HEPA CARE UMPSA

@hepumpcare


Telegram Rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

HEPA CARE UMPSA

22 Oct, 09:23


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dipanjangkan lokasi bagi kerja-kerja penangkapan anjing yang akan dilakukan pada

Tarikh: 22 Oktober 2024
Masa: 8.45 malam

HEPA CARE UMPSA

21 Oct, 07:45


PENGAMBILAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN KOR SISWA (KOR BOMBA) UMPSA

🔥SERTAI KOR BOMBA Peluang Anda Untuk Berbakti dan Belajar 🔥

Adakah anda seorang mahasiswa yang ingin membantu komuniti, belajar kemahiran menyelamatkan nyawa, dan menyumbang dalam operasi kecemasan? Sertai Pegawai Bomba Bantuan Kor Siswa (KOR BOMBA) sekarang! 🚒💪🏻

Kenapa Anda Patut Sertai:

Latihan Profesional: Belajar teknik pemadaman kebakaran, penyelamatan, dan pengurusan bencana Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Kemahiran Kepimpinan: Tingkatkan kemahiran kepimpinan dan disiplin anda dalam situasi kecemasan.

Sumbangan Sukarelawan: Berpeluang terlibat secara langsung dalam operasi kebakaran dan bencana, membantu komuniti di seluruh negara.

Peluang Kerjaya: Bangunkan kemahiran yang boleh membuka laluan kerjaya dalam keselamatan, pertahanan awam, dan pengurusan bencana.

📌Anda akan dilatih oleh profesional dari Jabatan Bomba dalam simulasi kecemasan, pemadaman api, penyelamatan, dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada barisan hadapan keselamatan kampus dan komuniti❗️

Tarikh tutup permohonan 27 Oktober 2024

Sebarang pertanyaan sila hubungi 09-4315079

#KORBOMBA #UMPSA

HEPA CARE UMPSA

20 Oct, 09:58


LARIAN WARISAN EKSPO KONVOKESYEN ISI HUJUNG MINGGU MAHASISWA

20 Oktober 2024 | UMPSA Pekan

https://vt.tiktok.com/ZSjJCPDP5/

"Wisdom Drives Excellence"

#JHEPAUMPSA
#UMPSAMalaysia
#MalaysiaMadani
#UMPSACampusLife

HEPA CARE UMPSA

20 Oct, 06:37


*JOM BERMAIN DENGAN MEDAN ARKED🔥‼️*

Saksikan livestream CYBOC yang dinanti-nantikan di Pentas Utama, Gambang! Jangan ketinggalan untuk merasai pengalaman bermain PlayStation 5 (PS5) di lokasi yang sama. Datang dan rasai sendiri aksi permainan terhebat, pelbagai game menarik menanti anda!

Datang beramai-ramai dan sertai keseronokan ini!🎮🔥

HEPA CARE UMPSA

20 Oct, 01:55


LARIAN WARISAN EKSPO KONVOKESYEN ISI HUJUNG MINGGU MAHASISWA

20 Oktober 2024 | UMPSA Pekan

Berita dan Gambar:

Instagram:
https://www.instagram.com/p/DBVALIiSK1a/?igsh=MWdhazN3MzI4emlqYw==

Facebook:
https://www.facebook.com/share/p/HgDEuGyLXfn7EdDq/?mibextid=WC7FNe

"Wisdom Drives Excellence"

#JHEPAUMPSA
#UMPSAMalaysia
#MalaysiaMadani
#UMPSACampusLife

HEPA CARE UMPSA

19 Oct, 22:53


PROGRAM QIAMULLAIL PERDANA BERSEMPENA EKSPO KONVOKESYEN UMPSA 2024

20 Oktober 2024 | Masjid UMPSA Kampus Pekan

Berita Penuh;

Facebook:
https://www.facebook.com/share/rXASpH5EwV8byeNs/?mibextid=WC7FNe

Instagram:
https://www.instagram.com/p/DBUqhQGzVpc/?igsh=NHppcjlidzI2ZXU4


"Wisdom Drives Excellence"

#JHEPAUMPSA
#UMPSAMalaysia
#MalaysiaMadani
#CampusLifeUMPSA

HEPA CARE UMPSA

19 Oct, 00:37


*JOM KE MEET & GREET JHEPA!*

🚀 Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dalam *Mini Hari Terbuka Mahasiswa UMPSA!*

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

*Tarikh:* 19 - 20 Oktober 2024
*Masa:* 9:00 pagi - 5:00 petang
📍 *UMPSA Kampus Pekan*

🔥 Aktiviti Menarik Sepanjang 2 Hari! 🔥

*SABTU (19 Okt):*
🎮 *CYBOC E-Sport* (8:00 pagi - 6:00 petang) – Pertarungan e-sukan!
🎉 *Gamer’s Park* (9:00 pagi - 9:00 malam) – Pesta gamer paling happening!
🌙 *Persembahan Malam* (8:00 malam - 11:00 malam) – Wayang Pacak & Busking yang santai!

