EBOOK HASH AULIA @ebookhashaulia Channel on Telegram

EBOOK HASH AULIA

@ebookhashaulia


HA NOVELS
(KT0409976-A)

Penghantaran ebook serta merta setelah payment๐Ÿฅฐ

Order ebook๐Ÿ‘‡๐Ÿป
www.wasap.my/60139729229/EbookHash

EBOOK HASH AULIA (Malay)

EBOOK HASH AULIA merupakan saluran Telegram yang memfokuskan pada penghantaran ebook kepada pembaca setia mereka. Dengan moto 'Penghantaran ebook serta merta setelah payment๐Ÿฅฐ', Ebook Hash Aulia menawarkan pelbagai jenis ebook untuk memenuhi keperluan pembaca yang ingin mendapatkan bahan bacaan berkualiti. Melalui saluran ini, pembaca boleh mendapatkan akses kepada pelbagai genre ebook seperti fiksyen, non-fiksyen, motivasi, dan banyak lagi.

Siapakah Ebook Hash Aulia? Mereka adalah kumpulan individu yang berminat dalam berkongsi ilmu dan pengetahuan melalui dunia ebook. Dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran ebook secara langsung selepas pembayaran, mereka memastikan bahawa pembaca dapat menikmati bahan bacaan yang diinginkan dengan cepat dan mudah.

Bagaimana untuk membuat pesanan? Sangat mudah! Anda hanya perlu mengunjungi laman web www.wasap.my/60139729229/EbookHash dan membuat pesanan untuk ebook yang anda ingin miliki. Ebook Hash Aulia akan memberikan panduan langkah demi langkah mengenai proses pembayaran dan penghantaran ebook. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menambah koleksi ebook anda dengan menyertai Ebook Hash Aulia hari ini!

EBOOK HASH AULIA

26 Dec, 14:43


KOMBO AKHIR TAHUN๐Ÿคง

1 EBOOK : RM18
2 EBOOK : RM20

๐Ÿ”ฅHUD ELAINIES : DEMI KERANA DIA
https://t.me/ebookhashaulia/1912

๐Ÿ”ฅDENDAM RATNA
https://t.me/ebookhashaulia/1909

ORDER
๐Ÿ‘‡๐Ÿป
www.wasap.my/60139729229/komboakhirtahun

EBOOK HASH AULIA

25 Dec, 05:08


BLURB HUD ELAINES

Semuanya tiba-tiba. Menerima seorang lelaki yang sebelum ini dia kenal sebagai tunang orang, mahu tak pelik untuk Elainies hadam? Cuma dia berpegang pada ayat, jika lelaki itu yang uminya pilih, bermakna lelaki itu layak menjadi suami. Dan mereka memang berjodoh saat lafaz ijab diungkapkan. Cuma bukan biasa-biasa dugaan yang harus Elainies tempuhi untuk belajar mencintai suami sendiri dalam waktu yang tiba-tiba itu.

โ€œAbang nak anak, sebab tu abang kahwin. Sebab abang nak anak, mama nak cucu.โ€
โ€œMaknanya abang putus tunang sebelum ni sebab tunang abang tu masih belum nak kahwin?โ€ โ€“ Elainies.

Siapa yang tak nak anak selepas kahwin? Elainies pun sama. Cuma dia rasa suaminya agak memaksa dan tergesa-gesa.

โ€œAbang memang nak kita ada anak secepat mungkin. Masa... mungkin takkan tunggu kita, sayang. Abang akan usahakan untuk kita tak terpisah. Tapi kalau berlaku jugak, kita tak boleh nak halang, kan?โ€ โ€“ Hud Haydar.

Elainies bingung untuk menurut. Lebih hebat juga dugaan yang dia perlu hadap bila bekas tunang suaminya muncul di depan mata.

โ€œTiga tahun kami bertunang, Nies rasa logik ke akak putuskan pertunangan kami?โ€

โ€œAkak ada jumpa lelaki yang lebih kaya daripada Hud?โ€

โ€œAkak tak sanggup hilang Hud. Akak cintakan dia sangat-sangat. Bukan sekejap masa kami bercinta.โ€ โ€“ Fariza.

โ€œDah tu sekarang akak nak bagitahu saya yang akak menyesal lepaskan Hud? Akak nak dia balik? Akak nak mintak dia daripada saya?โ€

Elainies tak mungkin melepaskan lelaki yang dah menjadi miliknya. Berkongsi pun dia tak sanggup. Tapi apa yang patut dia buat bila Hud sendiri memilih jalan itu.


โ€œNies belum pernah jumpa Kak Faz, kan? Abang kenalkan ini Fariza, tunang abang.โ€


Apa lagi yang Elainies mampu lakukan jika Hud sendiri benar melupakan dia? Apa sebenarnya yang menimpa? Kenapa semudah itu Hud putus tunang sebelum mereka kahwin tergesa-gesa jika sekarang hubungan yang terputus itu mahu dijalin kembali? Kenapa juga dia yang harus menjadi mangsa?

โ€œKenapa Nies yang abang pilih?โ€

โ€œSebab abang tahu Nies kuat.โ€ โ€“ Hud Haydar.

โ€œSekarang akak dah get-back dengan Hud. Kami akan kahwin.โ€ - Fariza

โ€œOver my dead body! Hud tu suami saya!โ€ โ€“ Elainies.

Mampukah Elainies memiliki suaminya kembali dan mempertahankan perhubungan mereka? Atau dia akan tetap kehilangan Hud Haydar? Betullah dia pilihan kedua Hud, tapi dia yang terlebih dahulu bergelar isteri.

EBOOK HASH AULIA

25 Dec, 05:04


SINOPSIS

Mengisahkah seorang perempuan kaum orang asli bernama Ratna Kesuma telah bertemu dengan Nazim Ahmad Bin Abdul Latif ketika menyelamatkannya semasa keretanya terbabas dalam kemalangan di kawasan perkampungan Ratna Kesuma. Dari pertemuan itu barulah Kesuma tahu Nazim Ahmad adalah anak Dato Latif bekas kekasih ibunya. Dari situ terputik perasaan cinta antara mereka. Di sebalik kisah cinta itu rupanya ada dendam lama yang dibangkitkan semula.

Beberapa perkara mistik telah terjadi disebalik perasaan cinta dan dendam. Banyak kisah lama yang sepatutnya tersimpan rapi mula terbongkar satu-persatu. Dari kisah dendam itu jugalah ada hati yang terluka. Ada nyawa yang harus jadi taruhan.

โ€œAku cintakan kau Latif.โ€- Ratna Melati

โ€œAntara cinta dan kekayaan aku memilih kekayaan.โ€- Latif

โ€œKau anggap sahaja kejahatan dibalas dengan kejahatan. Belum ada satu pun perbuatan yang jahat dibalas dengan kebaikan sekali pun ada pilihan.โ€- Ratna Kesuma

โ€œAwak perempuan yang saya sayang tapi awak yang hancurkan hati saya. Sayang dan cinta saya pada awak selama ini dah berakhir. Pergilah sebelum saya ubah fikiran. Sebelum saya bertindak lebih kejam dari awak.โ€- Nazim Ahmad

Bagaimana kesudahan kisah mereka. Adalah kisah mereka akan berakhir dengan perpisahan setelah semuanya terbongkar. Masihkan ada kemaafan dari setiap salah dan khilaf yang terjadi. Semuanya terjawab dalam sebuah ebook romantik thriller bertajuk Dendam Ratna.

EBOOK HASH AULIA

24 Dec, 05:51


SALES NOVEL BAWAH RM2 KAT FORTUNELLE BOOKSTORE 12 MALAM NI

Limited 1 unit sahaja setiap tajuk. Ganti giveaway korang hehe.. sbb buat mcm ni baru adil kan hihi

Kat sini๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://s.shopee.com.my/7ANMQO4DJS

EBOOK HASH AULIA

24 Dec, 04:13


Parcel siapa yang masih on hold kat hulu langat tak bergerak?

Isi form ni untuk min follow up๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://forms.gle/Art9AoLd2giSpR3v6

EBOOK HASH AULIA

23 Dec, 13:16


Soon dari Hash Auliaa

Agak agak boleh lawan Zulu tak๐Ÿคญ๐Ÿคญ

EBOOK HASH AULIA

17 Dec, 10:45


Senarai tajuk ebook yang min plan untuk letak kat wattpad by this weekโœจ

Plan je la tapi๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜‡

Btw, tajuk mana lagi yang patut min publish? Karya penulis lain tapi yang min jual pun tetap boleh letak๐Ÿซถ๐Ÿป

EBOOK HASH AULIA

15 Dec, 15:29


Kalau received buku berseal gini jangan terkejut tau.

Kat dalam mmg ada sign hidup dari Hash Aulia tapi min seal balik untuk make sure lagi secured sewaktu postage๐Ÿซถ๐Ÿป

*Cust direct admin syaa shj

EBOOK HASH AULIA

15 Dec, 15:18


EBOOK CIK BAWANG PUN READYFILE

www.wasap.my/60139729229/CBawang

Top Personal Favourite Admin Syaa:
๐Ÿ“Œ Nakhaie
๐Ÿ“ŒMr Ustaz Miss Diva

EBOOK HASH AULIA

15 Dec, 08:37


Prolog for Mejar Mauleeq. Ta tahulah siap ke tak bulan nie haha

Dahi berkerut, dengan mata memincing tajam. Dia perhatikan setiap bait-bait ayat yang tertulis di atas kad yang berbeza.

