09:46

Dah nak masuk tahun 2025, mungkin ada yang belum betul-betul kenal Hannah Yeoh.

Video awal dipetik daripada video ini:
https://www.youtube.com/watch?v=wER09d7ViaI

Video sebelum ini telah dipadam oleh Tiktok tanpa notis. Jom kongsiz simpan dan muat turun sebelum video ini pula dipadam.
.
.
.
Dapatkan buku Mukadimah Melayu di Persimpangan
Hubungi: 016 237 4727

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

31 Dec, 09:08

E-buku Himpunan Kisah Politik Malaysia 2024

Boleh juga didapati dalam format fail PDF.

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

31 Dec, 09:06

E-buku Percuma!

Himpunan Kisah Politik Malaysia 2024

Dapatkan di sini:
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
https://hkpm2024.my.canva.site/

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

31 Dec, 09:01

E-buku Himpunan Kisah Politik Malaysia 2024

Seperti yang dijanjikan, dapatkan e-buku yang menghimpunkan pelbagai isu politik yang telah berlaku di negara kita sepanjang tahun 2024.

Anda boleh dapatkan e-buku Himpunan Kisah Politik Malaysia 2024 secara percuma di bawah;
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
https://hkpm2024.my.canva.site/

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

31 Dec, 02:41

Video kata-kata daripada mantan Ketua Polis Negara ini dipadam oleh Tiktok tanpa sebarang notis!

Sebaik saja Hannah Yeoh menaikkan kenyataan media berkenaan video yang tular berkaitan kes saman terhadap mantan KPN, Tan Sri Musa Hassan, video yang sudah mendapat lebih 600 ribu tontonan ini dipadam oleh Tiktok tanpa ada sebarang makluman atau notis.

Video ini masih boleh ditonton di Instagram dan saluran Telegram Gerakan Pengundi Sedar.

Tonton dan sebarkan!

Instagram:
https://www.instagram.com/reel/DD8rtxYg4H4/?igsh=N2ZsY2t4ZXFpOTBw

Telegram: https://t.me/pengundisedar/4087

Video penuh:
https://fb.watch/wERI_xvpeJ/

Gerakan Pengundi Sedar

31 Dec, 01:11

Dah lebih sebulan sebenarnya Menteri KPKT anjurkan Ekspo Kampung Baru 2024 iaitu pada 22-24 November di Ipoh, Perak. [1]

Nga Kor MIng membuktikan kecermelangannya dalam menjaga Kampung Baru Cina yang sememangnya merupakan portfolio khas di bawah Kementerian KPKT. [2]

Terbaiklah menteri ni. Pandai menggunakan kuasa dan keupayaannya menjaga kepentingan kaumnya sendiri. Syabas!

Baca:
[1] https://www.kpkt.gov.my/kpkt/resources/user_1/media_akhbar/2024/SM_EKSPO_KG_BARU_24NOVEMBER2024.pdf
[2] https://jkt.kpkt.gov.my/bahagian-kampung-baru-cina

Gerakan Pengundi Sedar

24 Dec, 09:03

Kami pasti ramai yang tahu siapa menteri paling diam-diam ubi berisi (paling "function") tahun 2024 yang kami maksudkan. 😋

#GerakanPengundiSedar
#AkanDatang
#2025

Gerakan Pengundi Sedar

24 Dec, 05:44

Hannah Yeoh, pemimpin parti chauvinis DAP yang juga Menteri Belia dan Sukan kalah kes saman fitnah terhadap Tan Sri Musa Hassan (mantan Ketua Polis Negara) berkaitan buku "Becoming Hannah".

Petikan kenyataa media peguambela:
Mahkamah mempertimbangkan bahawa bukti menunjukkan pengakuan oleh Plaintif sendiri di dalam buku tersebut bahawa dia mengajar agama Kristian secara halus di Malaysia dan bahawa dia kembali ke tanah air (selepas tamat pengajian di Australia) sebagai "Ambassador of God" dan bahawa dia ingin menyebarkan "ajaran tuhannya" melalui pejabat politiknya, dan bahawa bukunya ditujukan untuk semua orang, bukan hanya Kristian.

https://vt.tiktok.com/ZS6jP5K4e/

#GerakanPengundiSedar

Gerakan Pengundi Sedar

23 Dec, 03:36

Nga Kor Ming dengan naiwatunya yang sentiasa ikhlas.

