Tips Rezeki & Kebahagiaan

@surimohamad


Selagi ada Allah, selagi itu keajaiban ada. Terus lah bermimpi yang indah-indah 💕💝

Tips Rezeki & Kebahagiaan

31 Jul, 11:28


PAHALA BUAT SEORANG ISTRI

“Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

“Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

“Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

“Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

“Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

“Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

“Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”

Subhanallah..!!

Tips Rezeki & Kebahagiaan

29 Jul, 04:06


MasyaAllah doa yang sangat menusuk jauhh hingga kesanubari.

Lahawlawala quwwata illa billah.
Sungguh tiada daya dan upaya kita kerana kita hanyalah hamba-Nya yang lemah.

Moga anak-anak dan keturunan kita sentiasa berada di dalam lindungan Allah Taala.

Aminn Ya Rabb.

Doa diambil dari buku :
Tuhan Dengarlah Doaku
Penulis : Da'i Izzhar dan Puan Nora Azmin

Team Ibu Rose,
Yasmin Sari

#ibuguru
#doahariini
#motivasiiman

Tips Rezeki & Kebahagiaan

22 Jul, 01:54


Saya dengar berita ni tadi.

Setiap butirannya. Jelas pemberita baca.

Kejadian pertama jadi masa ikut kawan-kawan lelaki ni pergi mandi-manda. Lepas tu beberapa kali jadi masa ikut salah seorang lelaki balik rumah dia.

Bergilir gilir oleh budak lelaki lebih kurang sebaya dia juga. 14-17 tahun. 4 orang semuanya. Anak ini pula baru berumur 11 tahun. Ya Tuhan. Kecik dari Mia dan Maya lagi.

Betul Tuan Puan.
Dulu-dulu saya selalu dengar orang tua kata.
Jaga anak dara lebih susah dari jaga lembu sekandang.

Dan dulu saya tak faham sangat kenapa Allah janji ibu ayah yang jaga dan didik tiga anak perempuan dia dengan baik akan masuk syurga. Lepas tu bila sahabat tanya. Kalau dua Ya Rasulullah. Ya. Dua pun sama. Kalau satu. Pun sama.

Patutlah.
Sekarang dua-dua anak dara saya dah besar.
Saya faham sangat.

Banyak benar kerosakan di sekeliling kita. Lagi-lagi akhir bila dunia dah di akhir usia. Tak habis lagi kes sedih baru-baru ni. Sekarang kes ini pula.

Susah.
Betul.

Aurat dia.
Ikhtilat dia.
Stokin kaki dia.
Tudung dia.
Wangian dia.
Percakapan dia.
Berlebih pakaian dan rupa dia.

Setiap satu kena jaga.
Salah dia pasti sebab leka kita.

Teringat saya ceramah Ustaz Abdul Somad. Kalau bapa derhaka. Anak belum tentu sama. Tapi kalau ibu derhaka. Anak juga susah terpelihara. Kerana solehnya anak tergantung kesolehan ibunya. Ustaz kisahkan kisah Nabi Nuh dan anaknya. Juga kisah ramai ulama yang dipelihara ibu tunggal. Ustaz ingatkan pepatah Arab. Ibu adalah madrasah pertama anak. Tapi tu lah. Nak jadi madrasah tu. Bukan sesenang dan sesedap nahu.

Saya taknak komen kes ini banyak-banyak.
Saya pun ada anak perempuan.

Cuma saya simpati.

Simpati pada anak ini.
Dan lebih lagi simpati pada ibu ayahnya.

Anak adalah amanah yang berat.

Tuhan takkan biarkan kita tanpa bertanya.
Apa kau dah buat atas dunia....

Siti Suryani Yaakop
#kaknis

Tips Rezeki & Kebahagiaan

05 Jul, 05:02


KITA BIDADARI, BUKAN ORANG AWAM.