โ€˜Sungguh, aku mencintaimu. Tiada yang keduanya. Cintaku tulus untukmu, Kapten Riyadh.โ€™

Membulat mata Mauleeq. Ternganga bibirnya. Dia perhatikan kad yang di tangannya.

โ€˜Sungguh, aku mencintaimu. Tiada yang keduanya. Cintaku tulus untukmu, Mejar Mauleeq.โ€™

Ayat yang sama. Untuk dia dan Riyadh.

โ€œWhat the hell is this?โ€ Terlepas sumpah seranah dari bibirnya tatkala sedar diri sedang dipermainkan oleh perempuan yang sama.

โ€œF*ck!โ€ Sumpah Mauleeq lagi sambil pegang kepala. Tak percaya perempuan yang menyulam cinta dengannya, turut bermadu kasih dengan adiknya.

Waaah! Sumpah tak boleh terima dek akal. Macam mana mereka berdua tertipu? Bibir kelu. Lidah kejung. Dia tak tahu nak cakap apa. Terkebil-kebil pandang kad di tangan sampai tak perasan Riyadh masuk bilik.

โ€œKau buat apa dalam bilik aku, bang?โ€ Dahi Riyadh bertaut. Langkah kaki di atur menghampiri si abang.

Tak pernah dia tengok raut wajah itu selain berdepan dengan musuh. Pantas mata meliar ke sekeliling bilik. Takkan ada musuh dalam bilik dia, kut?

โ€œBang?โ€ sepatah.

Tajam renungan Mauleeq pada si adik. Dekat siapa dia nak lepaskan kemarahan dia? Pada Riyadh? Atau pada Melina?

Siapa yang curang dengan siapa? Riyadh rampas kekasih dia atau Melina sedang mempermainkan mereka berdua?

โ€œSiapa Melina?โ€ Tegas suara terluah. Dia tayang kad ke udara.

โ€œKau cek barang aku, bang?!โ€ Suara Riyadh turut meninggi. Dia merampas kembali kad di tangan Mauleeq. Tapi, tersilap kad.

โ€œTu kad aku. Nama aku ada pada kad tu.โ€ Jeda. Ketawa sinis. Dia hulur kad yang satu lagi.

โ€œNi kad kau. Dari perempuan yang sama.โ€

Setelah si abang sebut dari โ€˜perempuan yang samaโ€™, automatic matanya terbeliak luas. Mulut ternganga sedikit dengan tubuh kejung.

Sel-sel otak, gagal berfungsi buat seketika. Mereka diam membisu. Tak boleh nak bereaksi. Kelopak mata terkebil-kebil. Mereka saling merenung.

โ€œTakkan..โ€ Riyadh matikan bicara. Tangan naik menguap rambut ke belakang. Timbul biceps di lengan bila dia buat macam tu.

Manakala Mauleeq pula, bertenggek pada bucu meja sambil peluk tubuh. Biceps turut menonjol. Rahang mereka terbentuk dek api kemarahan yang bertapak.

โ€œKita dipermainkan ke?โ€ Riyadh menyoal tak percaya.

Mauleeq angguk terpaksa. Tangan meraup wajah. Tak tahu nak cakap apa. Kedua-duanya nampak terkejut dan rasa bodoh.

Mereka dipermainkan?

Oleh seorang wanita?

Dua hero negara sedang dipermainkan?

Bibir diketap kuat, tangan mengepal penumbuk. Riyadh tarik nafas panjang-panjang lalu hela senafas.

โ€œKalau tak fikir perempuan, dah lama dagger terpacak dekat dada dia.โ€ Suara sedikit garang. Mauleeq ketawa sinis.

โ€œSebelum kau buat, kepala tu dah terburai dengan aku. Apa yang bodoh sangat kau ni? Senang-senang dipermaikan oleh perempuan?โ€ Selar Mauleeq bengang.

Kad dia keronyok lalu lempar ke dalam tong sampah.

โ€œKau pun bodoh, bang. Nama je Mejar. Digeruni oleh musuh. Tapi, ditipu oleh perempuan hidup hidup.โ€ Riyadh turut menyelar. Tak nak mengaku bodoh sorang-sorang.

Mata si abang mencerlung, dia balas dengan senyuman sinis.

โ€œJangan ada sesiapa tahu pasal ni. Hidup atau mati, jangan terlepas bicara.โ€ Amaran. Tangan naik menunding ke udara. Aura si abang, sama seperti ketika dia memberi amaran pada musuh.

โ€œAku tak bodoh nak cerita aib sendiri.โ€ sinis.

Mauleeq angguk perlahan. Terasa diri bodoh yang teramat. Sumpah, sangat bodoh! Macam mana mereka berdua digula-gulakan oleh seorang perempuan? Yang lemah pula tu.

Pusing tubuh, dia atur langkah setapak. Kemudian, berhenti. Sesaat, dia toleh semula pada si adik. Langkah kaki di atur mendekati si adik lalu..

Pap!

Dia luku kepala si adik. Berkerut dahi Riyadh menahan sakit.

โ€œKau dah kenapa?โ€

โ€œGet down and do the push up, Kapten Riyadh!โ€ arahan tegas.

Automatik Riyad turun meniarap. Terbiasa dengan arahan, dia menurut tanpa kata. Buat sit-up kemudian angkat kepala pandang si abang.

โ€œDah kenapa aku kena buat..โ€

โ€œSebab kau biarkan diri diperbodoh.

EBOOK HASH AULIA

15 Dec, 08:37


Heret sekali dengan aku. Tak pernah dalam hidup aku diperbodohkan oleh perempuan.โ€

โ€œKau yang tak alert, bang!โ€

โ€œTuan! Or Mejar! Know your place, kapten.โ€ Suara dingin.

Riyadh ketap bibir. Dekat rumah pun Mauleeq nak guna pangkat?

โ€œWe are in our home, Mejar!โ€ Suara dicelah gigi.

โ€œBut still.. Iโ€™m your boss. Do the push up for 20. Itu denda atas kebodohan kau.โ€ Senyum sinis, bersama jelingan.

Mauleeq berlalu keluar. Kuat pintu dihempas.

DEMMIT!

Kau memang nak kena dengan aku, Melina! Hati Mauleeq menyumpah.

EBOOK HASH AULIA

14 Dec, 05:59


Novel Hardcover bagi Akif & Zulu min start process hari ini ya.

BTW Tuah HC tak siap lagi tau๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Korang bagi admin packing bertenang dulu okeh. Termenung member tu kena pack sorang haha

Luv, Ell

EBOOK HASH AULIA

13 Dec, 16:32


Link giveaway Gamer Hardcover dah ada gaesโœจ

Pembelian dikira bermula 12.12.
Tak kisah tajuk ape pun.

www.wasap.my/60139729229/ClaimLinkGA

EBOOK HASH AULIA

13 Dec, 08:45


Hc min baru pick up hari ni๐Ÿ”ฅ
Postage bermula esok kโœจ

-Admin Syaa & Fortunelle Bookstore

EBOOK HASH AULIA

02 Dec, 09:41


Buku memang dah siap tapi kita bagi masa untuk Kak Hash sign semua novel.

Lebih 5K unit yang Kak Hash perlu sign. Kita semua tenang tenang okehh๐Ÿซถ๐Ÿปโœจ

EBOOK HASH AULIA

02 Dec, 07:19


Selamat sampai even drop point banjir๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Malam ni Syaa pasang semua kutt kutt๐Ÿ˜†

Lepas tu kita tunggu stock novel yang Kak Hash sign pulak sampai k๐Ÿซถ๐Ÿปโœจ

*Ada typo๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ Tak perasan wehhh huwaa. Sorry gaess

EBOOK HASH AULIA

02 Dec, 01:05


Once file dah ada saya akan upload link untuk claim diChannel ni๐Ÿซถ๐Ÿป

EBOOK HASH AULIA

01 Dec, 14:07


UP. Boleh refer post ni dulu ya.

Anything min min akan update kemudian kat sini๐Ÿซถ๐Ÿป

EBOOK HASH AULIA

01 Dec, 11:43


RM20 DAPAT 3 EBOOK!!

Lambat tinggal๐Ÿ˜œ

www.wasap.my/60139729229/KomboBuiSajo

EBOOK HASH AULIA

01 Dec, 11:35


KOMBO BUI SAJO! READYFILE๐Ÿคง

1 EBOOK : RM18
2 EBOOK : RM20

๐Ÿ”ฅISTERI XXXXL COACH GABRIEL
https://t.me/ebookhashaulia/1836

๐Ÿ”ฅLELAKI PALING TAK GUNA
https://t.me/ebookhashaulia/1843

ORDER
๐Ÿ‘‡๐Ÿป
www.wasap.my/60139729229/KomboTerpaling

EBOOK HASH AULIA

01 Dec, 11:34


BLURB LELAKI PALING TAK GUNA

Berkahwin dengan lelaki itu umpama mimpi ngeri bagi Nali. Lelaki yang kedekut, lelaki yang sangat tajam tutur katanya.

