Dernières publications de USIM Confession (@usimconfess) sur Telegram

Publications du canal USIM Confession

USIM Confession
Confess @usimconfessbot

Est 2018
14,742 abonnés
966 photos
62 vidéos
Dernière mise à jour 25.02.2025 20:42

Le dernier contenu partagé par USIM Confession sur Telegram


Assalamualaikum, saya kan ade masalah dgn partner saya, dia tu selalu semakkan kepala, nasib bukan satu U
Cite dia gini, dia selalu call, ade sume sosmed saya, dan dia kata kalau saya buat hal, dia doakan saya jadi tak tenang sampai mati,
Kitorang selalu bergaduh, kdg2 bukannya sebab ape, sebab x angkat call, sbb saya main game(jarang ye main game), pstu kalau boleh hari2 nk sleepcall sampai penat nk melayan, mmber satu bilik pn dh rasa muak, pstu kalau dia merajuk or gurau2 merajuk, kemain susah nk pujuk, then dia bagi alasan, "SAYA TAKDE KAWAN PN SINI, SAYA ADA AWAK JE", sebab ape tau? Sebab dia yg taknak berkawan, padehal ramai je org suka kt dia n nk berkawan dgn dia, saya pn naik pening la min, dh selalu putus pstu getback balik, dh berpuluh2 kali dh mcm tu, tahu2 dh nak 4 tahun, hidup x freedom lgsung, tlg nasihatkan saya min😭

Aku 2nd year student and Sekarang aku dlm dilema sama ada nk teruskan pengajian atau nak tangguh dulu utk sementara waktu ni. Bukan apa lah tapi tiap sem aku punya performance makin barai. Dari semua sudut ah barai. Pointer, attendance, assignment, presentation semua ah senang cite kan.
Semua ni berpunca sebab diri sendiri jugak. Aku mulanya struggle dlm pelajaran je. Tapi lama-lama aku jadi give up. Aku takde kawan utk tolong aku and aku takut nak tanya orang sebab aku takut orang judge aku like " benda simple pon tak tahu ke" lebih kurang mcm tu la. Aku ingatkan benda ni sampai sini je rupanya tak. Benda ni effect sampai aku punya mental health terganggu sampai tahap aku rosakkan diri aku sendiri. Sebab depression aku mula tak tido malam, aku mula merokok. Siang malam aku pon dah terbalik sampai tahap aku rasa mcm orang tak betul dah. Attendance kelas tak payah cerita la memang banyak lompong sampai tahap hampir kena bar dah.
Aku bukan tak sedar semua benda yang aku buat ni salah tapi tiap kali aku cuba utk berubah tiap kali tu la aku gagal. Even kadang aku rasa diri aku ni makin teruk. Sumpah cakap aku dah cuba tapi aku tak boleh. Aku gagal aku lemah aku bodoh. Tiap malam bila aku pejam mata nk tido, semua masalah aku datang serentak ganggu otak aku sampai aku tak boleh nak lelap pon.
Since aku pon takde kawan, aku suka keluar tgh malam naik motor takde hala tuju. Bagi aku ni je cara nak tenangkan diri sikit.

Maaflah cerita aku tak tersusun. Aku baca balik pon aku sendiri pening tapi takpelah aku just nk menulis je. Tak harapkan apa-apa dari siapa-siapa pon.

Cuma aku ada benda nak pesan pada semua yang baca ni. Korang pls jaga kesihatan mental korang baik-baik. Jangan sampai jadi macan aku yang dah separuh tak betul ni. Carilah kawan yang boleh bantu korang tak kira la apa masalah pon. Kalau ada masalah, biasakan diri utk mintak tolong orang bukan jadi pengecut mcm aku. Jangan rosakkan diri sendiri mcm aku. Sebab once dah rosak kau susah nak balik mcm dulu. Pls sayangkan diri korang. If korang ada masalah and takde orang yang korang boleh mintak tolong, gunakan platform yang pihak atasan sediakan sebaik mungkin (kaunseling or etc) . Jangan sampai dah melarat mcm aku nnti dah takde guna. Kalau kau jenis yang mudah terganggu emosi, jauhkan diri dari semua benda yang boleh mengganggu kau. Yang kau rasa memudaratkan, yang kau rasa tak berguna. Contohnya mcm aku la, aku putus cinta n aku biarkan perasaan kawal diri aku. Hujung-hujung aku sendiri yang tanggung akibat. Haha bodohkan aku, macam budak kecik je sebab putus cinta jadi bodoh.

