Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4 @bicara_hadithmso Channel on Telegram

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

@bicara_hadithmso


MSO-D4 : Q&A Hadith ini disimpankan dalam 👉🏼 http://madrasahsunnionline.blogspot.my

Soalan ingin diajukan klik username
ustaz @khafidzsoroni
ustaz @zulhusni_matresat
ustaz @muslimmustapa
& ramai lagi

@bicara_hadithMSO

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4 (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4! Saluran ini merupakan tempat di mana anda boleh mendapatkan jawapan kepada pelbagai soalan berkaitan dengan hadis. Semua jawapan disediakan dalam format talian dan boleh diakses melalui pautan http://madrasahsunnionline.blogspot.my. Untuk mengemukakan soalan, anda boleh klik pada username ustaz @khafidzsoroni, ustaz @zulhusni_matresat, ustaz @muslimmustapa, dan ramai lagi. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pengetahuan anda mengenai hadis melalui saluran ini! Sertai kami di @bicara_hadithMSO untuk maklumat lanjut dan tidak terlepas dengan perkongsian berharga kami. Jom bersama-sama memperkukuhkan pemahaman agama melalui hadis-hadis yang bermanfaat.

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

28 Jun, 15:32


​​DAURAH KITAB BERSAMA PENGARANG:

KEDUDUKAN HADITH DAN PERANAN HADITH DAIF MENURUT ULAMA ISLAM

Jom sertai kami dalam program diskusi buku bersama pengarang:

📘 Kitab: Kedudukan Hadith & Peranan Hadith Daif Menurut Ulama Islam

Tenaga pengajar: Dr Mohd Khafidz bin Soroni (Pensyarah Kanan Universiti Islam Selangor)

Maklumat Program :

🗓️ Tarikh : 13 JULAI 2024
📌 Hari : SABTU
Masa : 9.00 PAGI - 12.30 TGH HARI
🕌 Tempat : BAIT TA'LIM, NILAI SPRING, NEGERI SEMBILAN

(Google Map : https://maps.app.goo.gl/TeTgiJjDAjzdiDEJ8 )

📚 Kitab ada dijual ketika program nanti.

Atau

Boleh juga dibeli di link shoppe:

https://my.shp.ee/TMQ1e9Z

✒️ PENDAFTARAN
Sila isi link google form di bawah :-
https://forms.gle/Pch6oLVpLkziHM8K8

Link Group Whatsapp Daurah :-
https://chat.whatsapp.com/DqV7uR9wesn7BGWJrACZt4

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA‼️‼️

🌷Jazakumullah KHAIRAN

#CintakanIlmu
#CintakanUlama
#TarhibZulhijjah
#IslahDiri

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

09 Jun, 00:49


Hadis Baca Al Fatihah Selepas Solat

Ulasan Isu “HADIS PALSU KEBAIKAN BACA AL-FATIHAH SELEPAS SOLAT: Teladan Kisah Dari Imam Ibn al-Jauzi Rahimahullah”

Oleh : Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni

1. Pertamanya, di dalam bidang hadis, kedudukan dua tokoh terkenal iaitu Imam al-Hakim yang bersikap tasahul (longgar) dan al-Hafiz Ibn al-Jauzi yang bersikap tasyaddud (keras) sudah menjadi satu realiti umum yang sedia dimaklumi. Maka, mana-mana hukum hadis daripada mereka tidak akan dinukilkan secara bersendirian tanpa disertai dengan persetujuan mana-mana ulama hadis yang lain. Ini bagi mengelakkan kesalahan dalam memutuskan hukum sesuatu hadis.

2. Dalam isu di atas, hukum hadis yang dipetik ternyata hanya daripada al-Hafiz Ibn al-Jauzi sahaja (merujuk kepada bahagian artikel yang dikerat dan diviralkan). Ia mungkin boleh dipertikaikan dan tidak dapat diterima sepenuhnya kerana beberapa faktor. Antaranya, al-Hafiz Ibn al-Jauzi hanya menukilkan kritikan (jarh) yang berat sahaja mengenai perawinya al-Harith bin ‘Umair, sedangkan ada pujian (ta‘dil) yang baik terhadapnya tidak dikemukakan oleh beliau. Ibn al-Jauzi menyebut:
هذا حديث موضوع، تفرد به الحارث بن عمير. قال أبو حاتم بن حبان: كان الحارث ممن يروى عن الاثبات الموضوعات. روى هذا الحديث ولا أصل له، وقال أبو بكر محمد بن إسحاق بن خزيمة: الحارث كذاب ولا أصل لهذا الحديث.
Sedangkan dengan merujuk kepada Tahzib al-Tahzib, didapati banyak penilaian terhadap beliau sebagai perawi thiqah oleh imam2 besar pengkritik hadis seperti Ibn Ma‘in, Abu Hatim dan an-Nasa’i. Malah, riwayat beliau terdapat dalam Sahih al-Bukhari secara ta‘liq, Sunan Abi Dawud, Sunan an-Nasa’i, Sunan at-Tirmizi dan Sunan Ibn Majah. Antara yang menilai beliau sebagai thiqah:

قال أبو حاتم عن سليمان بن حرب: كان حماد بن زيد يقدم الحارث بن عمير ويثني عليه. زاد غيره: ونظر إليه فقال: هذا من ثقات أصحاب أيوب، وقال ابن معين وأبو حاتم والنسائي: ثقة، وقال أبو زرعة: ثقة رجل صالح. قلت: وقال البرقاني عن الدارقطني: ثقة، وكذا قال العجلي.

