KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

@kisahseramuitmshahalam


Share citer seramm tak kisah kat uitm shah alam ke uitm mana ke kat mana mana pun!!

Link channel :
https://t.me/+7nrLOTsaMDEzZDZl


Link form :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfcghOMHFOBahd24JgCAvCdnECB5RUtk680Yqn_42hl5iBe8A/viewform?usp=shari

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

10 Sep, 11:31


AKAK PONTI SALAM BERKENALAN

Hi, guys! I ada 1 citer seram yang berlaku kat salah satu kolej kediaman siswi (terpaksa hide atas sbb tertentu).
Kisah ni berlaku pada tahun 2022, hari pertama menjejak kaki utk sambung degree, I berdaftar masuk ke kolej dan dpt satu bilik berdekatan dgn tandas di aras 2. I jenis susah nak tido di tempat baru and decide vc dgn bf (sudah ex). Masatu dah kul 2 pagi, I takleh tido jgk and decide nak tukar posisi baring dari menghadap dinding ke menghadap ke arah meja belajar. Bertapa terkejutnya I ternampak akak ponti berdiri tegak atas meja belajar dgn rambut kusut paras lutut, kain putih lusuh. I cuba nak buat2 x nampak and berpaling semula ke arah dinding, mata tertutup rapat. Citer ni x berhenti di situ, masa I tutup mata rapat2, akak ponti mencuba utk I buka mata and pandang ke dia dgn cara mengajuk suara mak I (bangang punya ponti) suara halus, lemah lembut berkata “_______ bangun cepat, dah pukul 6 nnti lambat”, I hampir ya nak bukak mata tapi I bercakap dlm hati “dekat kolej, mak manade kat sini”, and I terus boleh lelapkan mata. Lepas daripada tu, I selalu citerkan ni kat family sbb seram and agak kelakar.

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

07 Sep, 07:13


Satu sosok POCONG sedang berdiri memerhatikan aku , cuma kali ini POCONG itu berwarna HITAM kainnya , dan KEPALANYA TIDAK TERIKAT SEPERTI pocong² biasa. Kelihatan kepalanya yang berambut mengurai serta muka hitamnya penuh dengan darah mengalir dan menampakkan keseluruhan mulutnya yang bergigi tanpa ada bibir atau kulit. Di lehernya kelihatan seperti patah kekanan tapi tidak mengubah posisi kepalanya.

Aku yang terperanjat itu terus melarikan diri ke arah khemah yang lebih terang dan ramai , tapi aku tidak ikut serta bersama mereka , aku hanya duduk di tepi pantai di hadapan mereka sampailah aku dengar bunyi azan subuh berkumandang.

Paginya tanpa aku mengejutkan si Heng , aku mengemas segala barangan aku dan meninggalkan tempat itu , pertama kali dalam hidup aku nampak POCONG HITAM sebegitu.

Aku masih lagi bercamping di pantai itu , tapi di tempat berdekatan dengan kedai² makanan dan gerai yang menyewakan pelampung kuning besar untuk malam² selebihnya.

Dah , tu je

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

07 Sep, 07:13


SAMBUNGAN POCONG HITAM

Kami pun makan makanan kami masing2 , sambil berbual2 , tiba² si Heng cakap , BRO TAU TAK KENAPA SAYA NAK DEKAT DENGAN YOU NI , aku dah mula suspen , KENAPA BANG , soal aku.

MALAM SEMALAM SATU MALAM SAYA TIDAK BOLEH TIDUR , selamba je si Heng ni beritahu aku. Dia tak tahu agaknya pantang larang orang berkhemah atau mendaki gunung adalah JANGAN CERITA APA2 KETIKA DI KAWASAN ITU , SIMPAN SEHINGGA KITA DAH TINGGALKAN TEMPAT ITU.

Aku bila dia dah beritahu gitu , mulalah rasa nak demam , rasa nyesal healing kat situ , rasa nak kemas balik waktu itu gak.

YOU SORANG KE BANG YANG KENA , KHEMAH LAIN , soalan bangang yang aku lemparkan sebab kekepohan aku yang tinggi , walhal aku tahu PANTANG LARANG itu.

IYA , SAYA SORANG SEBAB SAYA TENGOK KHEMAH LAIN TIDAK ADA APA BERLAKU , Heng menjawap sambil menyuap megi dia.

APA YANG KACAU BANG , soal aku yang dah mula lupa akan PANTANG LARANG itu sebab nak tahu.

HAIYA , TAK TAU NAK CAKAP APA ITU , TAPI DIA TINGGI DAN BAU DIA BANYAK BUSUK MA , Heng menceritakan , ITU BENDA PEREMPUAN KE LELAKI , aku mula menjolok soalan agar dia ingat , yang aku lupa adalah waktu aku tanya itu hari sudah malam , dan khemah Heng sebelum pindah sebelah aku hanya berjarak 20 meter sahaja.

PEREMPUAN , DIA DATANG DARI BATU SANA , sambil Heng tunjuk batu batuan di hujung telok , tempat aku mengutip kayu kayan tadi , menelan air liur aku di buatnya.

DIA DATANG BUAT APA , tanya aku lagi , DIA GOYANGKAN SAYA PUNYA KHEMAH , LEPAS ITU DIA KACAU TEMPAT MAKAN SAYA , jawap Heng , PASTU YOU BUAT APA BANG , DIAM SAJA KE , WAKTU TU JAM BERAPA , soal aku.

BARU JAM 11 MALAM , SAYA BARU RELAX² SAMBIL MINUM INI , Heng menjawap sambil tunjuk air tin cap rimau. LEPAS DIA KACAU SAYA PERGI JOIN KHEMAH LAIN , SEMALAM ADA SATU KHEMAH 4 ORANG , SAYA JOIN DIA ORANG MAKAN² DAN MAIN GITAR SAMPAI PAGI , Heng jawap lagi.

Aku diam agak lama sebab mengira² apa yang akan berlaku malam ini , sebab hati aku sudah mula merasa tidak sedap dengan cerita2 dari Heng.

Malam itu aku melayan Heng dengan cerita² dia kenapa dia datang camping di pantai itu , kami berbual bermacam² topik dalam masa yang sama aku perhatikan Heng minum dari satu tin di sambung tin yang lain. KUAT YOU MINUM YA BANG , saja aku tanya setelah melihat Heng membuka tin yang ke 3 , HAIYA SAYA MALAM INI MINUM BANYAK SEBAB MAHU CEPAT TIDUR TIDAK MAHU JUMPA ITU BENDA LAGI , Heng menjawap soalan aku dengan TULIS IKHLAS yang menyebabkan aku rasa seram sejuk pula.

Dalam jam 2 pagi Heng beritahu dia sudah mahu tidur , aku mendengarnya hanya terkebil2 sahaja , sebab aku langsung tidak rasa mengantuk , dan bermakna aku akan bersendirian bila Heng dah masuk ke khemah dia.

Aku pun mengambil keputusan untuk masuk khemah juga mengikuti tindakan Heng , selang tak lama aku mendengar Heng sudah berdengkur dengan kuat.

Tak tau jam berapa aku terlelap , tiba² aku terdengar seperti orang berdehem dan bunyi seperti orang melaga²kan gigi , aku bangun dari baring , sambil cuba memusatkan pendengaran aku terhadap apa yang aku dengar. Bunyi itu masih lagi kedengaran dengan jelas. Dalam berani² takut aku cuba hendak keluar dari khemah.

Aku selak pintu khemah perlahan² dan aku intai tapi tidak nampak apa² yang menyebabkan bunyi itu , bunyi itu tetap berbunyi sesekali dengan berdehemnya.

Aku beranikan diri , membuka pintu khemah agak luas agar aku dapat melihat keluar , tapi penglihatan aku terhad hanya persekitaran hadapan khemah sahaja yang aku lihat , tapi bunyi itu masih tetap berbunyi dengan sesekali dehemannya.

Aku dapat rasa bunyi itu datang dari arah belakang khemah , kerana di hadapan khemah tidak ada apa²...aku merangkak ke pintu khemah dengan niat mahu melihat apa yang ada di belakang khemah.

Apabila aku berdiri dan menghadap ke belakang khemah serta merta aku tersandung ke belakang kerana terperanjat.

