Komuniti Johor

@komunitijohor


Facebook
www.facebook.com/komunitijohor

Instagram
www.instagram.com/komunitijohor

Twitter
www.twitter.com/komunitijohor

Telegram
t.me/komunitijohor

TikTok
https://www.tiktok.com/@tvkomunitijohor

YouTube
www.youtube.com/@tvkomunitijohor

Komuniti Johor

22 Oct, 10:38


PATI sanggup terjun sungai elak dicekup

JOHOR BAHRU: Warga asing sanggup terjun ke dalam sungai dan lari bertempiaran bagi mengelak dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri dalam Op Kutip di sebuah tapak projek perumahan di Kluang.

Namun, tindakan itu gagal apabila pasukan penguat kuasa 'sudah bersedia' dan berjaya memastikan tidak ada yang dapat meloloskan diri.

Pengarah Imigresen negeri, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, dalam operasi antara 10 hingga 11.30 pagi, Jumaat lalu itu, seramai 85 warga asing dan pekerja tempatan diperiksa.

Daripada jumlah itu, seramai 43 warga asing dan seorang majikan warga tempatan ditahan.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 34 lelaki warga Bangladesh serta empat wanita dan lima lelaki warga Indonesia berusia antara 21 hingga 49 tahun," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dalam operasi berasingan, Mohd. Rusdi memberitahu, pihaknya menahan enam warga asing dalam Op Sapu di tiga rumah inap di Mersing pada Khamis lalu.

"Seramai 12 warga asing termasuk warga tempatan diperiksa sebelum menahan seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki serta empat wanita warga Indonesia yang berusia antara 25 hingga 54 tahun," katanya.

Katanya, dua operasi itu dijalankan susulan aduan dan maklumat awam yang diterima menyatakan terdapat sejumlah warga asing bekerja tanpa pas yang sah serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk tinggal di negara ini.

Semua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk berada di negara ini.

Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 17(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana tidak mematuhi arahan yang diendorskan atas pas.

"Bagi seorang lelaki warga tempatan yang juga wakil majikan bagi kontraktor utama tapak perumahan, tindakan diambil di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI). - UTUSAN

Komuniti Johor

22 Oct, 10:35


Kumpulan pecah rumah etnik Rohingya didalangi wanita tumpas

JOHOR BAHRU: Polis negeri ini berjaya menumpaskan kumpulan pecah rumah dianggotai enam etnik Rohingya didalangi seorang wanita berusia 34 tahun.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, kesemua suspek terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki berusia antara 15 hingga 34 tahun itu ditahan di Kota Tinggi pada 25 September lalu.

Menurutnya, wanita yang menjadi dalang kumpulan itu mempunyai 54 rekod lampau berkaitan jenayah pecah rumah di beberapa buah negeri sejak 2014.

"Modus operandi digunakan kumpulan ini adalah memecah masuk rumah pada waktu pagi setelah penghuninya keluar bekerja. Mereka menyasarkan barangan yang mudah dijual dalam pasaran gelap seperti barang kemas, jam tangan, beg berjenama serta wang tunai.

"Kesemua suspek dipercayai terlibat dalam 21 kes pecah rumah di Kota Tinggi, Kulai, Pontian, Batu Pahat serta Melaka. Anggaran kerugian kesemua kes itu adalah RM1.25 juta, manakala barangan berharga yang berjaya ditampas semula bernilai RM675,500," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Kumar berkata, dalang kumpulan itu bersama seorang lagi suspek mempunyai kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), manakala empat yang lain tiada dokumen pengenalan diri.

"Dua daripada enam suspek juga telah dituduh di Mahkamah Pontian pada Februari lalu kerana kesalahan pecah rumah dan kes masih dalam perbicaraan.

"Kesemua suspek yang dipercayai ahli keluarga itu kini ditahan di IPK Melaka bagi membantu siasatan berhubung jenayah pecah rumah di negeri berkenaan sebelum didakwa terhadap 19 pertuduhan di negeri ini," katanya.