Maka, kedudukan perawi yang dipertikai seperti ini menyebabkan riwayatnya tidak boleh terus dianggap palsu atau terus dianggap sahih. Ia perlu kepada kajian secara observasi terhadap riwayat-riwayatnya.

Sekurang-kurangnya ia berada pada kedudukan daif. Dengan alasan ini, hukum palsu al-Hafiz Ibn al-Jauzi boleh dipertikaikan dan ditolak. Dalam kitab Taqrib al-Tahzib, Ibn Hajar merumuskan statusnya secara adil demikian: “Al-Harith bin ‘Umair... dinilai thiqah oleh jumhur ulama hadis. Namun, terdapat dalam hadis-hadisnya riwayat-riwayat yang munkar, maka beliau didaifkan dengan sebabnya oleh al-Azdi, Ibn Hibban dan selain mereka. Boleh jadi kerana hafalannya berubah di akhir hidupnya.”

3. Imam as-Suyuti antara yang tidak bersetuju dengan hukum palsu Ibn al-Jauzi, katanya (dalam Jami' al-Ahadith):

"حب" ابن حبان في الضعفاء وابن السني في عمل يوم وليلة وأبو منصور السحابي في الأربعين وأورده ابن الجوزي في الموضوعات وقال: تفرد به الحارث ابن عمير وكان يروي الموضوعات عن الأثبات، وسئل الحافظ أبو الفضل العراقي عن هذا الحديث؟ فقال رجال إسناده وثقهم المتقدمون، وتكلم في بعضهم المتأخرون، وليس فيه محل نظر إلا محمد بن زنبور المكي والحارث بن عمير، وكل منهما وثقه جماعة من الأئمة وضعف الأول ابن خزيمة، والثاني "حب ك" ابن حبان والحاكم، وأورده الحافظ ابن حجر في أماليه، وقال: الحارث لم نر للمتقدمين فيه طعنا بل أثنى عليه حماد بن زيد وهو أكبر منه، ووثقه النقاد ابن معين، وأبو حاتم والنسائي وأخرج له "خ حب" البخاري وابن حبان تعليقا وأصحاب السنن، وذكره "حب" ابن حبان في الضعفاء فأفرط في توهينه، أما من فوقه فلا يسأل عن حالهم لجلالتهم، قال: وقد أفرط ابن الجوزي فذكر هذا الحديث في الموضوعات، ولعله استعظم ما فيه من الثواب وإلا فحال رواته كما ترى انتهى. كنز العمال: 5056


Sila baca sambungan penuh di facebook Ustaz Dr. Mohd Khafidz Soroni

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

12 May, 23:30


MARI MENGENAL KITAB SYARAH HADIS

Umum diketahui, ada enam kitab hadis utama. Seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmidzi, Sunan Nasaie dan Sunan Ibnu Majah.

Senarai ini telah mengikut tertib yang diakui para ulama. Walaupun masih ada perbezaan pendapat di kalangan mereka.

Di antara kitab yang wajib dipelajari di madrasah hadis ialah kitab Al-Muwatha' Imam Malik. Kitab ini dihafal oleh Imam Syafie ketika berumur 10 tahun.

Oleh itu, mari kita mengenal kitab syarah kepada tujuh kitab hadis utama.

Sila klik di sini


Disediakan oleh:
Hafiz Al Za'farani - HAZA

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

08 Oct, 06:56


Hadis tentang api biara Majusi terpadam dan istana Kisra Parsi bergegar itu daif dan tidak ada riwayat yang bersanad sahih. Namun, tiada pula ulama terdahulu yang menilainya sebagai palsu.

Kata al-Zahabi dalam Tarikh al-Islam: “Hadis ini munkar gharib.” Menurut al-Suyuti dalam al-Khasa’is al-Kubra, Ibn ‘Asakir (dalam Tarikh Dimasayaq) berkata: “Hadis gharib, tidak kami tahu kecuali daripada hadis Makhzum daripada bapanya. Ia hanya diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Bajali”. Namun di tempat lain, Ibn ‘Asakir menyatakan ia turut diriwayatkan oleh Ma‘ruf bin Kharbuz daripada Bisayar bin Tayyim al-Makki (sebagai penyokong kepada riwayat Makhzum). Kata al-Suyuti lagi: “Daripada jalur riwayat ini turut dikeluarkan oleh ‘Abdan dalam Kitab al-Sahabah dan kata Ibn Hajar dalam al-Isabah: Ianya mursal”.

Ulama moden yang menilainya palsu, tidak semestinya memansukhkan pandangan para huffaz muhaddithin terdahulu yang lebih ahli seperti Ibn Jarir, Abu Nu‘ayim, al-Baihaqi, Ibn ‘Asakir, al-Zahabi, Ibn Kathir, Ibn Hajar, al-Suyuti, dll yang tidakpun menilai kisah berkenaan sebagai palsu dan rekaan.

Justeru, masih tidak jelas kepalsuannya serta tiada riwayat lain yang jelas menunjukkan sebaliknya ia langsung tidak berlaku. Pendapat yang menyatakan bahawa kisah tersebut tidak didengari dari sejarah Parsi sendiri bukanlah bermakna ia langsung tidak berlaku. Berapa banyak peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah manusia, namun atas perbagai sebab tertentu ia hanya diceritakan secara lisan saja dan tidak dicatatkan dalam lipatan sejarah kecuali setelah berlalu beberapa waktu. Boleh jadi juga ia ada direkodkan, namun kerana baginda Nabi SAW telah mendoakan kehancuran dan keruntuhan buat empayar Kisra Parsi (rujuk riwayat al-Bukhari: أَنْ يُمَزَّقُوا كُلَّ مُمَزَّقٍ), maka rekodnya juga mungkin turut hilang ditelan zaman.

