Catatan Angah Sunan

@angahsunan


Tutor Bangkit Spiritual

Catatan Angah Sunan

12 Oct, 23:21


*KELAS NOW*

๐Ÿ“– ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ
Assalam. InsyaAllah kuliah online Baitul Rahmah Wal Mahabbah bersama:

๐Ÿ‘ณ๐Ÿปโ€โ™‚Ustaz Angah Sunan

๐Ÿ“– *Tauhid Sufi - Syeikh Arsalan*


Moga Allah pilih kita utk hadir. Sebarkan
โญโญโญโญโญโญโญโญโญโญโญ

Topic: Pengajian Baitul Rahmah Wal Mahabbah
*Time: 7:15am , 13 OCT*

Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/81848251161?pwd=c3lTZ21nS1d1QUh6dXF5ZVRaUGJaUT09

Meeting ID: 818 4825 1161
Passcode: 098045

Catatan Angah Sunan

20 Sep, 01:09


Doa Untuk Ummat Sayyiduna Muhammad ๏ทบ

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูุฃูู…ู‘ูŽุฉู ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู
ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุฑู’ุญูŽู…ู’ ุฃูู…ู‘ูŽุฉูŽ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู
ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุตู’ู„ูุญู’ ุฃูู…ู‘ูŽุฉูŽ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู
ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ููŽุฑู‘ูุฌู’ ุนูŽู†ู’ ุฃูŒู…ู‘ูŽุฉู ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู

Ya Allah Ampunkanlah Umat Nabi Muhammad ๏ทบ
Ya Allah Kasihanilah Umat Nabi Muhammad ๏ทบ
Ya Allah Perbaikilah Umat Nabi Muhammad ๏ทบ
Ya Allah Lapangkanlah ( hindarilah segala masaalah ) yang menimpa Umat Nabi Muhammad ๏ทบ

Catatan Angah Sunan

09 Sep, 12:32


Salam wbt. Ingat x pemuda palestin yang pernah bagi talk tahun lepas? Beliau telah dapat tawaran sambung belajar di Turki iaitu di Universiti Sultan Mehmet.

Beliau mesti mendepositkan 50% yuran pendaftran selewat2nya esok (10 Sept 2024). Yuran register 3,000 USD. Maka, kena bayar 1,500 USD (lebih kurang RM6,450).
.
Beliau telah buat satu link untuk bantu beliau -

https://gogetfunding.com/help-hamdi-rebuild-his-life-through-education/

jom semua, kita sama2 bantu

Catatan Angah Sunan

04 Aug, 07:24


Majlis Bacaan Selawat & Tahlil Istimewa buat Al Marhum As-Syahid Ismail Haniyeh

&

Perkongsian Istimewa Ustaz Angah Sunan:

"Pendidikan Sufi Dalam Pembinaan Generasi"

๐Ÿ“ŒButiran majlis
Hari : Ahad
Tarikh : 4 Ogos 2024
Masa : 8 Malam
Platform : Zoom

https://us06web.zoom.us/j/81022001415?pwd=fhFjViaUMKcLktu9w8Rqwj5dC2wF4C.1

Ayuh kita hadir bersama๐Ÿค

#SelawatmembawaRahmat
#freePalestine

Catatan Angah Sunan

04 Aug, 02:47


Duhai anakku, bersabar lah kata-kata dan perangai buruk orang padamu, ia adalah sampah-sampah yang ada dalam diri mereka yang perlu dikeluarkan, anggaplah kita membantu ringankan sampah tersebut dengan menjadi tong sampah mereka, Insya Allah dengan doa dan kesabaran, moga suatu masa nanti sampah akan benar-benar bersih dalam diri mereka dan kita tak perlu lagi menjadi tong sampahnya. Jika hatinya penuh sampah, maka sampahlah yang keluar dari mulut, telinga, mata, hidung dan gerak lakunya, jika hatinya wangian, maka wangian lah yang keluar pada diri mereka, tiada istilah mulutnya sampah tapi hatinya wangian. Menjadi tong sampah jauh lebih mulia daripada menjadi sampah.