Aku rasa ni je kot apa yang aku nak tulis setakat ni. Nanti kalau rasa nak gila balik aku tulis lagi. Mintak maaflah kalau apa aku tulis ni mengarut and korang tak paham pon apa aku tulis ni. Tapi aku harap korang fahamlah apa yg aku pesan sikit tu even tak berapa nak berguna sgt pon. Thanks yg sudi baca and aku doakan korang semua dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Mintak korang doakan aku dapat berubah kearah lebih baik eh. Muahh sayang korang

Aq ada sorang member ni dulu masa tamhidi mmg berkepit 3 org,tapi sejak masuk degree ni even course sama tapi dia dh rapat ngan someone else and masa dgn kitorang pon dh tak mcm dulu.Kalau dulu Allah bagi nikmat masa bersama and now skrg diuji friendship ni.Bukan tu je,aq dpt nmpk dia lain sgt dh skrg tak mcm dia yg dulu,aq takle nak salahkan dia sorang mungkin ada salah kami jugak yg kami tak nampak tapi tipulah kalau tak sakit.Aq harap one day Allah permudahkan urusan kami dan kembalikan masa mcm dulu.Ingt lah korang hargai masa yg ada dgn kawan dan yg baru takkan sama dgn yg lama...

Salam. nak tanya kpd alumni USIM, siapa masih guna email raudah.usim.edu.my tu? Email tu masih boleh digunapakai lagi kan even dah 5 thn tinggalkan USIM.. ? Sbb saya punya email raudah tu payah betul nk sign in. Reset pssword dh 5 kali, pdahal ingt jek password.

saya suka pkai email raudah sbb Microsoft free. Huhuu. Dah tk valid ke email raudah tu.. help me please. Appreciate yg sudi respon 😭

Salam, saya sekadar nak meluahkan rasa yang rasanya lama sudah.. ada seseorang ni pp, qs tahun 3. Pmf kot. Saya nak tanya. Awak nak senyum pun susah ehh... apatah lagi nak bertegur sapa ngan org. Antara org dlm batch pon susah.. memang nak pilih2 la siapa nak bercakap, bertegur, nak senyum. Saya perasan lama sudah.. sebab rasa cam akak2 ehh.. memang nak MEMILIH la ehh.. fahammm.. okay.

siapa tahu any restoran yang ada jual shellout yang sedap dan berbaloi area nilai or kl ?

boleh tak share kan tips nak cari rumah sewa untuk kemasukan bulan 10

Ada sesiapa tahu tak macam mana nak buat appointment gigi kat pku usim?

helo warga usim ❤️

nak tahu story tak? jom kita tea time!

ada satu hari ni kan, saya ngan kawan saya ni nak gi library, and then rajin betul nak gi awal, 8.30 pagi u alls kat depan library 😂👍

kami nak duduk kat tingkat 3 library, so kami ingat nak naik if la, lama tak datang library an 😂 so kami naik laa lift sebelah kaunter tu

time pintu open, kami masuk macam biasa, and pintu lift tutup macam biasa juga.

tapi ... saat tu bermula la detik cemas kami berdua. kami tekan button tingkat 3, tapi button tu like macam tak function. masa tu still husnudzon😭 selang 5 saat kami tekan pulak tingkat 2 and tekan pulak tingkat 1, STILL LIFT TAK GERAK, even tekan button open semula pun tak bolehh

lift still kat tingkat 1, so kawan i dia lil bit cemas, yes i know that, but kita sebagai org yg selalu tengok movie we know kita takleh cemas! 😂😭

so kawan saya pun nak call number yang boleh berhubung if lift stuck. yes, we are unlucky. line data takde you. NO SERVICE.

kami cuba untuk tekan button loceng, tekan utk 5 saat, NO RESPON.

masa tu, siapa je tak cemas? duduk dalam lif sempit, takde ruang udara, panik, sumpah masa tu risau kalau kitorg kekurangan oksigen je.

tapi alhamdulillah, Allah masih sayangkan kami, tetiba ada staff dari tingkat 4 dia tekan button dari luar, so lift tu bergerak ke tingkat 4 and kami dapat keluar dengan selamat.

perkara ni dah kami laporkan pada pihak berwajib, so hati hati ya semua❤️

ps: JANGAN NAIK LIF LEBIH KAPASITI KALAU SAYANG NYAWA

nak tanya yang budak comm fkp, sem 7 busy tak ?