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

07 Sep, 07:05


🧌 : haaa kenapa pula kami tak approve TvT. Nak tau jugakkk

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

07 Sep, 07:04


hi assalammualaikum saja nak cerita pengalaman kena tindih (maybe?). sorry in advance kalau tak seram. benda ni berlaku masa lepas raya tahun ni dan kebanyakan pelajar masih syok beraya kat rumah masing2 jadi kolej masih kosong. tapi aku tak suka nak hadap jammed dan ramai2 naik lif dan tangga sebab nanti aku serabut. jadi aku pun daftar kolej masa hari pertama pendaftaran dan kawan2 aku pun ada beberapa orang yang daftar pada hari yang sama. nak dijadikan cerita aku dapat bilik berdua dan aku tak tahu sapa rumet aku sebab aku tak cari. malam tu, aku lepak2 la dengan kawan2 aku sekejap dan lepas dorang balik bilik masing2. aku takboleh tidur sampai subuh. pukul 8 pagi aku baru nak pejamkan mata. aku kunci pintu dan muka aku menghala menghadap pintu bilik. bantal busuk aku pula letak atas kepala aku sebab nak halang cahaya bagi memudahkan aku tidur. baru sekejap aku terlelap, tiba2 aku 'terjaga' sebab aku terdengar bunyi kunci kat pintu, aku ingatkan rumet aku jadi aku pura2 tido sebab aku malas nak berborak pagi2 buta tu. tiba2 pintu tu ditolak kasar dan lembaga hitam terus melompat kat depan muka aku, bercangkung atas lantai sebelah katil aku. aku tak nampak muka dia yang aku tahu dia lelaki. aku tak pasti kalau aku salah tapi dia menyeringai. aku cuba baca ayat kursi tapi tak berkesan. aku cuba azan kot2 la berkesan jugak sebab sebelum ni berkesan tapi apa pun tak jalan. pada masa yang sama, bantal yang aku letak atas kepala aku kena tekan2 bagi aku lemas. alhamdulillah masa ni aku punya kepala menghadap kiri tapi tulah hmm. aku panic gila tapi semua benda tak jalan jadi aku pasrah sampai la aku tersentak bangun dari tidur. aku terus duduk dan jantung aku laju gila. aku tengok sekeliling bilik aku rumet aku belum sampai. aku tengok kunci bilik aku, masih berkunci. aku terus delay tidur aku sampai pukul 10 tak silap sebab aku takut kena tindih lagi. kalau korang tanya aku, aku da baca da yassin malam yang aku tak boleh tidur. pagi tu aku da alwaqiah. tapi benda nak jadikan, tak boleh nak buat apa. tapi lepas kejadian tu, aku memang trauma sikit. dalam sebulan lebih jugak la. kalau malam2 bila aku terdengar bunyi kunci aku tak boleh nak tidur, aku dengar bunyi orang berjalan aku terus duduk pandang rumet aku kot2 dia masih berjaga. itu jelah dari aku. so pengajaran dari aku kalau kolej tu masih kosong takyah mengada nak tido sorang2. ok tu je bai.

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

07 Sep, 07:04


Semalam aku ada tulis sebab musabab kenapa aku selalu jumpa hantu dan juga jawapan untuk banyak pertanyaan korang , tapi aku delete sebab rasanya admin tak approve , tak jadi masalahlah , lepas ni kalau ada soalan kalau aku sempat aku jawap , kalau tak jawap jangan kecik hati lah ye.

POCONG HITAM

Kejadian ini berlaku ketika aku dalam sekolah menengah , nak SPM masa tu...konon nak healing maka aku pun pergilah camping kat tepi laut di satu negeri tu , pergi sorang sebab sebelum² tu aku pernah nampak ramai yang camping kat pantai tu.

Aku pun bertolak naik keretapi menuju ke negeri tersebut , sampai train station naik bas pula ke area pantai tu , kira betul² "ber" adventures lah kan.

Aku turun di BATU # dekat area pantai tu , sebenarnya aku salah turun , kawasan camping tu jauh lagi ke hadapan dalam 6 km lagi , tapi tak rasa sangatlah sebab berjalan di tepi pantai. Zaman tu area pantai tu tidak seperti hari ini , ada macam² food court , cafe dan gerai makanan tersusun , dulu dia orang main pacak je , kecualilah kedai makan PERBANDARAN.

Pendek cerita , lepas maghrib baru aku sampai di area camping tu , kawasan tu bukan KHUSUS untuk camping pun , tapi ramai orang suka camping kat situ , area teluk.

Masa aku sampai tu ada 3 atau 4 khemah sahaja , aku cari spot nak dirikan khemah , akhirnya aku dapat spot dekat dengan pokok beringin yang besar , lepas aku dirikan khemah , aku keluarkan semua peralatan untuk aku masak makan malam.

Sebelum aku nak masak aku carilah kayu kering untuk aku memasak dan membuat unggun api , di sekitaran pokok tu langsung tak ada kayu kering , aku kena berjalan jauh sikit dari kawasan khemah aku. Aku tak perasan yang aku dah jalan jauh , sehingga ke batu²an di kawasan teluk. Sambil aku jalan sambil aku mengutip ranting2 dan kayu² buruk.

Bila aku rasa cukup , aku pun pusing balik badan untuk menuju ke khemah aku , dari jauh tu aku nampak macam ada yang berdiri di depan khemah aku , aku yang syak mungkin itu adalah orang yang cuba mencuri barangan aku segera berlari ke arah khemah , sampai sahaja di depan khemah , melilau aku mencari sosok yang aku nampak tadi , DAH TAK ADA....

Aku biarkan , dan aku terus menghidupkan api unggun serta api untuk memasak makan malam aku...megi dan baked beans je , sedang aku ralit memasak tiba² aku rasa ada seperti yang sedang memerhatikan aku , aku toleh kiri kanan cuba memastikan siapa yang memerhatikan aku , tapi TIDAK ADA SESIAPA pun.

Aku perhatikan khemah lain ada yang berdua dan ada juga yang solo seperti aku , jarak khemah kami dalam 20 atau 30 meter sesama kami.