-Ayahanda-

Catatan Angah Sunan

31 Jul, 13:41


https://vt.tiktok.com/ZSYwaJCAr/

Catatan Angah Sunan

06 Jul, 23:22


๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ
Assalam. InsyaAllah kuliah online Baitul Rahmah Wal Mahabbah bersama:

๐Ÿ‘ณ๐Ÿปโ€โ™‚Ustaz Angah Sunan

๐Ÿ“– Kitab Munyatul Musalli

*sambung bab kenegaraan*

Moga Allah pilih kita utk hadir. Sebarkan
โญโญโญโญโญโญโญโญโญโญโญ

Topic: Pengajian Baitul Rahmah Wal Mahabbah
Time: 7:15am , 7 July

Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/81848251161?pwd=c3lTZ21nS1d1QUh6dXF5ZVRaUGJaUT09

Meeting ID: 818 4825 1161
Passcode: 098045

Catatan Angah Sunan

05 Jul, 01:59


*[PENGAJIAN KITAB AL-MUHIMMAH 2024]*

Kelas ke 14

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh : 5 Julai 2024 (Jumaat)
โฐ Masa  : 10.00 pagi - 11.00 pagi
๐Ÿ‘ณ๐Ÿผโ€โ™€๏ธ Bimbingan : Ustaz Angah Sunan

๐Ÿ’ปLink Zoom :

https://us06web.zoom.us/j/81485568151?pwd=VCbROENONzdOj8Fm9jG4jt0Q7EDiqB.1

Meeting ID: 814 8556 8151
Passcode: 676133

*Sumbangan*
https://toyyibpay.com/Sumbangan-Pengajian

Catatan Angah Sunan

29 Jun, 23:16


๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ
Assalam. InsyaAllah kuliah online Baitul Rahmah Wal Mahabbah bersama:

๐Ÿ‘ณ๐Ÿปโ€โ™‚Ustaz Angah Sunan

๐Ÿ“– Kitab Munyatul Musalli

*Sambungan Bab Pemerintah*
Moga Allah pilih kita utk hadir. Sebarkan
โญโญโญโญโญโญโญโญโญโญโญ

Topic: Pengajian Baitul Rahmah Wal Mahabbah
Time: 7:15am , 30 Jun

Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/81848251161?pwd=c3lTZ21nS1d1QUh6dXF5ZVRaUGJaUT09

Meeting ID: 818 4825 1161
Passcode: 098045

Catatan Angah Sunan

28 Jun, 02:13


*[PENGAJIAN KITAB AL-MUHIMMAH 2024]*

*Kelas ke 13 - sambung bab cabaran perkahwinan bagi pihak suami*

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh : 28 Jun 2024 (Jumaat)
โฐ Masa  : 10.00 pagi - 11.00 pagi
๐Ÿ‘ณ๐Ÿผโ€โ™€๏ธ Bimbingan : Ustaz Angah Sunan

๐Ÿ’ปLink Zoom :

https://us06web.zoom.us/j/81485568151?pwd=VCbROENONzdOj8Fm9jG4jt0Q7EDiqB.1

Meeting ID: 814 8556 8151
Passcode: 676133

*Sumbangan*
https://toyyibpay.com/Sumbangan-Pengajian

Catatan Angah Sunan

14 Jun, 00:13


[PENGAJIAN KITAB AL-MUHIMMAH 2024]*

Kelas ke 12

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh : 14 Jun 2024 (Jumaat)
โฐ Masa  : 10.00 pagi - 11.00 pagi
๐Ÿ‘ณ๐Ÿผโ€โ™€๏ธ Bimbingan : Ustaz Angah Sunan

๐Ÿ’ปLink Zoom :

https://us06web.zoom.us/j/81485568151?pwd=VCbROENONzdOj8Fm9jG4jt0Q7EDiqB.1

Meeting ID: 814 8556 8151
Passcode: 676133

*Sumbangan*
https://toyyibpay.com/Sumbangan-Pengajian

Tajuk hari ini -

*Kebinasaan atas Lelaki yang mempunyai isterinya sebab berkahwin*

Setelah bab2 lalu kitab ini menegur kaum perempuan, sekarang banyak teguran untuk lelaki pula ye