Tok Mat yang baru saja bayar kompaun atas kesalahan merokok.

Gerakan Pengundi Sedar

23 Dec, 03:35

Mp Raub yang terus berjuang untuk pekebun haram dikesan tidak memahami identiti negara.

Teo Nie Ching, yang pandai spin.

Gerakan Pengundi Sedar

23 Dec, 03:34

Anak muda DAP, Syerleena

Gerakan Pengundi Sedar

23 Dec, 03:33

Veteran wanita DAP, juga masih berbisa.

Gerakan Pengundi Sedar

23 Dec, 03:30

Veteran terus beraksi, Lim Guan Eng

Gerakan Pengundi Sedar

23 Dec, 03:29

Anthony Loke ni sesekali bersuara kita boleh nampak "kepekatan" DAPnya.

Gerakan Pengundi Sedar

23 Dec, 03:29

Hannah Yeoh masih berbisa sebagai menteri

Gerakan Pengundi Sedar

23 Dec, 03:28

Menteri yang "perform" dalam kerajaan perpaduan

Gerakan Pengundi Sedar

21 Nov, 03:32

Niat MP Klang baik sebab nak sekolah kebangsaan terus jadi pilihan utama ibu bapa terutamanya ibu bapa bukan Islam. Namun, menganggap bahawa SK menjadi terlampau Islamik itu tidak betul. Apa salahnya dengan menjadi Islamik?

Adakah terlampau Islamik kerana mengadakan program sambutan awal Muharam? Atau membaca doa semasa perhimpunan dianggap terlampau Islamik? Jangan duduk Malaysia kalau macam tu.

Dawaan SK terlampau Islamik seolah-olah memberi konotasi negatif sedangkan Islam agama persekutuan.

MP Klang juga melahirkan kegusaran apabila subjek STEM hanya lima jam di SK ketimbang tujuh jam untuk subjek agama. Walhal, jumlah jam pembelajaran subjek Sains dan Matematik di SK dan SJK adalah sama. Tiada apa yang perlu dibimbangkan pun sebenarnya. Dapat kekalkan SJK pun kira dah bertuah la tu.

Gerakan Pengundi Sedar

19 Nov, 11:15

Bocor! Video original wawancara CNN × PMX! 📏

https://vt.tiktok.com/ZSjmX6Hd4/

Gerakan Pengundi Sedar

19 Nov, 07:09

Janji sebulan, ini dah setahun bekalan beras tempatan belum pulih.

Menteri Pertanian seolah-olah mempunyai kuasa magis dengan mengatakan bahawa masalah beras putih tempatan akan selesai dalam masa sebulan.

Tapi setelah setahun berlalu, beras putih tempatan masih lagi seperti hantu - tak muncul di pasaran! Rakyat terpaksa makan beras import dengan harga yang lebih mahal.

Mungkin Menteri Pertanian kena tukar profesion jadi ahli silap mata untuk selesaikan masalah ini.

Gerakan Pengundi Sedar

19 Nov, 06:14

Hassan Karim (Pasir Gudang) persoal kenapa sampai sekarang beras putih tempatan hampir tak ada di pasaran?

Apa yang Unit Kawalan Selia Padi dan Beras lakukan? Menteri, Timbalan Menteri tolong pantau!

Video:
https://www.tiktok.com/@gerakanpengundisedar2/video/7438830647654878471

Gerakan Pengundi Sedar

18 Nov, 01:46

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata akan jadi bukti gambaran hati.

PMX hanya ada masa kurang satu jawab untuk jawab YA atau TIDAK kepada persoalan 1. Adakah I5r43l berhak wujud dan 2. Adakah I5r43l boleh pertahankan diri, Malangnya kedua-dua soalan dijawab dengan ya.