Sedang aku memasak itu , datang seorang camper Cina , usia dia mungkin dalam 20 tahunan lah , BRO , YOU SORANG KE , sapa orang tu , HAAH BANG , SORANG , jawap aku , BOLEH SAYA PASANG KHEMAH SAYA DEKAT DENGAN KHEMAH YOU , tanya brother tu , aku yang bagaikan orang ngantuk di sorongkan bantal tanpa bantahan terus , EHH BOLEH BANG , jawap aku.

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

19 Aug, 13:05


Toyol 🧌: Halu gais, maaf lama dah tak update. Kitonyo busy 😭. Nak update cerita tapi google sheet tu sendu HAHHAHAHAHA. Anyways kami oki2 aja. Hope korg pon oki2 semuaa ❤️

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

19 Aug, 12:55


Nak cite hantu kat saas please

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

19 Aug, 12:54


kisah saya bukan dkt uitm shah alam, ni dkt uitm k.pilah masa aku diploma.
kisah ni berlaku masa aku sem 2 dulu dkt blok Seri Menanti (blok berapa xnk kasitau).. masa aku sem 2 tu xsemua pelajar masuk kolej sbb pkp, kitorg duduk kolej by fasa, and student sains je yg masuk sbb ade lab.

first time masuk kolej rasa best la, seronok sebab sem 1 xdpt merasa kolej sebab pkpd kes covid tgh mencanak naik smpai xleh rentas daerah/negeri gitchew.. okeh back to story, dh seronok² duduk kolej time tu tetibe terpikir, kitorg adalah first batch yg mula duduk kolej setelah sekian lama kolej dikosongkan sbb pkp.. so bile tempat dh lama kene tinggal tau² la ade ape kan😌 masa covid ni dulu kitorg satu bilik sorang je student, means setiap rumah ade 3 orang je and housemate semua classmate sendiri. sorang dpt satu bilik, so dua katil tu aku punya😂

aku duduk aras 4 masa tu and bilik aku betul ii buka tingkap nampak hutan je. ada satu malam tu, tgh syok gaming pukul 2 pagi (assignment dh settle part sendiri ye), tetiba dgr mcm ade orang baling batu dkt tingkap bilik😳 aku xtau kenapa masa tu aku berani sgt, aku pegi buka tingkap nk intai and yeah no one. sape je nk keluar pkl 3 pagi kan? bila fikir balik, aku ni duduk aras 4, cane boleh ade yg baling batu en dari bawah😩 pastu aku sambung gaming lagi, then after a few minutes bunyi pintu bilik aku diketuk pulak. masa tu aku dh cuak so aku biarkan je, pakai headphone balik sambung gaming sbb tinggal bape min je nk habis, mmg dlm otak pikir habis segame ni nk tido terus.

okay skip lepas dh habis gaming, dh tutup laptop, cuci kaki, tutup lampu semua, baru nk lelap mata aku dgr lagi ketuk pintu byk kali siap panggil nama. aku igt kawan aku la bilik lain, so aku buka la pintu and.......... xde orang pon depan pintu aku. rumah dh gelap sbb kitorg jenis nk tido mmg tutup semua lampu, yg buka cuma lampu ampaian dgn lampu bilik air. tu pon pintu bilik air tutup yg membuatkan makin gelap. just samar² cahaya dri ampaian.

aku intai punya intai, nampaklah satu bayang² dkt ruang tamu yang bukan bayang aku pon. bayang² tu mcm dri ampaian. then aku dh takut aku terus lari masuk bilik, pakai earphone buka lagu terus tido. jgn tanya kenapa aku buka lagu instead of buka surah.. sbb time tu aku dh gelabah sgt weh😭 aku buka mana yg aku nampak je utk halang aku dgr bunyi dri luar😭 sbb kebetulan spotify aku aktif dkt notification so aku terus tekan play😭

okay back to story, ni dh nak habis.. aku dh boleh tido, tpi dlm pkl 4.30 terbangun balik atas sebab nk ke toilet. dia sebab dh x tahan sgt je aku paksa diri utk pegi toilet walaupun masih teringat apa yg aku nampak sebelum tu. aku pegi toilet, keluar dri toilet tu nk cuci tangan dot sinki then tgk cermin ade byg selain aku dkt toilet. aku pon ape lgi lari x cukup lantai (sbb kite bukan dkt tanah😔) masuk bilik terus tarik selimut berselubung. sumpah xleh tido dh time tu so aku decide utk layan drama korea dlm selimut sementara tunggu subuh.. then bru dpt tido lepas subuh tu. nasib baik esoknya xde kelas pagi😭

sekian dari saya, kite sambung next part minggu depan👻

-by 🍓-

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

16 Mar, 04:18


Hey, Aspalela here. So.. aku teringat satu kisah pasal jiran hati busuk yang mak aku pernah cerita kat aku 2-3 tahun lepas. Cerita ni berkait dengan satu family yang baru sewa sebuah rumah. And paling menarik is rumah yang disewa tu seberang jalan dari rumah aku.

