Dernières publications de Hanis Mazlan (@hanismazlan) sur Telegram

Publications du canal Hanis Mazlan

Hanis Mazlan
Menjawab persoalan Faraid, Hibah, Wasiat, Pusaka dan Kewangan.

https://beacons.ai/hanismazlan

0122411975 (WhatsApp)
3,611 abonnés
459 photos
21 vidéos
Dernière mise à jour 10.03.2025 09:18

Canaux similaires

Atasha & Girlfriends
5,297 abonnés

Le dernier contenu partagé par Hanis Mazlan sur Telegram

Hanis Mazlan

21 Oct, 12:01

318

🌟 WEBINAR PERCUMA: Jalan Bijak Urus Pusaka! 🌟

Anda risau tentang urusan pusaka dan harta selepas ketiadaan anda nanti? 😟 Jangan biarkan keluarga berdepan dengan masalah pembahagian harta yang tak tersusun. *Ada banyak urusan yang perlu dibuat sebelum hal yang terakhir iaitu pembahagian.* Segalanya mesti diurus dengan mudah dan tepat.

📅 Jumaat, 25 Oktober 2024
🕰️ 8.30 PM - 9.30 PM
💻 Platform Zoom
(boleh join dari mana-mana 💼)

Kenapa Anda Perlu Sertai?
🔹 Fahami perancangan harta pusaka semasa masih hidup
🔹 Belajar cara mudah untuk urus harta pusaka
🔹 Lindungi waris daripada masalah dan konflik pembahagian harta
🔹 Peluang untuk dapat RM500 Baucar Eksklusif hanya dengan hadir! 🎁

Dengar perkongsian daripada Puan Intan Yasin, Penceramah Bertauliah daripada Wasiyyah Shoppe Berhad, yang akan memberi pencerahan tentang cara urus pusaka dengan cara yang betul dan teratur.

💥 Pendaftaran PERCUMA! 💥
Ini peluang emas untuk anda dapatkan ilmu yang bakal memudahkan urusan keluarga di masa hadapan.

📲 Daftar segera di sini: www.wasap.my/60122411975/WebinarJalanBijakUrusPusaka

Pastikan anda hadir dan belajar jalan bijak urus pusaka, urus sekarang, tenang kemudian 👨‍👩‍👧‍👦

#BijakPusaka #WebinarPusaka #PengurusanHarta #Faraid
Hanis Mazlan

21 Aug, 23:01

1,427

Suami dan isteri beli rumah dengan usaha sama-sama. Guna nama suami. Belum ada direzekikan anak. Ditakdirkan suami dijemput ilahi pada usia yang muda. Rumah yang dulu jadi kenangan suami dan isteri kini dah ada nama waris faraid arwah suami, iaitu adik beradi suami.

Rumah nama suami, maka iainya harta suami. Selepas suami meninggal dunia, harta tu berubah jadi pusaka suami. Jika tiada perancangan semasa hidup, rumah tu jadi pusaka dan ada bahagian waris faraid lain.

Dalam kes ni, suami tiada mak ayah, dan ada 2 abang dan 2 kakak, rumah harga RM1,000,000. Bahagian isteri RM250,000. Selebihnya bahagian adik beradik arwah.

Isteri boleh tuntut harta sepencarian. Berapa yang dapat? Bergantung pada budi bicara mahkamah. Ada yang dapat 1/3, ada yang dapat 1/2. Ada yang dapat lebih lagi. Perlu dibuktikan sekiranya ada sumbangan secara langsung atau tidak langsung. dan yang paling penting itu pun kalau ada duit nak pasang peguam, kebanyakan yang saya jumpa memang redha je sebab takde duit.😢

Jika kita ni yang masih hidup boleh buat perancangan. Jika rumah tu nak beri pada isteri dan keperluan isteri untuk duduk rumah tu, boleh la buat perancangan dengan hibahkan rumah kepada isteri.

Sebarang persoalan berkenaan boleh tekan link:
https://linktr.ee/hanismazlan

Join Goup belajar Ilmu Hibah, Wasiat, Pusaka PERCUMA
Channel Telegram :
https://t.me/HanisMazlan
Hanis Mazlan

15 Aug, 12:03

1,277

Yang selamat itu ialah "pinjaman loan" rumah. Bahagian yang meninggal tetap kena faraid. Maksudnya, takaful rumah tersebut adalah untuk melindungi pinjaman. Contoh suami mati, pinjaman bahagian suami sudah tidak perlu dibayar. Tetapi rumah tetap kena faraid.

Join Group belajar Ilmu Pewarisan Harta Islam PERCUMA
https://t.me/HanisMazlan
Hanis Mazlan

14 Aug, 12:01

1,133

Kedua-dua wasiat di atas adalah SAH.
1) Jika ibu mati, menantu bukan waris faraid. Jadi ibu boleh wasiatkan hartanya kepada menantunya tidak lebih 1/3 dari pusakanya.

2) Ahmad ada anak lelaki. Jadi adik beradik Ahmad bukan waris faraid pusaka Ahmad. Ahmad boleh wasiatkan hartanya tidak lebih 1/3 dari pusakanya.

Ingat ya, wasiat bertujuan untuk beri harta kepada bukan waris faraid. Ahli keluarga tidak semestinya akan jadi waris faraid. Ianya akan sah sekiranya bahagian yang di wasiatkan itu tidak melebihi 1/3 dari baki pusaka dan selepas tolak kos kebumi si mati dan hutang piutang si mati.