Kenapa malang? Kerana dengan hanya menjawab ya, apa yang dijawab oleh PMX dalam soalan sebelumnya adalah diragui.

I5r43 tidak ada hak langsung walau sekelumit untuk wujud. I5r43 juga yang sebenarnya melakukan genosid selama ini, maka istilah pertahankan diri tidak layak untuk mereka.

Apakah agaknya reaksi YS jika dia masih hidup dan diajukan soalan yang sama? Dan apakah reaksinya jika mengetahui pemimpin negara Islam setuju bahawa I5r43 berhak wujud dan mempertahankan diri?

Gerakan Pengundi Sedar

14 Nov, 07:53

Dalam temubual yang sama, terlebih dahulu PMX turut mengkritik media Barat yang cuba mengenepikan isu penjajahan selama beberapa dekad di wilayah P dan menyebarkan naratif yang berat sebelah sejak serangan 7 Oktober oleh H4M45 tahun lepas.

Namun, PMX seolah-olah terperangkap mudah dengan soalan pilihan sama ada patut dijawab dengan YA atau TIDAK.

Untuk nota, PMX juga sebelum ini turut:
Setuju dengan penyelesaian dua negara
Mengadakan pertemuan mesra dengan Anthony Blinken, setiausaha negara AS yang terkenal sebagai penyokong tegar zi0ni5
Menolak bantahan terhadap penglibatan BlackRock
Mempertahankan penyertaan syarikat senjata AS yang berurusan dengan tentera Israel dalam sebuah pameran pertahanan dianjurkan kerajaan Malaysia pada Mei lalu

Tindakan dan kenyataan yang tidak selari dengan kenyataan kerajaan ini amat membimbangkan dan meresahkan umat Islam di Malaysia.

Berita:
[1] https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-anwar-pertahan-isu-berjumpa-hamas-wujudkan-penyelesaian-secara-aman-471866
[2] https://my.usembassy.gov/ms/secretary-blinkens-meeting-with-malaysian-prime-minister-ibrahim-ms/
Video- https://www.astroawani.com/videos/video-terkini-x7sio1/malaysia-berterima-kasih-sokongan-berterusan-amerika-syarikat-x9753y6
[3] https://www.malaysianow.com/my/news/2024/06/21/anwar-tolak-bantahan-pertahan-rancangan-jual-saham-kepada-syarikat-milik-firma-terpalit-genosid-blackrock
[4} https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1243979/malaysia-tegas-tak-benar-syarikat-israel-masuk-negara-pm-anwar

Gerakan Pengundi Sedar

14 Nov, 07:36

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata akan jadi bukti gambaran hati.

PMX hanya ada masa kurang satu jawab untuk jawab YA atau TIDAK kepada persoalan 1. Adakah I5r43l berhak wujud dan 2. Adakah I5r43l boleh pertahankan diri, Malangnya kedua-dua soalan dijawab dengan ya.

Kenapa malang? Kerana dengan hanya menjawab ya, apa yang dijawab oleh PMX dalam soalan sebelumnya adalah diragui.

I5r43 tidak ada hak langsung walau sekelumit untuk wujud. I5r43 juga yang sebenarnya melakukan genosid selama ini, maka istilah pertahankan diri tidak layak untuk mereka.

Apakah agaknya reaksi YS jika dia masih hidup dan diajukan soalan yang sama? Dan apakah reaksinya jika mengetahui pemimpin negara Islam setuju bahawa I5r43 berhak wujud dan mempertahankan diri?

Video: https://vt.tiktok.com/ZSjfMfo1c/

Gerakan Pengundi Sedar

14 Nov, 04:27

Soalan sukar dan jawapan mudah PMX dalam satu saat.

Gerakan Pengundi Sedar

13 Nov, 04:45

Dalam sidang parlimen 12 November 2024 semalam, ahli parlimen dari Mas Gading (DAP Sarawak) mempersoal kenapa masih ada yang tidak mengecam dan mengkritik H4m_4s yang memulakan serangan pada 7 Oktober tahun lalu.