Al kisah bermula dari mak aku yang tengah berpantang adik bongsu aku. Jadi, masa tempoh berpantang tu, akan datang nurse dari hospital kerajaan untuk buat regular check up mak aku and my baby sister dekat rumah. So one day, sorang nurse ni datang lah rumah aku untuk check up apa semua... After selesai sesi check up mengcheck up tu, si nurse tiba" tanya satu soalan yang pelik dekat mak aku.

Nurse tu tiba" tanya pasal rumah putih seberang jalan, either kosong lagi ke or dah ada penyewa. Jawab mak aku, rasanya macam kosong. Lepastu mak aku tanya balik "kenapa dik? Adik tengah cari rumah nak sewa ke?" Nurse tu tak respond sangat just senyum pastu angguk" je.

Mak aku dah cam pelik tapi malas nak soal lebih". Tapi mak aku cakap muka nurse tu cam serba salah, cam berkerut pun ya. Tak lama lepas tu nurse tu pun buka lah al kisahnya... Katanya 2-3 tahun lepas, akak ipar dia pernah sewa rumah tu. Masa seminggu duduk takda apa yang pelik. Semua smooth je. Tapi, bila masuk je minggu kedua duduk, tiba" akak ipar dia dapat satu mimpi.

Kata akak iparnya.. dalam mimpi tu dia tengah duduk kat dapur. Then, entah datang dari mana ada tangan hulur baby baru lahir kat dia. Keadaan baby tu berlendir and berdarah macam fresh keluar dari perut. So disebabkan blur dan terkejut, dia pun pegi la sambut that baby and pangku macam anak sendiri. Tak habis sampai situ, bermula la al kisah sesi kacau mengacau dalam rumah tu.

Keesokan harinya, si akak ipar bangun and nak pegi dapur. (Aku tak ingat waktu tu pukul berapa and samada siang or malam tapi berlaku selepas si akak ipar dapat mimpi. Which is selang sehari) Btw, rumah tu rumah kayu, nak ke dapur kena turun tangga dulu.

So, sampai je kat tangga, belum sempat turun, si akak ipar pun dengar la satu suara yang seakan" panggil nama dia..

"Milah..."

Akak ipar tu diam kaku... Dia cuba scan lagi sekali, betul ke ada yang panggil nama dia.

"Milah..."

"Ooo milah... Sini la..."

Lepas dengar je nama dia dipanggil, si akak ipar terus lari dan call adik ipar dia a.k.a nurse yang rawat mak aku untuk pick up serta merta. Perjalanan nurse tu nak sampai ke rumah akak ipar dia dalam sejam lebih ke dua jam camtu sebab duduk jauh. So masa tu nurse sampai agak lewat. Cam si risteena nak ke rumah ruhainies tu, kena amik masa selama 3 jam baru sampai hihi

So mesti korang pelik, mana suami? Suami takda kat rumah sebab kerja offshore... So akak ipar nurse tu memang duduk rumah sorang".

Jadi, apa kaitan dengan jiran hati busuk? Jeng jeng jeng... Kaitan dia is, tuan kepada hantu yang kacau family nurse tu adalah jiran sebelah rumah putih yang akak ipar nurse tu sewa. Macam mana boleh tahu jiran tu yang bela hantu tu? Panjang ceritanya, kalau aku cerita memang sampai raya nanti.

Disclaimer, ni bukan fitnah ea.. Ni tak kosong. 100% real. Yang duduk satu kampung aku memang dah aware sangat yang laki bini (jiran yang aku maksudkan) ni membela hantus. Bukan setakat dia suruh hantu dia kacau orang, santau menyantau orang lagi" tepi rumah pun diaorang buat. Antara victim diaorang adalah family aku. Punya la kuat kena santau sampai tapak rumah aku ni tempat pocong healing.

Toyol 🧌 : omg nak tahu how boleh tahu tuuu, kitonyo curious

Alamak cer citer cer citer nak tau jugakkk

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

16 Mar, 02:48


Hey, Aspalela here. So.. aku teringat satu kisah pasal jiran hati busuk yang mak aku pernah cerita kat aku 2-3 tahun lepas. Cerita ni berkait dengan satu family yang baru sewa sebuah rumah. And paling menarik is rumah yang disewa tu seberang jalan dari rumah aku.

Al kisah bermula dari mak aku yang tengah berpantang adik bongsu aku. Jadi, masa tempoh berpantang tu, akan datang nurse dari hospital kerajaan untuk buat regular check up mak aku and my baby sister dekat rumah. So one day, sorang nurse ni datang lah rumah aku untuk check up apa semua... After selesai sesi check up mengcheck up tu, si nurse tiba" tanya satu soalan yang pelik dekat mak aku.

Nurse tu tiba" tanya pasal rumah putih seberang jalan, either kosong lagi ke or dah ada penyewa. Jawab mak aku, rasanya macam kosong. Lepastu mak aku tanya balik "kenapa dik? Adik tengah cari rumah nak sewa ke?" Nurse tu tak respond sangat just senyum pastu angguk" je.