Catatan Angah Sunan

10 Jun, 04:12


ADAB USTAZ PU FAIZ

Cerita kebaikan seseorang ni molek lepas orang sudah meninggalkan alam maya ini, tapi rasa tak dapat menahan diri menulis tentang seorang sahabat ambo sejak remaja.
.
Baru-baru ambe hadir ke Haul Al Arif Billah Tuan Guru Abdul Hamid Gunong di Pondok beliau di Kuang, Selangor. Hadir juga tetamu istimewa dari waris almarhum Tuan Guru iaitu Ustaz Rauf.
.
Kebaikan PU ni walaupun lisannya pedas di media sosial (tapi dunia sebenar berjurus) adalah sifatnya yang sangat menghormati para Gurunya dan ahli keluarga Gurunya. Bahkan beliau di sayangi oleh para Gurunya. Saya kenal beberapa guru beliau dan nama beliau ini sohor kerana adab dan kesungguhan dalam menuntut ilmu.
.
Walaupun PU di media sosial jenis kaki baloh juga la, tapi ada prinsip, tak buat baloh dengan Para Guru, mereka yang beliau ambil ilmu, dan keluarga rapat para Tuan Guru beliau. Dia jaga sungguh yang ini.
.
Sepanjang majlis kelmarin, dia tak pernah angkat kepala pon di hadapan Ustaz Rauf (anakanda almarhum Tuan Guru). Memang sifat ahli ilmu menghormati keluarga Gurunya apatahlagi keluarga Guru itu orang soleh dan mewarisi sedikit sebanyak ilmu dari Ayahandanya.
.
Apa yang menarik juga, majlis maulid malam kelmarin tak digunakan gendang. Dalam ucapan PU, beliau menyebut lebih kurang begini,

"Tuan Guru kita berpegang pandangan Tak boleh bermain gendang-gendang ni semua. Qasidah2 tak bercampur dengan gendang. Oleh kerana ini majlis haul memperingati Almarhum Tuan Guru, maka kita beradab seperti dalam majlis Tuan Guru dan kita tak buat apa Almarhum Tuan Guru tak suka buat. Walaupun hal ini khilaf dan saya pon adakala bergendang, tapi ini majlis Haul Tuan Guru, mengikut kesukaan Almarhum adalah lebih baik"

[itu terjemahan mafhum sahaja sebab PU tak pernah bercakap bahasa Kuala Lumpur melainkan bahaso kelate sahaja]
.
Dari Almarhum Tuan Guru Abdul Hamid atau masyhur sebagai Paksu Mid Gunong, PU mengaji beberapa kitab antaranya Syamail Muhammadiah dan Syarah Hikam Tok Pulau Manis (3x khatam) termasuk ilmu-ilmu Al - Qur'an.
.
Ambe tak pelik kalau dia dapat ilmu - ilmu pondok pada usia mudanya. Selain hafiz Al Quran, beliau tahu siapa yang dia perlu baloh dan siap yang tak perlu. Ada sempadan juga. Ambe percaya, seusai kematangannya kelak, beliau akan jadi Tuan Guru atau Baba yang karismatik dan berani.

#angahsunan

Catatan Angah Sunan

03 Jun, 15:01


๐Œ๐„๐๐„๐‘๐Ž๐Š๐€ ๐‘๐€๐‡๐’๐ˆ๐€ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“
.
Pernahkah anda terfikir tentang hakikat solat yang kita laksanakan setiap hari?
.
Apa khazanah fekah dan tasawuf sembahyang yang terdapat dalam kitab Jawi (Munyatul Musolli) yang terkenal itu?
.
Modul Menereko Rahsia Solat (MRS) dapat membantu menyelesaikan pertanyaan dan kefahaman bab Solat dalam masa singkat, hanya 8 jam sahaja.
.
Suatu bengkel khas yang dirangka untuk Menyempurnakan Solat dari sudut FIQH dan TASAWUF serta Menggali Hakikat Solat.
.
Modul ini telah adunkan dari suhbah bersama Ayahanda (Walid Ibrahim Al Malik) melalui pendekatan tradisi dan moden serta rujukan kitab-kitab fiqh muktabar. Rujukan utama : Kitab Munyatul Musolli karangan al-Alim Syaikh Daud Bin Abdullah Al Fathani.