โ€œSaya yang cari duit. Makan minum, pakaian awak, tempat tinggal awak pun saya yang sediakan, jadi awak rasa yang awak ni layak nak bersuara ke? Baik awak tutup mulut awak tu, sebab tenaga untuk awak bercakap tu pun datangnya dari duit saya. Faham?โ€ - RAQIB

Dia bertahan sebab dia tak ada kerja, dia tak ada duit, dan dia tak ada tempat nak tuju. Tapi Raqib tak peduli, tetap nak ceraikan dia juga sebab bagi Raqib, dia dan anaknya hanya menyusahkan aje.

โ€œIsteri orang lain kerja hebat-hebat. Cantik-cantik. Bini aku dah macam bibik yang duduk dekat ranking yang paling bawah sekali.โ€ โ€“ RAQIB

Tapi, dia berjanji, yang dia akan kembali dan balas segala apa yang lelaki itu dah buat terhadap dia. Dan sebelum dia pergi, dia sempat tinggalkan kenangan yang indah buat lelaki itu juga.

Zaen, lelaki yang muncul tanpa dia minta. Lelaki itu tawarkan untuk membantu dia membalas segala perbuatan Raqib terhadapnya.

โ€œKahwin dengan saya, dan saya akan bantu awak balas segala perbuatan dia pada awak dan Fahmy dulu.โ€ - ZAEN

โ€œKita kahwin untuk berapa lama, encik? Apa syarat-syaratnya dan apa balasan yang saya perlu beri kepada pertolongan yang ditawarkan encik ni?โ€ -NALI

Haruskah dia terima tawaran Zaen dan lunaskan segala dendamnya? Dan jika dia terima, perkahwinan mereka itu untuk berapa lama? Dan apakah balasan yang harus dia bayar untuk pertolongan yang ditawar Zaen itu? Tak mungkin Zaen mahu membantunya secara percuma, tak begitu?

EBOOK HASH AULIA

30 Nov, 12:41


Ni bantuan untuk mangsa banjir dr korg ya๐Ÿซถ๐Ÿป

EBOOK HASH AULIA

30 Nov, 09:29


Laju gelang itu terbang dan melantun ke dahi Gabriel.

Pap!

Gabriel nanar. Hati bagai dirodok belati tajam saat melihat dua gelang yang terdampar di hujung kaki. Perutnya sebu dan dada terasa ketat. Bibirnya terbuka dan terkatup. Mahu ungkap sesuatu. Namun tatkala menatap Bebo, hanya kebencian yang bersisa.

EBOOK HASH AULIA

30 Nov, 09:29


Nah sikit lagiโ€ฆ Jom naik angin togetherr getherrโœจโœจ

Bebo menapak ke kolam renang awam yang kebetulan terletak bersebelahan Atlas Gymnasium. Pak guard entah ke mana. Mudah saja mereka masuk.
Bedebush!

Laju Bebo menyepak punggung Yasmin hingga dia tertonggeng masuk ke dalam kolam. Gabriel, Laili dan Farouq melopong sesaat.

โ€œTak cukup kau bunuh anak aku! Sekarang kau nak bunuh perempuan aku pulak?! Setanlah kau ni Batrisya!โ€ Pekik Gabriel yang berjaya merungkai pegangan Laili dan Farouq.

โ€œNot too fast, abang.โ€

Bebo rentap rambut Gabriel yang mahu terjun kolam.

โ€œAduh!โ€

Perit kulit kepala. Rambut Gabriel yang agak panjang memudahkan kerja Bebo. Bebo cengkam kemas secekak rambut hitam suaminya.

โ€œBukan kau cakap, dia yang selamatkan kau masa lemas dulu? So for sure, dia pandai berenang kan? Biar dia selamatkan diri sendiri.โ€ Bebo senyum jahat.

โ€œHelโ€ฆ help!โ€

Yasmin terkapai-kapai dalam kolam renang sedalam 10 kaki. Gabriel tertegun.

โ€œKau nampak kan yang betina tu tak pandai berenang? Jadi macam mana dia boleh tolong kau dulu?โ€ Bebo berbisik penuh kebencian.

โ€œLepaskan aku setan! Lepas! Sayang!โ€

Terlepas cengkaman Bebo. Panggilan โ€˜sayangโ€™ yang istimewa untuknya kini dicemari noda hitam. Gabriel melolong di pinggir kolam, mahu membantu Yasmin. Bebo ketap rahang dan kepal buku lima. Sekarang โ€˜sayangโ€™ untuk Yasmin dan Bebo jadi โ€˜setanโ€™. Sah, bukan isu siapa penyelamat yang Gabriel kesahkan. Lelaki itu memang tak pernah ikhlas menikahinya.
Bedebush!

Seorang lelaki lain muncul dan tangkas menyelamatkan Yasmin.

โ€œDarling, are you okay?โ€

Ikhwan tepuk-tepuk lembut belakang Yasmin yang terbatuk-batuk air.

โ€œKau dah gila ke Bebo?! Kau nak bunuh bini aku?!โ€
Giliran Ikhwan memarahi Bebo. Dia yang mahu menjemput Yasmin pulang dari gimnasium, ternampak kelibat lima manusia menuju ke kolam renang awam. Pantas dia mengekor dan melihat semua yang berlaku.

โ€œMemang dia patut mampus pun.โ€ Balas Bebo datar.

โ€œKau ni dah kenapa?โ€

โ€œKenapa? Dia berzina dengan suami aku. Takkan aku nak biar aje?โ€

โ€œAโ€ฆ apa maksud kau?โ€

โ€œOh, lupa. Mungkin Along tak kesah berkongsi bini. Sebab Along pun sama bangang macam Gabriel.โ€ Bebo malas terjerit-jerit lagi. Dia penat.

โ€œSayang, are you okey?โ€

Gabriel mendekati Yasmin. Mahu membelai wajahnya.

โ€œKau jangan sentuh bini aku! Darling, kenapa you boleh rapat dengan mamat sengkek ni?โ€ Ikhwan menolak bahu Gabriel dan menyoal Yasmin.

โ€œErrrโ€ฆ Dia yang goda I. I anggap dia kawan saja. You percaya I kan, honey?โ€ Yasmin usap pipi Ikhwan. Riaknya tenang. Langsung tak takut pekungnya terbongkar.

โ€œPercaya. Percaya. You tak pernah tipu I. Pasti lelaki sengkek ni yang dah lama simpan niat jahat pada you. You kan cantik. Bukan macam bini dia. Hodoh!โ€
Sempat Ikhwan memerli adik kandungnya sendiri.

โ€œCuba kau tengok video ni dan nilai sendiri.โ€
Laili yang geram pantas pamer video yang dirakamnya tadi.

Prapp!

Terpelanting iPhone Laili dek kena tepis dengan Ikhwan.

โ€œPenipu! Itu semua rekaan korang saja. A.I semua tu!โ€๏ฟผ๏ฟผ

โ€œPekat sungguh bangang dia ni.โ€ Farouq tarik Laili ke sisi. Risau Ikhwan mengamuk dan mencederakan gadis itu. Bini dah sah-sah menjalang pun, masih berfikiran positif. Artificial Intellegence juga yang disalahkan. Ceh!

โ€œAku penat nak bertekak. Aku tanya kau sekali lagi. Gabriel bin Akhbar. Kau pilih aku atau betina tu? Kau jawab sekarang.โ€ Bebo berpegang pada sekelumit harapan terakhir.

โ€œI cuma cintakan Yasmin.โ€ Gumam Gabriel.
Harapan Bebo hancur berderai. Umpama debu berterbangan.

โ€œFine. Ceraikan aku.โ€ Bebo sudah bertekad.

โ€œBabe, sabar sikit. Mungkin korang boleh berbincang lagi.โ€ Laili mencelah. Masih sukar percaya dengan semua yang berlaku.

โ€œTak ada apa nak dibincangkan lagi. Ceraikan aku atau aku sebar video lucah korang ke seluruh dunia. Lelaki sengkek dan perempuan sundal macam korang ni kan memang suka famous.โ€ Perli Bebo sedas.

โ€œApa kau cakap? Aku sengkek?โ€ Merah menyala muka Gabriel.

โ€œYes. You are so damn poor. Sepanjang perkahwinan kita, apa benda aje yang kau bagi aku? Charms bodoh ni?โ€ Bebo cabut dua utas gelang Pandora di pergelangan tangan kanan dan kiri.

EBOOK HASH AULIA

30 Nov, 08:38


BLURB : ISTERI XXXL COACH GABRIEL (CRYSTAL ANABELLA)

BATRISYA atau Bebo jadi mangsa body shamming dek berbadan besar. Tambahan pula, dia bersuamikan Gabriel yang serba sempurna di mata ramai.

โ€œMana Gabriel berani nak paksa bini dia kuruskan badan. Kena tempeleng dek Bebo, terkehel leher.- Mek Siah.

Sejak dulu, Mek Siah bencikan Bebo. Bebo bersabar kerana hormatkan ibu mertua abang kandungnya itu. Gabriel pula hampir memukul Mek Siah gara-gara mulut puakanya.

โ€œNo one can trample your dignity in front of me.โ€ - Gabriel.

Perhatian dan kasih sayang encik suami sudah cukup buat Bebo bahagia. Atas nasihat Gabriel, dia berusaha kuruskan badan.