Mak aku dah cam pelik tapi malas nak soal lebih". Tapi mak aku cakap muka nurse tu cam serba salah, cam berkerut pun ya. Tak lama lepas tu nurse tu pun buka lah al kisahnya... Katanya 2-3 tahun lepas, akak ipar dia pernah sewa rumah tu. Masa seminggu duduk takda apa yang pelik. Semua smooth je. Tapi, bila masuk je minggu kedua duduk, tiba" akak ipar dia dapat satu mimpi.

Kata akak iparnya.. dalam mimpi tu dia tengah duduk kat dapur. Then, entah datang dari mana ada tangan hulur baby baru lahir kat dia. Keadaan baby tu berlendir and berdarah macam fresh keluar dari perut. So disebabkan blur dan terkejut, dia pun pegi la sambut that baby and pangku macam anak sendiri. Tak habis sampai situ, bermula la al kisah sesi kacau mengacau dalam rumah tu.

Keesokan harinya, si akak ipar bangun and nak pegi dapur. (Aku tak ingat waktu tu pukul berapa and samada siang or malam tapi berlaku selepas si akak ipar dapat mimpi. Which is selang sehari) Btw, rumah tu rumah kayu, nak ke dapur kena turun tangga dulu.

So, sampai je kat tangga, belum sempat turun, si akak ipar pun dengar la satu suara yang seakan" panggil nama dia..

"Milah..."

Akak ipar tu diam kaku... Dia cuba scan lagi sekali, betul ke ada yang panggil nama dia.

"Milah..."

"Ooo milah... Sini la..."

Lepas dengar je nama dia dipanggil, si akak ipar terus lari dan call adik ipar dia a.k.a nurse yang rawat mak aku untuk pick up serta merta. Perjalanan nurse tu nak sampai ke rumah akak ipar dia dalam sejam lebih ke dua jam camtu sebab duduk jauh. So masa tu nurse sampai agak lewat. Cam si risteena nak ke rumah ruhainies tu, kena amik masa selama 3 jam baru sampai hihi

So mesti korang pelik, mana suami? Suami takda kat rumah sebab kerja offshore... So akak ipar nurse tu memang duduk rumah sorang".

Jadi, apa kaitan dengan jiran hati busuk? Jeng jeng jeng... Kaitan dia is, tuan kepada hantu yang kacau family nurse tu adalah jiran sebelah rumah putih yang akak ipar nurse tu sewa. Macam mana boleh tahu jiran tu yang bela hantu tu? Panjang ceritanya, kalau aku cerita memang sampai raya nanti.

Disclaimer, ni bukan fitnah ea.. Ni tak kosong. 100% real. Yang duduk satu kampung aku memang dah aware sangat yang laki bini (jiran yang aku maksudkan) ni membela hantus. Bukan setakat dia suruh hantu dia kacau orang, santau menyantau orang lagi" tepi rumah pun diaorang buat. Antara victim diaorang adalah family aku. Punya la kuat kena santau sampai tapak rumah aku ni tempat pocong healing.

Toyol 🧌 : omg nak tahu how boleh tahu tuuu, kitonyo curious

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

13 Mar, 13:37


Hye guys , idk if this is creepy or not but bagi i, benda ni agak menyeramkan. I stay at melati and everything started .. bermula dari mds. I sejak azali memang selalu kena tindih even since i sekolah menengah. boleh dikatakan i pun dah lali dah kalau bab tindih menindih ni. Sampai satu tahap , you akan penat kena tindih. Okay back to the point , i dapat uitm salam and everything was very good at first. My first night here agak aman. start dari hari kedua, i kena tindih . Kalau sebelum ni punya tindih i tak pernah dengar suara ( just nampak figure hujung katil or atas i ) , kalini pakej siap suara dengan figure sekali. I saw a figure dekat hujung katil i and gelakkan i sambil tuding jari dia dekat i. But, if anyone yang kena tindih sometimes diri sendiri pun tak sure you mimpi or separa sedar. You faham tak maksud i ? hmmm sesiapa yang biasa kena tindih tu fahamlah maksud i. I memang takut gila plus maybe badan penat BUT this is not the usual sleep paralyze okay because i saw that thing kept laughing at me hujung katil. Idk maybe susah orang nak percaya but benda ni i akan ingat sampai bila-bila. Since that thing happened, i kerap kena tindih sampai i rasa feelings 'biasa' kena tindih dekat sch menengah dulu datang balik dalam diri i. Bila dah hujung-hujung sem, i akan pasang ayat ruqyah tidur sampai 3 to 4 hours and alhamdulillah gangguan pun makin lama makin kurang. Yang peliknya roommate i tak kena apa-apa gangguan but alhamdulillah for her. Next time, i akan cerita pasal toilet pula hehehe. Apa i nak pesan is, jagalah solat even kat mana you ada sebab manusia sometimes leka dengan lupa yang ciptaan Allah tu bukan manusia sahaja. Tips dari i , jangan sesekali buka mata okay bila kena tindih. Bye

