Pondok Ash Syatariyyah

@pondokashsyatariyyah


Pondok Ash Syatariyyah

10 Oct, 01:24


KITAB PENAWAR BAGI HATI 📚

➡️ DOSA ADA 2 JENIS :
1) Dosa kecil
2) Dosa besar

➡️ KEMUDIAN ADA 2 JENIS PULA :
1) Dosa dengan Allah
2) Dosa dengan manusia

DOSA DENGAN ALLAH
Kita minta ampun dengan Allah, maka selesailah dosa kita dengan Allah kalau kita minta ampun dengan sebenar² permintaan dan taubat nasuha seperti meninggalkan solat.

DOSA DENGAN MANUSIA
Dosa dengan manusia ini tidak lepas selagi orang yang kita buat dosa itu tidak ampunkan kita. Maka wajib kita pergi minta ampun dengan dia sehingga dia ampunkan kita. Barulah dosa kita dengan dia selesai. Kemudian minta ampun dengan Allah. Kalau minta ampun dengan Allah, tak minta ampun orang yang kita buat salah, itu tidak sah.

Contoh :
Mengumpat.
Semata² minta ampun dengan Allah, tidak diterima melainkan orang yang diumpat itu mengampunkan dan memaafkan.

Tetapi andai kata orang yang kita buat salah itu kita tidak mampu nak pergi minta maaf dengannya maka bolehlah kita terus minta ampun dengan Allah. Tak perlu jumpa dengannya.

Contoh :
📌 "Ya Allah, ya Rabbi, ya Ilahi, sesungguhnya aku telah melakukan dosa kepada si fulan, aku telah mengumpatnya tapi aku tidak mampu pergi minta maaf dengan dia. Maka aku mohon kepadamu ya Allah, masukkanlah ke dalam hati si fulan redha kepada diriku ini didunia dan diakhirat atas segala dosa yang telah aku lakukan terhadapnya.

📌 "Ya Allah, ampunkanlah segala dosa²nya dan ampunilah segala dosaku kepadanya. Ya Allah, aku menyesal dengan dosaku itu dan aku bertaubat nasuha aku tidak akan mengumpat si fulan lagi ya Allah. Aku tidak akan mengumpat sekalian orang Islam. Terimalah taubatku ya Allah"

Ulang-ulangilah menyebutnya sampai hati kita rasa takut dengan Allah.
Kemudian bersedekahlah ke dalam tabung masjid dan berdoa,
"Ya Allah, sampaikanlah pahala sedekah ini kepada si fulan"

▪️Kena sebut dosa yang dilakukan dengan Allah Taala.
▪️Walaupun sungguh dia jahat, kita tidak boleh syok² nak kata. Kalau tak betul, jadi tohmah. Kalau betul, jadi mengumpat. Melainkan kita ini polis atau peguam untuk menyiasat. Tetapi untuk saja² bersembang yang tidak ada manfaat agama yang kita dapat dengan mengumpatnya, tidak boleh. Itu maksud mengumpat itu lebih besar daripada zina.

Bila kita sudah minta ampun dengan Allah, mudah-mudahan Allah Taala terima taubat dan amalan. Selagi tidak bertaubat pada Allah maka amalan² tergantung dengan sebab mengumpat tadi.

YANG DIMAKSUDKAN TIDAK MAMPU MEMOHON MAAF :

1) Kerana orangnya sudah meninggal dunia.
2) Tidak dapat dicari kerana sudah berpindah.
3) Ditakuti jadi pergaduhan kerana terkenal dengan sikap barannya. Maka tidak wajib dia pergi minta maaf, terus taubat dengan Allah.

Tapi kalau kita tahu orang yang kita umpat itu jenis tidak marah dan mudah memaafkan, yang ini wajib kita pergi minta maaf dengannya. Ini tidak darurat.

Itu antara sebab tidak mampu pergi minta maaf dan kiaskan dengan yang lain.
📌 Buka Kitab Minhajul Abidin. Begitulah diterangkan oleh Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali.

Pondok Ash Syatariyyah

07 Oct, 12:05


TELEGRAM NOTA PENAWAR BAGI HATI OFFICIAL :
https://t.me/notakitabpenawarbagihati

Pondok Ash Syatariyyah

30 Sep, 01:18


📌 TELEGRAM NOTA TAUHID
(Kitab Aqidatul Mukminin) OFFICIAL :
https://t.me/Aqidatulmukminin

Pondok Ash Syatariyyah

28 Sep, 13:07


TELEGRAM NOTA TASAWWUF (KITAB SUFI):
https://t.me/notatasawwufkitabsufi

Pondok Ash Syatariyyah

27 Sep, 15:09


Telegram Nota Tauhid (Aqidatul Mukminin) :
https://t.me/Aqidatulmukminin