โ€œMakan kuat, bersenam malas. Lemak bertimbun dalam badan. Nanti kalau suami cari perempuan lain, jangan nak meroyan pulak.โ€ - Hanis.

Risiko bersuamikan lelaki kacak, banyak โ€˜langauโ€™ mengganggu rumah tangga mereka. Bebo bisa bertahan kerana Gabriel pandai jaga batas pergaulan. Malangnya, satu peristiwa ngeri merubah segalanya.

โ€œKau melahap lagi banyak-banyak. Macam tak ada otak. Benda simple pun, kau tak boleh fikir!โ€ - Gabriel.
Sekelip mata lelaki penyayang lenyap. Berganti dengan suami kejam dan tak berhati perut. Hari demi Hari, Bebo rasa dia makin tak mengenali Gabriel.

โ€œAkak yang bongkar rahsia kau. Hakikatnya, memang akak yang selamatkan Gabriel. Kau tak reti malu mengaku jadi hero.โ€- Yasmin

Kemunculan Yasmin memusnahkan segalanya. Dunia Bebo tunggang terbalik. Saat kebenaran terungkap, dia terhenyak.

โ€œSeluar dalam kau pun, aku beli. Ada hati kau nak curang? Patutnya dulu, masa ceti kejar kau, aku biar aje kau mampus kena kerat!โ€- Bebo.

Kesetiaan berbalas pengkhianatan. Perpisahan jalan terbaik untuk mereka.

โ€œKau nampak aku pakai beg Birkin dan jam tangan Rolex. Sebab tu kau nak get back kan? Kau berniat nak kikis harta aku lagi.โ€- Bebo.

Bertahun-tahun membawa diri, takdir tetap menemukan mereka.

โ€‹โ€œYou tahu yang I tak pernah kikis harta you.โ€- Gabriel.
โ€‹Bila Gabriel menagih cintanya kembali, hati Bebo berbelah bagi. Kerana dia tahu punca perpisahan mereka dulu, bukan salah Gabriel sepenuhnya. Kehadiran Keith, doktor kacak yang menyukai Bebo membakar api cemburu Gabriel.

โ€œAku nak mengangkang dengan Keith sekali pun, kau peduli apa?โ€- Bebo.

โ€‹โ€œSejak bila you jadi perempuan murah, Batrisya?โ€- Gabriel.

Luka yang Gabriel tinggalkan membentuk trauma. Bebo rasa dirinya tak layak dicintai sesiapa pun. Tapi kegigihan Gabriel menyentuh kalbu.

โ€œDah tak ada apa-apa dah yang I boleh buat untuk kembalikan kebahagiaan kita. I already tried my best. So please, donโ€™t torture my feelings anymore.โ€- Gabriel.

Apakan daya, bukan semua cinta bisa memiliki. Adakah Bebo bisa memberi Gabriel peluang kedua? Atau lebih baik dia buka buku baru bersama Keith? Pilihan sentiasa ada di tangannya.

EBOOK HASH AULIA

30 Nov, 06:07


Actually why Hash drag tarikh, sebab hash tukar cerita.. nak bg cerita baru. Untuk ebook free. Xnak bg yg biasa. Tapi disebabkan ada msj dr customer yg buat hash terluka. Cakap hash bagi alasan dan drama lebih, Sedangkan happy2 dekat luar negara, so hash akan siapkan ebook yg hash dah tulis utk korg tu. Tapi, satu hash nak cakap cerita biasa biasa.. normal dan biasa. Sebab benda free hash janjikan dan korg tetap nak claim 1 hb.

So hash akan siapkan cerita tu.. but awal awal dah bgtaw. Cerita ni cerita free dan cerita sangat biasa.. untuk hargai korang pada awalnya.. so, 1 hb malam, nanti korg boleh claim lepas hash dah dapat fail. Cerita ni cerita biasa dan FREE. So now, Hash tunaikan janji Hash. Hash tak bagi alasan dan drama. Okay?? Lepas ni, Hash dah tak janji macam ni dah. Sorry sebab mungkir janji. Inshallah lepas dapat fail, Hash bagi kat korang..

EBOOK HASH AULIA

29 Nov, 19:42


Salam korangโ€ฆ Ebook FREE untuk pembeli Akif 2.0 yang Hash janjikan 1 Dec tu, Hash drag tarikh 7 Dec boleh? Ada beberapa perkara yang Hash perlu setelkan. Dengan kehilangan family terdekat. Emosi tak berapa stabil. Bila dah siap yang FREE, Hash umumkan dan korang boleh CLAIM je nanti. Maaf untuk segala kesulitan. Ebook Hash dan ebook baru Crystal + Rissa = FREE Rissa adalah sempena kombo Dec. Berbeza tau dengan FREE Hash. Bulan ni korang dapat dua ebook FREE. Yang Hash punya, adalah sempena beli Akif 2.0. Yang Rissa punya, adalah sempena penulis Kak Rissa nak hargai peminat yang selalu support karya dia. Yang Hash punya 7 Dec tau..

EBOOK HASH AULIA

29 Nov, 15:09


Min stop reply chat dulu ya utk tgk drama when the phone rings dulu.

Hbis tgk episod 3, min reply chat korang okey๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

#BukanSengaja
#TerbaekSaeon
#DramaDuluBaruKamu

EBOOK HASH AULIA

29 Nov, 15:00


EBOOK KARYA ATHENA ROSE PROMOSI RM10 SATU โœจ

Order๐Ÿ‘‡๐Ÿป
www.wasap.my/60139729229/EbookAthenaRM10

EBOOK HASH AULIA

29 Nov, 14:49


EBOOK KARYA CRYSTAL ANABELLA PROMOSI RM10 SATU โœจ

Order๐Ÿ‘‡๐Ÿป
www.wasap.my/60139729229/EbookCrystalRM10

EBOOK HASH AULIA

24 Nov, 14:51


Apaakah ituuu๐Ÿ”ฅ
Turn on notifications Channel untuk fast info okehh๐Ÿซถ๐Ÿป

EBOOK HASH AULIA

24 Nov, 08:45


Bulan 12 nanti ada surrrrrprisee.

Secrett gituhh๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜œ Jgn lupa on noti telegram k๐Ÿซฐ๐Ÿป

EBOOK HASH AULIA

24 Nov, 01:00


Yang ni tak termasuk waktu free postage tu tau๐Ÿ˜”๐Ÿ˜ญ

EBOOK HASH AULIA

23 Nov, 15:16


Taraaaaa Novel Zulu korunksโœจ Novel Akif sabaq satt naaa

EBOOK HASH AULIA

23 Nov, 15:15


Touch down Turki. Novel Zulu dah siap. Tebal nak mati and cantik gila kejadiaannya. Nak tengok tak??๐Ÿ˜†

EBOOK HASH AULIA

23 Nov, 07:18


Done post out semua Novel Aku Isteri Komando Rupanya under Admin Syaaโœ…

Jgn lupa review and tag Fortunelle Bookstore di ig๐Ÿซถ๐Ÿป

Btw Min restock sikit lagi Novel AIKR dishopee. Jemput beli ya gais. Mcm biasa Free Inflatable Wrap untuk semua.

Confirm parcel korang securedโœ…
https://s.shopee.com.my/1g1cWOpYly

EBOOK HASH AULIA

23 Nov, 02:53


Komando rela menyamar jadi tukang mesin rumput gara gara Hawra Hanania!

Hawra kerutkan dahi, tangan berpeluk tubuh. Dia tilik si pemotong rumput depan mata.

โ€œDaddy.. you upah tukang mesin rumput ke?โ€ Laung dia dekat daddy.

โ€œYes, Hawra.โ€

โ€œAre you sure tukang mesin rumput dan bukannya model?โ€

โ€œWhat are you talking about?โ€ Laung daddy kembali.

Hawra abaikan dan melangkah ke arah si pemotong rumput. Automatik, si lelaki tutup mesin dan pandang dia.

Dari jarak 50 meter, Hawra tilik tubuh si lelaki. Tinggi lebih kurang 185 cm. Berat mungkin 85kg dengan dada bidang. Lengan berketul-ketul. Disebalik baju tu mungkin ada 6 petak cadbury tersusun rapi.

Naik ke wajah. Wah! Jawline! Hidung terletak. Mata jenis hooded. Sedang membalas renungannya dengan tajam. Hawra tersentak. Mereka saling merenung.

โ€œYou tukang mesin rumput ke?โ€ Dia menyoal tenang.

โ€œYa, cik.โ€

Kenapa Hawra susah nak terima? Sebab cutting body lelaki ni macam model. Pakai plak topi koboi. Memang nampak si lelaki tengah buat iklan. Bukan tengah kerja.

โ€œNama?โ€

โ€œQ.โ€ Sepatah. Dahi Hawra berkerut.

โ€œQ?โ€ Jeda. Hairan. โ€œJust, Q? Nama panjang?โ€

โ€œQR.โ€ Sinis dan pendek jawapan si lelaki. Gaya tak nak melayan. Pusing tubuh, dia angkat mesin rumput. Berurat lengan!

Kus imanku!

โ€œI want your real name.โ€

โ€œQRSTUVWXYZ.โ€ Panjang jawapan Maulaeeq buat Hawra ternganga. Dan dia balas dengan senyuman sinis. Sambung buat kerja.