Semalam kaknie terbaca coretan seorang isteri ini. Ya. Kita isteri dan ibu. Mostly merasakan perkara yang sama.

Masa single, boleh tahajud, boleh qiamulail, boleh khatam Quran banyak kali. Tak ada gangguan. Seolah2 kita banyak gila dapat rebut pahala ibadah Ramadhan.

Tambah2 di universiti. Banyak buat program keagamaan.Join usrah, join tazkirah, join tadarus. Kan..kan..

Tiba-tiba.

Bila dah kawen, ada suami, ada anak, rutin Ramadhan kita berubah 180 darjah.

Tak bersalin, menyusu, tak pun mengandung. Sahkan nak buat ibadah tambahan, nak puasa pun kadang rasa azabnya Ya Rabbi.

Nak baca Quran, anak nanges, nak solat, anak melalak. Dok pujuk2 sedar dah tengah malam. Esok kerja, dah tu bila nak terawihnya? Sudahnya solat Isyak jelah. Yang sunat entah ke mana. Sadis kan?

😂😂

Itulah perasaan rasa tagunenya jadi hamba Allah.

Adalah beberapa tahun ada perasaan tu. Tambah2 dah 3x kaknie bersalin dalam bulan puasa. Haruu...puasa tak boleh, apapun tak boleh. Huahuahua..

Tapi bila faham ilmu fardu ain. Rasa lapang dada.

Allah sebenarnya sayang kita. Orang perempuan. Lagi2 bila Allah angkat jadi isteri, jadi ibu. Allah design ibadah kita ni takkan pernah sama dengan orang awam.

Ibadah kita adalah di rumah. Ibadah kita adalah berpangsikan suami & anak2.

Tersedar jam 4 pagi, nak bangun tahajud, tiba2 suami cuit untuk nafkah batin. Lebih afdhal tunaikan hasrat suami.

Tengah mengaji kusyuk2 tiba2 suami panggil untuk keperluan dia. Kena berhenti mengaji dan tunaikan kehendak dia.

Nak solat sunat tiba2 anak melalak nak menyusu, kena berhenti tunaikan keperluan anak dulu.

Adakah Allah siakan2 'pengorbanan' kita?

InsyaAllah tidak.

Itulah jihad kita melawan kehendak kita demi redha suami dan kasih pada anak.

Bangun tahajud, kita dapat pahala untuk kita seorang.

Nak tahajud tapi tak sempat sebab nak prepare sahur, kita dah mudahkan beberapa orang rebut pahala bersahur.

Mengaji 30 minit, kita dapat pahala untuk kita seorang.

Korbankan 30 minit masa mengaji tapi ajar 3 anak kita kenal quran, baca iqra', kita dah didik 3 orang manusia mengenal huruf2 Allah.

Begitulah. Banyak lagi contoh.

Sebab itu bila jadi isteri dan ibu.
Ibadah kita adalah ni Allah 'design' special sket. Sebab?

Mengaji, solat sunat, berzikir, itu ibadah orang awam.

Tapi kejutkan suami tahajud, sediakan makanan sahur dan berbuka buat suami dan anak, mudahkan suami beribadah, ajar anak2 puasa dan zikir, itu ibadah seorang bidadari. Bukan semua orang layak dan mampu buat.

Suami redha, rumahtangga dalam keadaan tenang & bahagia asbab kita. Itulah ibadah sebenar kita.

InsyaAllah. Kita bidadari dunia. Kita juga ketua bidadari syurga. Ikhlas. Redha.

Salam 25 Ramadhan kepada semua bidadari.☺️

Annie Sukery
Nak jadi ketua bidadari syurga.

https://www.facebook.com/share/p/3wGSFRYWry6Qe3ej/?mibextid=oFDknk

Tips Rezeki & Kebahagiaan

18 Jun, 23:53


Ada seseorang yang memperlakukan Solat Dhuha seperti Solat Wajib.
Alasannya kerana khuatir tidak mendapatkan rezeki.