Rujuk :

Menjawab Kekeliruan Top 10 Silap Fakta Tentang Sirah Nabi S.A.W - Dr.Khafidz Soroni

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

19 Aug, 09:06


https://www.hmetro.com.my/utama/2022/08/873133/semak-hadis-sebelum-sebar

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

25 Feb, 02:36


​​LINK RAKAMAN KULIAH KITAB 40 HADIS JALAN KE SYURGA

SIRI 1: https://fb.watch/bnUuCDhzZw/
SIRI 2: https://fb.watch/bnUA2Odq_O/
SIRI 3: https://fb.watch/bnUDntwwFs/
SIRI 4: https://fb.watch/bnUGmVZWR6/
SIRI 5: https://fb.watch/bnUI2h1V7h/
SIRI 6: https://fb.watch/bnUNYHLolH/
SIRI 7: https://fb.watch/bnUQVTsaEP/
SIRI 8:https://fb.watch/bnUU5WRMYs/
SIRI 9: https://fb.watch/bnUY5FxL5Y/
SIRI 10:https://fb.watch/bnU_-4wJYK/
SIRI 11: https://fb.watch/bnV9Efte15/
SIRI 12: https://fb.watch/bnVcgBGNRR/
SIRI 13: https://fb.watch/bnVffLEbC4/
SIRI 14: https://fb.watch/bnVir3Oh3O/
SIRI 15: https://fb.watch/bnVpIBdzyf/
SIRI 16: https://fb.watch/bnVso5BkHB/
SIRI 17: https://fb.watch/bnVuS1_3EF/
SIRI 18: https://fb.watch/bnVxoRuVeF/
SIRI 19: https://fb.watch/bnVAv35oQ0/
SIRI 20: https://fb.watch/bnVDclvVKX/
SIRI 21: https://fb.watch/bnVFFHaAds/
SIRI 22: https://fb.watch/bnVIyfXJ6G/
SIRI 23: https://fb.watch/bnVKOVAgLG/
SIRI 24: https://fb.watch/bnVMWJeu6_/
SIRI 25: https://fb.watch/bnVPpIfm2c/
SIRI 26: https://fb.watch/bnVUh5zRgt/
SIRI 27: https://fb.watch/bnVWcmLP9A/
SIRI 28: https://fb.watch/bnVY6NWzJN/
SIRI 29: https://fb.watch/bnVZIWuV71/
SIRI 30: https://fb.watch/bnV-BzzWjC/
SIRI 31: https://fb.watch/bnW1YjqGWw/
SIRI 32 AKHIR DAN KHATAM: https://fb.watch/bnW6IWezrZ/

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

11 Feb, 04:03


‎- al-Hafiz Ibn Hajar juga mengistinbatkan dalam Fath al-Bari bhw hadis ini menunjukkan ‎kelebihan orang alim ke atas ahli ibadat. Beliau menyebut: ‎

‏"وَفِيهِ فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِد، لِأَنَّ الَّذِي أَفْتَاهُ أَوَّلًا بِأَنْ لَا تَوْبَةَ لَهُ، غَلَبَتْ عَلَيْهِ الْعِبَادَة، فَاسْتَعْظَمَ وُقُوعَ مَا وَقَعَ ‏مِنْ ذَلِكَ الْقَاتِل، مِنْ اِسْتِجْرَائِهِ عَلَى ‏قَتْلِ هَذَا الْعَدَدِ الْكَثِير، وَأَمَّا الثَّانِي فَغَلَبَ عَلَيْهِ الْعِلْم، فَأَفْتَاهُ بِالصَّوَابِ، وَدَلَّهُ ‏عَلَى طَرِيقِ النَّجَاة". ‏

‎- Maka, sifat ‘rajin sembahyang, ahli ibadat, banyak ibadat, atau orang baik/soleh’, semuanya ‎adalah makna yang hampir sama sahaja. Jelasnya beliau hanya menyampaikan makna hadis dan ‎tidak mengubah maknanya. Jika dituduh sebagai: putting words into the Prophet’s mouth, maka ‎ia adalah satu tuduhan yang agak berlebihan. ‎

Wallahu a‘lam.‎

Sumber asal fb Dr. Khafidz Soroni

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

11 Feb, 04:02


Benarkah Ustaz Wadi Annuar Menambah-nambah Hadis Berkaitan Kisah Taubat Pembunuh 99 Orang ?