Jadi tukang mesin rumput pun bolehlah. Walhal dia tu komando Mejar Mauleeq!

Soooooooon hehe

EBOOK HASH AULIA

22 Nov, 07:42


Special gift dari Admin Syaa & Fortunelle Bookstore bagi pembeli Novel Kapten Zulu Amri & Lefttenan Umar Akif.

Ni design handfan dari kami tau. Lawaaa ke tak gaess?๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜

Special dari Admin Syaa & Teams sahaja๐Ÿ’…๐Ÿป
*Blh ws seller yg korang beli untuk confirmation

EBOOK HASH AULIA

22 Nov, 07:38


Kita tunggu Abe Zulu & Akif je siap๐Ÿ˜˜๐Ÿฅฐ

EBOOK HASH AULIA

21 Nov, 12:29


KOMBO LELAKI BODO

1 EBOOK : RM17
2 EBOOK : RM28

๐Ÿ”ฅTIRAKAT LUKA EMMELINE
https://t.me/ebookhashaulia/1777

๐Ÿ”ฅMAHALNYA SETIA 2
https://t.me/ebookhashaulia/1779

ORDER
๐Ÿ‘‡๐Ÿป
www.wasap.my/60139729229/KomboLelakiBodo

EBOOK HASH AULIA

21 Nov, 12:26


MAHALNYA SETIA 2

Ifrad menyangka Keputusan memilih Zara berbanding Farah membuatkan dia bahagia. Namun semakin jauh dari Farah, membuatkan hatinya merana. Puas dia berusaha untuk mendapatkan cinta Farah. Namun hati Farah sekeras kerikil. Tidak boleh dipujuk lagi.

โ€œPluto bukan planetlah sayang. Sebab itulah, abang kena ada dengan sayang dan anak-anak. Benda basic macam ni pun sayang dah salah bagi info. Okey, abang mengaku. Abang salah. Maafkan abang. Kita kembali macam dulu. Abang janji abang akan dahulukan sayang dan anak-anak.โ€ โ€“ Ifrad.

Memilih untuk hidup sendiri bersama-sama dengan anak-anak membuatkan Farah kenal dirinya sendiri. Kecewa dengan perkahwinan yang lepas membuatkan dia berhati-hati memilih pasangan.

Siapa sangka dalam duka ada bahagia. Pertemuannya dengan Iqram membibitkan rasa cinta. Namun pada masa yang sama Ifrad mula menabur janji lama.

Hatinya bertambah rawan apabila anak-anak mula rindukan Ifrad. Farah resah. Bersama Iqram dia bahagia, namun anak-anaknya tidak rela. Bersama Ifrad, lengkaplah keluarga mereka. Siapa yang selayaknya bersama Farah? Ifrad yang sentiasa menduga atau Iqram yang sentiasa setia? Atau dia terpaksa berkorban lagi asalkan anak-anaknya bahagia?

โ€œJaga hati awak untuk saya ya. Okey babai.โ€- Iqam

โ€œFarah dengar sendirikan apa yang berlaku pada Daniel? Gara-gara keputusan Farah yang nak sangat bercerai dengan abang, dia jadi mangsa tau.โ€ โ€“ Ifrad

www.wasap.my/60139729229/EbookMahalnyaSetia2

EBOOK HASH AULIA

21 Nov, 12:25


SINOPSIS TIRAKAT LUKA EMMELINE

Hubungan Qair dan Emmeline perlahan-lahan terseret dalam kebencian. Atas sebab Emmeline tak mampu menghadirkan zuriat.

"Lima tahun kita berkahwin, dan kau masih tak tahu macam mana untuk jadi seorang isteri, apatah lagi seorang ibu. Tuhan pun tak berikan kita anak sebab DIA tahu kau tak layak." โ€”QAIR

Setiap kali mata Qair menatap wajah lembut Emmeline, hatinya mengeras. Bibirnya melontarkan kata-kata nista yang membelah jiwa Emmeline.

"Aku benci tengok muka kau, Emmeline. Kau ingat aku peduli sangat ke dekat kau? Jangan harap aku nak kisah tentang sakit kau. Kau dah cukup buang masa aku, cukup buat aku menyampah. Asyik sakit perut memanjang..." โ€” QAIR

"Saya tak minta awak seksa saya, Qair. Saya cuma minta awak... sayang saya. Saya minta awak... ingat saya masih isteri awak yang sah. Ini aje yang saya nak." โ€” EMMELINE

Tangan yang sepatutnya melindungi, kini melukai. Tatkala tubuh Emmeline rebah di hadapan Qair, diagnosis penyakit menjadi hukuman terakhir buat Qair. Sangkaan bahawa itu hanya kesakitan biasa berubah menjadi mimpi buruk apabila doktor mengesahkan penyakit isterinya.

"Aku setuju buat pembedahan tu bukan sebab aku nak hidup. Aku dah cakap dekat kau! Tapi sebab aku dah tak kisah lagi. Kalau aku mati atas meja bedah tu, itu lebih baik. Setidaknya aku bebas daripada rasa sakit ni... dan bebas dari kau!" โ€” EMMELINE

Qair berusaha memperbaiki segalanya, berjanji untuk menjaga Emmeline walaupun tahu kemaafan itu seperti bintang di langit yang tak terjangkau.

"Abang tengah cuba berbaik dengan Emmeline. Abang cuba untuk tebus apa yang abang dah buat. Tapi Emmeline tak beri abang peluang langsung." โ€” QAIR

"Kau fikir ada peluang kedua untuk lelaki macam kau, Qair?" โ€” EMMELINE

"Abang tak minta Emmeline untuk memaafkan abang dengan serta-merta. Abang harap Emmeline sudi beri abang peluang. Peluang untuk buktikan yang abang boleh jadi suami yang lebih baik, suami yang Emmeline perlukan." โ€” QAIR

Penyesalan membungkus Qair, tapi adakah penyesalan mampu menebus dosa yang sudah lama berakar? Akankah takdir yang kejam terus menutup pintu kemaafan seorang Emmeline?

www.wasap.my/60139729229/EbookEmmeline

EBOOK HASH AULIA

20 Nov, 09:49


Saja guna courier bag warna warni supaya korang berebut parcel dengan anak korang HAHAHAHHA

Esok min post out Aku Isteri Komando Rupanya yang softcover sahaja. Hardcover belum sampai lagi hehe

EBOOK HASH AULIA

20 Nov, 09:20


Novel Aku Isteri Komando Rupanya, Admin Syaa akan post out esk. Uols akan dpt no tracking kat WS mlm ni.

Klau ada yg xdpt no tracking blh pm Admin Syaa.

*Admin Syaa packing dgn seikhlas hati tau hehe.. min belanja inflatable bubble wrap untuk semua๐Ÿซถ๐Ÿปโœจ

Thank You Eberibadi๐Ÿซฐ๐Ÿป

EBOOK HASH AULIA

16 Nov, 15:17


Link Shopee untuk Order Novel Kapten Zulu Amri, Leftenan Umar Akif & Tuah Asmara.

COD pun adaโœจ

Kapten Zulu Amri๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://s.shopee.com.my/2ftz53DOqg

Leftenan Umar Akif๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://s.shopee.com.my/6pjY2nMSxq

Kombo Softcover๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://s.shopee.com.my/8KYLpdNOje

Kombo Hardcover๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://s.shopee.com.my/AA0011TDJs

Trio Softcover๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://s.shopee.com.my/2AxiUFUcmC

Trio Hardcover๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://s.shopee.com.my/4AimrwUvPD

EBOOK HASH AULIA

13 Nov, 01:47


Pesanan kepada yang masih belum order Novel Kapten Zulu & Novel Leftenan Umar Akifโœจ๐Ÿฅฐ

EBOOK HASH AULIA

12 Nov, 15:42


Sneak peak tajuk *******

Ketepikan hati sendiri, dia bagi suami kahwin lain sebab teringin nak ada anak. Sebelum kahwin, semuanya janji indah indah belaka.

โ€œFeya janji Feya takkan ambil hak akak. Asalkan setiap bulan, suami akak bagi duit dan semua yang Feya nak. Tahun yang sama, Feya akan mengandungkan anak untuk akak. Yang sulong, akak punya.โ€ Itu janjinya. Namun!

Namunโ€ฆ

Segalanya tak seperti dijanjikan. Perlahan demi perlahan, si madu cuba mengambil tempatnya. Cuba menjadi isteri yang pertama. Sedangkan dia hanyalah yang kedua. Atas ihsannya!

โ€œHandbag tu, akak tak guna lagi Feya. Kasut tu, masih dalam kotak, kan? Kenapa Feya ambil barang akak tanpa izin ni? Kenapa masuk bilik akak ni?โ€

โ€œFeya takde handbag kaler ni. Harini Feya keluar dengan abang. Takkanlah nak nampak ugly, kan? Nanti apa kata orang bini muda abang selekeh. Akak jugak yang malu nanti.โ€

โ€œKasut ni pulak, padan dengan Feyalah akak. Bagj Feya jelah ek?โ€ Feya merengek manja.

Anna mengerling pada suami. Cuba meminta si suami ajar Feya, malangnya..