Soalnya, "Bagaimanakah kerajaan menilai reaksi masyarakat antarabangsa termasuk negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat terhadap pendirian Malaysia yang konsisten mengecam rejim z!0n!5, tetapi belum ada memberikan komen atau kritikan yang mengecam tindakan H4m_4s yang dulu memulakan serangan pada 7 Oktober 2023."

"Adakah kerajaan berpendirian mengutuk dan mengecam sebarang tindakan yang mengancam keselamatan awam yang menyebabkan banyak nyawa terkorban tanpa mengira mana-mana pihak, bagi menunjuk komitmen kerajaan pada prinsip keamanan sejagat," tambahnya.

Hairan juga kenapa masih ada pemimpin yang masih tidak faham isu yang berlaku di P4le5t!n dengan menyoal tindakan Malaysia yang belum mengecam H4m_4s. Bukankah jelas satu dunia mengutuk kezaliman Z!0n!s yang berlaku terhadap rakyat G4_z4?

Kenapa H4m_4s pula yang perlu dikritik? Atas sebab mereka yang mulakan serangan pada 7 Oktober 2023 yang lepas. Tak baca sejarah ke? Sejak tahun 1948 bahkan sebelum itu lagi rejim Z!0n!s sudah mengambil hak rakyat P4les_t!n dan berlaku zalim ke atas mereka.

Seharusnya pemimpin perlulah cakna dan faham dengan isu semasa yang berlaku, PMX sendiri mengutuk kekejaman Z!0n!s, kenapa masih nak persoal untuk mengkritik H4m_4s?

Gerakan Pengundi Sedar

08 Nov, 01:28

Terlalu banyak “jasa” Tiong King Sing kepada negara sejak dia menjadi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Hanya ada tiga cara untuk balas jasa Tiong King Siong. Pertama, pecat Tiong King Sing kerana terlalu cemerlang. Kedua, letak jawatan secara bermaruah. Ketiga, rakyat Bintulu jangan pilih Tiong King Sing lagi dalam pilihan raya akan datang.

Malaysia perlukan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang mengangkat identiti asal Malaysia dan tidak memilih bulu.

Kalau setuju tolong komen dan kongsi!

Gerakan Pengundi Sedar

06 Nov, 02:47

Pelbagai isu telah berlaku dalam negara kita yang menyentuh kedaulatan negara, agama dan bangsa.

Tapi malangnya setiap kali ia berlaku cukup sekadar permohonan maaf kemudian selesai. Di mana letaknya nilai dan maruah agama, bangsa negara kalau begitu?

Akhrinya negara tergadai, anak bangsa tak kenal asal usulnya, agama terus dipijak, malang sungguh.

Jangan lupa follow akaun GPS bagi mengikuti perkembangan isu semasa yang berlaku.

➡️TikTok GPS: https://www.tiktok.com/@gerakanpengundisedar2
➡️Instagram GPS: https://www.instagram.com/reel/DB8N16gA8Gi/

Gerakan Pengundi Sedar

05 Nov, 02:45

Apa tujuan mereka datang ke negara kita?

Takkan mereka datang ke negara kita saja-saja kann, pasti ada agenda tersembunyi..🤔

Jangan lupa follow akaun GPS bagi mengikuti perkembangan isu semasa yang berlaku.

➡️TikTok GPS: https://www.tiktok.com/@gerakanpengundisedar2
➡️Instagram GPS: https://www.instagram.com/reel/DB8N16gA8Gi/

♦️Video YouTube GPS:
Projek PenChinaan Malaysia Era Madani : https://www.youtube.com/watch?v=9Kp8X6NrA0o
Program Kewarganegaraan: Pertolongan atau Musibah? : https://www.youtube.com/watch?v=TVycN9mGGCU&t=351s

Gerakan Pengundi Sedar

22 Oct, 06:18

Apa yang istimewanya mereka sampai Menteri Pendidikan berjumpa dengan pimpinan tertinggi dua pertubuhan pendidikan bahasa Cina, Dong Zong dan Jiao Zong?