Soalan :

Assalamu'alaikum dr

Boleh ulas apa yang dikata oleh pilot ini menyalahkan Ustaz Wadi Annuar kononnya menambah² hadis kisah pembunuh 99 nyawa..

https://youtu.be/2_DPlw1BhBE

Jawapan Dr Khafidz Soroni :

‎- Ulasannya lebih berunsur serangan balas peribadi semata-mata. Kerana penyampaian Ustaz Wadi ‎Annuar jelas berada pada maqam khotobah (berucap, berceramah), bukan pada maqam ta’lim ‌‎(mengajar) atau riwayah (meriwayatkan hadis) sehingga boleh dikatakan beliau menokok ‎tambah hadis. ‎

‎- Menyampaikan matan hadis atau maknanya secara literal dalam khotobah adalah satu ‎saranan yg boleh diterima. Namun, jika dikatakan: wajib menyampaikan dalam khotobah ‎matan hadis atau maknanya secara literal, maka ini adalah satu hukum yang boleh ‎dipertikaikan. Penyampaian hadis secara makna asalkan tidak mengubah maksudnya adalah ‎satu perkara yang dilakukan oleh ramai penceramah dan ilmuwan. Dan tiada ulama atau fatwa ‎yg melarang demikian. kecualilah jika diubah maknanya atau diselewengkan maksudnya, ‎maka sudah tentu perbuatan begini memang amat wajar dilarang. ‎

‎- Malah, jika diamati, hadis kisah pembunuh 99 orang itu juga diriwayatkan secara makna oleh ‎ramai perawi yg meriwayatkannya. Dan periwayatan secara makna adalah harus menurut ‎kebanyakan ulama. Justeru itu, kita lihat terdapat beberapa perbezaan lafaz antara riwayat ‎Imam Ahmad, Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, meskipun mengandungi makna yang ‎sama. Tidak dapat dipastikan mana satukah lafaz Nabi SAW yang asal, tulen dan sebenar, ‎namun kesemuanya tetap dinilai sahih. ‎

‎- Peliknya, Ustaz Wadi tidak pun menyebutkan matan Arabnya sehingga wajar dituduh sebagai ‎menokok tambah. Bermaksud apa yang disampaikan hanyalah secara makna sahaja. Malah bukan ‎wajib untuk beliau menyatakan bahawa ia adalah penjelasan peribadi, meskipun dianjurkan ‎berbuat demikian. Ini kerana beliau sedang berceramah, bukan sedang mengajar dan ‎meriwayatkan hadis. Maka, adakah beliau mengubah makna hadis?‎

‎- Jika beliau menyebut: ‘Rahib’ tentunya istilah ini tidak dapat difahami jelas oleh semua ‎orang. Justeru, beliau menyebutkan sifatnya serta lisan halnya dalam menjawab soalan, iaitu ‌‎‘rajin sembahyang tapi tiada ilmu, ahli ibadat tapi tiada ilmu, banyak ibadat tapi jahil, orang ‎baik/soleh tapi jahil’. Semua ini sifat yang menunjukkan makna yang hampir sama. ‎

‎- Dalam pertuturan: ‘Tiada ilmu atau jahil’ boleh difahami secara mudah sebagai sedikit atau ‎kurang ilmunya, bukan penafian langsung terhadap ilmunya. Seperti kita kata: ‘orang berilmu’, ‎bukan bermakna tiada langsung sedikit kejahilan pun padanya; atau ‘orang jahil’, bukan ‎bermakna tiada langsung sedikit ilmu pun padanya.‎

‎- Jika dirujuk dalam kamus Arab, Rahib bermaksud: orang yang memberi tumpuan terhadap ‎ibadat, seperti dalam kitab Lisan al-‘Arab disebut: (‎والرَّاهِبُ المُتَعَبِّدُ في الصَّوْمعةِ وأَحدُ رُهْبانِ النصارى‎), dalam ‎al-Misbah al-Munir disebut: (‎والرَّاهِبُ عابد النصارى، من ذلك، والجمع رُهْبَانٌ، وربما قيل: رَهَابِينُ، وتَرَهَّبَ ‏الرَّاهِبُ انقطع للعبادة‎) & dalam kitab Mukhtar as-Sihah disebut: (‎والرَّاهِبُ المتعبد‎). ‎

‎- Begitu juga dalam kitab-kitab syarah hadis, dengan ditambah: orang yang berasa takut, seperti al-Kawakib ‎ad-Darari oleh al-Kirmani disebut: (‎والراهب واحد رهبان النصارى، وهو الخائف والمتعبد‎), ‘Umdat al-‎Qari oleh al-‘Aini disebut: (‎الراهب واحد رهبان النصارى، وهو الخائف والمتعبد‎), & Faidhul Qadir ‎oleh al-Munawi disebut: (‎يقال ترهب الراهب، انقطع للعبادة، والراهب عابد النصارى‎).‎

bersambung

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

10 Oct, 02:24


Bagaimanapun, sekiranya hadis ahad itu diiringi bukti sokongan (qara'in) maka ulama berselisih pendapat tentang masalah ini. Adakah ia boleh meningkatkan kedudukannya daripada tahap kemungkinan besar (az-zann) kepada tahap yakin (al-'ilm al-yaqini)? Menurut ramai ulama seperti Ibn as-Solah, Ibn Hajar dan as-Suyuti ia menghasilkan keyakinan. Menurut sebahagian ulama pula seperti Imam al-Haramain dan an-Nawawi, ia tetap menghasilkan az-zann sahaja. Semua perbahasan ini adalah berdasarkan pandangan jumhur ulama. Adapun menurut mazhab Zahiri dan segelintir ahli hadis, hadis ahad menghasilkan keyakinan sama seperti hadis mutawatir. Namun, pandangan mereka adalah lemah.