โ€œYelah, sayang. Bagi jelah dekat Feya. You pun tak guna jugak. Dah berbulan I belikan, you simpan dalam almari jugak.โ€

Haaa dah nampak dah ciri ciri suami tak guna. Bila dapat pucuk muda, pucuk tua terus diabaikan?

โ€œTu semua hadiah dari abang. Kalau nak..โ€

โ€œAbang belikan yang baru nanti. Yang ni, bagi je dekat Feya. Dia akan bagi kita baby, kan? Apalah sangat beg dengan kasut ni. Abang akan adil. Jangan risau.โ€

Begitulah janji buaya darat!

โ€œSatu silap kita, sayang. You bagi orang lain masuk dalam kehidupan kita. You percaya pada fikiran sedangkan hati tak macam tu. You fikir you akan okay. You fikir you mampu bertahan. Dan I fikir, i bakal adil. I fikir hati I cuma untuk you.. disitulah bermulanya kesilapan kita.โ€

-Tak tahu bila release-
-Selamat membaran-

EBOOK HASH AULIA

12 Nov, 13:08


KOMBO MENUNGGU๐Ÿ˜‡

1 EBOOK : RM17
2 EBOOK : RM28

๐Ÿ”ฅBahtiar Sakhi
https://t.me/ebookhashaulia/1765

๐Ÿ”ฅTerus Menunggu
https://t.me/ebookhashaulia/1767

ORDER
๐Ÿ‘‡๐Ÿป
www.wasap.my/60139729229/KomboMenunggu

EBOOK HASH AULIA

12 Nov, 13:03


SINOPSIS TERUS MENUNGGU

Kerana cuba menyelamatkan nyawa seseorang, Zaffran cedera sehingga fizikalnya tidak lagi sama seperti dulu. Saat dia memerlukan seseorang disisi, tunangnya tidak dapat menerima keadaan dirinya itu dan perkahwinan yang bakal dibina terhenti separuh jalan.

โ€œDengan keadaan Zaff sekarang ni, Zaff faham kalau Serina nak putuskan pertunangan kamiโ€ - Zaffran.

โ€œMama yakin akan ada seseorang yang akan sayangkan Zaff seperti mana mama dan papa sayangkan Zaffโ€.- itu kata mamanya saat memujuk lelaki itu.

Saat Alisha hadir dalam hidup dia, Zaffran ragu-ragu. Dia tidak sempurna, tetapi wanita itu memilih untuk tetap bersama dengannya.

โ€œAku buruk. Kau nak ke hidup dengan lelaki buruk macam aku? Kau tak takut kena keji?โ€ โ€“ Zaffran.

โ€œKenapa saya perlu takut dikeji sedangkan suami saya dah lakukan perkara yang baik. Parut ni bukti awak seorang yang berani dan punya hati yang baikโ€ โ€“ Alisha.

Saat bahagia mula menyinari rumahtangga mereka, Alisha hilang secara tiba-tiba. Tanpa sebab, tanpa sebarang berita!

Setelah 4 tahun lamanya, mereka bertemu dalam situasi yang tidak disangka. Zaffran muncul dengan imej baru dan Alisha langsung tidak mengenali lelaki itu.

โ€œSorry again, Encik Zaim. Your face looks so familiar. Have we met before?โ€ โ€“ Alisha

โ€œI donโ€™t think so!โ€ โ€“ Zaffran.

Ketika Zaffran mencari punca sebenar kehilangan Alisha, muncul si kecil yang mirip wajahnya. Tapi Alisha menafikan tentang itu. Dalam masa yang sama Serina muncul menagih kembali kasih daripada Zaffran.

โ€œAlisha pun tinggalkan you. Dia dengan I tak ada beza. Dua-dua pernah tinggalkan you!โ€ โ€“ Serina.

Saat rahsia terbongkar kenapa Alisha tinggalkan dia 4 tahun lepas, Zaffran terkedu. Adakah Zaffran kekal setia menunggu dan menerima Alisha? Mampukah dia selamatkan perkahwinan mereka? Atau berjayakah Serina mendapatkan Zaffran kembali.

www.wasap.my/60139729229/TerusMenunggu

EBOOK HASH AULIA

12 Nov, 01:57


BLURB BAHTIAR SAKTI

KESETIAAN bersulamkan kejujuran. Hanya itu Kayza Aziza dambakan dari Bahtiar Sakhi. Namun kecurangan dan penipuan dibalas. Tiar menduniakan Kay tanpa batas dari segi kasih dan cinta. Dalam masa yang sama, dia jua punya โ€˜dunia tersendiriโ€™ bersama Anna Khaleela. Dunia tersendiri yang penuh hina dan keji!

โ€œI janji. Satu hari nanti, kita akan ada dalam hubungan yang you idamkan tu. I pun nak hidup dengan you. Sampai mati! Tapi you kena sabar sikit. You kena faham situasi I. Tak mudah I nak buat semua tu. I nak jaga hati banyak pihak. - TIAR

โ€œTerutama hati Kay?โ€ -Anna

โ€œYup. Sheโ€™s my wife. Dan nak jaga hati you jugaโ€ฆ my feuture queen, in my life!โ€ -Tiar

โ€œMaknanya dia masih yang pertama di hati you?โ€ - Anna

Anna dilingkari api cemburu!

Tika Tiar enak mengulit cinta bersama Anna, Kay mula mengintai dunia hitamnya yang pernah ditinggalkan dahulu. Bukan untuk membawa diri, tapi demi sebuah harga diri! Harga diri yang diinjak hebat oleh lelaki yang dicintai selama ini!

โ€œTak pernah berubah? Tak pernah hilang? Tapi cinta, kasih sayang dan rindu you tu dah terbahagi dua untuk I dan perempuan tu! I tak boleh tutup mata, buat-buat tak nampak. Pura-pura benda tak pernah jadi. Sorry, Tiar. I tak pandai nak berdramaโ€ฆ like you!โ€ - Kay

โ€œPlease Kay? I rayu sangat.โ€ - Tiar

โ€œYou tak perlu melutut merayu. Tu bukan level seorang Bahtiar Sakhi. Figura yang sangat hebat untuk jerat jiwa perempuan!โ€ -Kay.

Kay sangkakan, dengan bukti yang diperolehi, keadaan memihak ke atasnya. Namun pendedahan mengejut Tiar remukkan perasaan Kay! Pendedahan yang meletakkan Kay dalam kurungan besi milik Tiar!

โ€œSekarang ni I nak you pilih. Antara you lepaskan I, yang dah jadi cagaran untuk you kaut segala harta, pangkat legasi papaโ€ฆ atau I dedahkan hubungan maksiat dan zina you dekat papa. Pilih!โ€ -Kay

โ€œKalau you buka mulut pasal benda ni kat papa, I akanโ€ฆโ€ -Tiar

โ€œYou akan apa? Akan pukul I? Belasah I? Atau bunuh I? Silakan. Silakan! Sekurang-kurangnya I cerai mati dengan you, Tiar. Daripada terus melalak minta you lepaskan I secara baik masa I masih hidup ni!โ€ -Kay
Tiar puas dapat ikat Kay kali ini. Anna hadir bersama luka lama untuk jiwa Kay. Rupanya, Anna pernah ada โ€˜dekatโ€™ dengan Kay sebelum ini. Derita dan kesakitan yang baru, berkocak hebat menikam perasaan. Dendam Kay buat Anna terbentuk tanpa sedar. Dan identiti Anna terus menjadi โ€˜misteriโ€™ dalam hidup Tiar!

โ€œIkhlas dan tulus aku takkan wujud kalau aku tahu siapa kau yang sebenarnya. Puas dapat balas dendam kat Kay? Puas dapat buat aku jadi lelaki tak guna macam ni?โ€ - Tiar.

Kenyataan yang disembunyikan selama ini akhirnya meletus di telinga Tiar. Dentuman yang sedarkan Tiar bahawa bukan bahagia yang dijaring selama ini saat sedang hanyut asmara bersama Anna. Tapi derita dan keperitan yang berganda hebatnya.

Kay sudah kemarau dengan rasa sayang. Hidupnya sudah hancur dihenyak kecurangan dan kesakitan yang datang dari Tiar sendiri. Kehilangan demi kehilangan yang mengejut umpama dejavu menakutkan buat Kay. Untuk apa lagi bertahan atas hubungan tanpa kebahagiaan ini?

โ€œI sanggup gadai nyawa I asalkan you dan I tak berpisah. Walaupun perlu lenyapkan orang yang you benci. I sanggup buat Kay!โ€ -Tiar

โ€œYou nak lenyapkan siapa? You tahu ke siapa yang I benci sekarang ni?โ€ -Kay.

โ€œAnna. I tahu you marahkan dia.โ€ โ€“ Tiar.

โ€œDan I pun marahkan you. Sebab tu I nak lenyapkan you dari ada ikatan dalan hidup I!โ€ -Kay.

Itu yang Kay noktahkan. Andai Tiar sanggup โ€˜hapuskanโ€™ Anna, apa kurangnya Kayโ€ฆ yang jiwa kejamnya tidak pernah terpadam hingga hari ini. Tika hati sudah ditusuk belati, lenyap segala cinta yang sudah dipatri.

Apakah Tiar akan melawan? Sedangkan segala luka di hati Kay hasil ukiran tangannya. Atau terus bertahanโ€ฆ walaupun Kay sudah tandus dengan kemaafan?

