Penulis Jalanan 🚶🏻

@tulisanhodoh


PENULIS JALANAN 🖊

Tulis selagi mampu , usaha selagi boleh . 🐢

Ringkas , padat tapi terus melekat !

Sentap ? bererti kau masih punya hati 😊👌🏻

Create :- 2 Disember 2017 ❤️

Penulis Jalanan 🚶🏻

19 Oct, 09:06


Kamu sebenarnya selfish dan terlalu pentingkan diri. Kamu tidak pernah cuba untuk faham dan ambil tahu pun tentang perasaan dia. Sedangkan dalam perhubungan itu perlu ada toleransi dan saling mengerti bukan hanya memikirkan ego sendiri.

Kamu fikir kamu sahaja yang ada hati dan perasaan sehingga dirinya kamu biar terabai dan melarut dalam kesedihan.

Jangan menyesal jika suatu hari nanti dia tak lagi peduli. Justeru, sikapmu itu yang membuatkan dia menjauh diri dan melangkah pergi.

Hadirnya sedikit pun tak pernah kamu hargai. Lalu untuk apa kamu ingin dia terus tetap berada di sisi? Supaya kamu bisa sakitinya berulang kali?

-PenulisJalanan

Penulis Jalanan 🚶🏻

18 Oct, 15:27


Menjadi dewasa itu seharusnya kamu sudah bersedia. Menikmati setiap jalur hidup yang kamu sendiri tidak tahu penghujungnya bagaimana. Sama ada hal-hal itu membahagiakan ataupun sekadar memberikan kamu sebuah kelukaan.

Hidup ini bagai sebuah novel cinta. Yang mana di dalam nya terselit pelbagai kisah suka dan duka. Hati menjadi berbunga-bunga ketika bahagia dan ada masa mengalir air mata dikala derita menyapa.

Ya, begitula menjadi dewasa. Bukan hanya sekadar tertawa meraikan bahagia, namun harus terbiasa merawat luka yang kadang datang secara tiba-tiba.

-PenulisJalanan

Penulis Jalanan 🚶🏻

16 Oct, 05:25


Burung Pipit Yang Bertasbih kepada Allah

Dikisahkan bahawa ada seekor burung pipit yang bertasbih mensucikan Allah setiap hari namun beberapa hari yang berlalu suara tasbihnya tidak lagi kedengaran.

Maka para Malaikat pun bertanya “Ya Rabb, kenapa suara tasbih burung itu tidak kedengaran lagi?”

Allah SWT segera menjawab, “Kalian akan segera tahu jawapannya, sebentar lagi ia akan datang mengadu kepada-Ku kerana ia tiada tempat untuk mengadu selain kepada-Ku.”

Selang beberapa lama kelihatan burung pipit itu bertenggek di ranting pokok namun tidak bercakap hanya diam. Kemudian Allah berkata kepadanya “Sampaikanlah apa hal gerangan yang menyesakkan dadamu?”

“Ya Rabb, aku mempunyai sarang kecil untuk ku beristirehat, Engkau kirimkan angin kencang yang menghancurkan sarangku.” Ucap burung pipit itu sambil mengalirkan air mata kerana rasa sedih yang sangat dalam hingga membuat penduduk langit terdiam & terharu.

Allah SWT kemudian berkata “Sebetulnya semasa kamu terlelap, ada seekor ular yang mendekati sarangmu & ingin menjadikanmu mangsanya. Maka Aku sengaja kirimkan angin agar kamu terbangun, terbang & selamat. betapa besarnya ancaman yang telah Aku jauhkan darimu.”

Air mata burung pipit semakin bergenang, bukan kerana kecewa & sedih. Namun sangat terharu, suara tangisnya membelah keheningan langit. “Alangkah lembutnya Engkau Ya Rabb.” 🥺

Kita juga sebenarnya sama persis seperti burung pipit itu. Selalu berasa sedih dan terkadang dalam tidak sedar termarah Allah atas segala ujian yang diberikan. Tidak redha dan sukar terima apa yang telah terjadi dalam kehidupan.

Jangan lah menyalahkan takdir jika Allah mengambil sesuatu yang kita cintai. Kerana setiap perkara buruk yang berlaku pasti ada terselindung hikmah yang Allah nak bagi.

Seandainya kita tahu bagaimana Allah mengatur urusan kita, nescaya hati kita akan sentiasa larut dengan cinta_Nya.

Begitu baiknya Allah. 🤍

Penulis Jalanan 🚶🏻

06 Oct, 23:08


Pagi ni ada yang ceria, ada juga yang tak semangat seperti biasa.

Apapun yang terjadi, hidup tetap perlu diteruskan.

Cuba minum secawan kopi dulu, mana tahu boleh lupa kejap masalah yang serabut di fikiran kau tu.

