Moonandstella Business Circle @moonandstellahijab Channel on Telegram

Moonandstella Business Circle

@moonandstellahijab


Content2 untuk kegunaan team moonandstella hijab

Moonandstella Business Circle (Malay)

Selamat datang ke Moonandstella Business Circle! Channel Telegram ini adalah tempat kegemaran bagi para ahli perniagaan dan peminat fesyen yang ingin menerima perkongsian terkini mengenai dunia perniagaan dan tudung dari team Moonandstella hijab. Siapakah Moonandstella Business Circle? Ia adalah satu komuniti yang bertujuan untuk memberi ilham dan pengetahuan kepada para peniaga dan penikmat fesyen. Dengan menyertai channel ini, anda akan mendapat akses kepada kandungan-kandungan yang berguna untuk membantu memajukan perniagaan anda. Apa itu 'Content2 untuk kegunaan team moonandstella hijab'? Ini adalah bahan-bahan khas yang disediakan khas untuk kegunaan ahli-ahli team Moonandstella hijab. Jangan lepaskan peluang untuk bergabung dengan Moonandstella Business Circle dan teruskan berhubung dengan komuniti yang mempunyai minat yang sama dengan anda!

Moonandstella Business Circle

23 Aug, 12:01


Kadang-kadang kita ragu-ragu dengan keputusan kita sendiri.

Tapi, kalau kita yakin dengan apa yang kita buat, teruskan je.

Kejayaan datang pada orang yang percaya dengan usaha dia.

Jangan mudah goyah dengan cakap-cakap orang lain.

Kalau kita sendiri tak percaya dengan bisnes kita, siapa lagi yang nak percaya?

Yakin yang setiap usaha kita tu ada hasilnya. Betul?

Moonandstella Business Circle

21 Aug, 23:14


Assalamualaikum semua, memandangkan tidak lama sahaja lagi kita akan launch ESSENTIAL COLLECTION iaitu LODRA SATIN, disini ada satu pengumuman penting untuk semua.
.
Untuk koleksi essential, buat masa sekarang pihak HQ akan open hanya kepada AFFILIATE sahaja disebabkan ini adalah pengenalan pertama untuk koleksi plain. Jadi reseller yang ingin menjual koleksi essential harus mendaftar sebagai affiliate untuk item berkenaan.
.
Bagi memudahkan proses affiliate serta content item yang berkaitan affiliate, pihak HQ telah tubuhkan satu channel khas untuk mana2 individu yang berminat untuk menjadi salah seorang affiliate under HQ. Pihak HQ akan update content berkaitan serta info berkaitan didalam channel berkenaan tanpa bercampur dengan content koleksi WAJIB dan TIDAK WAJIB.
.
Bagi individu yang berminat untuk menjadi salah seorang affiliate under HQ boleh click link dekat bawah ni.

https://t.me/+XVkWzL411H9lMDI9

Moonandstella Business Circle

16 Aug, 16:34


Tengok video ni sampai habis, in shaa allah dapat bantu semua untuk buat biz yang lebih tersusun dan laju

Moonandstella Business Circle

16 Jul, 05:49


Korang tau tak pasal Abdur Rahman bin Auf? Beliau salah satu sahabat Nabi Muhammad SAW yang terkenal dengan kejayaan bisnesnya. Nak tahu apa salah satu strategi bisnes beliau, yang boleh kita apply dan tiru dalam bisnes kita! Jom tonton video ni...

Moonandstella Business Circle

15 Jul, 06:38


Siapa kat sini rasa macam.. "Susahnya nak buat sales! Kenapa takde orang beli ni?"

Cuba check, ada tak 3 "penyakit" ni yang buatkan korang susah nak buat sales..

#1 Mindset

Semua bermula dengan mindset kita sendiri.. Kalau kita asyik fikir negatif je, macam ;

"Boleh ke aku jual ni?"
"Ada orang beli ke nanti?"
"Kalau takde orang beli macam mana?"


