Introvert tapi berbisnes. Apa akan jadi?
Sejujurnya, kami adik beradik Hasbul Brothers ni, dua-dua introvert. Abang, adik sama saja. Kami dulu tak suka seminar-seminar ni, atau tempat yang ramai orang.
Betulke introvert ni pemalu, jenis suka buat hal sendiri, kalau boleh tak nak expose diri..
Hanya orang introvert yang tahu diri dia macam mana.
Alkisahnya apabila seseorang yang introvert sangat gila-gila nak jadi usahawan. Tapi masih ada perasaan malu dan takut. Sangat susah nak bercakap dalam live, depan camera, apatah lagi berhadapan ramai orang.
Nak networking, tapi segan la pulak.
Nak tegur dan berkawan, tapi malu.
Nak kenalkan diri dan jenama sendiri pun malu.
Tapi minat berniaga.
Saya teringat semula, dulu masa mula-mula kami buat seminar, kami cuma bercakap beberapa minit sahaja. Tak boleh lama-lama berhadapan orang.
Tapi yang buatkan kami teruskan adalah kerana ‘Mindset’ nak bantu ramai orang. Kami cuma nak berkongsi, nak bantu usahawan yang tengah struggle!
Kami fikir, kalau tak buat, macam mana kami nak bantu usahawan dengan apa yang kami boleh beri. Nak jadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain, kitalah yang perlu menabur bakti.
Kami paksa diri untuk buat sampai berjaya.
Bagi mereka yang introvert, bagaimana nak hilangkan rasa malu dan sukar bercakap dengan orang lain, ini tips memang wajib anda buat.
[1] ‘Stick’ dengan Mindset betul-betul nak tolong orang lain, jadi perlu sampaikan ilmu kepada dia tentang produk kita dan sebagainya. Sebelum live, ingat nawaitu kita.
[2] Paksa diri dan ‘repetition is a success process’. Buat juga walaupun sasul, gagap, speechless. Nak berlatih sendiri banyak kali pun boleh. Janji memang kena paksa diri.
Saya yakin jika anda konsisten lakukannya, keberanian akan datang dan adakala orang dah tak tahu anda ini introvert orangnya.
Yakin akan datang selepas persediaan dan latihan yang dibuat. Ingat, kuasai mindset anda. Jangan biar emosi kuasai.
…
Jumpa kami di Seminar Grow Busines To The Next Level. Tekan link dibawah sekarang.
https://growyourbusiness.my/
https://growyourbusiness.my/