Islamic Quotes📚

@nota_nasihat


Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

- Put Allah first, and you will never be last
- Whoever you are, be a good 👍
- Allah always with us

Islamic Quotes📚

28 Sep, 05:11


Kelak kita akan faham mengapa Allah hantarkan ujian sebegini. Saat itu, kita hanya mengangguk faham dan tenang. Rupanya, khabar baik ini yang  Allah telah siapkan untuk kita. Tiada ungkapan lain selain Alhamdulillah untuk dilafazkan.

•ᥫ᭡•
@bicarabulanofficial

@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

26 May, 01:45


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Rasulullah SAW telah bersabda; "Sesungguhnya apabila seseorang hendak tidur maka bersainglah malaikat dan syaitan."

Malaikat berdoa: "Ya Allah, akhiri orang ini dengan kebaikan."

Syaitan pula mohon doa: "Akhiri orang ini dengan kejahatan."

Orang yang berzikir dan berselawat sebelum tidur, akan dijaga oleh malaikat disepanjang tidurnya.

Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.


@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

26 May, 01:43


بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.

TETAPLAH MEMBERI PERINGATAN....📌

Jangan sombong..merasa tinggi..merasa lebih dan merasa telah sempurna.

Manusia itu sangat memerlukan nasehat dan peringatan.
Kerana manusia adalah tempatnya salah dan lupa.

Sebab itulah mengapa kita harus tetap saling mengingatkan.

Mengingatkan bukan berarti kita yang paling mulia.. paling benar...paling suci.

Tapi mengingatkan adalah merupakan bentuk peduli.. cinta dan perhatian.

Kerana itu tetaplah memberi peringatan...walaupun terkadang sebagian orang ada yang meremehkan.. benci..dan tidak suka bahkan marah saat dingatkan.

Tidak mengapa...
Biarlah...
Kerana tugas kita perlu mengingatkan.
Bukan memaksa...tidak◇

Dan yang pasti...jika engkau menolak untuk diingatkan... maka akan ada orang yang lainnya yang akan menerimanya.

ALLAH TA'ALA berfirman:

وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين

"Dan tetaplah memberi peringatan.. kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.
(QS Adz Dzariyat 55)

Semoga Allah SWT melebutkan hati kita..menjadikan kita termasuk orang-orang yang tetap rendah hati...suka mendapat nasehat kebaikan dan mudah menerima peringatan dalam ketaqwaan..aamiin

alhamdulillah..
masih lagi kita diberi kenikmatan nafas & hidup oleh Allah hingga saat ini..
Terimaksih Allah🤲
Moga hati dan diri makin dekat pada Ilahi! Menjauhi yang dibenci, menuju yang disukai'Nya...🤲

SelawatJom'❤️
اللهم صّلِ وسَلّمْ عَلۓِ نَبِيْنَا مُحَمد◇
اللهم صّلِ وسَلّمْ عَلۓِ نَبِيْنَا مُحَمد◇

@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

26 May, 01:42


Sesiapa pun kamu yang diam-diam menahan sakit kerana belajar sabar semoga الله menguatkanmu.

❤️
@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

26 May, 01:42


Apa-apa kebaikan kita lakukan niatkanlah ianya satu sedekah dan amal jariah

Belajar tidak mengharapkan balasan walau sekecil balasan dari manusia.


@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

26 May, 01:41


 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

Tetap Yakin dan Sabar

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286:

"Allah tidak membebani manusia kecuali sesuai kemampuannya."

Setiap ujian dan dugaan yang kita hadapi dalam kehidupan ini adalah sesuai dengan kemampuan kita. Allah tidak akan membebani kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita tanggung. Keyakinan ini memberikan kita kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi setiap cabaran yang datang.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Insyirah, ayat 5-6:

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

Setiap kesulitan yang kita hadapi pasti diiringi dengan kemudahan. Allah SWT telah menjanjikan bahawa setiap ujian yang kita lalui akan disertai dengan jalan keluar. Oleh itu, kita perlu bersabar dan yakin bahawa setiap kesulitan akan berakhir dengan kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda dalam Hadis Riwayat Muslim:

"Sungguh menakjubkan urusan orang yang beriman itu, sesungguhnya semua urusannya adalah baik baginya. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya."