๐Š๐ž๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก๐š๐ง

- Ulangkaji Tauhid ASWJ
- โ Kupasan Fiqh dan Tasawuf Solat
- โ Menggali Rahsia dan Hakikat Rukun Solat
- โ Kuliah Teori dan Praktikal
- โ Sijil Penyertaan
- โ Penerangan infografik & Interaktif
- โ Hadiah - hadiah Menarik

Satu-satunya bengkel solat menyentuh secara integrasi elemen Tauhid (Iman), Fekah (Islam) dan Tasawuf (Ihsan). ๐๐š๐๐š๐ญ, ๐‰๐ž๐ฅ๐š๐ฌ & ๐๐ซ๐š๐ค๐ญ๐ข๐ค๐š๐ฅ

Promo - Hibah : RM100 โŒ RM70 (Yuran adalah termasuk Modul & Makan Minum)

๐Ÿ— ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ (๐€๐‡๐€๐ƒ) | ๐Ÿ—๐€๐Œ - ๐Ÿ“๐๐Œ

๐ฝ๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐ฟ๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘ ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘’๐‘™๐‘ข๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘–๐‘›๐‘–, ๐ท๐ด๐น๐‘‡๐ด๐‘… ๐‘†๐ธ๐พ๐ด๐‘…๐ด๐‘๐บ. ๐‘‡๐‘’๐‘Ÿโ„Ž๐‘Ž๐‘‘ 60 ๐‘œ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘ ๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘—๐‘Ž

Berminat sertai ? Sila klik link ๐Ÿ‘‡
https://toyyibpay.com/MenggaliHakikatSolat

Sebarang pertanyaan  boleh hubungi :
Kak Long Min
https://www.wasap.my/60126127969

Catatan Angah Sunan

02 Jun, 02:26


Manusia itu mudah mencintai pemuda yang 'soleh' (yang baik budi pekerti dan tingkah lakunya) dan membenci pemuda yang 'muslih'(orang yang suka menasihati orang agar menjadi baik).

Lalu kamu akan mendapati ramai manusia mencinta para salihin dan bermusuh dengan mereka yang muslih. [Punca terjadi perbezaan tanggapan itu] kerana orang muslih itu memerangi kemahuan dan kesukaan mereka yang keras.

Sesungguhnya para penduduk Makkah telah mencintai Baginda Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam sebelum perutusan kerana Baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam dahulunya orang soleh namun selepas Nabi diangkat menjadi Rasul oleh Allah Taala dan menjadi orang Muslih, lantas mereka memusuhi Baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam. [Bukan itu sahaja], mereka juga menuduh Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam adalah ahli sihir, penipu besar dan gila.

===========================

Sedikit tambahan -

Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam sangat dicintai oleh kaumnya hingga kaum menggelarkan Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam sebagai Al-Amin. Namun, apabila Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam memerangi perbuatan Riba mereka, sukatan timbangan yang tipu daya, penyembahan berhala...dan tergugat kepentingan mereka, lalu cinta itu berganti dengan benci.

Hal ini mungkin pernah kepada diri kita. Ada sahabat, teman atau murid kita sendiri mengasihi kita kerana peribadi dan ilmu yang diajarkan tetapi apabila kita menjadi orang muslih iaitu mula menegur mereka ke arah kebaikan walaupun dengan cara yang baik dah, ada mereka marah kerana tercabar egois mereka. Tak semua orang suka ditegur walaupun teguran itu betul dan ke arah kebaikan. Mereka hanya mahu jadi pencinta tetapi bukan benar mencintai.

Angah Sunan