Pihaknya sedang mengesan seorang lagi lelaki etnik Rohingya yang dikenali sebagai Mohammad Shukur Mohamad Salim, 29, bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 457; Seksyen 411 dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu atau perbuatan jenayah lain boleh menghubungi balai polis berhampiran atau talian 019-2792095 dan 07-2212999. - UTUSAN

Komuniti Johor

21 Oct, 09:53


KK Gelang Patah usang, tak mampu tampung 100,000 penduduk - MB

ISKANDAR PUTERI: Klinik Kesihatan (KK) Gelang Patah, di sini yang usang kini tidak mampu lagi menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

Sambil meluahkan kekecewaannya, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengakui masih banyak yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di nege

Menurutnya, infrastruktur sedia ada di klinik kesihatan tersebut tidak dapat menampung keperluan penduduk yang semakin meningkat di kawasan sekitar, apatah lagi Kota Iskandar kini menjadi pusat pentadbiran negeri.

"Saya berasa amat sedih dan kecewa melihat keadaan yang sangat daif di Klinik Kesihatan Gelang Patah.

"Antara isu yang diutarakan termasuk ruang klinik yang sesak dan sempit; fasiliti seperti kerusi, kipas dan pendingin hawa yang telah usang dan rosak; parkir kenderaan terhad dan tidak tersusun selain kekurangan aset seperti mesin ultrasound dan komputer," katanya selepas melawat klinik tersebut, di sini.

Onn Hafiz memberitahu, purata pengunjung di klinik kesihatan itu lebih 800 orang sehari, manakala infrastruktur sedia ada tidak mampu menampung populasi hampir 100,000 penduduk di kawasan Iskandar Puteri.

"Kerajaan negeri akan membantu sedaya mungkin bagi mengatasi isu tersebut termasuk melihat cadangan pembinaan sebuah klinik kesihatan baharu di kawasan Iskandar Puteri.

"Saya sedar dan insaf masih banyak perlu dilakukan bagi mempertingkatkan kualiti fasiliti kesihatan di negeri Johor.

"Dengan kerjasama, usaha dan sokongan semua pihak, apa yang direncanakan mampu direalisasikan," katanya. - UTUSAN

Komuniti Johor

21 Oct, 09:51


Pembantu peniaga pasar malam didakwa cabul remaja

JOHOR BAHRU: Seorang pembantu peniaga pasar malam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan yang baru dikenalinya tiga bulan pada Jun lalu.

Tertuduh, Muhammad Rahmat Abdullah, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Siti Noraida Sulaiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Rahmat didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja berusia 15 tahun tujuh bulan itu dengan meramas payudara dan menggosok kemaluannya di dalam bilik di sebuah rumah di Kampung Tampok Darat, Benut, Pontian, kira-kira pukul 2 pagi, 29 Jun lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum denda, jika disabit kesalahan.

Pendakwaaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Nurhazneena Zureen Jaesleen Mohamad Hanafiah.

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan berjumlah RM15,000 dengan seorang penjamin berserta tiga syarat tambahan, iaitu tidak mengganggu saksi pendakwaan, melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali sebulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Namun, Nurhazneena Zureen Jaesleen memohon jumlah jaminan yang rendah memandangkan anak guamnya tiada pendapatan tetap dan hanya bekerja sebagai pembantu peniaga pasar malam dengan upah RM200 hingga RM300 sahaja.

"OKT (orang kena tuduh) yang juga anak bongsu daripada dua beradik ini menyara ibunya berusia 72 tahun yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi yang memerlukan ubat secara berkala," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan dengan tiga syarat tambahan tersebut serta menetapkan 24 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - UTUSAN

Komuniti Johor

21 Oct, 09:48


Labur RM87,479, hanya dapat untung RM421

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki mengalami kerugian RM87,479 apabila wang simpanannya 'lebur' akibat terpedaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang disertainya selepas menerima pautan menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mangsa berusia 52 tahun itu menerima pautan tersebut daripada individu bernama 'Mandy' yang mengakui wakil syarikat 'Boci Club Members' pada 12 Ogos lalu.