Ada lagi pemuda yang tidak lepas Solat Dhuha setiap harinya demi mendapatkan bonus tempat di kerjanya.
Sementara dirinya selalu tertidur di saat Solat Subuh.

Di tempat yang berbeza ada yang mengukur banyaknya Tahajjud yang dilakukan dengan kejayaan.

Ada yang begitu banyak bersadaqah tetapi demi mendapatkan cash back di tiap usahanya.

Seorang Tabi'in yang banyak berinteraksi dengan sahabat pernah ditanya, apakah surah di dalam Qur'an yang paling sering membuat Para Sahabat menangis ?
Lalu dijawab : "Surah HUD."

Kemudian ditanyakan lagi ayat berapakah dari Surah tersebut yang membuat Para Sahabat menangis ?

Dan dijawab : "Ayat 15 - 16."

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:;

"Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan."⁣

"Itulah orang-orang yang tidak memperolehi (sesuatu) di akhirat
kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan."⁣
(Surah Hud : Ayat 15-16)⁣

Inilah alasan kenapa Abdurahman bin Auf sering menangis ketika mendapatkan kenikmatan duniawi.

Sahabat yang mulia ini khuatir bila kenikmatan di dunia saat ini merupakan nikmat akhirat yang disegerakan. Hingga kelak di akhirat tidak didapatkan lagi nikmat-nikmat itu.

Allahu.... 😭
Nau'zubillahiminzalik

Luruskan lagi niat-niat kita.

Dhuha kita jangan diukur dengan bertambahnya rezeki,
Tahajjud kita jangan diukur dengan majunya bisnes kita,
Sadaqaah kita jangan diukur dengan mewahnya rumah dan kenderaan.

Ukurlah diri kita dengan Para Sahabat Nabi saw yang mulia.

Seberapa bagus Dhuha, Tahajjud, dan Sadaqah mereka dibanding kita ?

Sementara mereka banyak juga yang tidak hidup dalam kemewahan.⁣

Seperti AMIRUL MUKMININ UMAR BIN KHATTAB ra.

Kalau ukuran kejayaan semua kerana banyaknya Dhuha, Tahajjud dan Sadaqah, maka tentulah orang-orang kafir tak ada yang berjaya.

Luruskan Niat...

Niatkan Dhuha sebagai sedekah untuk 360 ruas sendi kita,
Niatkan Tahajjud sebagai ibadah tambahan menutup yang kekurangan,
Niatkan sadaqah kita untuk memadamkan segala sifat-sifat buruk di dalam diri kita.

Pesan Guru saya, Allahyarham Haji Rosli,Siroon;

"Kalau pun kita pandai,
janganlah dicakapkan sangat,

Kalau pun kita berani,
janganlah ditunjukkan sangat,

Kalau pun kita penakut,
janganlah dinampakkan sangat,

Kalau pun kita bodoh,
janganlah diterangkan sangat,

Kalau pun kita kaya,
janganlah dihebohkan sangat,

Kalau pun kita miskin, janganlah diketarakan sangat,

IKHLASkan hidup hanya Allah swt."

"Salah satu sebab seseorang itu tidak mendapat hidayah daripada Allah swt kerana dia suka memuji dirinya sendiri."
- Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah ta'ala. -

kredit: Shahrir Ismail

Tips Rezeki & Kebahagiaan

15 Jun, 09:28


Aamiin Ya Rabbal Aalamiin 🤲🤲🤲
Allah Ya YA Saami Ya Mujib ❤️

#DrAzuraHashim
https://t.me/drazuraofficial

Sama- sama kita saling mendoakan

Tips Rezeki & Kebahagiaan

15 Jun, 09:28


HAMPIR TIBA ❤️
DOA ARAFAH,

DOA HARI ARAFAH sudah hampir tiba. Sudahkah kita membuat senarai doa yang mahu kita pohon kepada Allah?

