Rakan sekerja yang dihormati,
Adalah dimaklumkan bahawa bermula dari 12 hingga 13 Februari 2025, tempat letak kenderaan untuk pekerja di Masjid Akasia akan dipasang khemah berikutan majlis yang akan diadakan di Masjid Nur As' Saadah.
Oleh itu dalam tempoh berikut:
1) Pekerja tidak akan dapat meletak kenderaan di dalam kawasan masjid.
2) Pekerja yang tiba awal masih boleh meletak kenderaan di kawasan letak kereta di sepanjang bahagian luar Masjid di ruangan tempat letak kereta yang kosong.
3) Sekiranya tempat letak kereta penuh, tempat letak kenderaan tambahan akan disediakan di padang sekolah SMK Sultan Muhammad.
4) Pengawal keselamatan Masjid Akasia akan membantu pekerja sepanjang dua hari ini, pada pagi (Rabu dan Khamis) untuk memudahkan pekerja meletakkan kereta.
Maaf di atas kesulitan
Terima kasih.