MPP UMPSA: Platform Informasi Mahasiswa

@mppump_official


Bagi memudahkan hebahan disampaikan kepada semua mahasiswa UMPSA, MPP Sesi 2019/2020 telah melancarkan Telegram channel sebagai one-stop-center hebahan maklumat daripada MPP kepada semua mahasiswa.

——

Kini dikendalikan oleh MPP UMPSA 2023/2024.

MPP UMPSA: Platform Informasi Mahasiswa

19 Oct, 12:52


*MARI!!! MERIAHKAN "FESTIVAL MAKANAN CITA RASA MALAYSIA BERSAMA EKSPONIAGA*

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah (MPP-UMPSA) bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA-UMPSA) dan Sekretariat Ekspo konvokesyen akan menganjurkan tema “Festival Makanan Cita Rasa Malaysia “ sempena ekspo konvokesyen 2024.

Warga UMPSA staf/mahasiswa/i dijemput untuk memeriahkan minggu ini dengan Ekspokonvo

Tarikh : 19 - 29 Oktober 2024
Masa : 9:00AM - 7:00PM
Tempat : Pekarangan Canseleri UMPSA kampus Gambang

Ada pelbagai makanan dan minuman tengah menunggu korang. Bawa geng, ajak keluarga, kita serbu ramai-ramai! Confirm puas hati dengan pilihan makanan yang memang meletup🍔🔥. Ada macam-macam aktiviti best sepanjang festival. Jangan ketinggalan‼️😍

Moh! kita beramai-ramai meriahkan Festival Makanan Cita Rasa Malaysia !

Jumpa anda di sana!

UNIT PUBLISITI
EKSPO KONVOKESYEN 2024
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

MPP UMPSA: Platform Informasi Mahasiswa

08 Oct, 01:41


PERMOHONAN ZAKAT DAN BANTUAN SARA DIRI BUKAN ISLAM BAGI SESI AKADEMIK 2024/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan Bantuan Zakat dan Bantuan Sara Diri Mahasiswa Bukan Islam Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Semester 1 sesi Akademik 2024/2025 akan dibuka mulai *16 September 2024*.

Syarat dan tatacara permohonan boleh dirujuk melalui poster yang dilampirkan.

Tarikh Tutup Permohonan: 3 November 2024

Sebarang Pertanyaan: 09-4315054 (Unit Pembiayaan, Kebajikan & Disiplin Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

“Wisdom Drives Excellence”

#JHEPAUMPSA
#UMPSAMalaysia
#MalaysiaMadani

MPP UMPSA: Platform Informasi Mahasiswa

07 Oct, 01:54


*[SESI LIBAT URUS SECARA DALAM TALIAN BERSAMA PARA PELAJAR UNIVERSITI AWAM(UA) BAGI PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA (PPPTM) 2026-2035]*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

1. Kementerian Pendidikan Tinggi dan pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang merangka dan membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi (PPPTM) 2026-2035.

2. Sehubungan dengan itu, satu Sesi Libat Urus Bersama Para Pelajar Universiti Awam (UA) Bagi PPPTM 2026-2035 Secara Atas Talian akan diadakan seperti ketetapan berikut:

*Tarikh : 7 Oktober 2024 (Isnin)*
*Masa : 8.30 malam - 10.30 malam*
*Secara dalam talian : https://zoom.us/j/96743720469?pwd=eaNUPpx9Q5JVUgrrxyCAM7PLO6cHzj.1*
Meeting ID :
*Passcode : PPPTM2635*

3. Dalam hubungan ini, sesi libat urus ini akan memfokuskan kepada aspek Kesihatan Planet (Planetary Health) yang melibatkan kumpulan pakar dan ahli jawatankuasa kerja PPPTM 2026-2035 bersama dengan *450 orang pelajar* yang mewakili semua Universiti Awam (UA) di Malaysia.

4. Semua UA diminta mengemukakan *25 orang pelajar dari setiap UA* untuk menghadiri sesi libat urus tersebut dengan mengisi pautan pengesahan yang disediakan dengan segera selewat-lewatnya *selewat-lewatnya pada 7 Oktober 2024 (Isnin), jam 10.00 pagi.*

Terima kasih.

——

*[ONLINE ENGAGEMENT SESSION WITH PUBLIC UNIVERSITY STUDENTS FOR THE MALAYSIA HIGHER EDUCATION DEVELOPMENT PLAN (PPPTM) 2026-2035]*

Assalamualaikum and Greetings.