Berikut adalah beberapa doa yang kita boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah pada kami Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah kami dan keluarga kami dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah pada kami kematian yang diberkati. Izinkan kami mengucapkan syahadah sebelum kami menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah pada kami syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah kami dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam kami dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan kami dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang kami sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadat kami. Selamatkan kami daripada kejahatan dan izinkan kami menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baik kami dan tingkatkan pahala dan rahmat untuk kami. Padamkan dosa-dosa kami dan ampunkan kami sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untuk kami dan selamatkanlah kami dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila kami mati, biarlah jiwa kami dan rekod amalan kami menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan kami, ibu bapa kami, keluarga dan anak-anak kami bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan kami dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkal kami padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaan kami dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaan kami untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah kami dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah kami lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niat kami hanya untuk Mu semata dan lindungi kami dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan kami dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhan kami, jangan biarkan kamk sendirian. Berkati kami dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mata kami.

18. Oh Tuhan kami, jadikanlah kami dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapa kami.

19. Selamatkanlah kami dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usaha kami dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidup kami dengan kesihatan yang baik, agar kami dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayat kami.

23 Ya Allah, lindungi kami dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidup kami dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah kami dari api neraka. Sesungguhnya kami memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuran kami semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan kami dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan kami dan pasangan kami menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, kami berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan kami kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga kami dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Tips Rezeki & Kebahagiaan

22 May, 03:21


Bila rasa lelah, berehatlah. Tapi jangan mengeluh.

Bila rasa hilang arah, berhentilah. Tapi jangan putus harap.

Bila rasa kecewa, berdiamlah. Tapi jangan mengalah.

Dalam kita rasa kita yang paling penat, di Gaza sana mereka langsung tak sempat berehat. Peluru datang siang dan malam.

Dalam kita rasa hidup kita tak ketahuan tujuan, mereka di sana terus berdoa kerana percaya janji Tuhan.

Dalam kecewanya kita, seperti dunia sangat kejam. Mereka di sana, sanggup hilang apa pun kecuali jangan hilangkan Iman di dada.

Berhenti lah mengeluh andai kita penat sebagai isteri. Terus bersyukur, kerana penat kita tak sepenat mereka.
Berhenti lah mengeluh bila anak sepahkan barang, berhenti lah menyinga bila anak buat perangai. Kerana di sana, anak mereka di penjara entah akan bertemu atau tidak lagi.

Ya Allah, patutlah kami di sini. Kerana mampu kami cuma sedikit. Mungkin jika kami di sana, kami mati bukan sebab peluru, tapi sebab asyik minta orang untuk faham susah kami, untuk orang hargai penat kami... Patutlah... Jiwa kami, tak sebesar mereka. 😭

Tips Rezeki & Kebahagiaan

24 Apr, 14:14


Begitulah liberal dan femenisme bekerja. Hati2. Semoga kita beroleh beribu pahala asbab khidmat pada suami dengan ikhlas. ❤️

Tips Rezeki & Kebahagiaan

23 Apr, 16:56


Salam Takziah untuk keluarga yang terlibat dengan nahas helicopter TLDM. Allahuakhbar, kehilangan bukan saja pada keluarga tapi pada negara.

Entahlah, di sebalik kejadian ni banyak yang kita kena persoalkan. Sejauhmana kemampuan aset2 yang negara kita ada sekarang. Sekadar latihan raptai kita sudah kecundang. Jentera yang sepatutnya menjadi kekuatan untuk berdepan musuh terkulai bukan pada layaknya.

Rasa ralat yang bukan sedikit. Sebab rasuah ke? Jentera mungkin tidak sesuai lagi digunakan, atau jentera tidak diselenggara dengan Telus? Allah nak kita belajar apa sebenarnya tentang kemalangan hari ini? Ya Allah, tunjukkan kami kebenaran. Ya Allah berikan kami hikmahMu agar kami tidak mengulangi silap yang sama.