"Pelaburan itu melibatkan pembelian saham yang menjanjikan pulangan keuntungan sehingga 80 peratus. Disebabkan tertarik, mangsa melakukan dua transaksi berjumlah RM87,900 ke dalam dua akaun berbeza pada 13 September dan 15 Oktober.

"Sepanjang membuat pelaburan tersebut, mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM421 sahaja," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mangsa hanya menyedari telah ditipu apabila 'Mandy' memintanya membuat pelaburan tambahan sebanyak RM15,000 bagi pengeluaran wang keuntungan yang dijanjikan.

"Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis, semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kita juga akan siasat sama ada pembabitan keldai akaun," katanya.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan atau pekerjaan yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam masa singkat. - UTUSAN

Komuniti Johor

21 Oct, 09:47


Pengawal didenda RM7,000 mengakui salah cabul kanak-kanak tujuh tahun

JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman denda RM7,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap seorang kanak-kanak perempuan, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Yusri Jaafar, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan itu, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia tujuh tahun dengan menyuruh mangsa menghisap kemaluannya dan menggosok kemaluan mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara pukul 12 tengah hari hingga 2 petang di sebuah rumah di Jalan Gangsa, Peringkat 1, Kampung Cahaya Baru, Pasir Gudang pada 15 Februari 2021.

Dia didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin, manakala tertuduh diwakili peguam bela Jamian Dolah.

Jamian memohon agar Mahkamah mempertimbangkan faktor kesihatan anak guamnya yang menghidapi penyakit jantung dan memerlukan rawatan secara berkala di hospital.

Yusri turut menanggung isteri dan empat anaknya berusia antara tujuh hingga 24 tahun dengan pendapatan sebagai pengawal keselamatan sebanyak RM1,800 sebulan.

Namun, Nur Farah Wahida memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh sesuai dengan kesalahan yang dilakukan.

"Hukuman tersebut perlu mengambil kira faktor usia mangsa sewaktu kejadian, iaitu berusia tujuh tahun selain mengambil kira kepentingan awam berbanding kepentingan peribadi tertuduh," katanya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM7,000 dan jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara selama empat bulan. - UTUSAN

Komuniti Johor

20 Oct, 22:09


CCTV paling senang nak pasang, tak payah buat wayering bagai, korang masukkan dalam soket lampu je dah boleh on. Senang kan? yang penting harga mesra poket..

Harga tengok sini 👇
https://s.shopee.com.my/1B4UgVRumh

Komuniti Johor

20 Oct, 13:35


'Nasib baik air dalam parit tak tinggi, jika tidak saya sudah mati'

JOHOR BAHRU: Berpantang maut sebelum ajal.

Itu ungkapan sesuai menceritakan kejadian menimpa Ng Eng Leong, 56, yang tidak mengalami kecederaan walaupun pacuan empat roda dipandunya terjunam ke dalam parit selepas dirempuh kenderaan lain.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang tadi, dia sedang memandu berseorangan di Jalan Kasa, Taman Sentosa, di sini menuju ke kedai sayur-sayuran tempatnya bekerja.

"Saya memandu tidak terlalu laju kerana ini laluan kecil dan sedang membawa muatan sayur-sayuran. Secara tiba-tiba sebuah kenderaan keluar dari simpang dan merempuh bahagian kanan kenderaan saya.

"Akibat rempuhan itu, kenderaan saya terbabas ke kiri, merempuh tembok penghadang dan terjatuh ke dalam parit secara terbalik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Namun, Eng Leong tetap bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius, sebaliknya hanya luka-luka kecil pada bahagian siku tangan kanannya.

"Nasib baik tidak hujan ketika kejadian, jadi air di dalam parit tidak tinggi. Jika tidak, mesti saya sudah mati, namun cemas juga ketika terjatuh dalam keadaan terbalik melihat air sudah memasuki bahagian dalam kenderaan.

"Saya pandang belakang dan perasan cermin belakang pacuan empat roda sudah pecah. Jadi, saya merangkak keluar dan memanjat ke tebing," katanya.

Pemandu kereta Honda yang merempuhnya merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 60-an turut tidak mengalami sebarang kecederaan. - UTUSAN