BUNNY BOOKSTORE

@bunnybookstore


Menghimpunkan karya-karya seketul renab 🐇❤️

BUNNY BOOKSTORE

22 Oct, 07:51


Assalamualaikum.

Sajalah nak bertanya di sini. Jika saya nak buat merch untuk BABY GIRL MR ICEBERG, apa yang korang mahu? Tote bag? Necklace? Bracelet? Hoodie? Jersi? Varsity? Dll 🦖

Boleh jawab di komen.

K bye 🔥

BUNNY BOOKSTORE

17 Oct, 08:47


Secoet BGMI 2

🔥🔥🔥🔥🔥

“Hah kau, datang pun. Aku ada benda nak bagi tahu.”

Dahi Rayyan berkerut mendengar kata-kata Rafiq. “Apa?”

“Berita buruk tau.”

Rayyan terus tumpukan pandangan ke wajah Rafiq. “Apanya?”

“Berita buruknya...” Ayat Rafiq jeda. Dia capai cawan polisterin yang Rayyan letak di atas meja tadi. Lalu selamba diminum airnya sehingga habis.

Mencerlung mata Rayyan memandang Rafiq. Dia belum minum pun air yang dia ambil tadi, Rafiq dah habiskan. Nafas dihela kasar. Sabar Rayyan Louise.

“Berita buruknya...”

“Apa dia kau ni? Cakap betul-betul boleh tak?” Geram Rayyan dibuatnya dengan perangai Rafiq yang sengaja gantung ayat begitu.

“Aku nak terberak.”

Sejurus itu, Rafiq bangun daripada duduknya dan terus berlari meninggalkan meja bulat itu.

Terkebil-kebil kelopak mata Rayyan. Apakah?

“Siotlah King ni. Tak senonoh betul perangai.” Isyraf yang sedang makan membebel.

Rayyan menggeleng kecil. Itu ke berita buruknya? Tak guna betul Rafiq.

BUNNY BOOKSTORE

16 Oct, 07:28


Secoet BGMI 2

🔥🔥🔥🔥🔥

Bam!

Bunyi dentuman itu, membuat Rayyan dan Daniel terkejut. Rayyan buka matanya, lalu memandang ke arah pintu. Daniel pula, menoleh ke belakang dan turut memandang ke arah pintu.

“Eh, dah bangun ke Ray?” soal Rafiq seraya melangkah masuk ke dalam bilik wad Rayyan itu.

“Taklah. Dah mati.” Rayyan membalas. Satu jelingan tajam diberikan kepada Rafiq.

“Oh, baguslah. Tadi memang aku bagitahu Arya yang kau dah mati. Meraung budak tu. Kasihan. Muda-muda dah jadi janda,” ujar Rafiq. Daniel yang sedang duduk di kerusi tepi katil selamba ditolaknya.

“Woi!” Daniel terjerit kecil. Bukannya tak ada kerusi lain nak duduk. Tetapi sengaja Rafiq nak mengambil kerusinya.

“Kau pergi bilik Arya?” soal Rayyan. Bangun daripada baringan, lalu duduk bersandar pada kepala katil.

“Hmm… Dia menunggu kau datang,” balas Rafiq.

Kening Rayyan terjongket. “Tunggu aku? Tak ada maknanya.” Dia tergelak kecil. Tidak percaya langsung dengan apa yang Rafiq kata. Arya menunggu dia datang? Mustahil sangat.

“Aku seriuslah, jebon. Bila aku cakap kau tak datang hari ni, dia macam tersentak. Aku teruslah cakap kau tak sihat. Lepastu dia tanya sakit apa. Aku jawab kau tengah sakit hati.” Sejurus itu, Rafiq tergelak.

BUNNY BOOKSTORE

15 Oct, 06:46


Don't play² with me 🦖

Nasib shopee reject return request tu. Kalau tak, saya boikot shopee 😌😂

BUNNY BOOKSTORE

15 Oct, 06:03


Yang betulnya supaya tak konfius,

Baca BGMI 1, daripada prolog sehingga bab akhir. Saya tak ingat BGMI sampai bab berapa. 70 kot. Lepastu, baca BGMI Raya. Habis, baru baca BGMI 2 sampai bab akhir. Baca epilog BGMI 1. Baca epilog BGMI 2. Baca special chapter RayArya.

Faham tak 😂

BUNNY BOOKSTORE

14 Oct, 16:41


https://www.wattpad.com/story/320963048?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=CtNorLiana

Saya dah update sehingga bab 13. Saya bagitahu awal2, BGMI 2 ni short story je. Bab tak banyak. Plot pun laju. Sebab saya malas nak menaip banyak2 😂

Jemputlah baca sebelum saya unpublish 🦖

BUNNY BOOKSTORE

13 Oct, 12:01


Secoet BGMI 2

🔥🔥🔥🔥🔥

RAFIQ, Zaryan, Isyraf dan Daniel berpeluk tubuh berdiri di hadapan katil Rayyan. Mata masing-masing tidak lari daripada merenung wajah lelaki bermata biru itu. Sementara KK dan Diego, hanya santai saja duduk di sofa.

“Apa hal pandang aku macam tu?” Rayyan yang sedang duduk bersandar pada kepala katil jongket kening. Empat lelaki di hadapan katilnya itu dipandang bergilir.

Senyap. Tiada siapa pun di antara mereka yang bersuara. Rafiq bergerak ke tepi katil. Tangannya mencapai sesuatu di atas meja sisi katil lalu…

Pak!

“Hoi!” Rayyan tersentak apabila kepalanya tiba-tiba saja dipukul oleh Rafiq dengan sebiji botol air mineral. Diusapnya perlahan bahagian yang dipukul itu.

“Sakit?” soal Rafiq, tayang wajah tidak bersalahnya selepas memukul kepala Rayyan tadi.

“Sakitlah! Kau ingat kepala aku apa? Aku bayar zakat tau! Kau suka-suka nak pukul.” Rayyan membebel. Satu jelingan tajam diberikan kepada Rafiq di tepi katilnya.

“Sakit lagi hati aku ada kawan macam kau!” hambur Rafiq.

Pak! Dipukul sekali lagi kepala Rayyan dengan botol air mineral di tangannya.

“King!” Jeritan garau Rayyan bergema di dalam bilik wad itu.

Rafiq letak botol di tangannya ke tempat asal. Kemudian, selamba dia cekak rambut Rayyan.

“Woi! Rambut aku jangan main!” Rayyan cuba lepaskan tangan Rafiq daripada terus mencekak rambutnya.

“Kau fikir kelakar ke, jebon?” soal Rafiq, lantas melepas kasar kepala Rayyan.

“Apa? Aku tak buat apalah.” Rayyan membalas. Rambutnya yang sudah serabai itu dirapikan dengan jari.

“Kau ingat ni drama ke nak hilang ingatan bagai? Accident, koma, hilang ingatan. Klise tahu tak,” ujar Zaryan.

“Entah kau. Nak aku buat kau hilang ingatan betul-betul ke?” soal Isyraf.

“Tak baiklah abang ni.” Daniel mencebik bibir. Rasa nak cekik-cekik saja leher abangnya itu. Dia punyalah menangis bagai nak gila selepas dapat tahu abangnya itu hilang ingatan. Rupanya tipu semata-mata.

“Kau fikir kalau kau hilang ingatan, aku tak tuntut hutang setengah juta kau tu? Dalam mimpi! Kau dah nazak sekalipun, aku tuntut hutang tu,” ujar Rafiq.

Rayyan tidak membalas apa. Hanya menggaru pelipisnya.

“Kakak tu menangis sampai bengkak mata. Kalau dia tahu abang tipu dia, naya tau,” ujar Daniel.

“Biar. Biar dia kena benci dengan bini lagi. Aku sokong kali ni kalau Arya nak benci dia, nak marah dia. Memang patut! Perangai macam syaitan!” hambur Rafiq.