Kemalangan udara dekat Malaysia ni dah jadi perkara biasa. Seluruh dunia pun kenal Malaysia kerana kapal yang boleh terbang.

Sampai bila kita nak menangisi dengan sesuatu yang mungkin sepatutnya kita boleh elakkan. Jika tersungkur dalam perang, kita tahu banyak ketidakpastian, banyak musuh yang kita tak tahu tahap kehebatan. Tapi kita tersungkur sebelum garisan pemula lagi.

Peliharalah kami ya Allah, dari meletakkan hawa nafsu di hadapan sehingga gagal menjadi khalifah di dunia yang fana ini.

Innalillah...

Tips Rezeki & Kebahagiaan

23 Apr, 03:27


Dah lama saya nak tulis tentang amanah (hutang), Allah izinkan saat ini. gambar di bawah ni adalah pinjaman yang dibayar adik saya. Terharu hanya Allah yang tahu saat melihat dia mengangkat satu plastik besar yang mengandungi sejumlah wang syiling RM1,000 dan keseluruhannya termasuk wang RM1 dan RM5 ini total RM3,000.

Saya hanya mampu membalasnya dengan doa moga Allah terus deraskan lagi rezqinya. Allah nilai usaha gigihnya dengan berniaga mengumpul wang ini untuk menyelesaikan segala amanahnya.

Teringat adik saya pernah cerita kisah seorang sahabatnya yang sangat baik dan telah meninggal dunia di usia yang sangat muda. Suatu hari arwah datang dalam mimpi sahabatnya dan dalam mimpi tersebut arwah minta tolong sahabatnya cari nota yang dia tinggal dan tolong selesaikan hutangnya.

Selepas terjaga dari mimpi sahabat arwah mencari nota yang di maksudkan arwah dan dia terjumpa sticky note yang tertulis hutang arwah dan dia segera menyelesaikan hutang tersebut.

Allahuakbar. Allah bantu arwah.

Selepas dengar kisah ni saya sangat terpanggil untuk menulis perihal hutang. Ya benar hutang memang di benarkan dalam Islam. Tapi satu perkara penting yang kita selalu lupa ialah mencatat hutang-hutang kita. Realiti berlaku sekarang ramai yang menganggap hutang adalah perkara kecil. Sedangkan Allah cerita panjang tentang hutang dalam Ayat 282-283 Surah Al-Baqarah. Bukalah Quran tafsir dan hayatilah terjemahan ayat 282-283 ini.

Baginda Nabi Muhammad s.a.w juga meninggalkan pesan pada kita dengan sabdanya :

"Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan keresahan di malam hari dan menyebabkan kehinaan (aib) di siang hari” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)

“Ruh seorang mukmin itu tergantung dengan hutangnya hingga lah dia melunasinya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi).

Marilah sama² kita mula menulis hutang-hutang kita dan tanamkan azam serta niat untuk menyelesaikan kembali segala hutang-hutang tersebut. Pesan pada orang terdekat kita jika kita meninggal dunia bagaimana cara mereka boleh bantu melunasi hutang-hutang tersebut.

Bila kita berhutang jangan larikan diri atau bermusuhan. Jika masih belum mampu bayar hubungilah orang yang kita pernah berhutang dan maklumkan keadaan yang kita masih belum mampu melunasi hutang²nya. Ingatlah sahabat, orang yang mati syahid sekalipun ruhnya masih tergantung selagi hutangnya tidak diselesaikan.

Semoga Allah bantu kita kembali mengadapnya dalam keadaan bebas dari segala jenis hutang piutang. Allahumma #Aamiin Ya Allah Mujeeb.

Sama² kita ingat mengingatkan kerana Allah.

Salam Sayang,
Huda Yaacob .

.
https://www.facebook.com/share/p/q75wwgoNSDrhV8DF/?mibextid=oFDknk