PTPTN OFFICIAL

@ptptnofficial


Channel Telegram rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Telegram rasmi PTPTN ini merupakan laman sosial yang diwujudkan secara rasmi oleh PTPTN.

Ikuti kami untuk sebarang maklumat yang terkini.



#PeluangKejayaanAnda

PTPTN OFFICIAL

19 Oct, 09:39


BELANJAWAN 2025 โ€“ INISIATIF PTPTN UNTUK MASA DEPAN PENDIDIKAN

PTPTN mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Datoโ€™ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2025 yang bertemakan "Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat".

Melalui Belanjawan 2025, PTPTN menyambut baik inisiatif yang telah diumumkan seperti berikut :

1. Menyediakan dana pembiayaan pendidikan PTPTN berjumlah RM500 juta khusus untuk pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang STEM di IPTA;

2. Pelepasan cukai individu ke atas simpanan bersih dalam Simpan SSPN dilanjutkan untuk tempoh tiga (3) tahun; dan

3. Peluasan kriteria pemberian Geran Sepadan Simpan SSPN melalui ikhtiar Geran Padanan Ihsan (GAPAI).

Inisiatif ini selaras dengan komitmen PTPTN dalam memastikan akses kepada pendidikan tinggi bagi pembangunan modal insan negara .

#MalaysiaMADANI
#Belanjawan2025
#EkonomiMADANI
#Belanjawan2025MalaysiaMADANI
#PeluangKejayaanAnda

PTPTN OFFICIAL

19 Oct, 02:26


Hos BMS 2024 @ Paradigm Mall

Kali ini, kita bawa bersama Bell Ngasri dan DJ Sonic yang akan menghangatkan suasana!

Sertai kami diketetapan seperti berikut :

๐Ÿ“… 25 - 27 Oktober 2024
๐Ÿ“ Paradigm Mall, Petaling Jaya
โฐ10.00 pagi โ€“ 10.00 petang

Jom datang beramai ramai dan turut serta aktiviti yang diadakan. Jangan lupa untuk mendapatkan cenderamata eksklusif BMS 2024!

#BMS2024
#SimpanSSPN
#WorldSavingsDay

PTPTN OFFICIAL

12 Oct, 09:49


Bantu kami agar kami dapat menganjurkan kempen terbaik setiap tahun. Untuk itu, kami perlukan kurang dari 3 minit masa anda untuk mengisi kaji selidik ini.

Setiap pendapat anda sangat berharga dan akan membantu kami memberikan pengalaman yang lebih baik pada masa depan.

Terima kasih kerana menjadi responden kami!

#PeluangKejayaanAnda

PTPTN OFFICIAL

10 Oct, 02:00


๐ŸŽ‰ ๐—›๐—ฎ๐—ฝ๐—ฝ๐˜† ๐—›๐—ผ๐˜‚๐—ฟ ๐—Ÿ๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ง๐—ฃ๐—ง๐—ก! ๐ŸŽ‰

Nak tahu lebih lanjut mengenai manfaat Simpan SSPN, kempen yang sedang berlangsung dan macam-macam lagi? Jom sertai FB Live Happy Hour dari PTPTN Cawangan negeri! ๐Ÿ˜Ž Setiap hari, PTPTN akan bawakan info-info menarik! โœจ

Jangan lepaskan peluang untuk tanya apa saja yang anda nak tahu, sambil rebut promosi & cenderamata eksklusif semasa LIVE berlangsung! ๐ŸŽ๐Ÿ”ฅ

๐˜š๐˜ฆ๐˜ต ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ sekarang! โฐ Kita jumpa di FB Live! ๐Ÿ’ฌ

#BMS2024
#SimpanSSPN
#WorldSavingsDay

PTPTN OFFICIAL

09 Oct, 06:57


๐—™๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ด๐—บ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—น!โœจ๐ŸŽ‰

Sertai kami di Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ—“ Tarikh: 25-27 Oktober 2024
๐Ÿ“ Lokasi: Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor
โฐ Masa: 10.00 pagi โ€“ 10.00 malam

Nikmati pelbagai aktiviti keluarga, pertandingan menarik dan peluang memenangi cenderamata eksklusif! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat dan bawa pulang kenangan manis bersama Simpan SSPN.
Jom jadi sebahagian daripada fantasi ini!๐Ÿ’ซ

#BMS2024
#SimpanSSPN
#WorldSavingsDay

PTPTN OFFICIAL

09 Oct, 01:39


โœจ๐Ÿš€ ๐——๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—•๐— ๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ!๐ŸŽ‰

Debaran semakin terasa. ๐Ÿคฉ Semua keseronokan bakal berlaku di BMS 2024!

๐Ÿ—“ 25 - 27 Oktober 2024
๐Ÿ“ Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor
โฐ 10.00 pagi - 10.00 malam

Jom ramai-ramai ke Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024 yang akan disambut dengan penuh gempak!

๐ŸŽ Ada pelbagai cenderamata eksklusif, aktiviti menarik dan macam-macam lagi!

Kita jumpa di sana, ok? ๐Ÿ˜‰

#BMS2024
#SimpanSSPN
#WorldSavingsDay

PTPTN OFFICIAL

07 Oct, 05:57


Jangan biarkan tunggakan PTPTN menghantui hidup anda!

Tanya diri anda, apa yang akan berlaku jika tunggakan PTPTN anda semakin meningkat?

Sebolehnya, elakkan daripada merisikokan masa depan anda dengan perkara yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah. Percayalah, setiap sen yang anda laburkan untuk melunaskan hutang PTPTN adalah pelaburan dalam kejayaan dan ketenangan hidup anda.

Dengan melangsaikan tanggungan ini, anda membuka lebih banyak peluang untuk merancang masa depan tanpa halangan.

Ambil langkah bijak dengan membayar balik PTPTN secara konsisten melalui debit terus. Hanya lakukan permohonan di myPTPTN dan pastikan baki di akaun bank anda mencukupi agar proses penolakan berjalan lancar, tanpa sebarang gangguan.

Tunggu apa lagi? Jangan biarkan beban hutang menjadi penghalang, jom bayar balik PTPTN tanpa stress dan fokus pada membina masa depan yang cerah!

#PeluangKejayaanAnda
#klscm2024

PTPTN OFFICIAL

07 Oct, 03:45


๐ŸŽ‰ LIVE Pengumuman Peraduan Genius IQ PTPTN 2024 ๐ŸŽ‰

Peraduan Genius IQ PTPTN 2024 telah berakhir pada 14 September lalu. Kini, tibalah masanya untuk mengumumkan siapakah pemenang yang membawa pulang hadiah menarik yang ditawarkan! ๐Ÿ˜

โฐ Tarikh: 07 Oktober 2024
๐Ÿ•’ Masa: 2:30 Petang
๐Ÿ’ป Siaran Langsung di:
โœ… Di semua platform media sosial Sinar Harian
โœ… Facebook Rasmi PTPTN

Terus kekal setia bersama kami sehingga ke penghujung siaran untuk menyaksikan momen yang dinanti-nantikan ini!

Siapa tahu, anda mungkin salah seorang pemenangnya! ๐ŸŽ

Jumpa Nanti!

#GeniusIQPTPTN2024
#PTPTN
#SinarHarian
#PeluangKejayaanAnda