Dong Zong antara pertubuhan yang bersungguh-sungguh untuk kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Sijil peperiksaan yang acuannya dari negara luar, kenapa nak diiktiraf pula?

Pada 26 Ogos lepas Dong Zong dan 8 pertubuhan pendidikan Cina menentang dan menolak saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular.

Kata Fadhlina, pertemuan yang diadakan untuk membincangkan mengenai penempatan semula guru, penyelarasan kurikulum Bahasa Melayu untuk SJKC/T, kekurangan guru, perpindahan sekolah dan isu guru ganti.

Pertemuan ini berlaku selepas Dong Zong membuat desakan kepada KPM untuk meminta kerajaan mengiktiraf UEC dan kekalkan bahasa Cina sebagai bahasa ibunda dan bahasa utama kurikulum di SJKC. – Dong Zong

Dong Zong turut menyeru semua parti politik yang berjanji untuk mengiktiraf UEC dalam manifesto mereka ketika pilihan raya, khususnya PH dan BN, yang membentuk kerajaan perpaduan untuk bekerjasama bagi memastikan sijil itu diiktiraf. – Dong Zong

Menurut pengerusi Jiao Zong , Cheah Lek Aee, “Sekarang ini, bahasa Melayu diajar sebagai bahasa kedua di SJKC dan SJKT, bukan sebagai bahasa ibunda. Bagaimana kita boleh menggunakan kurikulum bahasa Melayu yang sama untuk mengajar?”
...

Kata nak menyatupadukan rakyat tetapi sejak sekolah lagi bahasa yang digunakan pun sudah berbeza?

Bagaimana nak pupuk persefahaman kalau acuan pembelajaran juga dari acuan yang berbeza?

Bagaimana nak lahirkan generasi yang cinta pada negara jika belajar sejarah dari negara luar?

Harap KPM tidak layan 'keinginan' mereka ini walaupun didesak, jika sayang pada nasib negara dan generasi masa hadapan.

Sumber: IRIS Institute
https://fokus.my/pertemuan-dong-zong-dan-fadhlina-bincang-isu-penyelarasan-kurikulum-bahasa-melayu-di-sekolah-jenis-kebangsaan-cina-sjkc/

Gerakan Pengundi Sedar

18 Oct, 08:49

Kes mahkamah syariah: Kepartian perlu diketepikan

Episod 3 podcast Arus Baru kalini mengulas mengenai Keabsahan Mahkamah Syariah : Peranan dalam Memelihara Syariah di Malaysia, bersama tetamu jemputan, Muhammad Hisham Marzuki, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Ikuti kami di platform berikut & jangan lupa like, share dan subcribe
♦️YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=7wZc_TGhgfY
♦️TikTok: https://www.tiktok.com/@gerakanpengundisedar2?is_from_webapp=1&sender_device=pc
♦️Instagram: https://www.instagram.com/pengundisedar/

Gerakan Pengundi Sedar

18 Oct, 07:20

Enakmen syariah di negeri, siapa yang menggubalnya?

Episod 3 podcast Arus Baru kalini mengulas mengenai Keabsahan Mahkamah Syariah : Peranan dalam Memelihara Syariah di Malaysia, bersama tetamu jemputan, Muhammad Hisham Marzuki, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Ikuti kami di platform berikut & jangan lupa like, share dan subcribe
♦️YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=7wZc_TGhgfY
♦️TikTok: https://www.tiktok.com/@gerakanpengundisedar2?is_from_webapp=1&sender_device=pc
♦️Instagram: https://www.instagram.com/pengundisedar/