Toyol 🧌: nasib baik baca time puasa ehek

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

29 Feb, 12:15


hi min can you please keep this channel ghost story ONLY 😭😭 kalau ye pun nak iklan rumah boleh buat Di sini ya https://t.me/RumahStudentShahAlam

HAHAHAHA oki will delete later.. tapi keep the stories coming guys ><

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

09 Feb, 07:44


Nak bagitau. Kalau kawan korang cakap dia boleh nampak benda ke apa ke 😂 mengarut sebenarnya. Kau bukanlah insan terpilih ke apa yang nampak benda bukan bukan. Kita manusia memang tak akan nampak benda ghaib sampai bila bila. Yang nampak bukan bukan tu dia yang problem dan kena pergi jumpa ustaz ke apa.


Bruh bukan problem, tpi dh kalau bole nampak, ijab dh terbuka tu cemana tiber bitter

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

09 Feb, 07:43


Nak bagitau. Kalau kawan korang cakap dia boleh nampak benda ke apa ke 😂 mengarut sebenarnya. Kau bukanlah insan terpilih ke apa yang nampak benda bukan bukan. Kita manusia memang tak akan nampak benda ghaib sampai bila bila. Yang nampak bukan bukan tu dia yang problem dan kena pergi jumpa ustaz ke apa.

🙆🏼‍♀️- me blh nampak and that ustaz kata hijab terbukak and memang blh nampak . Tak puas hati sbb tak blh nampak ke tu ?

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

08 Feb, 08:41


Nak bagitau. Kalau kawan korang cakap dia boleh nampak benda ke apa ke 😂 mengarut sebenarnya. Kau bukanlah insan terpilih ke apa yang nampak benda bukan bukan. Kita manusia memang tak akan nampak benda ghaib sampai bila bila. Yang nampak bukan bukan tu dia yang problem dan kena pergi jumpa ustaz ke apa.

Toyol 🧌 : aik

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

07 Feb, 05:13


SIAPA? PART III

Sambungan dari kisah sebelum ini,

Tiba-tiba phone aku berbunyi, di paparan skrin tertera nama roommate A, aku angkat dan hendak jawab, tak sempat bercakap, roommate aku terus berkata kuat “MASUK BILIK SEKARANG! SEKARANG!”. Aku pun terus masuk tanpa berkata apa-apa, suasana dalam bilik waktu tu terang benderang sebab lampu semua dibuka, roommate-roomate lain yang dah tidur pun terbangun kerana suara roommate A ni menjerit suruh aku masuk bilik.

Muka dia (roommate A ) waktu tu memang macam cuak & marah, aku bertanyakan kepada dia “kenapa A?” Apahal do kau” dia cuma kata “lepasni kau tak payah buat kerja kat luar dah, aku dah nampak”, waktu tu semua dalam bilik macam terpinga-pinga, “kau nampak apa pula pagi-pagi ni do” Kata roommmate B.
-“tak apalah, esok pagi aku cerita, sekarang ni semua tidur balik, sorry buat semua terbangun”- kata si rommate A ke semua orang, aku hanya perhatikan je si roommate A ni, muka dia macam nampak something yang menakutkan, tak pernah aku nampak muka dia se-cuak itu. Aku pun baring ke tilam dan terus terlelap.

Dalam jam 6.30 macam tu, selepas siap subuh, aku pun bersiap apa yang patut untuk pergi ke kelas kokurikulum, nasiblah dapat kelas hari sabtu, pagi pula tu. Aku lihat semua roommate yang lain masih lagi tidur, agaknya sebab terganggu kes beberapa jam lepas kot, itu semua masih tidur, dan aku pun gerak keluar ke kelas kor tepat jam 7.30 lepas bersiap. K

Jam 10.30 pagi, kelas aku pun habis, aku macam biasa terus balik ke bilik sebab nak sambung tidur, sampai je bilik, aku terus tanya roommate A tentang kejadian tengah pagi tadi, roommate A kata “waktu kau tengah pindahkan barang ke meja hujung tu, aku nak ke tandas, jadi ternampak kau waktu tu, tapi aku perasan macam ada something besar, hitam macam kucing tapi saiz manusia duduk atas meja kau letak barang tu pandang je pergerakan kau, semua yang kau buat dia pandang, waktu kau alihkan barang tu, dia boleh melompat ke meja sebelah tu” muka aku dengan roommate yang lain waktu tu terus berubah, terutama sekali muka aku, memang rasanya pucat lesu.

Sejak cerita dari roommate A tu, aku dah tak buat kerja di luar meja mekdi itu lagi, aku lebih rela buat kerja di dalam bilik, walaupun tempat sempit dan terhad untuk bergerak.