🤍

Penulis Jalanan 🚶🏻

02 Oct, 16:52


Pinjaman

Aku, kau dan dia semua adalah pinjaman. Takde yang kekal dan masing2 akan pulang kepada pemilik yang asal.

Sebab tu, jangan terlalu berharap yang orang akan selalu ada dengan kau selamanya.

Perpisahan itu tetap akan terjadi. Sama ada rela atau terpaksa, kita takkan dapat elak jika waktunya telah tiba.

Jadi, sayangilah seseorang itu sekadarnya, agar kamu tetap bisa berdiri bila dia tak lagi disisi.

-PenulisJalanan

Penulis Jalanan 🚶🏻

30 Sep, 16:50


Selamat tinggal sad-tember, hi oktober.

semoga yang direncanakan terus berjalan sesuai dengan harapan dan apa yang diimpikan segera menjadi kenyataan.

walaupun sekarang hidup seakan berantakan, tapi aku yakin apa yang diaturkan Tuhan itulah sebaik-baik anugerah yang telah ditakdirkan.

❤️

Penulis Jalanan 🚶🏻

26 Sep, 23:09


Tahu semalam banyak masalah. Mungkin korang tak berapa happy. Tapi harini cuba untuk senyum dan mulakan pagi dengan semangat yang baru.

Morning 🤍

Penulis Jalanan 🚶🏻

26 Sep, 14:07


Kesempurnaan bukan dicari, tapi dibentuk. Jadi yang terbaik untuk diri sendiri dahulu, baru yang baik akan hadir buat dirimu. Tak perlu jadi sempurna untuk miliki hati si dia. Cukup la jadi diri sendiri dan biarkan dia memilihmu apa adanya.

Bukan soal lambat atau cepat,

Tapi,

Kamu akan kelihatan sempurna di mata orang yang tepat.

Jangan terlalu terburu, kerna semuanya akan indah bila tiba waktu.

-PenulisJalanan

Penulis Jalanan 🚶🏻

31 Aug, 14:26


Ada orang yang terlalu takut dengan masa hadapan, sehingga tidak mampu hidup di masa sekarang.

Dan ada orang juga yang terlalu takut dengan masa sekarang, kerana terperangkap dengan masa lalu.

Kerana apa dia takut?

Kerana dia 'tidak yakin' dan 'tidak pasti', sehingga fikirannya dihancurkan oleh overthinking.

Sebab itu, Allah telah recall untuk ingatkan kita di dalam surah ad-Dhuha.

Ada 3 perkara yang telah Allah telah berikan kepada kamu sebelum ini, mungkin kamu terlupa;

1. Perlindungan ( فَـَٔاوَىٰ )
- Buktinya kamu masih bernafas dan membesar sehingga sekarang.

2. Petunjuk ( فَهَدَىٰ )
- Buktinya di dada kamu masih punya Iman dan Islam.

3. Kecukupan ( فَأَغۡنَىٰ )
- Buktinya walaupun kamu kurang, kamu bukanlah miskin yang teruk. Malah, diberikan kecukupan untuk teruskan hidup.

Jadi, kenapa perlu takut? Sedangkan Allah sudah memberikan 3 perkara ini?

Jadi, senyum. :) Simpan mesej Allah ini baik-baik.

-inche_lebah

Penulis Jalanan 🚶🏻

31 Aug, 14:23


Merdeka itu bukan tentang masalah kamu yang hilang, tetapi bagaimana hati kamu menjadi lapang. Semua masalah yang kamu anggap besar sebelum ini, akhirnya nampak sekecil butang.

Bukan kerana masalah itu yang berubah menjadi kecil, tetapi dirimu yang berubah menjadi besar. Maka, kamu akan bebas dan menjadi seorang pejuang, walaupun memerlukan air mata untuk kekal tenang.

- inche_lebah

Penulis Jalanan 🚶🏻

16 Jul, 15:02


Julai 16, 2024

Bukan taknak berkongsi cerita atau penat lelah yang sesak di dada.

Cuma khawatir manusia hanya baik di depan mata, tapi di belakang mulutnya tak berhenti mengata.

Bukan ingin bersangka buruk, tapi inilah realiti hidup yang tak boleh disorok.

Pernah percaya, tapi sering kali diri ini dikhianati.

Luka yang lama pun belum benar-benar pulih dan tak mahu ia makin bertambah pedih.

Mulai sekarang, sakit, sedih, tawa aku biarlah diri sendiri yang tahu.

Orang lain?

Tidak perlu.