1. The Ministry of Higher Education and Universiti Putra Malaysia (UPM) are in the process of drafting and developing the Higher Education Development Plan (PPPTM) 2026-2035.

2. ⁠In this regard, an Online Engagement Session with Public University (UA) Students for the PPPTM 2026-2035 will be held as follows:

*Date: October 7, 2024 (Monday)*
*Time: 8:30 PM - 10:30 PM*
*Online: https://zoom.us/j/96743720469?pwd=eaNUPpx9Q5JVUgrrxyCAM7PLO6cHzj.1*
Meeting ID:
*Passcode: PPPTM2635*

3. This engagement session will focus on the aspect of Planetary Health, involving a group of experts and the working committee for PPPTM 2026-2035, alongside 450 students representing all Public Universities (UA) in Malaysia.

4. ⁠All UAs are requested to submit 25 students from each UA to attend the engagement session by filling out the provided confirmation link promptly, *no later than October 7, 2024 (Monday), 10:00 AM.*

Thank you.
——

https://forms.gle/8MYUcYXZKSHjJ9kWA

#UMPSAMalaysia
#CARETAKERMPPUMPSA2324
#TeknologiUntukMasyarakat


_"Salam Kesatuan Mahasiswa"_


Tarikh: 7 Oktober 2024 | Minggu Kuliah

——

Ikuti laman-laman rasmi MPP-UMPSA untuk hebahan terkini:

Facebook: fb.me/mppump.official
Instagram: instagr.com/mppumpsa_official
Telegram: t.me/mppump_official
Twitter: https://twitter.com/MPPUMP_Official
YouTube Channel: https://youtube.com/channel/UCoUmxw3_U-X-Afa5M1GsCjw

MPP UMPSA: Platform Informasi Mahasiswa

04 Oct, 12:57


📮EDARAN PEMAKLUMAN PENTADBIRAN DAN OPERASI PENGURUSAN PELAJAR KALI KE-148, BIL.22/2024 DAN KALI KE-149, BIL. 23/2024

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2 Bersama-sama ini dilampirkan Pemakluman Pentadbiran dan Operasi Pengurusan Pelajar seperti di bawah untuk makluman dan rujukan Y.H/YBhg/YBrs/Dato’/Datin/Profesor/Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan/Mahasiswa/i.

2.1 Pemakluman Pentadbiran dan Operasi Pengurusan Pelajar Kali Ke-148, Bil. 22/2024 mengenai Pindaan Tarikh Modul Kokurikulum bagi Pelajar Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Dual Ijazah Sarjana Muda bagi Semester I 2024/2025

Sila klik pautan di bawah :

https://edasar.umpsa.edu.my/jhepa/arahan-pentadbiran/2024/3663-pemakluman-pentadbiran-dan-operasi-pengurusan-pelajar-kali-ke-148-bil-22-2024-mengenai-pindaan-tarikh-modul-kokurikulum-bagi-pelajar-diploma-ijazah-sarjana-muda-dan-dual-ijazah-sarjana-muda-bagi-semester-i-2024-2025/file

2.2 Pemakluman Pentadbiran dan Operasi Pengurusan Pelajar Kali Ke-149 Bil. 23/2024 mengenai Pembukaan Penawaran Modul Kokurikulum bagi Pelajar Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Dual Ijazah Sarjana Muda bagi Semester I 2024/2025

Sila klik pautan di bawah :

https://edasar.umpsa.edu.my/jhepa/arahan-pentadbiran/2024/3662-pemakluman-pentadbiran-dan-operasi-pengurusan-pelajar-kali-ke-149-bil-23-2024-mengenai-pembukaan-penawaran-modul-kokurikulum-bagi-pelajar-diploma-ijazah-sarjana-muda-dan-dual-ijazah-sarjana-muda-bagi-semester-i-2024-2025/file

Sekian, untuk pemakluman dan perhatian semua.

b.p. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Tarikh : 4 Oktober 2024 (Jumaat)

MPP UMPSA: Platform Informasi Mahasiswa

04 Oct, 12:55


*KARNIVAL TANAH PUTIH DAERAH PEKAN 2024*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pelajar Residen Pelajar 5 (RP5),

Sukacita dimaklumkan Pejabat Daerah dan Tanah Pekan akan menganjurkan *Karnival Tanah Pahang Daerah Pekan Tahun 2024*

Anda semua dijemput bagi memeriahkan program pada ketetapan yang berikut:

*FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM*

*📅Tarikh: 04 Oktober 2024 (Jumaat )*
*🏫 Tempat: Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah Pekan*
*🕣Masa: 6.15 pm - 10:30 pm*

‼️ *PERINGATAN* ‼️
🚎 Pengangkutan (Bas) disediakan.
Masa berkumpul: 6:10 - 6:15 petang
Tempat: Dataran PAP

*Diminta para peserta mengisi borang pandaftaran melalui pautan di bawah:*
🔗 https://tinyurl.com/5n7ansvd

Sekian, terima kasih.

