Majlis Agama Islam Johor

@mainjzakat


Majlis Agama Islam Johor

17 Oct, 10:51


Kami ke Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) bagi melihat dan menerokai bidang francais. Insya-Allah satu lagi peluang baru untuk Usahawan Asnaf.

Delegasi diketuai oleh Mufti Johor, SS YB Dato' Haji Yahya Ahmad & disambut oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PERNAS, YM Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah.

Turut hadir Penasihat MAINJ, YB Dato' (Dr.) Nooh Gadot, Ketua Pengawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Hasrin Kamal Hashim, Ahli Majlis MAINJ & Ketua Penolong Pengarah Zakat Wakaf & Baitulmal MAINJ Tuan Haji Azlan Abdullah.

#MainjPrihatin

https://www.facebook.com/share/p/TMdqAeMTopsGZycD/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

17 Oct, 10:50


Kunjungan TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) ke Pejabat MAINJ, Alhamdulillah kami berbincang bagi pelaksanaan program bina baru rumah asnaf melalui wakalah zakat yang diterima TNB.

Hadir mewakili TNB, General Manager TNB Johor, Mohamed Noh Mohd Seth & di sambut oleh Ketua Pengawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Hasrin Kamal Hashim.

#TerimaKasihPembayarZakat

https://www.facebook.com/share/p/ye9H7sLQZG2VZXJ5/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

14 Oct, 12:33


Insyallaah rutin kami. Santuni keluarga asnaf, bawa mereka belanja barang² dapur.

#dapurasnaf

https://www.facebook.com/share/p/nJjxMzwYBdAaHy79/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

11 Oct, 12:50


Hari Jumaat yang penuh barakah dan keindahan. Alhamdulillah, sangat seronok hari ini berprogram dan berpeluang bertemu ramai insan hebat. Masing-masing berpusu-pusu mencari keberkatan dengan menyertai kami dalam Saham Wakaf Johor.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pewakaf atas sokongan anda. InshaAllah, kita akan bertemu lagi pada masa akan datang.

#TerimaKasihPewakaf

https://www.facebook.com/share/p/bq7pG3TuSQUSHHA1/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

11 Oct, 12:49


Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan penuh syukur telah menerima pengiktirafan yang membanggakan dalam Program Sinergi Perkeso baru-baru ini. MAINJ, selaku agensi pembentang, berjaya mengetengahkan inisiatif Program Pelan Pembangunan Asnaf yang dilaksanakan di setiap daerah di Johor, bertujuan memperkasa usahawan asnaf serta memacu pembangunan ekonomi mereka.

Kejayaan ini turut diserikan dengan penganugerahan Anugerah Emas bagi kategori agensi pembentang, serta Anugerah Reruai Terbaik dalam kategori Program Berimpak Tinggi. Pengiktirafan ini bukan sahaja mengiktiraf usaha keras MAINJ, malah memperkukuhkan komitmen kami dalam memajukan ekonomi asnaf di negeri Johor.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan usaha murni ini. Kejayaan ini adalah milik kita bersama.

#MainjPrihatin

https://www.facebook.com/share/p/8rCYubTfdnFwypsz/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

07 Oct, 12:10


Risau Yuran Pendaftaran Pengajian Tinggi mahal? Jangan runsing, MAINJ kan ada 😊

ebantuan.maij.gov.my
ebantuan.maij.gov.my
ebantuan.maij.gov.my
Memudahkan anda untuk membuat permohonan.

#ZakatDihati

https://www.facebook.com/share/v/2PAJEvFZ3sFY22H4/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

07 Oct, 12:09


Bawa 50 keluarga asnaf daripada Mukim Parit Bakar Muar belanja keperluan dapur.

Insya-Allah sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

#dapurasnaf

https://www.facebook.com/share/p/AniBZZGwWJ3rWoGH/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

05 Oct, 23:39


https://www.facebook.com/share/p/C8spoaAJjL5KTRoT/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

01 Oct, 08:23


Seorang nenek patah kaki akibat terjatuh di bilik air kini tinggal bersama tiga orang cucunya. Ibu dan bapa mereka telah bercerai dan tidak lagi mengambil tahu hal keluarga, menyebabkan cucu-cucu inilah yang menjaga nenek mereka.

Untuk memenuhi keperluan, salah seorang cucunya menjual kacang bagi mencari pendapatan.

MAINJ hadir menghulurkan bantuan dengan menyediakan Bakul Makanan, sebuah kerusi roda, pampers, serta bantuan tunai. Nenek ini juga akan menerima bantuan sara hidup bulanan bagi meringankan beban yang dihadapi keluarga ini.

#MainjPrihatin

https://www.facebook.com/share/p/3Q9jMhwXcXRm9VE5/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

01 Oct, 08:22


Malam tadi, kami bersama warga Felda Nitar 2, Mersing. Alhamdulillah, suasana sangat mesra dan penuh kebaikan. Ramai juga turut menyertai saham Wakaf, insya-Allah saham akhirat.

#sahamwakafjohor

https://www.facebook.com/share/p/YTx3dkKJvo1RaeHr/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

30 Sep, 10:46


https://www.facebook.com/share/p/vMhJ1HnEoDQBtitD/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

29 Sep, 13:02


Lensa sekitar "Majlis Taklimat Perdana Saham Wakaf Johor" yang diadakan bersama PPD, PPID, dan warga pendidik di seluruh Negeri Johor.