Perbahasan tahap keyakinan terhadap hadis ini adalah bagi menentukan batasan dasar akidah dan syarak sahaja. Maka, janganlah dicampuradukkan aspek ini dengan aspek kewajipan beramal dengan hadis sahih. Para ulama bersepakat bahawa hadis sahih yang tiada sebarang pertikaian wajib diterima dan diamalkan.

link Penuh :
https://www.hmetro.com.my/addin/2021/10/764452/tahap-keyakinan-terhadap-hadis

ن ٠ ع ٠ م

Ketua Tanfiziah NA'AM Nahdlatul Ulama' Malaysia - Official
Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) (KUIS) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

#perkasakansistemthurath
#cintakanpondok
#cintakanulama

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

10 Oct, 02:23


Tahap Keyakinan Terhadap Hadis

Berdasarkan fakta sejarah, hadis tidak dibukukan secara rasmi pada zaman Nabi SAW seperti al-Quran dibukukan. Kebanyakan hadis diriwayatkan secara lisan sehinggalah zaman Khalifah Umar bin Abd al-Aziz (wafat 101H) baru hadis dibukukan secara rasmi. Terdapat jarak tempoh yang jauh di antara zaman Nabi SAW dengan zaman Khalifah Umar ini. Justeru di antara tempoh berkenaan, pelbagai faktor kemungkinan boleh berlaku terhadap periwayatan hadis yang disebabkan oleh kesilapan perawi, kekurangan ingatan perawi, periwayatan hadis secara makna serta kesan kemunculan hadis palsu.

Maka, hanya perawi yang bersifat adil dan benar-benar kuat ingatan sahaja yang dapat dipercayai riwayatnya sebagai tepat. Bagaimanapun, tidak semua mereka memiliki tahap yang sama kerana perbezaan fitrah semula jadi manusia. Oleh itu, perawi yang benar-benar berkualiti dan berkredibiliti pada tahap tertinggi tidak ramai bilangannya. Syu'bah bin al-Hajjaj berkata: "Sekiranya aku tidak meriwayatkan hadis kepada kamu melainkan hanya daripada orang yang thiqah, nescaya aku tak dapat meriwayatkan hadis kepadamu melainkan daripada segelintir orang sahaja." Yahya al-Qattan berkata: "Sekiranya aku tidak meriwayatkan hadis melainkan hanya daripada orang yang aku reda, nescaya aku tidak meriwayatkan hadis melainkan daripada lima orang sahaja atau sekitar itu."

Oleh yang demikian, memadai perawi itu diketahui bersifat adil dan tidak pula melakukan banyak kesilapan dalam meriwayatkannya. Berbuat silap adalah sifat lumrah manusia dan berlaku walau kepada perawi yang paling thiqah sekalipun, namun kesilapan yang sedikit tidak mengurangkan kebolehpercayaan terhadapnya.

Oleh itu, ulama menyatakan, dalam aspek periwayatan hadis memadai dibina atas sangkaan yang berat (zann ghalib) sahaja terhadap kredibiliti perawi yang menyampaikannya dan tidak perlu memastikan sehingga tahap yakin padanya. Maka, daripada aspek ini dan berdasarkan konsep sangka baik (husnuz zann) sesama Muslim, hadis boleh diterima daripadanya. Sebab itu sebahagian ulama seperti Imam Abu Hanifah menerima hadis mursal sebagai hujah meskipun ditolak oleh Imam as-Syafii.

Demikian adalah daripada aspek periwayatan hadis sahaja. Namun, daripada aspek tahap keyakinan terhadap hadis itu sendiri terdapat perbincangan lain di sisi ulama. Tujuannya bagi menentukan garis sempadan akidah dan syarak. Juga sejauh mana penolakan terhadap hadis itu boleh memberi implikasi seseorang itu jatuh kufur atau sekadar fasik.

Bagi membezakannya, hadis umumnya dibahagikan kepada dua iaitu hadis mutawatir dan hadis ahad. Kedudukan hadis mutawatir adalah sama seperti al-Quran iaitu perlu diterima secara yakin. Dalam membicarakannya, ulama usul memberikan kepada hadis mutawatir ini nilai al-'ilm kerana al-'ilm menurut pengertian bahasanya ialah yakin. Justeru, ada juga yang menyebutnya sebagai al-'ilm al-yaqini. Oleh kerana hadis mutawatir ini menghasilkan keyakinan maka sesuailah dijadikan syarat dalam dasar akidah yang memang memerlukan kepada keyakinan yang jazam (sepenuhnya). Oleh itu, orang yang mengingkarinya boleh menjadi kufur.

Kedudukan hadis ahad adalah bersifat kemungkinan besar dan berat pada kepercayaan ia daripada Nabi SAW sahaja, tidak sebagaimana hadis mutawatir. Ulama usul memberikan kepada hadis ahad ini nilai az-zann, dengan erti kata kemungkinan besar (ghalabat az-zann) atau sangkaan yang berat (zann ghalib). Nilai az-zann bukanlah seperti makna bahasanya iaitu prasangka atau sangka-sangkaan, tetapi bermaksud berat pada kepercayaan ia benar daripada Nabi SAW. Namun, bukan diyakini secara qat'ie 100 peratus ia daripada baginda SAW sehingga jatuh kufur orang yang mengingkarinya. Justeru, sesuailah ia dijadikan sempadan syarak. Meskipun orang yang mengingkarinya tidak kufur, namun ia dianggap fasik dan berdosa kerana menolak hadis Nabi SAW yang sabit.