*AHAD (20 Okt):*
🌙 *Malam Qiamulail* (4:00 pagi - 7:00 pagi) – Pengisian rohani bersama.
🏃‍♂ *Larian Warisan* (7:00 pagi - 10:00 pagi) – Jom berlari untuk kesihatan dan warisan!
🎮 *CYBOC E-Sport Final* (10:30 pagi - 11:00 malam) – Siapakah juara e-sukan?
🤝 *Meet & Greet JHEPA* (9:00 pagi - 5:00 petang) – Peluang untuk kenali lebih dekat JHEPA!
🎉 *Gamer’s Park* (9:00 pagi - 9:00 malam) – Kemeriahan diteruskan!

Jangan lepaskan peluang ini!

Pelajar yang mempunyai masalah cred-B juga boleh hadir di kaunter ADAB pada 20 Oktober 2024 | Ahad.

#HariTerbukaUMPSA #MeetNGreetJHEPA

HEPA CARE UMPSA

18 Oct, 11:05


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif (PUPUK) UMPSA sedang melakukan tinjauan keusahawanan dalam kalangan mahasiswa UMPSA.

Sekian, Terima Kasih.

https://forms.gle/msaSfmiYCfTfh2p3A

HEPA CARE UMPSA

18 Oct, 04:22


[Jemputan ke Program Jelajah Saya Digital X Teknologi Revolusi Expo (TreX)]

Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan PahangGo akan menganjurkan Program Jelajah Saya Digital X Teknologi Revolusi Expo (TreX) @ Kuantan pada 18 - 20 Oktober 2024 ini di Berjaya Megamall, Kuantan.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran digital rakyat Malaysia dalam era ekonomi digital yang semakin berkembang pesat. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha besar dalam membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup dan mewujudkan kesedaran mengenai teknologi digital dan penyelesaian gaya hidup pintar dalam kalangan rakyat di kawasan bandar dan desa dalam menerajui memacu masyarakat digital.

(*pengangkutan, makanan, sijil dan cenderahati akan disediakan untuk peserta)

Daftar pada pautan berikut: https://forms.gle/sqbppH8TUvPuwJ2SA

"Wisdom Drives Excellence"

#JHEPAUMPSA
#UMPSAMalaysia
#MalaysiaMadani

HEPA CARE UMPSA

17 Oct, 00:42


*[JEMPUTAN KE PROGRAM DERMA DARAH, ONE BAG, THREE LIFE: BLOOD DONATION]*

Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara berikut.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab OSH dengan kerjasama Kelab SCITEXS, Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Ekspokonvokesyen-19 akan melaksanakan program derma darah seperti ketetapan berikut:

*🗓Tarikh: 17 Oktober 2024 Masa: 10:00 A.M - 3:30 P.M 🏫Tempat: Astaka, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Kampus Gambang*

-Terbuka kepada semua mahasiswa/mahasiswi, staf dan pengunjung luar -50 orang terawal disediakan cenderahati yang menarik 🛍

_"A few minutes for you, a lifetime for someone else."_

Terima kasih.

Sebarang persoalan boleh rujuk kepada:
Ashraf - 019-9650041
Azhanie - 017-7229610

#UMPSA
#OSH
#SCITEXS
#EKSPOKONVOKESYEN19
#BLOODDONATION

HEPA CARE UMPSA

17 Oct, 00:29


[PEMAKLUMAN MINGGU KESENIAN ISLAM]

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

1. Majlis Perwakilan Pelajar UMPSA bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Sekretariat Ekspo konvokesyen akan menganjurkan Minggu Kesenian Islam

2. ⁠Sehubungan itu, kami daripada Sekretariat Ekspo Konvokesyen mengalu-alukan semua mahasiswa/i untuk memeriahkan program ini dengan acara :
- Khat dan Jawi
- ⁠Lantunan Warisan Qasidah
- ⁠Lantunan Nasyid Tradisi

3. Butiran program adalah seperti berikut:-

Tarikh : 17 - 18 Oktober 2024
Masa : 8:00PM - 11:00PM
Tempat : Pentas Utama dan Masjid UMPSA Gambang

Sama-sama kita memeriahkan lagi Minggu Kesenian Islam!

Jumpa anda di sana!

Yang menjalankan amanah,

UNIT PUBLISITI
EKSPO KONVOKESYEN 2024
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

#UMPSAMalaysia
#EkspokonvokesyenUMPSA2024
#TeknologiUntukMasyarakat
#IniWarisanKita
#HariTerbukaMahasiswaUMPSA

HEPA CARE UMPSA

16 Oct, 10:52


[PEMAKLUMAN MEDAN WARISAN KITA]

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

1. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah (MPP-UMPSA) bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA-UMPSA) dan Sekretariat Ekspo konvokesyen akan menganjurkan tema “Medan Warisan “bersempena ekspo konvokesyen 2024.

2. ⁠Sehubungan itu, kami daripada Sekretariat Ekspo Konvokesyen mengalu-alukan semua mahasiswa/i untuk memeriahkan Medan Warisan Kita

3. Butiran program adalah seperti berikut:-

Tarikh : 18-29 Oktober 2024
Masa : 8:00PM - 11:00PM
Tempat : Gelanggang Bola Tampar , Futsal dan Takraw Kampus Gambang

Sama-sama kita memeriahkan lagi Medan Warisan Kita ini !

Jumpa anda di sana!

Yang menjalankan amanah,

UNIT PUBLISITI
EKSPO KONVOKESYEN 2024
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

#UMPSAMalaysia
#EkspokonvokesyenUMPSA2024
#TeknologiUntukMasyarakat
#IniWarisanKita
#mppumpsa