Dan mampukah Kay mengalah dengan sebuah โ€˜rahsia indahโ€™โ€ฆ yang Tiar sembunyikan dari pengetahuannya selama ini?

www.wasap.my/60139729229/Bahtiar

EBOOK HASH AULIA

08 Nov, 05:24


Special in novel jeโœจ๐Ÿ”ฅ

Slot freegift special masih available๐Ÿซถ๐Ÿป

EBOOK HASH AULIA

06 Nov, 10:07


NOVEL KAPTEN ZULU AMRI & LEFTENAN UMAR AKIF

Order Whatsapps๐Ÿ‘‡๐Ÿป
www.wasap.my/60139729229/NovelHash

Shopee (Mahal sbb Fee) :

Kapten Zulu Amri๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://s.shopee.com.my/1LOLCZTqXt

Leftenan Umar Akif๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://s.shopee.com.my/9KQcjGHKDo

Tuah Asmara๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://s.shopee.com.my/702hyEycwY

EBOOK HASH AULIA

06 Nov, 02:22


Adaa yang dah payment & submit order tapi admin tak send chat mcm ni?

Blh spam chat balik tau๐Ÿ™๐Ÿป

EBOOK HASH AULIA

05 Nov, 15:23


HARGA PROMO NOVEL SAH SAMPAI 11 55PM MALAM INI SAHAJA.

ESOK HARGA LAENโœจ

EBOOK HASH AULIA

05 Nov, 15:05


FREE POSTAGE UNTUK 1 JAM LAGI

NOVEL KAPTEN ZULU AMRI & LEFTENAN UMAR AKIF

Order Whatsapps๐Ÿ‘‡๐Ÿป
www.wasap.my/60139729229/NovelHash

Shopee :
Satgi sikit.. dah gigil edit poster

EBOOK HASH AULIA

05 Nov, 13:48


Bawak bertenang henfon admin dah lag sbb overheat๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜‚

Min tak lunchh lagi ni.. tadi gigil edit poster skrg gigil dgn korang๐Ÿ˜น Laju bebenorr.. tacodd admin๐Ÿคฃ

Btw pm je dulu, lps makan nnti min reply balik. โœจ

Update :
Min dah kenyang. Dah hepi & bahagia. Meh ws cepattt. Super fast reply, 3 4 pagi tak tido lagi gaes๐Ÿซถ๐Ÿป

EBOOK HASH AULIA

05 Nov, 13:09


NOVEL KAPTEN ZULU AMRI & LEFTENAN UMAR AKIF

FREE POSTAGE UNTUK 3 JAM!!!

Order Whatsapps๐Ÿ‘‡๐Ÿป
www.wasap.my/60139729229/NovelHash

Shopee :
Satgi sikit.. dah penat gigil edit poster

EBOOK HASH AULIA

03 Nov, 11:39


NOVEL AKU ISTERI KOMANDO RUPANYA

SOFTCOVER - RM33
HARDCOVER - RM60

Postage (SC / HC):
SM : RM7
SS : RM14

Order Whatsapps๐Ÿ‘‡๐Ÿป
www.wasap.my/60139729229/NovelKomando

Order Shopee๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Hardcover:
https://s.shopee.com.my/2qD4ItBwqh

Softcover:
https://s.shopee.com.my/5Aaz5ByGHq

*Note : Cekout dlm live shopee dapat less Rm12

EBOOK HASH AULIA

03 Nov, 10:11


Ada yang mencari novel lama Hash Aulia?

Blh pm Auntie ni dimessager okey๐Ÿซถ๐Ÿป
https://www.facebook.com/share/15YoELxgpx/?mibextid=LQQJ4d

EBOOK HASH AULIA

03 Nov, 05:23


Bila Akif warning si kembar sebab cik bini dah bertukar jadi Singa be like..

Dia nampak Ellia tengah makan ice cream di island table dengan muka mencuka.

โ€œDatang bulan ke?โ€ Menyoal. Ellia diam dan tenung dia tajam. Bila tak jawab macam tu, jawapannya Ya.

โ€œOkay kids..stay cautious. Dont get near to mom if you wanna live for like a week. Sheโ€™s dangerous. Dont get into her red zone.โ€ Akif tiba tiba dukung semula kembar dan berundur ke belakang. Jauh darinya.

โ€œAlright. Dont get near to her. Dia akan bertukar jadi Singa bebila masa dan akan Wachaw to you.โ€ Sejurus ayat itu terluah, sudu dibaling ke arahnya. Aku kata dah! Baru cakap dah kena baling dengan sudu. Akif sengih kelat.

Selamba dia je warning anak anak macam tu. Saling merenung, Ellia mencerlung tajam.

โ€œI dengar cerita, you masih berhubung dengan Kolonel Hassan,โ€

โ€œOf course. Dia bos, kan? Kenapa? Ada apa apa ke?โ€

โ€œKenapa you dengan Zulu ni, diminati oleh Kolonel? And youโ€ฆ tak cukup lagi ke jadi menantu Mejar Jeneral? Yang pergi downgrade ke Kolonel tu, dah kenapa? Elok elok dapat Model, downgrade ambil bibik. Takde taste ke?โ€

โ€œSah, awak datang bulan! Sebelum kena sembur, lebih baik saya larikan diri dulu. Bye, Kapten Ellia!โ€ Tabik hormat, Akif terus melarikan diri.

- Unedit version -
Novel Leftenan Akif Soon

EBOOK HASH AULIA

22 Oct, 09:26


PREORDER NOVEL AKU ISTERI KOMANDO RUPANYA

Ebook : 30k Words
Novel : 60k Words

Berpeluang untuk menang cabutan bertuah percutian ke Medan & Gold Bar

Preorder diShopee๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://s.shopee.com.my/6pitmQelsT

*Claim Voucher Live RM12 (Order sewaktu live)

EBOOK HASH AULIA

19 Oct, 13:03


TRIO TERSAKITI๐Ÿ˜‡

1 EBOOK : RM16
2 EBOOK : RM27

๐Ÿ”ฅHAQ HESSA
https://t.me/ebookhashaulia/1726

๐Ÿ”ฅSYURGA FIRDAUS BUAT NADHIRAH
https://t.me/ebookhashaulia/1728

ORDER
๐Ÿ‘‡๐Ÿป
www.wasap.my/60139729229/KomboTersakiti

ORDER DISHOPEE
๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://s.shopee.com.my/1B3xVcCQMm

ORDER DIWEBSITE (Link Google Drive & dapat buat invoice)๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://fortunellebookstore.ordersini.com

EBOOK HASH AULIA

19 Oct, 11:01


SINOPSIS SYURGA FIRDAUS UNTUK NADHIRAH

Semua yang telah ditakdirkan dan dikehendaki Allah pasti terjadi.

โ€‹โ€œKahwin dengan aku! Aku nak tukar dosa menjadi pahala. Sekarang ni apa sahaja yang kita buat bukannya dapat pahala, menambah dosa adalah. Kau bukan mahram aku Dhirah. Kau tahu tak, zina mata boleh berlaku apabila kita saling berpandangan. Malah zina hati pun boleh berlaku apabila kita saling ingat-mengingati,โ€ ~Firdaus~

โ€‹Agaknya kalau tidak kerana peristiwa dia kena kacau oleh Azizul bekas tunangnya, tentu tidak keluar semua isi hati Firdaus hari ini. Seram pulak dia rasa bila dengar Firdaus cakap pasal zina tu. Siang malam Firdaus selalu ingatkan dia? Dia ada ingatkan Firdaus ke?

โ€‹Tak tahan asyik diganggu oleh bekas tunang yang macam orang gila talak, akhirnya Nadhirah terima lamaran Firdaus. Baru beberapa bulan mengecap bahagia, dugaan datang bertimpa-timpa. Keguguran, kematian Tok Mak tanpa Firdaus di sisi serta fitnah yang Azizul reka buat Fatin Nadhirah makan hati. Kecewa kerana Firdaus lebih percayakan cerita dusta Azizul daripada percayakan isterinya sendiri.

โ€‹Walaupun sudah terbentang kebenaran di hadapan mata, kemaafan yang Firdaus pinta tidak membekas dalam hati Nadhirah. Rayuan Firdaus dipandang sebelah mata. Firdaus dia tinggalkan untuk mengubat hati yang terluka. Konon hendak beri pengajaran kepada suaminya, sudahnya diri sendiri yang merana.

โ€‹Kata Hasya sahabat baiknya, โ€œKenapa kau nak hancurkan diri kau sendiri sedangkan hubungan kau dengan Firdaus boleh dibaiki.โ€ Buntu dia jadinya.

โ€‹Nadhirahโ€ฆ Hidup kita, kitalah yang melayarinya. Menjadi indah, manis atau sebaliknya. Ikut saja alurnya. Takdir Allah itu selalu baik. Walau terkadang memerlukan air mata untuk menerimanya.

Hanya DIA sahaja yang tahu setiap takdir yang sudah ditentukan. Kepada Allah dia berserah.

www.wasap.my/60139729229/SyurgaFirdaus

EBOOK HASH AULIA

19 Oct, 08:08


SINOPSIS HAQ HESSA

Lapan tahun lepas HESSA telah melakukan satu kesalahan terbesar dalam hidup. Lantas bagi memperbetulkan keadaan dia setuju untuk berkahwin dengan HAQ, suami kepada kawan baik sendiri.