-TAMAT-


Untuk pengetahuan pembaca semua, roommate aku tu, memang boleh nampak benda/benda macam ni, tapi bukan sentiasa, ada masa kalau nak nampak, depan mata on the spot kata dia boleh muncul tanpa dipelawa, kadang-kala waktu drive pun dia boleh tunjukkan muka dari cermin hadapan, ibaratnya kau sedang memandu, ada someone baring dari atas bumbung kereta dan tunjukkan kepala ke bawah depan cermin belah driver. Pasal kisah ni, roommate A ni pernah bercerita kat aku, korang berminat ke nak baca? Bagi aku jalan cerita dia hampir sama macam aku, cuma dia punya lagi extreme lah sebab dia sendiri nampak gambaran “benda” tu.

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

07 Feb, 05:12


okay benda ni jadi during my course punya exam week. i duduk melati btw masatu. so dah exam week of course la tidur lambat kan + siapkan assignment berlambaknya. time tu pukul 3:05 pagi camtu kot i baru nak tidur. roommate i ada sorang belum tidur so she saw what happened. i kena tindih. FOR THE FIRST TIME IN MY WHOLE LIFE. i tidur maybe a few minutes after that, i rasa kaki i kena tarik kuat gila. tarik sampai nak jatuh katil faham takk?!! tapi i tahan. pastu i takleh gerak, takleh nak jerit. tapi i cuba jugak jerit sebab i tahu my roommate sorang tu tak tidur lagi. after awhile baru la keluar suara nak jerit tu tapi macam lemah punya jerit. i tersedar lepastu tapi i terus tidur balik sebab penat sangat. esoknya my roommate yang tak tidur lagi tu cerita yang i jerit masa tidur semalam. hmm pengalaman yang tidak ingin diulang guys 😌

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

07 Feb, 05:12


SIAPA? PART II

Sambungan dari kisah yang sebelum ni meja mekdi depan gym kolej perindu.

Lepas dari kejadian tu, aku dah limitkan waktu buat kerja di luar, maksimum sehingga jam 1 pagi sahaja. Beberapa hari kemudian, waktu petang sekitar jam 6.30 petang aku menunggu kawan aku untuk menjemput keluar di bastop perindu.

Tiba-tiba ada seorang lelaki menegur aku dari hujung bastop, “Sorang je ke, tak baik keluar maghrib-maghrib macam ni”, memang waktu tu random sangat dia menegur aku, aku abaikan saja apa yang dia katakan, tak lama lepas tu kawan aku pun sampai, aku perasan sepanjang motorsikal kami berlalu pergi, mata dia memandang sahaja pergerakan kami.

Aku menceritakan dan bertanyakan kepada kawan aku sama ada perkara tersebut perlu dibiarkan atau perlu di ambil tahu, kawan aku hanya gelak dan berkata “kau ni cepat sangat perasan lah, siapa je nak follow kau”. Hmm payah dapat kawan macam ni.

Malam selepas balik keluar lepak tu, aku macam biasa buat kerja di tempat favourite aku, tapi waktu tu ramai jugalah orang, ada yang main pingpong, buat kerja dll, aku pun fokus jelah buat kerja sendiri, tiba-fiba sekali lagi ada seorang mamat random duduk berdepan dengan aku, berpakaian baju seolah-olah seperti balik dari surau lengkap berbaju melayu berkain pelikat. Tak sempat aku tanyakan soalan, dia terus bercakap “Jangan buat kerja lewat sangat, ada yang memerhati malam-malam kat sini, aku dah pernah kena”.

Dia terus bangun berlaku pergi tanpa aku sempat menjawab apa-apa. Aku waktu tu terus terpinga-pinga. Dalam fokus buat kerja tak sedar jam waktu tu dah cecah jam 1, tak ada angin tak ada ribut hujan lebat tiba-tiba turun, habis kertas kerja aku terkena tempias hujan, tak sempat mengemas, aku terus ambil apa yang penting dan beralih ke meja hujung yang dekat dengan tangga ditepi gym naik ke cafe

Tiba-tiba..

BERSAMBUNG PART 3

KISAH SERAM UiTM SHAH ALAM

05 Feb, 11:02


*cut*

Aku pun tak lengahkan masa terus berkemas dan meluru masuk ke bilik, mujur bilik dekat, bila aku hampir langkah akhir masuk, sekali lagi angin kuat menerpa muka, aku abaikan dan terus tutup pintu bilik, aku perhatikan roommate aku yang seorang lagi dah pun tidur, aku panjat ke katil dan baring sambil memikirkan siapa yang isi air dan jerit di sebelah tinga aku, apa motif dia buat macam tu pagi-pagi buta. Dan paling penting adakah dia manusia atau bukan?

BERSAMBUNG PART 2

vibes dia macam tengah baca novel fixi la ek. cepat sambunggg