Bedah Hadis

@bedahhadis


Bedah Hadis ini dibiayai oleh Tabung Gerakan Al-Quran di bawah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

Bedah Hadis

25 Jul, 00:17


RASULULLAH LARANG JUMPA BOMOH

Beberapa isteri Rasulullah SAW meriwayatkan bahawa Baginda bersabda:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

"Sesiapa yang datang kepada tukang ramal dan bertanya sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama 40 malam."

(Hadis Riwayat Muslim, no. 2230)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ

“Sesiapa yang datang kepada bomoh atau tukang ramal lalu percaya dengan apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad."

(Hadis Riwayat Ahmad, no. 9536)

1) Rasulullah SAW melarang umatnya pergi berjumpa dan percaya kepada bomoh atau tukang ramal yang kononnya tahu perkara-perkara ghaib seperti masa hadapan, masa lalu, barang yang dicuri, tempat barang yang hilang dan seumpamanya.

2) Perbuatan ini menyebabkan hilangnya pahala solat seseorang itu selama 40 hari, malah mengkufuri al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.

3) Ini sememangnya mendustakan firman Allah: "Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" (Surah al-Naml: 65)

4) Sebab itulah Rasulullah memberikan amaran keras terhadap perbuatan berjumpa dengan bomoh.

Semoga Allah memelihara kita daripada segala kepercayaan-kepercayaan karut,

https://mylink.la/myhadithtime

Bedah Hadis

17 Jul, 03:00


Jika kita tipu orang berkaitan duit, kita perlu pulangkan duit orang yang kita tipu itu.

Bedah Hadis

27 Jun, 23:02


TABUNG INFAK MY #HADITHTIME 2.0

Penyebaran hadis palsu dan penolakan hadis sahih semakin membimbangkan.

Ayuh bersama kami merealisasikan My #HadithTime 2.0 bagi mendidik ummah dengan hadis yang sahih dan tepat kefahamannya.

Kami ingin menjemput tuan-puan memberikan SOKONGAN KEWANGAN untuk program baru ini.

Infak melalui pautan ini: https://quranhour.onpay.my/order/form/tgmht2024

Semoga pahala tuan-puan sentiasa mengalir.

Bedah Hadis

16 Jun, 02:04


Rasulullah SAW mendirikan solat raya di tanah lapang.

Oleh itu, kita dianjurkan solat raya di tanah lapang seperti dataran, padang atau seumpamanya.

Dianjurkan juga untuk semua orang Islam termasuk wanita yang haid untuk hadir solat raya bagi mendengar khutbah raya.

ft. Dr. Amiruddin Mohd Sobali & Coach Jamil Wahab

Tonton di YouTube:
https://youtu.be/oWssnIoochE?si=uinxBsx9v72UfXPM

Bedah Hadis

15 Jun, 00:48


Salah Faham Waktu Mustajab Doa Ketika Wukuf di Arafah

https://youtu.be/0m0vzmWVtuc?si=W8Xz6ZOx-H6GpycB

Bedah Hadis

15 Jun, 00:48


Berpuasa dan berdoa pada hari arafah, adakah mengikut waktu Malaysia atau waktu Mekah?

Tonton di YouTube: https://youtu.be/BIQErV2FlDE?si=iMQs3h5n9OYgJw40

Bedah Hadis

12 Jun, 23:07


BAHAYA HADIS PALSU

Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ، مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

“Berbohong dengan nama aku tidak sama seperti berbohong dengan nama orang lain. Sesiapa yang sengaja berbohong dengan nama aku, maka dia telah menempah tempatnya di neraka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1291)

Hadis palsu adalah hadis yang direka dan disandarkan kepada Rasulullah SAW.

Antara kesan hadis palsu:
- Hadis sahih akan ditinggalkan.
- Agama kelihatan bodoh dan tak masuk akal.
- Munculnya ibadah baru yang direka.

Berhati-hatilah dengan hadis palsu kerana Rasulullah SAW mengaitkannya dengan api neraka.

Semoga Allah SWT memelihara kita.

https://mylink.la/myhadithtime

Bedah Hadis

20 May, 02:05


Kelebihan Ibadah Haji

Tonton di YouTube:
https://youtu.be/2r9PN3mi43c

Bedah Hadis

08 May, 06:56


Konsisten baca al-Quran walaupun sedikit

Link:
https://youtu.be/CZsOf9CGmBY

Bedah Hadis

03 May, 04:10


3 Sebab Pahala & Dosa Jadi Lebih Besar

Pautan: https://youtu.be/o9gesoo5hvk?si=kdua0TNh9ZEnwkSh

Bedah Hadis

23 Apr, 06:47


Waktu Ramadan boleh berhenti rokok & tengok benda tak elok tapi lepas Ramadan terjebak lagi. Apa perlu buat?

Pautan Youtube: https://youtu.be/t6Ia8CLMAzg?si=ePUspYDjPnSin6O9