โ€œKau kenal Ayu. Sampai mati hanya dia aku sayang dan cinta. Bukan kau sekalipun kau isteri aku. Perempuan lain termasuk kau takkan mampu ganti tempat dia. Ayu terlalu istimewa.โ€ - HAQ

HESSA tahu itu. Cinta HAQ hanya untuk AYU. Status dia sebagai isteri hanya atas kertas. HESSA isteri tak diiktiraf. Malah dia seperti tidak wujud di mata HAQ. Tapi seteruk apa layanan HAQ, HESSA terima dengan hati terbuka. Sekalipun HESSA tidak melawan. HAQ tetap dilayan dengan baik.

โ€œJangan cabar aku. Aku bukan lelaki yang naik tangan pada perempuan. Tapi bila kau dah melampau kau paksa aku berkasar. Kau akan menyesal kahwin dengan aku.โ€ - HAQ

Tak mudah untuk HESSA bertahan hidup dengan HAQ. Air mata sering jadi peneman setia. Tapi untuk mengalah, itu bukan pilihannya. HESSA sedar dia yang bertanggungjawab atas hidup HAQ.

โ€œMungkin saya tak sebaik Ayu. Dan saya tak ada niat pun nak ambil tempat arwah. Tapi bagaimana awak pilih untuk setia dengan arwah. Macam tu saya pilih untuk setia dengan awak.โ€ - HESSA

Usaha HESSA untuk melembutkan hati HAQ akhirnya membuahkan hasil. Berkat sabar, HAQ mengaku cinta dan sayang padanya. Tapi hanya 24 jam bahagia bersama mereka.

โ€œAbang dengar Hessa cakap Hessa punca Ayu mati. Apa maksud Hessa?โ€ - HAQ

Rahsia yang HESSA simpan selama bertahun akhirnya terbongkar. Melutut dia memohon kemaafan HAQ, tapi sayang tiada maaf untuknya.

โ€œAku ceraikan kau dengan talak satu. Aku dah tak nak kat kau.โ€ - HAQ

Hubungan suci itu menemui titik noktah. Tapi bagi HESSA semuanya masih belum berakhir. Apa yang akan HESSA lakukan demi menuntut sebuah kemaafan? Apa rahsia yang disimpan olehnya? Dan adakah HAQ benar-benar membenci HESSA?

www.wasap.my/60139729229/HaqHessa

EBOOK HASH AULIA

14 Oct, 09:26


Ebook Free 1 December nanti.

EBOOK HASH AULIA

11 Oct, 11:26


Mahalnya setia tu agak tergantung. Ku kira author dah tukar tapi still hanging.

Tak suka hanging boleh elakkan dari beli tau! Thats why min tak promo sgt haha๐Ÿซฃ๐Ÿ˜‚

Meh beli ebook lain okayy๐Ÿซถ๐Ÿปโœจ

EBOOK HASH AULIA

09 Oct, 19:59


KOMBO TAK SETIA

1 EBOOK : RM16
2 EBOOK : RM27

๐Ÿ”ฅZAYNE MUQRIE
https://t.me/ebookhashaulia/1719

๐Ÿ”ฅMAHALNYA SETIA
https://t.me/ebookhashaulia/1721

ORDER
๐Ÿ‘‡๐Ÿป
www.wasap.my/60139729229/KomboTakSetia

ORDER DISHOPEE
๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://s.shopee.com.my/1B3xVcCQMm

ORDER DIWEBSITE (Link Google Drive & dapat buat invoice)๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://fortunellebookstore.ordersini.com

EBOOK HASH AULIA

09 Oct, 19:57


Sinopsis Mahalnya Setia.

Farah hanya mengharapkan sebuah perkahwinan yang bahagia di samping Ifrad. Siapa sangka bertahun-tahun bersama, akhirnya Ifrad berubah hati. Tanpa memikirkan perasaannya, Ifrad buat Keputusan untuk berkahwin lagi.

โ€œPerempuan tu tahu yang abang dah isteri? Dah ada anak?โ€

โ€œAlhamdulillahlah dia tahu. Dan dia sanggup bermadu,โ€ beritahu Ifrad. Bersungguh-sungguh dia meyakinkan isterinya.

Farah terpempan. Dia sanggup bermadu? Siapa sebenarnya isteri Ifrad ni? Dia atau perempuan itu? Sepatutnya Ifrad tanya dia terlebih dahulu sanggup atau tidak bermadu? Bukan tanya perempuan itu.

Keputusan Farah menentang hasratnya untuk berpoligami menyebabkan Ifrad dalam dilema. Farah dia sayang, Zara dia cinta. Segala pujukan langsung tidak diendahkan Farah yang tetap dengan keputusannya untuk bercerai. Tapi Farah terlupa lafaz cerai di tangannya sebagai suami.

โ€œAbang, syarat terakhir yang perlu abang tunaikan sebelum berkahwin dengan Zara hanya satu, lepaskan saya secara baik, tanpa ada sengketa,โ€ putus Farah dengan wajah yang tenang.

โ€œYa Allah, sayang. Sayang cakap apa ni?โ€ Terkejut Ifrad dibuatnya. Selama ini perkataan berpisah, lepaskan atau penceraian tidak pernah keluar dari mulut isterinya. Dan sebagai suami sedetik pun tidak terlintas di hati untuk lepaskan Farah. Tidak sama sekali.

Pelbagai cara yang dilakukan Farah walau dia tahu hukumnya menuntut cerai daripada suami. Bagi Farah, cukuplah sekali jiwanya terluka. Walau berkali-kali Ifrad menyatakan sayang dan berjanji untuk bersikap adil namun hatinya telah tertutup rapat. Dan Ifrad terus dengan keputusannya untuk berkahwin dengan Zarra. Haruskah Farah berkorban demi anak-anak dan Ifrad? Sedangkan hatinya menderita? Apa yang perlu dipertahankan? Rumah tangga? Ifrad? Anak-anak? Atau hati dan perasaanya.

www.wasap.my/60139729229/MahalnyaSetia

EBOOK HASH AULIA

09 Oct, 19:57


SINOPSIS ZAYNE MUQRI

ZAYNE MUQRI bahagia menjadi suami kepada Anggun Maryam dan mereka juga bahagia hidup sebagai pasangan suami isteri. Namun siapa sangka, rumah tangga mereka diuji apabila Anggun terlalu sibuk dengan perniagaannya sehingga abaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

โ€œI rindukan isteri I Anggun! Isteri yang ada untuk temani I bercerita, isteri yang boleh I kongsi apa benda yang I lakukan sepanjang hari ni, I nak isteri I yang suka temani I makan. Bukan ni yang I harapkan dari you Anggun apabila I bagi keizinan untuk you buka perniagaan ni!โ€

Ya, dia menyesal kerana mengizinkan Anggun berniaga sehingga dia terasa diabaikan oleh isterinya sendiri.

โ€œBanyak kali I bagi you peluang untuk berubah, tapi you buat benda yang sama. Maaf Anggun, kali ni biar I yang berubah. Jangan salahkan I kalau semua ini berlaku sebab segalanya berpunca dari you sendiri!โ€ โ€“ Zayne Muqri

Zayne kecewa dengan Anggun yang selalu mengulangi kesilapan yang sama. Mungkin dia harus lakukan sesuatu supaya Anggun sedar yang dia juga hati dan perasaan.

โ€œSumpah Zayne, I tak mampu nak nafikan yang I mula jatuh suka dengan you.โ€ โ€“ Naila

Tanpa sedar, Zayne telah melibatkan orang ketiga dalam hubungan mereka.

โ€œYou cakap, you tak akan izinkan sesiapa rampas I dari you. Kenapa sekarang ni you berputus asa?โ€- Zayne Muqri

โ€œSebab I tahu, bukan I je yang ada dalam hati you sekarang. Demi bahagia you, I sanggup terluka andai ia mampu menebus segala salah I pada you.โ€ โ€“ Anggun Maryam

Puas dia pertahankan, puas dia merayu dan puas juga dia memohon maaf namun langsung tidak memberi kesan kepada Zayne. Anggun tahu dia bukan lagi keutamaan bagi Zayne. Namun, satu kejadian yang menimpa Anggun merubah segalanya. Mampukah untuk mereka terus bertahan dengan ujian yang datang?

Mampukah Anggun memaafkan Zayne kerana melibatkan orang ketiga dalam hubungan mereka dan apakah yang telah berlaku kepada Anggun?

www.wasap.my/60139729229/Zayne
๏ฟผ๏ฟผ

EBOOK HASH AULIA

08 Oct, 03:07


PROMOSI EBOOK OCTOBERโค๏ธโ€๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ’ƒ1 EBOOK RM10 - RM16
๐Ÿ’ƒ2 EBOOK RM28

ORDER๐Ÿ‘‡๐Ÿป
www.wasap.my/60139729229/EbookHash

ORDER SHOPEE๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://my.shp.ee/gAFqBHx

SINOPSIS EBOOK HASH๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://t.me/ebookhashaulia/592

LIST SUGGESTION EBOOK (MAFIA , AIR MATA, DUDA , KONFLIK, SWEET & ETC๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://t.me/ebookhashaulia/708

4,012

subscribers

951

photos

14

videos