Kita perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan dan bersabar dengan ujian yang menimpa. Kedua-dua sikap ini adalah tanda keimanan yang kuat. Dengan bersyukur, kita mengakui segala nikmat yang Allah berikan dan dengan bersabar, kita menerima setiap ujian dengan hati yang tenang.

Sahabat,

Tetaplah yakin dan sabar dalam menghadapi segala ujian hidup. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita dan Dia Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk kita. Setiap ujian adalah peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah dan memperbaiki diri.

Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk tetap yakin dan sabar dalam menghadapi setiap ujian dan diberikan kemudahan dalam segala urusan. Ameen

Semoga artikel ini memberikan motivasi dan kekuatan kepada kita semua untuk terus yakin dan sabar dalam menghadapi setiap ujian hidup.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K374


@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

26 May, 01:39


T.me/notatazkirah

💌 NOTA PAGI

Jika kita merasa jika urusan yang kita hadapi terasa begitu berat, sehingga kita merasa tidak mampu menyelesaikannya, maka mintalah pertolongan pada Allah Swt.

Dia  Yang Maha Mendengar dan Yang Maha Kuasa, sehingga sangat kecilpun bagiNya boleh menolong dan membantu kita dalam menyelesaikan urusan kita.
Berusaha, doa dan tawakkal.

@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

26 May, 01:38


Di dalam kitab Madarij al-Salikeen,

Ibn Qayyim rohimahullah menyatakan,

"Rasa syukur itu mungkin wujud di dalam hati, pada ketundukan jiwa dan kerendahan hati, pada lidah, di dalam puji-pujian dan pengakuan, melalui perbuatan fizikal, dengan cara ketaatan dan penyerahan diri padanya"

Semoga kita tergolong dikalangan hamba-hambanya yang bersyukur.

● Rahmat Ikhsan Official

@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

11 Mar, 12:33


۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Utamakan akhirat dalam segala hal dunia kita bermula hari ini, sesungguhnya akhirat adalah permulaan kehidupan yang sebenar.

- Ustaz Wadi Anuar -


@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

11 Mar, 12:32


۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Kebahagiaan itu boleh dicapai dengan cara mensyukuri segala pemberian dan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.


@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

11 Mar, 12:28


 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

AZAM DAN NIAT RAMADHAN

Pesanan daripada Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid:

[1] Niatkan agar Ramadhan kali ini lebih baik & mantap berbanding tahun-tahun yang lalu dengan amalkan segala sunnah RASULULLAH ﷺ semampu kita.

[2] Niat untuk bertadarus, tadabbur & khatam Al-Quran (minimum sekali).

[3] Niat untuk tahajud & qiamullail setiap pagi (sebelum sahur).

[4] Niat untuk tunaikan solat sunnat Tarawih 20 rakaat serta solat sunnat Witir 3 rakaat (di masjid / surau / rumah).

[5] Niat untuk bangun sahur setiap pagi walaupun sekadar meneguk air (ianya sunnah & ada keberkatan dalam bersahur itu).

[6] Niat untuk perbanyakkan amal ibadah seperti solat sunnat, sedekah, memberi makan orang yang berbuka puasa dsb.

[7] Niat untuk dapat malam Lailatul Qadar.

[8] Niat untuk perbanyak sedekah / infaq.

[9] Niat jaga lisan, mata, telinga, mulut dll.

[10] Niat memberi makan kepada orang berbuka puasa walaupun sebiji kurma.

[11] Niat jadi hamba-NYA, umat RASULULLAH ﷺ, suami / isteri, anak, abang / kakak, saudara, ayah / ibu, jiran, rakan sejawat, manusia dsb yang terbaik & bermanfaat sebaik sahaja selesai ibadah Ramadhan ini. InsyaALLAH.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸

@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

11 Mar, 12:25


 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

🍩🍇 30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN 🍰🍛

Jom Prepare!

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.

2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.

3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.

4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.

5. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.

6. Sunat dhuha setiap pagi.

7. Sedekah setiap hari minimum seringgit.

8. Pastikan sahur setiap hari.

9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.

10. Tadarus al-Quran sambil usaha memahami maksudnya.

11. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.