Kan banyak negatif tu..

Better kita fokus pada target yang kita sasarkan dan fikirkan cara / strategi untuk capai sasaran tu..

Wujudkan backup plan if tak capai target..

If Plan A tak jadi, kena ada Plan B.. Plan B tk jadi jgk, kita ada seterusnya lg

Mindset korang okay ke?

#2 Terlalu hardsell

Cara ni boleh buat orang marah, asyik nak menjual je, nak sales je...

Bukan tak boleh, tapi kalau hari2 asyik hardsell je, tak ke audiens lari?

Cara untuk approach customer sekarang berbeza, orang dah tak suka cara 'paksa' untuk org beli..

Kena kena guna cara yang softsell.. Contohnya gunakan content yg RELEVAN dengan produk/servis kita..

Fokus berikan VALUE kepada audiens kita, nescaya diorang datang serah diri sendiri kat kita..

Setuju tak?

#3 Menjual kepada orang yang tak targeted

Kadang2 bukan product kita tak bagus, atau org tak nampak marketing.. tapi, mungkin kita jual pada orang yang salah (tak relevan, tak sesuai, tak targeted).

Sebab tu kita kena kaji target audiens yang betul2 tepat dan sesuai dgn produk / servis yang kita buat...

Faham ke ni?

Moonandstella Business Circle

14 May, 04:14


Perubahan tarikh launching DOLCE FLEUR

Moonandstella Business Circle

03 Jan, 08:04


Bismillahirrohmanirrohim.. mempersembahkan koleksi yang akan datang in shaa allah pada 6 Feb 2024

Moonandstella Business Circle

23 Dec, 14:50


Assalamualaikum semua, pengambilan stokist negeri yang masih kosong dibuka sekarang. Kepada yang berminat untuk be part of out stokist negeri untuk next collection dan seterusnya, boleh terus wssp ke number 0195905051 untuk details lanjut❤️

Moonandstella Business Circle

13 Nov, 23:16


Assalamualaikum..bismillahirrahmanirrahim

Moonandstella Business Circle

13 Nov, 13:57


Assalamualaikum usahawan2 moonandstella. Semua dah sedia untuk koleksi seterusnya daripada moonandstella?

Moonandstella Business Circle

09 Nov, 00:21


Assalamualaikum usahawan2 moonandstella. Selamat pagi. Semoga harini lebih baik daripada semalam❤️

Moonandstella Business Circle

08 Nov, 08:04


Assalamualaikum bakal usahawan moonandstella scarves. Disini dilampirkan link untuk mana2 individu yang berminat to be part of our reseller. Dalam link ni disertakan link wssp setiap stokist sah moonandstella mengikut kawasan/negeri. Pilih stokist mengikut kawasan atau negeri masing2

https://t.me/+PpC1LTXKQwkwM2I9

Moonandstella Business Circle

01 Nov, 23:45


Assalamualaikum semua selamat pagi. Update stock untuk affiliate tiktok:

Code yang masih banyak dan available:

1. Jiwa
2. Cinta
3. Manja
4. Kembang
5. Seri
6. Kalbu


Untuk Asmara dan Rindu sangat sikit, if ada tu maksudnya less than 5pcs left tu. Kadang daripada return customer atau add to card x buat payment

Moonandstella Business Circle

30 Oct, 03:22


Disebabkan kita akan start bukak untuk team lepas ni, ni adalah link channel khas untuk content moonandstella.

https://t.me/+3KkA49u6lvc3NjRl

Boleh join untuk content2 yang boleh digunakan untuk semua team termasuk affiliate

Moonandstella Business Circle

26 Oct, 00:05


Alhamdulillah 900 parcel, 1700++ pcs untuk live 2 jam setengah launching Floradeluna 2.0. Sape dah x sabar nak be part of moonandstella cuba like sikit❤️ in shaa allah more to come. Stay update kay🫰🏻