MPP UMPSA: Platform Informasi Mahasiswa

01 Oct, 01:10


*[PEMBUBARAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UMPSA SESI AKADEMIK 2023/2024]*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

1. Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (MPP-UMPSA) Sesi Akademik 2023/2024 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak universiti yang telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk menggalas amanah besar ini.

2. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah bersama-sama membantu dan menyokong kami sepanjang sesi ini. Semoga segala usaha kita diberkati dan dirahmati Allah SWT.

3. ⁠Kami yakin, UMPSA akan terus maju ke hadapan sebagai sebuah institusi yang cemerlang, bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam membentuk generasi pemimpin masa depan yang berwibawa.

Terima kasih.

#UMPSAMalaysia
#MPPUMPSA2324
#TeknologiUntukMasyarakat


_"Salam Kesatuan Mahasiswa"_


Saya yang menjalankan amanah,

Tarikh: 1 Oktober 2024 | Minggu Cuti Semester

MPP UMPSA: Platform Informasi Mahasiswa

27 Sep, 12:41


*[PENJUALAN TIKET MALAM GEMA INSAN Di Bawah Langit Aman 2024🎫]*

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.

1. Sukacita dimaklumkan Malam Gema Insan Di Bawah Langit Aman akan diadakan bersempena Ekspo Konvokenyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah kali ke-19 2024.

2. Saksikan penampilan Dato' Awie, Naim Daniel, Faizal Tahir dan Fynn Jamal.

3. Butiran adalah seperti berikut:
* Tarikh : 12 Oktober 2024 | Sabtu
* Masa : 8.30 malam
* Tempat : Kompleks Sukan Universiti , Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah , kampus Gambang.

4. Sehubungan dengan itu kami dari jawatankuasa Malam Gema Insan Di Bawah Langit Aman mengalu-alukan pembelian tiket kepada orang ramai.

5. ⁠Pengangkutan untuk mahasiswa UMPSA kampus Pekan adalah *disediakan*.

6. *Terbuka untuk orang awam.*

7. Pembelian tiket boleh dibuat melalui pautan :
https://www.ticket2u.com.my/event/38111

8. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan:
* 011-25637448-ADIB
* 014-7473607-IAN

Sekian, Terima kasih.

MPP UMPSA: Platform Informasi Mahasiswa

25 Sep, 08:35


*EDARAN PEMAKLUMAN PENTADBIRAN DAN OPERASI PENGURUSAN PELAJAR KALI KE-146 BIL. 20/2024 MENGENAI PERMOHONAN CATS AKTIVITI PELAJAR BAGI PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN DAN SOSIAL (PPS) UNTUK PELAJAR DIPLOMA, IJAZAH SARJANA MUDA DAN DUAL IJAZAH SARJANA MUDA BAGI SEMESTER I SESI AKADEMIK 2024/2025*

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

Bersama-sama ini dilampirkan Pemakluman Pentadbiran dan Operasi Pengurusan Pelajar Kali Ke-146 Bil. 20/2024 mengenai *Permohonan CATS Aktiviti Pelajar bagi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman dan Sosial (PPS) untuk Pelajar Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Dual Ijazah Sarjana Muda Bagi Semester I Sesi Akademik 2024/2025* untuk makluman dan rujukan Y.H/YBhg/YBrs/ Dato’/Datin/Profesor/Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan/Mahasiswa/i.

*Sila klik pautan di bawah :*

*https://edasar.umpsa.edu.my/jhepa/arahan-pentadbiran/2024/3659-arahan-pentadbiran-dan-operasi-pengurusan-pelajar-kali-ke-146-bil-20-2024-permohonan-cats-aktiviti-pelajar-bagi-pembelajaran-berasaskan-pengalaman-dan-sosial-pps-untuk-pelajar-diploma-ijazah-sarjana-muda-dan-dual-ijazah-sarjana-muda-bagi-semester-i/file*

Sekian, untuk pemakluman dan perhatian semua.

*b.p. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)*
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Tarikh : 25 Spetember 2024