Ozir Zuri Official

@ozirzuriofficial


Official Telegram Channel Ozir Zuri.

Ozir Zuri Official

02 Aug, 08:23


Apa benda paling PENTING dalam CONTENT?

#ozirzuri

Ozir Zuri Official

09 Apr, 13:19


Saya, Ozir Zuri menyusun 10 jari memohon kemaafan jika ada tersalah kata, terlanjur bicara yang mungkin tersakiti hati anda.

Moga Aidil Fitri kali ini memberi seribu satu kenikmatan, kebahagian dan kemaafan sesama kita.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin 😊

Ozir Zuri Official

01 Apr, 00:46


Assalamualaikum & Pagi!

Bulan baru! Semangat baru!

1st quarter of the year dah habis. Harini kita mulakan 2nd quarter of 2024 💪🏻

Rutin selepas tamat 3 bulan pertama untuk setiap tahun :

📌 Apa campaign yang dah dilakukan?
📌 Apa produk telah dilancarkan?
📌 Macam mana performance bisnes?
📌 Adakah strategi yang digunakan berhasil?
📌 Adakah sales meningkat, menurun atau konsisten sama?

Tujuan rutin ini dibuat, supaya kita dapat bawa momentum untuk 3 bulan seterusnya.

All the best! Dan selamat datang April 2024 🔥

Ozir Zuri Official

29 Mar, 01:29


Salam pagi Jumaat semua ☺️

Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk terus push the best sepanjang baki Ramadhan yang kita ada.

Sama ada untuk ibadat kita, dan juga bisnes kita InshaaAllah.

Aamiinn

Ozir Zuri Official

19 Mar, 15:16


Lepas Tarawikh terus Live dengan ahli OZ Circle 💪🏻

Lewat sikit takpe, yang penting committed untuk terus ubah hidup dalam bisnes InshaaAllah.

Bagi yang nak tahu info OZ Circle, boleh klik link di bawah 👇

https://bit.ly/InfoOZCircle

Ozir Zuri Official

18 Mar, 04:29


Hari ke-7 di bulan Ramadhan.

Adakah bisnes anda berjalan seperti biasa? ☺️

Ozir Zuri Official

11 Mar, 14:25


Sucikan jiwa, sucikan hati, dan bersihkan fikiran.

Moga Ramadhan kali ini memberikan kita keberkatan dalam setiap apa yang kita lakukan.

Ozir Zuri Official

07 Mar, 22:58


Salam Jumaat Semua 🥰

Ozir Zuri Official

23 Feb, 08:32


Hidup Ni Macam EXAM.

Ozir Zuri Official

21 Feb, 08:49


⚠️ KHAS untuk Ahli OZ Circle ⚠️

▶️ SEBAB ORANG NAK JADI AGENT ▶️

📌 28 FEBRUARI 2024 (RABU)
📌 9 MALAM

Kalau belum jadi Ahli OZ Circle, ini adalah masa terbaik untuk daftar sebagai ahli.

Pendaftaran serendah RM13.90/Sebulan ☄️

Klik
link di bawah untuk daftar sebagai ahli OZ Circle 👇

https://bit.ly/InfoOZCircle

Ozir Zuri Official

19 Feb, 03:00


Perjalanan setiap orang tak sama, ada lambat dan ada yang cepat.

Ada orang, cabaran dia besar, ada orang, Allah mudahkan jalan.

Paling penting, bersyukur dengan progress yang telah dicapai.

Ozir Zuri Official

15 Feb, 08:44


Sambungan…

Saya tanya lah,
Travel sambil kerja ni tak habis duit ke.
Tahu lah Malaysia currency tengah rendah kan. Tapi masih, nak kena spend banyak jugak untuk tiket flight, hotel & makan semua.

Diorang cakap,
Duit pakai banyak jugak, tapi ‘we living life to the fullest and enjoy every moment that we have right now.’

Betul, penting untuk kita fikir apa akan jadi 2,3 tahun ke depan. Supaya kita lebih bersedia.

