Kami dapat menilai semula tahap kerjasama yang telah dipersetujui semasa pertemuan yang berlangsung di Kaherah, November lalu.
Ia memberi fokus kepada memorandum persefahaman (MoU) penubuhan Institut Bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Al-Azhar Al-Sharif selain penawaran biasiswa buat pelajar Malaysia menyambung pelajaran di institusi berkenaan.
Kami juga membincangkan soal penubuhan secara rasmi Majlis Hukama' Muslimin di Malaysia selain menyentuh hal ehwal Agama Islam dan situasi di Palestin.
Saya turut memperkenalkan Dato' Mohd Nakhaie Ahmad kepada Sheikh Al-Azhar Al-Sharif sebagai wakil Malaysia yang baharu di dalam Majlis Hukama' Muslimin.
Mendoakan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif dan keluarga terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja