KAUNSELOR πŸ’“HATIπŸ’“ ANDA OFFICIAL (KUASAI HUBUNGAN RUMAHTANGGA)

@kaunselorcrredzuan


Berkongsi ilmu Perkahwinan, Kekeluargaan, komunikasi, Psikologi Kaunseling untuk BAHAGIA DIRI & INSAN TERSAYANG. Motto saya β€œ Semua Orang Berhak Bahagia.”

KAUNSELOR πŸ’“HATIπŸ’“ ANDA OFFICIAL (KUASAI HUBUNGAN RUMAHTANGGA)

21 Jan, 00:23


Kisah Rumah Tangga : " Salah Faham Dalam Rumah Tangga Dalam Komunikasi"

Salam bahagia..

Pernah tak terjadi?

Benda paling "simple" tapi jadi salah faham.

Suami bukan bengap... 🀭 Tapi majoriti suami adalah "visual".

Ada beberapa kecerdasan IQ setiap orang. Teori Gardner sendiri menyatakan manusia ada 8 jenis kecerdasan IQ.

Lelaki kebanyakan jenis kecerdasan visual, manakala wanita jenis kecerdasan "linguistic".

Macam saya sendiri, jika senarai barang tu, saya suka isteri tulis di whatsapp agar saya nampak. Jika barang yang saya tak boleh bayangkan, saya minta isteri hantar gambar.

Biar nampak bodoh, tapi barang yang disebut isteri betul dan tepat.

Isteri memang dah cekap. Barang yang dia nak suami beli, dia main cakap je. Dalam fikiran dia, dah nampak apa barangnya.. apa masakan yang dia nak masak...

Tetapi saya tak nampak melalui perkataan yang disebut. Saya akan nampak gambar atau tulisan.

Saya mungkin pandai perkara lain... Tetapi nak ingat semua senarai barang, silap-silap dari 10 barang, mungkin tercicir satu barang..

Apapun dalam rumah tangga, komunikasi amat penting. Pasangan perlu tahu jenis personaliti pasangan anda.

Pasangan anda bukan 100% diri anda.

Kadang tu, suami kecewa asyik kena marah dan dipersalahkan. Jadi lebih baik dia jadi driver, bawa isteri ke pasaraya.

Isteri beli sendiri, suami bayarkan... Pasti tenang tanpa ada konflik.

Jika nak suami hebat seperti anda, bersabar untuk latih dirinya perlahan-lahan hingga sempurna.

Suami tak suka kena bebel macam budak-budak, sebab umur dia pun dah tua bangka... 😁

KAUNSELOR πŸ’“HATIπŸ’“ ANDA OFFICIAL (KUASAI HUBUNGAN RUMAHTANGGA)

21 Jan, 00:23


Kepada Bakal Suami Yang Nak Kahwin... TAHU TAK TANDA ANDA LAYAK BERKAHWIN KE TAK?

Nak tahu...??

Tonton video ini hingga habis... 😁

KAUNSELOR πŸ’“HATIπŸ’“ ANDA OFFICIAL (KUASAI HUBUNGAN RUMAHTANGGA)

21 Jan, 00:22


Penutup Program Motivasi Putra Dengan Pantun Fatzura... πŸ€­πŸ˜†

Saya bukan hebat berpantun...

Tetapi orang melayu jika tiada pantun macam tak lengkap sesuatu bicara...

Orang Melayu kan penuh adab dan tatasusila...

Bahasa dalam pantun melambangkan kelembutan dan ketinggian budi pekerti bangsa tersebut.

Anak-anak bangsa generasi kini jangan tinggalkan warisan pantun ini.

Jika mereka kurang ajar dan bertutur kasar, maka kita ajarilah mereka.

Bulan Mengambang Bintang Berkelipan,
Pungguk menangis rindukan teman,
Andai menyinggung tersilap perlakuan,
Ku pohon maaf darimu tuan.

KAUNSELOR πŸ’“HATIπŸ’“ ANDA OFFICIAL (KUASAI HUBUNGAN RUMAHTANGGA)

21 Jan, 00:22


Sebut sahaja poligami, ramai kaum wanita yang kurang senang dan marah. Tidak kurang yang membenci dan memusuhi orang yang ingin mengamalkannya. Ia bukan lagi suatu sunah Nabi yang sepatutnya diperjuangkan malah sebaliknya perlu ditentang habis – habisan.
Jangan membuat tindakan melulu. Jangan membuat penilaian hanya berdasarkan contoh poligami yang ada di depan mata kita sahaja. Walaupun yang berpoligami itu umat Islam, tetapi adakah itu sebenarnya wajah poligami yang mengikut syariat Islam. Apakah itu sebernarnya hidup berpoligami yang mengikut lunas – lunas rukun dan syarat – syarat yang telah digariskan oleh Islam?
Buku ini mengajak para pembaca memahami selok – belok kehidupan berpoligami. Selain niat dan matlamat yang suci murni, Islam menggariskan rukun dan syarat – syarat tertentu dalam melaksanakannya. Dibahaskan menurut pandangan dan pendapat ulama empat mazhab yang muktabar supaya setiap rukun dan syarat – syarat yang berkaitan dapat di fahami dengan sejelas – jelasnya.
Pendapat yang pelbagai itu juga membuka ruang seluas - luasnya untuk pasangan yang berpoligami menerapkan sikap bertolak ansur dan berlapang dada dalam menegakkan kehidupan sunah ini. Jika ini benar – benar dapat di aplikasikan, maka akan terserlah Indahnya Berkongsi Kasih.