Ingin buat wasiat atau hibah ?
Jika berminat untuk konsultasi percuma link https://linktr.ee/hanismazlan

Join Group belajar Ilmu Pewarisan Harta Islam PERCUMA

https://t.me/HanisMazlan
Hanis Mazlan

16 Jun, 06:22

1,300

Masih ramai ingat jadi milik anak lepas Allah jemput, rupa-rupanya 🥹

#hanismazlan
Hanis Mazlan

04 Jun, 04:12

1,445

Nak Jual Tanah Geran Masih Atas Nama Si Mati?
Hanis Mazlan

23 May, 23:02

1,428

Kata Along (seorang jurutera berjaya) kepada adiknya (seorang penjual pasar malam).

Hak faraid ini adalah hak yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Setiap waris faraid ada keperluan masing2. Jangan paksa pendapat kita kepada orang lain selagi ia tidak berlawanan dengan hukum

https://t.me/HanisMazlan
Hanis Mazlan

23 May, 11:23

1,292

Alhamdulillah dijemput oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sebagai penceramah jemputan untuk berkongsi ilmu pewarisan harta islam bertajuk Wakaf & Hibah : Bahagia Dunia, Kaya Akhirat.

Bagi yang terlepas boleh tonton FB Page Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dengan menekan pautan link di bawah :
https://fb.watch/sb_XikEd0Q/

SHARE jika bermanfaat

https://t.me/HanisMazlan

#RancangKeranaSayang
#DisanaTenangDisiniSenang
Hanis Mazlan

07 Apr, 14:44

1,503

𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐀𝐋𝐔 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈

Apabila berlaku kematian suami, selepas urusan jenazah, tertib utama dan wajib diselesaikan adalah hutang simati.

Waris perlu melunaskan baki hutang yang ada daripada harta yang ditinggalkan.

Wasiat kepada waris adalah tidak sah jika ada waris yang lain tidak bersetuju melainkan mendapat keizinan oleh waris lain.

𝐒𝐚𝐛𝐝𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐀𝐖 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐬𝐮𝐝:

"𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑠𝑒𝑡𝑖𝑎𝑝 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑎𝑘. 𝑂𝑙𝑒ℎ 𝑖𝑡𝑢, 𝑡𝑖𝑎𝑑𝑎 𝑤𝑎𝑠𝑖𝑎𝑡 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑝𝑒𝑤𝑎𝑟𝑖𝑠𝑛𝑦𝑎." (𝐇𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐑𝐢𝐰𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐚𝐥-𝐓𝐢𝐫𝐦𝐢𝐳𝐢)

Bagi kes di bawah, isteri boleh buat permohonan di Mahkamah Syariah untuk dapatkan sijil faraid. Dari situ boleh juga dapatkan khidmat nasihat atau pengesahan berkenaan wasiat pesanan arwah suami tersebut.

Sebelum semua harta pusaka diagihkan, isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah.

Harta pusaka yang boleh dituntut adalah harta yang diperolehi sepanjang perkahwinan. Berapa kadar yang akan diterima adalah bergantung kepada keputusan Mahkamah.

Pembahagian melalui faraid. Waris faraid utama ada 5 iaitu ayah, ibu, suami/isteri, anak lelaki dan anak perempuan. Bahagian faraid isteri adalah 1/8 sekiranya mempunyai anak dan 1/4 jika tiada anak.

Isu pewarisan harta ni akan sentiasa ada. Tambahan pula jika ada waris yang ambil ringan atau tidak ambil tahu tentang faraid dan juga ilmu pewarisan harta ini.

Bagaimana hendak kurangkan risiko dari perkara seperti ini terjadi

Beberapa cadangan solusi yang boleh kita pertimbangkan adalah:

1. Buat dokumen Wasiat pentadbiran - Pemilik harta melantik wasi/ pentadbir untuk bantu dalam urus tadbir pusaka selepas kematian.

2. Buat dokumen Wasiat 1/3 daripada harta pusaka bagi tujuan amal jariah.

3. Buat dokumen hibah harta - Sekiranya ada hasrat lain selain pembahagian faraid, boleh buat dokumen pengisytiharaan hibah.

Sebagai contoh jika ada anak perempuan sahaja atau anak angkat. Atau pun hendak bagi bahagian yang lebih kepada anak perempuan atau isteri.

4. Hibah Takaful - Melalui pampasan yang diterima dari Syarikat Takaful boleh dijadikan sebagai tunai segera kepada penerima hibah. Duit tersebut boleh digunakan untuk kelangsungan hidup keluarga yang ditinggalkan.

Hari ini kita dengar dan baca kisah orang lain. Sudah pasti kita tidak mahu perkara seperti di bawah menjadi kisah kita pula. Kesian isteri kita dan anak-anakkan.

Semasa sihat dan waras, sebaiknya ambil tindakan yang sewajarnya agar harta yang ditinggalkan menjadi ladang pahala kita yang berterusan.

Tak puas? Dapatkan ilmu mahal berkenaan Faraid, Hibah, Pusaka dan Kewangan secara PERCUMA dengan tekan link di bawah
https://t.me/HanisMazlan
Hanis Mazlan

01 Jan, 02:00

1,716

Tahun 2024 bakal tiba..

Semoga Tahun 2024 membawa seribu makna kepada kita semua. Menjadikan kita jadi lebih baik dari tahun sebelumnya dari segi ibadah, kesihatan, kewangan dan dalam kehidupan.

Ingatlah walau sebagaimana penat pun kita mengharungi tahun demi tahun, ingatlah firman Allah SWT : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216]

Selamat Tahun Baru!

Ikhlas,
Hanis Mazlan

#KausarGroup #KausarWealthManagement #Hibah #Wasiat #Pusaka