-PenulisJalanan

Penulis Jalanan 🚶🏻

24 May, 15:22




terasa ?
entah kali keberapa makan hati,
pernah aku mengadu ?
tak pernah,
bukan taknak tapi takda sebab.

tak semua orang suka kita,
tak semua orang boleh terima kita,
dan tak semua orang boleh selesa dengan kita.

kita ada pilihan,
jika tidak diperlukan,
kita sendiri gerak dan menjauh,
jika masih diperlukan,
lakukanlah yang terbaik.

manusia sifatnya mudah berubah,
bukan hak kita untuk kawal,
atau menidakkan pendapat seseorang.

bila dah buat yang terbaik,
tak perlu untuk dibalas,
cukup difahami dan saling menerima.

hidup ni mudah,
bila orang taknak,
kita tak perlu terhegeh.

cari dimana kita diperlukan,
tak perlu menagih kasih pada yang tidak memerlukan,
kita pun ada harga diri.

-Amira Shahera

Penulis Jalanan 🚶🏻

14 May, 09:31


Seperti nya sosok tubuh yang kuat ini semakin terasa lelah dan tak berdaya.

Otak yang dulu sentiasa berfikir dengan waras kini terasa macam hilang kawalan dan hampir terbabas.

Hati yang selalu tenang seakan hilang rasa dan pelan-pelan menjadi mati dipukul oleh perasaan dan akal fikiran.

Ya, pendek kata yang aku bole cakap ' penat '.

Penat sebenarnya bila kau cuba pura-pura untuk jadi kuat dan kelihatan baik-baik saja di hadapan mereka sedangkan kau sendiri tak mampu.

Penat bila kau cuba untuk bahagiakan orang lain sampai lupa yang kau pun berhak untuk bahagia.

Penat bila apa yang kau buat semua tak kena di mata mereka dan apa yang kau bentang sikit pun orang tak pandang.

Penat.

Tidak tahu seberapa jauh lagi kaki ini mampu melangkah.

Tak terfikir seberapa kuat lagi hati ini bisa bertahan.

Aku penat Tuhan.

Bolehkah kali ini saja aku mengeluh?

-PenulisJalanan

Penulis Jalanan 🚶🏻

15 Apr, 15:21


Reality of Life

When you give importance to people, they think that you are always free. But they don't understand that you make yourself available for them everytime. :)

Penulis Jalanan 🚶🏻

13 Apr, 12:35


Selagi tak dapat hasil, orang sekeliling tak akan yakin dengan kau.

Mungkin kau akan ditertawakan?
Mungkin juga kau akan diremehkan?

Tapi percayalah,
Sebelum bibirmu tersenyum bahagia kerana berjaya, hati terpaksa rasai pedih kecewa.

Kecewa,
Penat,
Rasa ingin berputus asa.

Percaya pada diri,
Tutup telinga terus jalan kehadapan.
Kejayaan datang setelah segala halangan & rintangan berjaya ditundukan.

Yakin jugalah,

Setelah kau berjaya tiba di puncak,
Pasti akan ada yang bersorak.

Sorakan akan hadir bila kau berjaya,

Jalan terus, buat kerana Allah.
Jangan berhenti kerana manusia.

Jika berputus asa, pasti kau tak akan rasa betapa indahnya pemandangan di atas sana.

@SemuaDlmSatu

Penulis Jalanan 🚶🏻

24 Mar, 07:13


بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah,

Andai ada hati yang memandangku dengan kebencian, maka lembutkanlah hatinya. Andai ada hati yang terluka kerana sikap dan lisanku, maka sembuhkanlah sakitnya.

Andai ada hati yang ingin menyakitiku, maka hindarilah ia. Aku tidak mampu mengubati atau menyenangkan hati siapa pun kerana hatiku dan hati mereka adalah milik Mu. Dan hanya Engkau yang mampu mengaturnya.

Penulis Jalanan 🚶🏻

17 Mar, 21:59


teruntuk diri sendiri,

terima kasih untuk segalanya dan selamat ulang tahun! hari ini bertambah satu tahun lagi usia mu. semoga saja kamu selalu sihat. kamu sekarang makin dewasa, apapun yang kamu inginkan semoga dipermudahkan oleh Tuhan. terima kasih sudah sekuat ini dan bertahan hidup. kamu terlahir di dunia ini dari kecil dan sekarang sudah sebesar ini, banyak hal yang sudah kamu lalui dan masih banyak hal yang belum kamu lalui. Semakin kamu besar semakin banyak juga rintangannya tapi usah khawatir masih banyak orang yang sayang sama kamu. apapun susahnya, apapun sedihnya, apapun senangnya, kamu nikmati dan tetap bersyukur. Sekali lagi selamat ulang tahun ya, terima kasih sudah menjadi manusia kuat selama ini dan harus selalu kuat, bahagia yaa ❤️
-
dari aku untuk aku

Penulis Jalanan 🚶🏻

17 Mar, 09:06


orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengira bahawa ia selalu senang.

" buatlah mereka berfikir bahawa hidupmu baik-baik saja ".