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

22 Jul, 13:24


​​5. Ucapan seperti ini juga banyak dijumpai dalam al-Asrār al-Marfū‘ah fi al-Akhbār al-Mawḍū‘ah (himpunan hadith palsu) karya Mullā ‘Ali al-Qārī (m. 1014 H). Salah satunya ucapan beliau:
حديث لولاك لما خلقت الأفلاك قال الصغاني إنه موضوع كذا في الخلاصة لكن معناه صحيح فقد روى الديلمي عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا : أتاني جبريل فقال يا محمد لولاك ما خلقت الجنة ولولاك ما خلقت النار وفي رواية ابن عساكر لولاك ما خلقت الدنيا .
“Hadith: jika bukan keranamu, aku tidak akan menciptakan alam semesta. Al-Ṣaghānī berkata: palsu. Demikian dalam al-Khulāṣah. Akan tetapi maknanya sahih. Al-Daylamī meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu‘: Jibril datang kepadaku dan berkata: Wahai Muhammad, sekiranya bukan keranamu, tidak diciptakan syurga. Sekiranya bukan keranamu, tidak diciptakan neraka. Dalam riwayat Ibn ‘Asākir: Sekiranya bukan keranamu, tidak diciptakan dunia.”

6. Abu al-Mahasin Muhammad bin Khalil al-Qawuqji (m. 1305 H) dalam al-Lu’lu’ al-Marṣū’ fi mā Lā Aṣla lahu Aw bi Aṣlih Mawḍu‘ (Himpunan hadith tiada asal dan palsu) berkata:

حديث : الثقة بكل أحد عجز ، لم يرد بهذا اللفظ ، ومعناه صحيح ظاهر.
“Hadith: percaya kepada setiap orang adalah satu kebodohan. Tiada hadith yang diriwayatkan dengan lafaz seperti ini, namun maknanya sahih secara jelas.”

Perkataan “maknanya sahih” dalam semua nukilan di atas bukan bermakna bahwa hadith itu benar daripada Nabi. Akan tetapi, maknanya ialah mesej yang terkandung dalam hadith-hadith tersebut tidak menyalahi syariat kerana disokong oleh dalil lain atau selari dengan kaedah umum. Justeru, kita tetap haram meriwayatkan hadith-hadith tersebut dengan menisbahkannya kepada Nabi.
Berdasarkan semua nukilan di atas, saya serahkan kepada penilaian pembaca sama ada menerima atau menolak ucapan “hadith palsu tidak bererti amalannya palsu”. Wallahu a’lam.

Dr Umar Muhammad Noor

#hadithpalsu #amalansahih #maknasahih

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

22 Jul, 13:23


Saya ragu-ragu menjawab soalan di bawah ini. Bukan kerana saya tak ada pendirian, namun bimbang ucapan saya disalahfahami.
Oleh yang demikian, pada kesempatan ini saya hanya ingin berkongsi fenomena menarik yang saya jumpai dalam buku-buku himpunan hadith masyhur dan himpunan hadith palsu. Walaupun para penulis buku-buku ini menghukum hadith-hadith tertentu sebagai palsu, tiada asal, tidak sahih, dan tidak dijumpai sumbernya, namun mereka terkadang menegaskan kebenaran kandungan hadith-hadith tersebut.

1. Abu al-Faraj Ibn al-Jawzī (m. 597 H) berkata dalam al-‘Ilal al-Mutanāhiyah fi al-Aḥādīth al-Wāhiyah (Himpunan Hadith-hadith tersangat lemah) berkenaan hadith:
أَنْتَ سَيِّدٌ فِي الدُّنْيَا سَيِّدٌ فِي الآخِرَةِ وَمَنْ أَحَبَّكَ فَقَدْ أَحَبَّنِي وَحَبِيبِي حَبِيبُ اللَّهِ وَعَدُوُّكَ عَدُوِّي وَعَدُوِّي عَدُوُّ اللَّهِ قَالَ وَالْوَيْلُ لِمَنْ أَبْغَضَكَ مِنْ بَعْدِي".
“Engkau (‘Ali) adalah pemimpin di dunia dan di akhirat. Siapa yang mencintaimu, makai a telah mencintaiku. Kekasihku adalah kekasih Allah. Dan musuhmu adalah musuhku. Musuhku adalah musuh Allah. Celakalah orang yang membencimu selepasku.”
Ibn al-Jawzī berkata:
هَذَا حَدِيثٌ لا يَصِحُّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعْنَاهُ صَحِيحٌ قَالَ فَالْوَيْلُ لِمَنْ تَكَلَّفَ فِي وَضْعِهِ إِذْ لا فَائِدَةُ فِي ذَلِكَ.
“Hadith ini tidak sahih daripada Rasulullah, akan tetapi maknanya sahih.” Beliau turut berkata: “Celakalah orang yang memalsukan hadith ini kerana tiada faedah padanya.”
Penulis kitab Tanzīḥ al-Sharī‘ah al-Marfū‘ah memahami ucapan Ibn al-Jawzi ini sebagai menghukum palsu hadith tersebut namun mensahihkan maknanya. Beliau berkata:
وَأوردهُ ابْن الْجَوْزِيّ فِي الواهيات وَقَالَ: مَوْضُوع وَمَعْنَاهُ صَحِيح، فالويل لمن تكلّف وَضعه اذلا فَائِدَة فِي ذَلِك.
“Ibn al-Jawzī menyebutkan hadith ini dalam kitab al-Wāhiyāt lalu berkata: palsu namun maknanya sahih. Celakalah orang yang memalsukan hadith ini kerana tiada faedah padanya.”