KAUNSELOR πŸ’“HATIπŸ’“ ANDA OFFICIAL (KUASAI HUBUNGAN RUMAHTANGGA)

21 Jan, 00:22


Kisah Benar : "Isteri Kedua Menderita Tidak Dapat Giliran Bermalam Sepanjang 8 Tahun Perkahwinan"

KAUNSELOR πŸ’“HATIπŸ’“ ANDA OFFICIAL (KUASAI HUBUNGAN RUMAHTANGGA)

21 Jan, 00:21


"Betul Ke Rezeki Kita Ni Tumpang Rezeki Isteri, Rezeki Anak, Rezeki Suami?"

Nak tahu...

Dengar penjelasan ulamak...

KAUNSELOR πŸ’“HATIπŸ’“ ANDA OFFICIAL (KUASAI HUBUNGAN RUMAHTANGGA)

21 Jan, 00:20


Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr/Tuan/Puan/Saudara/Saudari

Sukacita dimaklumkan bahawa Seksyen Kesihatan Mental, Bahagian Kaunseling UPM akan menganjurkan Program Motivasi Putra Siri 3: Sayembara Emosi Merentasi Tanah Suci seperti maklumat berikut :

πŸ“Œ Penceramah : Puan Nurul Hidayah binti Mat Sarip
Pegawai Psikologi Kaunseling
Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, KKM

πŸ“Œ Tarikh : 18 Oktober 2024 (Jumaat)

πŸ“Œ Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari

πŸ“ŒPlatform Zoom: https://zoom.us/j/98181295477?pwd=b6uW0NBbBfZBJxocm5bWNTr6DB3eIo.1

Meeting ID: 98181295477

Passcode:628384

2. FB Live Bahagian Kaunseling UPM
πŸ“Œ Penyertaan : Percuma & terbuka kepada semua staf, pelajar UPM dan komuniti.

Justeru, pihak kami amat berbesar hati menjemput
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr/Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk menyertai program ini.
* E-sijil akan diberikan kepada peserta yang mendaftar, mengikuti program dan mengisi borang maklum balas di akhir program.

* Mata CPD Latihan akan diberikan kepada staf UPM dan E-Merit Universiti akan diberikan kepada pelajar UPM.

* Mata Latihan CPD bagi yang mengikuti Facebook Live perlu mengisi Borang Maklumat On The Job Training (OJT)/Pembelajaran Kendiri, SOK/LAT/BR02/LATIHAN 06 dan disahkan oleh Penyelia dan diserahkan kepada TPLS PTJ. TPLS PTJ perlu merekodkan kehadiran ke dalam Sistem Pengurusan Latihan (SPL).

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr/Tuan/Puan/Saudara/Saudari dipersilakan memajukan email kepada [email protected]/ [email protected] atau menghubungi 01120900019/ 0193677518

Jemput kongsikan info ini agar lebih ramai yang mendapat manfaat.

JOM BERSAMA PAGI INi!!!!!

SAYA HOST PROGRAM MOTIVASI INI....

KAUNSELOR πŸ’“HATIπŸ’“ ANDA OFFICIAL (KUASAI HUBUNGAN RUMAHTANGGA)

21 Jan, 00:18


"Artikel Hari Ini Di Harian Metro - Mengapa Pasangan Sukar Melafazkan Maaf?!"

Baca artikel penuh di πŸ‘‡ https://www.hmetro.com.my/WM/2024/10/1144731/mahalnya-sebuah-maaf

KAUNSELOR πŸ’“HATIπŸ’“ ANDA OFFICIAL (KUASAI HUBUNGAN RUMAHTANGGA)

21 Jan, 00:17


"Kenapa Suami Malas Di Rumah? Dia Kurang Motivasi Dan Penghargaan... Cer Puji Camni... Jika Malas Gak.. Memang Dia Balok Liat!!" πŸ˜†πŸ€£

KAUNSELOR πŸ’“HATIπŸ’“ ANDA OFFICIAL (KUASAI HUBUNGAN RUMAHTANGGA)

21 Jan, 00:15


"Jangan Bagi Isteri Dapat Point Dengan Kita Guys.. πŸ˜†"

Agak-agaknya isteri nak bebel tak suami jika rajin camni?

Jika semua keja rumah settle... Ada yang suami siap masak.. basuh pinggan.. buang sampah.. urus anak.. kemas rumah... Rasa-rasanya suami penat, dia plak bebel isteri yang asyik tengok handphone dari tadi... 🀭

Apapun bahagia setiap pasangan berbeza-beza...

Bincanglah baik.. susah senang bersama...

Selamat malam semua...