Info Terkini Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ

@infoterkinipalestin


Sama-sama kita doakan PALESTIN setiap habis solat 5 waktu, sekurang-kurangnya.

Dan beri sumbangan untuk saudara kita disana .

Info Terkini Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ

22 Oct, 01:42


.
.

Info Terkini Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ

22 Oct, 01:42


Seramai 400,000 penduduk awam berdepan pembunuhan beramai-ramai, kebuluran, pemindahan paksa di wilayah utara Gaza.

Sumber: Shehab Agency
Foto: AFP PIC
t.me/cintagaza

Info Terkini Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ

22 Oct, 01:42


πŸ‡΅πŸ‡Έ Stockholm International Peace Research Institute:

Kos perbelanjaan ketenteraan Israel melonjak tinggi daripada $1.8 bilion kepada $4.7 bilion dalam tempoh bermula sejak sebelum serangan 7 Oktober 2023 sehingga hujung tahun 2023. Rekod tersebut menunjukkan kerajaan haram Israel memperuntukkan $27.5 bilion untuk ketenteraannya pada tahun itu sahaja.

Perbelanjaan yang tinggi itu meletakkan Israel di tempat ke-15 selepas Poland tetapi mengatasi perbelanjaan ketenteraan di Sepanyol dan Kanada walaupun populasinya jauh lebih rendah berbanding kedua-dua negara tersebut.

Sumber: Quds News Network, ABC News

Info Terkini Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ

22 Oct, 01:42


Serangan pejuang Palestin terhadap kenderaan pengangkut tentera Zionis dan penembak tepat yang menyasarkan seorang askar di sekitar kawasan Al-Khanzandar, utara kawasan Sheikh Ridwan di Bandar Gaza.

Sumber: Briged al-Qassam

Info Terkini Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ

22 Oct, 01:42


πŸ”Ί Sekitar jam 4 pagi (waktu Malaysia), pesawat rejim Israel mengebom kawasan Al-Janah di pinggir selatan Beirut di Lubnan, membunuh 4 orang awam dan menyebabkan berpuluh-puluh lagi cedera parah atau hilang.

Sumber: Quds News Network

#IsraelBacul #TaufanalAqsa

Info Terkini Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ

22 Oct, 01:42


πŸ‡΅πŸ‡Έ Hari ke-17 pengepungan tentera Israel di utara Gaza: Orang awam terdedah dengan tembakan artileri dan serangan udara tanpa henti.

Keadaan di kem pelarian Jabalia khususnya sangat teruk disusuli dengan pemindahan paksa, penculikan dan pembunuhan orang awam oleh tentera Israel berulang kali.

Akses kepada makanan dan air adalah terhad dan pemadaman liputan membuatkan keadaan bertambah buruk.

Sumber: Quds News Network
t.me/cintagaza

Info Terkini Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ

22 Oct, 01:42


πŸ›‘ Tentera Zionis membakar tingkat atas Hospital Indonesia, utara Gaza.

Sumber: Quds News Network
t.me/cintagaza

Info Terkini Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ

22 Oct, 01:42


Tentera Zionis merakamkan pemindahan paksa penduduk awam di kem pelarian Jabalia.

Sumber: Quds News Network
t.me/cintagaza

Info Terkini Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ

22 Oct, 01:42


πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ›‘ "Wahai umat, wahai pemimpin umat, wahai pemerintah dan kerajaan serta para pemimpin, wahai para ulama dan pemimpin organisasi serta gerakan, ini adalah saat kebenaran. Taufan al-Aqsa ini bukan hanya perjuangan rakyat Palestin. Ia adalah serangan untuk Masjid Al-Aqsa dan Al-Aqsa adalah tempat suci kalian, kiblat pertama kalian, kebanggaan kalian dan warisan Nabi Muhammad SAW. Ia juga amanah yang ditinggalkan oleh Saidina Umar dan para penakluk serta orang-orang soleh selepasnya."

Berita penuh di sini.

#IsraelBacul #TaufanalAqsa

Info Terkini Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ

22 Oct, 01:42


πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ›‘ Siapakah Mahmud Hamdan?

Mahmud Hamdan yang berjuang bersama Yahya Sinwar sehingga ke akhir nafasnya.

Semoga Allah ﷻ menempatkan mereka berdua di Syurga 🀲

#IsraelBacul #TaufanalAqsa

Info Terkini Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ

22 Oct, 01:42


πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ›‘ Selepas operasi Zionis di Khan Younis berakhir, Yahya Sinwar menyertai pertempuran di Rafah. Beliau ditemani oleh Komandan Batalion Tel al-Sultan, Mahmoud Hamdan, serta seorang lagi Komandan Medan. Mereka bertempur dengan berani di banyak lokasi sejak akhir Mei sehingga pertempuran terakhir beliau direkodkan di Rafah.

Yahya Sinwar dan rakan-rakannya, masing-masing membawa senjata peribadi dan sebuah senapang sniper Dragunov. Ketika berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain, musuh menyedari kehadiran mereka dan pertempuran pun bermula.

Cerita penuh di sini.

#IsraelBacul #TaufanalAqsa

Info Terkini Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ

22 Oct, 01:42


Video menunjukkan sebahagian daripada kemusnahan disebabkan serangan udara Zionis di Burj al-Barajneh, Beirut.

Sumber: Shehab Agency
t.me/cintagaza

Info Terkini Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ

22 Oct, 01:42


Baitul Maqdis: Lebih daripada 500 warga haram Israel menyerbu pekarangan Masjid al-Aqsa pada hari kelima perayaan yang dikenali sebagai Hari Sukkot Yahudi.

Sumber: Al Jazeera Palestin
t.me/cintagaza

Info Terkini Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ

22 Oct, 01:42


πŸ›‘ Kementerian Pertahanan Israel:

πŸ”ΈIsrael akan menerima bantuan kecemasan Amerika Syarikat sebanyak 5.2 bilion dolar untuk memperkukuh pertahanan udara.

πŸ”ΈBantuan Amerika Syarikat akan digunakan untuk memperkukuh sistem pertahanan Iron Dome, David's Sling, serta sistem laser yang sedang dalam pembangunan.

πŸ”Έ Jumlah keseluruhan bantuan yang telah diluluskan oleh pentadbiran Amerika Syarikat dan Kongres dianggarkan bernilai 8.7 bilion dolar.

Sumber: Al Jazeera Palestin
t.me/cintagaza