Saya saja nak meluah sebenarnya. Huhu. Maaf andai kata catatan ini sedikit panjang.
Awak tahu tak, sebenarnya lately ni saya rasa semangat saya nak menulis dah macam makin pudar. Mungkin sebab usia rasanya. Atau pun disebabkan banyak sangat benda jadi dalam hidup saya yang membuatkan saya rasa drain out.
Sebab tu saya ambil keputusan untuk berehat. Saya sedar yang saya dah jarang interact with readers. Tak macam dulu. Tapi, saya masih ingat segala jasa kalian kepada saya. Terima kasih kerana ada.
Awak tahu tak, actually saya tak rasa pun jadi penulis ni boleh membuatkan orang bangga dengan kita. But saya tersentak dengan kata-kata mama saya waktu dia borak dengan saya.
"Kakak memang rasa diri dia takde yang istimewa. Tapi bagi mama, mama bangga sebab kakak ada bakat tulis novel. Bakat yang tak semua orang ada."
Lepas tu saya sebenarnya dah pindah rumah baru. Lokasi rumah ni, dekat dengan tempat tinggal kawan-kawan waktu zaman sekolah dulu. Dia orang pun sama. Dengan bangganya cerita yang dia orang ada kawan pandai tulis novel dekat parents dia orang.
Saya rasa macam...
Saya tak boleh putus asa dengan benda yang saya bersungguh dah mula dulu. Saya ingat lagi, dah banyak dah air mata saya tumpah untuk jadi penulis sehingga ke hari ini.
Jadi, saya nak minta doa semua ya. Doakan saya semangat balik menulis macam dulu-dulu.
Terima kasih sebab dah baca sampai sini β€οΈ