2. Taqi al-Din Ahmad Ibn Taymiyyah (m. 728 H) dalam Aḥādīth al-Qaṣṣāṣ (himpunan hadith para penceramah) berkata:
ومنها: «أَدَّبَنِي رَبِّي فَأَحْسَنَ تَأْدِيبِي» . المعنى صحيح. لكن لا يعرف له إِسناد ثابت.
“Salah satu hadith tersebut ialah: Tuhanku telah mendidikku dan memperelokkan pendidikanku. Maknanya sahih, akan tetapi tidak dijumpai baginya sanad yang sahih (thabit).”
Lebih jelas daripada itu, Ibn Taymiyyah berkata:
ومنها: «مَنْ كَسَرَ قَلْبًا فَعَلَيْهِ جَبْرُهُ» . هذا أدب من الآداب، وليس اللفظ معروفًا عن النبي صلى الله عليه وسلم. وكثير من الكلام يكون معناه صحيحًا لكن لا يمكن أن يقال عن الرسول ما لم يقل . مَعَ أَنَّ هذا ليس يُطْلَقُ في كسر قلوب الكفار والمنافقين وبه إِقامة الملة.

“Juga hadith: siapa yang mematahkan hati orang lain maka dia wajib mengubatinya. Ini adalah salah satu adab. Lafaznya tidak dikenali daripada Nabi SAW. Banyak perkataan yang maknanya sahih akan tetapi tidak boleh dikatakan berasal daripada Nabi selagimana baginda tidak mengatakannya. Seperkara lagi, ucapan ini tidak berkaitan dengan mematahkan hati orang kafir dan munafik, kerana perbuatan tersebut malah menegakkan agama.”

3. Shams al-Dīn al-Sakhāwī (m. 902H) berkata dalam al-Maqāṣid al-Ḥasanah fī Bayān al-Aḥādith al-Mushtahirah ‘ala al-Alsinah (himpunan hadith-hadith masyhur dalam kalangan masyarakat):
حديث ( أنا أفصح من نطق بالضاد ) معناه صحيح ولكن لا أصل له كما قاله ابن كثير
“Hadith: Aku adalah orang yang paling fasih dalam mengucapkan huruf ḍād, maknanya sahih namun tiada asal baginya sebagaimana ucapan Ibn Kathir.”
Saya menjumpai cukup banyak ucapan seperti ini dalam al-Maqāṣid al-Ḥasanah.

4. Muhammad bin Ṭāhir al-Fattanī (m. 986 H) berkata dalam Tadhkirah al-Mawḍū‘āt (Himpunan hadith palsu):
حب الوطن من الإيمان لم أقف عليه ومعناه صحيح
“Hadith: Cinta tanah air adalah bahagian daripada iman, aku tidak menjumpainya, namun maknanya sahih.”

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

18 Jul, 11:30


​​HADITH PALSU TIDAK BERERTI AMALANNYA PALSU

(1) Ini yang kerap dianak tirikan daripada penerangan oleh segelintir ummat Islam yang rajin menyebarkan maklumat tentang status hadith, nampaknya terlepas pandang untuk menerangkan hukum berkaitan isi hadith.

(2) Contoh mudah: Ada hadith palsu tentang kelebihan solat sunat taraawih tidak bererti tidak sunat solat taraawih atau solat taraawih tiada kelebihan.

(3) Contoh lagi: Ada hadith palsu tentang kelebihan berpuasa pada bulan Rajab, bukan bererti tidak sunat berpuasa pada bulan Rajab atau tiada kelebihan berpuasa pada bulan Rajab.

(4) Demikianlah, ada hadith palsu tentang kelebihan puasa sunat Tarwiyah (8 Zulhijjah), bukan bererti tidak sunat berpuasa pada hari Tarwiyah.

(5) Asas hukum sunat berpuasa pada hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) BUKAN berdasarkan hadith palsu berkenaan, tetapi KERANA selain ianya termasuk sepuluh (10) hari pertama bulan Zulhijjah (selain hari raya yang diharamkan berpuasa) yang digalakkan ditingkatkan ibadah di dalamnya, termasuk ibadah puasa, kerana keutamaan waktunya, ADALAH DISEBABKAN oleh konsep ihtiyath (berhati-hati) kerana mungkin ia hakikatnya adalah 9 Zulhijjah.

(6) Ini seperti mana yang diterangkan di dalam al-Manhaj al-Qawim oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami, dengan Hasyiah Kubro Imam al-Kurdi dan Hasyiah Syeikh at-Tarmasi. Begitu juga terdapat di dalam Hasyiah Imam al-Baijuri.

(7) Kata Imam Ibn Hajar al-Haitami:

ويوم عرفة أفضل الأيام، ويسن أن يصوم معه الثمانية التي قبله، وهو مراد المصنف بقوله: "وعشر ذي الحجة"، لكن الثامن مطلوب من جهة الاحتياط لعرفة، ومن جهة دخوله في العشر غير العيد.

(8) Maka, jelas ulama-ulama Syafiiyyah tidak mengasaskan hukum sunat berpuasa hari Tarwiyah kepada hadith yang dikatakan sangat daif atau palsu itu, yang di dalamnya disebutkan fadilat puasa Tarwiyah, TETAPI diasaskan kepada asas dan dalil yang lain.

(9) Adapun hadith kelebihan puasa Tarwiyah yang dipermasalahkan itu adalah kerana pada sanadnya ada Muhammad bin as-Sa’ib al-Kalbi (محمد بن السائب الكلبي). Ada penilai hadith yang mengkelaskan dia pendusta dan ada yang ringan sedikit jarhnya, tidak sampai pendusta. Justeru, ada kemungkinan status hadith yang diperselisihkan, sama ada hadith tersebut palsu atau daif jiddan atau munkar.

Wallaahu ta'aala a'lam.