“Eh, dia yang pandai-pandai cakap aku hilang ingatan. Aku cuma tanya, kau siapa je. Dia fikir negatif sangat.” Rayyan tak nak mengaku salah. Memang dia tidak bersalah.

BUNNY BOOKSTORE

13 Oct, 11:40


Kalau saya hantar ebooknya by ws, senang saya nak tahu sama ada dia dah buka fail atau belum. Jika belum, saya boleh terus delete dan terima return request dia tu. Tapi ebook send di emel. Walaupun dia kata belum buka, tapi ebooknya dah ada pada dia. Jika saya terima return request, mana saya tahu kalau lepas tu dia buka fail ebooknya. Free² je dia dapat ebook.

Jangan aniaya orang begini ya. 😌

BUNNY BOOKSTORE

13 Oct, 11:30


Salah saya ke? 🥹

Pertama kali saya jumpa customer macam ni. 🫠

BUNNY BOOKSTORE

12 Oct, 13:58


Novel Baby Girl Mr Iceberg, akan reprint dalam tahun ni. Mungkin, sebelum atau selepas SIBF. Cover novel ditukar. Sebab saya tak nak cover yang nampak muka orang, jadi saya request pada penerbit untuk tukar cover. Dan diizinkan. Ada dua cover BGMI yang dah siap. Satu, ada orang. Tapi tak nampak muka. Satu lagi, tiada orang.

Jadi, kalau korang pilih cover yang mana?

BUNNY BOOKSTORE

12 Oct, 05:39


Hai. Sajalah nak bagitahu, saya menulis BGMI 2, ada scene² yang buat saya menangis. Tapi tak tahulah korang yang baca nanti menangis ke tak 😂

Dari Bab 8 sehingga 30, tak ada dah scene sweet² RayArya. Sepanjang tu masalah. Suka tak 🤣

BUNNY BOOKSTORE

08 Oct, 06:57


Sepatutnya Ayres punya cerita selepas Rizq. Tapi, entahlah. Saya buat dia punya dulu.

Jika Ayres cinta tapi tak memiliki.
Rizq pula cinta dikhianati.

Kesian betullah hidup si kembar ni 😌

BUNNY BOOKSTORE

08 Oct, 06:52


Tak ada. Saya tak rajin nak menyambung² ni. Biar jelah Ayres bujang sampai tua 😂

BUNNY BOOKSTORE

08 Oct, 06:28


Yang dah dapat ebook, boleh baca tak fail ebooknya? Sebab ada yang tak boleh buka fail 😭

BUNNY BOOKSTORE

08 Oct, 05:32


Assalamualaikum. Hai. Saya dah selesaikan penghantaran fail ebook MAMI ya. Sesiapa yang belum dapat atau ada masalah pada fail ebook, boleh ws saya cepat².

Sebarang pertanyaan atau review ebook boleh tulis di NGL saya.
ngl.link/ctnorliana_97

Mekasyeh 🫶🏻

BUNNY BOOKSTORE

07 Oct, 05:18


Assalamualaikum. Hai. Di sini saya nak maklumkan kepada pembeli ebook MAMI, saya akan mula edarkan fail ebook hari ini. Dalam tempoh 24 jam, jika masih belum dapat ebook, baru pm saya ya.

Saya juga nak bagitahu, ebook MAMI tu tak cukup 25k words saya tulis. Yang hilang 20k words sebelum ni, saya tak ingat sangat. Jadi, saya tulis apa yang saya ingat je. Huhu

Jadi, baki words tak cukup dalam ebook MAMI tu, saya akan gantikan dengan ebook ERA (Elaina, Rizq, Ayres). Nanti ketika saya send ebook MAMI, saya akan sertakan sekali link form untuk ebook ERA. Saya minta maaf sangat² atas segala kesulitan yang berlaku. Minta maaf juga atas kelewatan penghantaran ebook MAMI. Terima kasih kerana sabar & setia menunggu. Terima kasih sangat-sangat 🥺❤️

Sekian daripada saya,
CtNorLiana 🐰