Taklimat telah disampaikan oleh Sohibus Samahah Timbalan Mufti Negeri Johor, YB Dato' Haji Ahmad Faisal bin Mohamed.

Ucapan perasmian disempurnakan oleh YB Dato' (Dr.) Haji Nooh bin Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Program ini juga menjadi platform untuk memperkenalkan inisiatif-inisiatif wakaf yang mampu memberi impak besar kepada kesejahteraan komuniti, serta mengukuhkan usaha ke arah memartabatkan wakaf sebagai instrumen penting dalam pembangunan negeri Johor.

Terima kasih diucapkan kepada semua jemputan yang hadir. Semoga majlis ini memberi manfaat yang besar, dan bersama-sama kita terus istiqamah dalam melaksanakan ibadah wakaf.

#SahamWakafJohor
#SahamAkhiratAnda
#MainjPrihatin

https://www.facebook.com/share/p/NvbfGBzwvvc9izq1/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

29 Sep, 13:02


https://www.facebook.com/share/p/xgbrY1aCCf2eY6WA/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

29 Sep, 13:01


Plaza Angsana Johor Bahru bukan sahaja menjadi tumpuan bagi pelbagai acara, tetapi juga antara syarikat yang komited dalam menunaikan tanggungjawab zakat.

#TerimaKasihPembayarZakat

https://www.facebook.com/share/p/g4EeAAzf21unti6C/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

26 Sep, 16:20


Kami menziarahi beberapa sekolah untuk menilai keberkesanan bantuan baju sekolah yang disalurkan kepada anak-anak asnaf, serta mendapatkan maklum balas daripada para guru.

Bagi tahun 2024, sejumlah RM8.6 juta telah diperuntukkan, dan seramai 50,050 anak asnaf telah menerima manfaat daripada inisiatif ini.

Maklum balas positif daripada pihak sekolah amat menggalakkan, menunjukkan sumbangan ini memberi impak besar kepada kesejahteraan pelajar yang memerlukan.

#MainjPrihatin

https://www.facebook.com/share/p/1QQdgKYwT5hdoGuA/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

26 Sep, 16:19


Lamb Shank no 1 Batu Pahat bayar ZAKAT dengan MAINJ tau, sokong beliau untuk beliau bantu lebih ramai asnaf ☺️

#terimakasihpembayarzakat

https://www.facebook.com/share/p/zap2ZExZNTRbR4oE/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

21 Sep, 11:01


Ceramah maghrib yang bertajuk "Harta Barakah" & penyampaian keperluan asas kepada 80 keluarga tempohari ☺️

#zakatdihatibersamakomuniti

https://www.facebook.com/share/p/uS25TrfY3EWzAKW8/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

20 Sep, 09:24


"Zakat di Hati Bersama Komuniti"

Alhamdulillah, masyarakat di sini baik-baik, ramah, dan cepat mesra. Sepanjang hari, dari pagi hingga malam, pelbagai aktiviti berjaya kami laksanakan bersama.

Terima kasih kepada JAKOA, PERKIM, KEMAS, serta Pejabat Kadi Pontian dan Kluang atas kerjasama erat dalam menjayakan program ini.

Lokasi: Kampung Baru Kuala Benut, Pontian.

#zakatdihatibersamakomuniti

https://www.facebook.com/share/p/nxeKCncWE9jrz77b/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

18 Sep, 01:54


Alhamdulillah, tahun ini kami beri peluang kepada 4 Usahawan MAINJ ke Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-20 MIHAS 2024 pada:

Tarikh: 17-20 September 2024 (Selasa-Jumaat)
Masa: 10.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi: MITEC Kuala Lumpur

*Jumpa kami di Pavilion Johor*

Nama Syarikat : Usahawan Seri Enterprise
No Tel : 013-3935399
- Kek Kukus Johor
- Kuih Tart Sepit

Nama Syarikat : Lebak Aiffa Kitchen
No Tel : 011-55058630
- Sambal Hitam Pahang
- Acar Buah
- Sambal Ikan Masin

Nama Syarikat : Aneka Sate Segamat
No Tel : 017-7152989
- Sate Frozen

Nama Syarikat : Makete
No Tel : 016-9134669
- Laksa Johor

#usahawanmainj
#MIHAS2024

https://www.facebook.com/share/p/BzzWZuPQMvLHp3dH/?mibextid=WC7FNe

Majlis Agama Islam Johor

17 Sep, 13:55


"36 anak-anak Johor berlepas ke Jordan malam ini.

Setiap mereka menerima sumbangan tiket berjumlah RM3,000 dan tunai RM500.00 selain dermasiswa sebanyak RM12,000.00 setahun. Alhamdulillah, manfaat duit ZAKAT.

Doakan mereka berjaya ya, moga Allah mudahkan urusan mereka sepanjang pengajian disana. Amin Ya Rab.

*Insya-Allah esok petang penerbangan anak-anak Johor ke Mesir.

#MainjPrihatin
#terimakasihpembayarzakat

https://www.facebook.com/share/p/PYRHxCWvP1zcD37k/?mibextid=WC7FNe