Penjelasan :
Dr. Mohd Khafidz Soroni
Ketua Kluster Hadis
Majlis Akademik ISLAMI


dan

Ustaz Engku Ahmad Fadzil
AJK ISLAMI Kebangsaan

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

25 Jun, 11:37


​​Ilmu hadith yang kita punya hari ini hanya saki-baki ilmu ini. Ibarat sebuah istana yang sangat kokoh dan indah pada satu masa dahulu, pada hari ini sekedar puing-puing dan reruntuhan belaka.

Dari 26 tajuk buku Imam 'Ali bin al-Madini (m. 234H), hanya 4 atau 5 buku sahaja yang selamat ke tangan al-Khatib al-Baghdadi (m. 463H). Selainnya telah pupus kerana diabaikan. Padahal pada abad 5H itu huffaz masih ramai lagi.

Jika begitu realitinya, berapa peratus kah kira-kira buku ulama hadith terdahulu yang bertahan hingga abad 15 H ini apabila sejak 5 abad lalu gelaran hafiz hanya ada di dalam buku sahaja?

Menghidupkan ilmu hadith di abad ini, saya harap, termasuk dalam upaya menghidupkan sunnah.

Dr Umar Muhammad Noor

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

18 Jun, 09:59


Bahaya Menyamakan Hadith Dhaif Dengan Palsu - Adlan Abdul Aziz

http://www.mediafire.com/file/7yp4jroe753lxm3/Bahaya_Menyamakan_Hadith_Dhaif_Dengan_Palsu_-_Adlan_Abdul_Aziz.pdf/file

Ustaz Adlan juga ada buat program membincangkan isi kandungan buku ini, boleh tonton di sini:

1 - https://www.youtube.com/watch?v=1pH33wTkUQA&t=24s

2 - https://www.youtube.com/watch?v=bRWRX-QKJj4

dikongsi oleh Ustaz Zulhusni Mat Resat

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

09 Jun, 16:03


​​Kecoh tentang Imam al-Bukhari di twitter.

Saya teringat semasa ikut serta dalam membantu Syeikh Riyad al-Khiraqi dalam mentakhrij kitab Hasyiah Ibn 'Abidin di rumah beliau di Damsyik. Waktu itu saya dan lima orang pelajar beliau tengah sibuk menghimpun sanad dan mengkaji perawi. Semua budak Arab melainkan saya dan seorang pelajar dari Dagestan.

Salah seorang dari pelajar Arab ni masih baru bermulazamah dengan Syeikh. Belum cukup satu tahun seingat saya. Apabila membandingkan sebuah sanad yang terkandung dalam Sunan al-Nasa'i, dia berkata: "Subhanallah, al-Nasai silap dalam sanad hadith ini."

Mendengar ucapan ini, Syeikh Riyad sangat marah. Beliau berkata: " Engkau berani menyalahkan al-Nasa'i? Aku hukum kamu semua membersihkan rumah-rumah dalam blok ini! Agar kamu ingat jangan bermudah menyalahkan ulama."
Malam itu, tugasan takhrij dihentikan. Kami semua mengelap semua lantai rumah di blok setinggi 7 (atau 8?) tingkat.

Ya, kami setuju bahawa ulama tidak maksum. Tapi kami yakin bahawa kesalahan ulama yang sangat pakar seperti al-Nasa'i mestilah kesalahan yang halus. Tidak dalam kemampuan budak baru belajar hadith semalam untuk mengetahui kesalahan tersebut. Kalaupun Einstein silap, kesilapan beliau pastilah bukan dalam mengira 1 + 1=2.

Dibawah ini adalah petikan daripada penutup buku saya yang bertajuk aliran kritik hadith semasa ms 261-262. Saya mengajak ahli akademik di institusi pengajian tinggi Islam untuk lebih banyak memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kelebihan para ulama terdahulu. Hindari kesukaan untuk melakukan kritikan-kritikan dangkal yang hanya akan membuat mereka memandang rendah kepada para ulama hadith terdahulu.

Dr Umar Muhammad Noor

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

04 Jun, 00:29


https://youtu.be/gd7KxhU00bM

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

28 May, 06:34


​​Kelas Intensif Hadith 4.0 - Asas Ilal Hadith - Online Zoom !
.
Daftar Segera !
.
Tenaga Pengajar: Dr. Khafidz Soroni
Masa: 9.30 Malam - 10.45 Malam
Yuran: RM 50
Tarikh:

31/5 & 1/6
7/6 & 8/6
14/6 & 15/6
21/6 & 22/6.

Silibus Ilmu ‘Ilal Hadis

1. Takrif ilmu ‘ilal hadis, kepentingannya dan perkembangan sejarahnya, serta jenis2 ‘illah.
2. Faktor2 berlakunya ‘illah pd hadis 1.
3. Faktor2 berlakunya ‘illah pd hadis 2.
4. Kaedah2 bagi mengenal pasti ‘illah pd hadis.
5. Indikasi2 yg dapat membuktikan ‘illah pd hadis.
6. Tokoh2 ilmu ‘ilal hadis dan manhaj mereka 1.
7. Tokoh2 ilmu ‘ilal hadis dan manhaj mereka 2.
8. Karya2 berkaitan ilmu ‘ilal hadis dan metodologinya 1
9. Karya2 berkaitan ilmu ‘ilal hadis dan metodologinya 2

Hubungi Sdr. Azmi www.wasap.my/+60162702270/IntensifHadith4.0

Anjuran:

Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group (ARG)