Tapi jangan lupa untuk enjoy moment kita waktu sekarang. Supaya kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada, dan ‘hidup pada waktu sekarang’.

Ozir Zuri Official

15 Feb, 08:44


Dalam hidup ni, kena sentiasa fikir apa akan jadi 2,3 tahun ke depan 😢

Raya Cina haritu, saya ada pergi ke satu cafe. Biasalah kadang terasa jugak nak mengopi petang-petang kan. Trend mengopi di cafe sekarang ni 🤣

Dalam cafe tu, ada 2 orang Mat Saleh, laki dan perempuan tengah mengadap laptop buat kerja.

Saja saya tegur, ‘Where are you guys from?’
Dah lama tak speaking ni berkarat la jugak.

‘We are from Amsterdam.’
Orang Belanda rupanya. Penjajah Malaysia tahun 1641. Kalau tak tahu nanti baca sejarah balik ok.

Mat Saleh ni datang Malaysia sambil travel sambil bekerja. Cari pengalaman bekerja di tempat orang, sambil belajar apa culture yang ada disini.

Ozir Zuri Official

14 Feb, 04:40


Kenapa hidup ni keras?

Hidup ini macam ambil exam. Kalau dalam exam, kita tak tahu jawapan yang betul sampai keluar keputusan.

Kalau dalam hidup ini, kita dah tahu apa akan jadi next, makanya hidup ni bukan lah seperti exam. Ibarat kita dah dapat jawapan bocor.

Jadi bila kita akan dapat jawapan dalam hidup?

Jawapannya adalah bila kita buat kesilapan. Kita akan lebih faham yang mana betul dan yang mana salah bila kita buat silap.

Dengan buat kesilapan, kita akan lebih matang dalam membuat keputusan selepas ini.

Tapi untuk kurangkan kesilapan, kita perlu ilmu dan guru yang dah pernah lalui banyak kesilapan dan pengalaman berbanding kita.

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang berilmu dan beramal dengan ilmu yang ada.

Ozir Zuri Official

13 Feb, 13:13


Tak perlu bersemangat bila buat bisnes 😴

Bila kita cerita tentang bisnes, nak menang mesti kena ada strategi.

Apa teknik nak kena buat supaya orang kenal kita?
Apa cara nak buat orang membeli dengan kita?
Macam mana nak kekalkan customer sedia ada?

Ini lah antara persoalan dan perkara yang kita kena buat, kena kuasai.
Baru sales bisnes naik. Betul?

Tapi, apa faktor utama yang menggerakkan diri kita sebagai manusia untuk kuasai dan bertindak dengan strategi-strategi yang kitq dah ada?

Semangat. Semangat yang menggerakkan kita untuk bertindak.

Kalau cakap tentang semangat, ada yang setuju, ada yang tak setuju. Terpulang kepada setiap individu.

Tapi bagi saya, bila semangat tengah tinggi, apa kita nak buat semuanya laju dan banyak yang menjadi.

Bila tak semangat, apa yang kita buat semua tak menjadi. Dan makin malas saya nak bertindak.

Jadi carilah dimana semangat waktu kita mula berniaga dulu. Apa yang kita nak sebenarnya dalam bisnes kita, dalam hidup kita?

Ozir Zuri Official

13 Feb, 06:21


Boleh saya tahu, apakah situasi yang mungkin anda tengah hadapi & menghalang anda untuk kembangkan lagi bisnes pada waktu sekarang? 📣

Boleh kongsi diruangan bawah untuk saya bantu anda 🫰

Ozir Zuri Official

13 Feb, 03:04


Ada orang, 1 tahun dah meletup bisnes dia.

Ada orang, 10 tahun baru nak meletup bisnes dia.

Kunci dalam bisnes adalah, berapa besar kesabaran kita untuk jalani proses dalam berniaga.

Jangan pernah berhenti bertindak.
Kalau 1 cara tak jadi, cuba cara lain.

Cuba sampai dapat.