Gerakan Pengundi Sedar

17 Oct, 04:43

Mahkamah syariah tiada kuasa mendakwa

16 Oct, 08:54

Mahkamah syariah tiada punca kuasa yang kuat

Episod 3 podcast Arus Baru kalini mengulas mengenai Keabsahan Mahkamah Syariah : Peranan dalam Memelihara Syariah di Malaysia, bersama tetamu jemputan, Muhammad Hisham Marzuki, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Ikuti kami di platform berikut & jangan lupa like, share dan subcribe
♦️YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=7wZc_TGhgfY
♦️TikTok: https://www.tiktok.com/@gerakanpengundisedar2?is_from_webapp=1&sender_device=pc
♦️Instagram: https://www.instagram.com/pengundisedar/

Gerakan Pengundi Sedar

16 Oct, 03:09

Kes Nik Elin: Mencabar jenayah syariah boleh berlaku di negeri lain

Episod 3 podcast Arus Baru kalini mengulas mengenai Keabsahan Mahkamah Syariah : Peranan dalam Memelihara Syariah di Malaysia, bersama tetamu jemputan, Muhammad Hisham Marzuki, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Ikuti kami di platform berikut & jangan lupa like, share dan subcribe
♦️YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=7wZc_TGhgfY
♦️TikTok: https://www.tiktok.com/@gerakanpengundisedar2?is_from_webapp=1&sender_device=pc
♦️Instagram: https://www.instagram.com/pengundisedar/

Gerakan Pengundi Sedar

15 Oct, 08:44

Kes Nik Elin: Bagaimana kedudukan Islam di Malaysia

Episod 3 podcast Arus Baru kalini mengulas mengenai Keabsahan Mahkamah Syariah : Peranan dalam Memelihara Syariah di Malaysia, bersama tetamu jemputan, Muhammad Hisham Marzuki, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Ikuti kami di platform berikut & jangan lupa like, share dan subcribe
♦️YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=7wZc_TGhgfY
♦️TikTok: https://www.tiktok.com/@gerakanpengundisedar2?is_from_webapp=1&sender_device=pc
♦️Instagram: https://www.instagram.com/pengundisedar/

Gerakan Pengundi Sedar

15 Oct, 03:26

Sistem Perundangan di Malaysia

Episod 3 podcast Arus Baru kalini mengulas mengenai Keabsahan Mahkamah Syariah : Peranan dalam Memelihara Syariah di Malaysia, bersama tetamu jemputan, Muhammad Hisham Marzuki, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Ikuti kami di platform berikut & jangan lupa like, share dan subcribe
YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=7wZc_TGhgfY
TikTok: https://www.tiktok.com/@gerakanpengundisedar2?is_from_webapp=1&sender_device=pc
Instagram: https://www.instagram.com/pengundisedar/

Gerakan Pengundi Sedar

11 Oct, 09:50

Episod 3 podcast Arus Baru kalini mengulas mengenai Keabsahan Mahkamah Syariah : Peranan dalam Memelihara Syariah di Malaysia, rentetan daripada kes Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, kes Nik Elin yang mencabar enakmen jenayah syariah dan sebagainya.

Nak tahu lebih lanjut? Jom ikuti perbincangan ini bersama Hazry S., CEO Gerakan Pengundi Sedar, bersama tetamu jemputan, Muhammad Hisham Marzuki, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Ikuti kami di platform berikut & jangan lupa like, share dan subcribe
YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=7wZc_TGhgfY
TikTok: https://www.tiktok.com/@arusbaru_gps?is_from_webapp=1&sender_device=pc
Instagram: https://www.instagram.com/arusbaru_gps?utm_source=ig_web_button_share_sheet&igsh=ZDNlZDc0MzIxNw==

Gerakan Pengundi Sedar

04 Oct, 04:11

Penjualan saham MAHB kepada GIP

Episod 2: Apa Khabar YB Wan Ahmad Fayhsal: Antara Idealisme & Realpolitik

Jangan lupa like, share dan subcribe channel kami untuk menonton podcast bersama ahli politik yang datang.

YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=RgjKwxqSyO4
TikTok: https://www.tiktok.com/@khabaryb_gps?_t=8pqalNhz25k&_r=1
Instagram: https://www.instagram.com/khabaryb_gps?igsh=MXVyOGIzYTE0ems0Yg==

Gerakan Pengundi Sedar

02 Oct, 03:28

Ahli parlimen UMNO takut bangkit isu Melayu & Islam

Episod 2: Apa Khabar YB Wan Ahmad Fayhsal: Antara Idealisme & Realpolitik

Jangan lupa like, share dan subcribe channel kami untuk menonton podcast bersama ahli politik yang datang.

YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=RgjKwxqSyO4
TikTok: https://www.tiktok.com/@khabaryb_gps?_t=8pqalNhz25k&_r=1
Instagram: https://www.instagram.com/khabaryb_gps?igsh=MXVyOGIzYTE0ems0Yg==

Gerakan Pengundi Sedar

02 Oct, 01:29

Bahana DAP dalam kerajaan

01 Oct, 07:32

Apa sebab saya masuk politik?

Episod 2: Apa Khabar YB Wan Ahmad Fayhsal: Antara Idealisme & Realpolitik

Jangan lupa like, share dan subcribe channel kami untuk menonton podcast bersama ahli politik yang datang.

YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=RgjKwxqSyO4
TikTok: https://www.tiktok.com/@khabaryb_gps?_t=8pqalNhz25k&_r=1
Instagram: https://www.instagram.com/khabaryb_gps?igsh=MXVyOGIzYTE0ems0Yg==

Gerakan Pengundi Sedar

19 Sep, 09:03

Episod 2: Apa Khabar YB Wan Ahmad Fayhsal

Apa Khabar YB? merupakan segmen terbaru yang digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) dengan membawa jemputan dikalangan ahli politik bagi membincangkan isu semasa dan isu rakyat setempat.

Podcast kali ini kita bersama YB Wan Ahmad Fayhsal, MP Machang yang bertajuk Antara Idealisme & Realpolitik. Antara yang dibincangkan ialah survival politik orang Melayu, lompat parti, jualan saham MAHB dan banyak lagi topik yang menarik.

Jangan lupa like, share dan subcribe channel kami untuk menonton podcast bersama ahli politik yang datang.

YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=RgjKwxqSyO4
TikTok: https://www.tiktok.com/@khabaryb_gps?_t=8pqalNhz25k&_r=1
Instagram: https://www.instagram.com/khabaryb_gps?igsh=MXVyOGIzYTE0ems0Yg==

Gerakan Pengundi Sedar

19 Sep, 08:14

Kesan ICERD: Hak keistimewaan bumiputera terhapus

Episod 2 Podcast Arus Baru: Ratifikasi ICERD bersama Tuan Lukman Sheriff, Pengerusi PEMBELA & MACSA

Jangan lupa like, follow, share dan subcribe channel kami untuk menonton podcast bersama tetamu jemputan yang akan datang.

YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=vkKWu3C_Tng
TikTok: https://www.tiktok.com/@arusbaru_gps?_t=8pcuk0xhgyD&_r=1
IG:https://www.instagram.com/arusbaru_gps/profilecard/?igsh=MWQ3NGtlcnQya3Nveg==

Gerakan Pengundi Sedar

19 Sep, 08:11

ICERD boleh ubah nilai budaya

13 Sep, 04:15

Hak meratifikasi dengan beberapa pengecualian

Episod 2 Podcast Arus Baru: Ratifikasi ICERD bersama Tuan Lukman Sheriff, Pengerusi PEMBELA & MACSA

Jangan lupa like, follow, share dan subcribe channel kami untuk menonton podcast bersama tetamu jemputan yang akan datang.

YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=vkKWu3C_Tng
TikTok: https://www.tiktok.com/@arusbaru_gps?_t=8pcuk0xhgyD&_r=1
IG:https://www.instagram.com/arusbaru_gps/profilecard/?igsh=MWQ3NGtlcnQya3Nveg==

Gerakan Pengundi Sedar

12 Sep, 03:24

Hapus diskriminasi kaum

11 Sep, 08:19

Apa itu ICERD?