12. Kurangkan ziarah ke bazar2 Ramadhan.

13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.

14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.

15. Jauhkan aktiviti yang lagha.

16. Zikir harian, banyakkan berdoa.

17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dlm sehari.

18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah

19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.

20. Menjaga dan menghubung silaturrahim

21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna

22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.

23. Tidak berlebih2an maupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.

24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib.

25. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.

26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.

28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.

29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.

30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita..

31. Tahajud setiap malam minimum 2 rakaat.

32. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸

@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

11 Mar, 12:22


Assalamu'alaikum..

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ..

Buat para wanita yang uzur di Bulan Ramadan, boleh kumpul pahala dengan amalan-amalan ni: 

1. Sediakan makanan untuk orang sahur / berbuka

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (HR Tarmizi)

2. Banyakkan beristighfar & meminta ampun dari Allah

اللْهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang mencintai permintaan maaf, maka maafkanlah aku.”

3. Banyakkan berzikir

سبحان الله (x33)
الحمد لله (x33)
الله أكبر (x33)
لا إله الا الله وحده لا شريك له
sehingga akhir (x1)

“Barangsiapa membaca yang di atas nescaya diampunkan kesalahan-kesalahannya meskipun sebanyak buih di lautan.” (HR Muslim)

سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر

“Ucapkanlah yang di atas Maka setiap bacaan tersebut akan menumbuhkan satu pohon di syurga bagimu.” (HR Ibnu Majah)

4. Banyakkan berdoa

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu Syurga dan aku berlindung denganMu dari api neraka.”

5. Banyakkan berselawat

“Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” (HR An-nasie)

6. Bersedekah

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api.” (HR Tirmidzi)

7. Dengar bacaan Al Quran dan maksudnya

8. Dengar tazkirah / kuliah agama (menambah ilmu dan pengetahuan tentang Islam)

9. Senyum

“Senyummu di depan saudaramu, adalah sedekah bagimu.” (HR Tirmidzi)

10. Menghafal 99 nama Allah

“Sesungguhnya bagi Allah SWT 99 nama, barangsiapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” (HR Bukhari)

11. Menyiram pokok & memberi makan haiwan

12. Menghafal doa-doa & maksudnya

13. Membaca hadis & tafsir Alquran

Semoga Bermanfaat

@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

11 Mar, 12:21


@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

30 Dec, 08:19


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Kelebihan solat pada awal waktu:

1. Hati menjadi tenang.
2. Masa rasa panjang kerana barakah.
3. Disiplin diri.
4. Pahala lebih banyak daripada orang yang lewat solat.


@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

30 Dec, 08:12


۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Do not give up.
Allah knows how much you are trying



@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

30 Dec, 08:01


"Apabila waktu solat telah tiba maka tinggalkanlah semua kegiatanmu, sebab Allah SWT lebih pantas untuk engkau perhatikan daripada yang lainnya..."

- Habib Umar bin Abdurrahman -

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد


@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

30 Dec, 08:00


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله الذي احيانا بعد ما اماتنا واليه النشور 5⃣9⃣4⃣2⃣
SABTU.
17 Jamadil'Akhir 45H
30 hb Dis 23

Hazrat Abu Hurairah dan Hazrat Abu Said al-Khudri R.Anhuma bersaksi ke atas Nabi SAW bersabda, "Tiadalah satu golongan yg duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla melainkan para malaikat akan mengerumuni mereka, rahmat meliputi mereka, Sakinah turun ke atas mereka dan Allah ta'ala menyebut mereka di kalangan majlis para malaikat."
(HR Muslim)


Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan..


@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

24 Nov, 02:03


Pesan pada hati ❤️ :

‎لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا
‎Walau sejuta manusia sekalipun membuat kita terluka dan bersedih, Allah tetap ada disisi. 🤍

@Nota_nasihat

Islamic Quotes📚

24 Nov, 02:03


" Jika kamu ingin memperbaiki hatimu , maka jagalah lidahmu , semakin kamu berkata buruk , semakin buruk hatimu . Berkata baik membuatkan hatimu menjadi baik "

• Habib Ali Zaenal Abidin •

@Nota_nasihat