Resepi Kini @resepikini Channel on Telegram

Resepi Kini

@resepikini


Jommmm joinnn

Resepi Kini (Malay)

Selamat datang ke Saluran Telegram Resepi Kini! Jika anda seorang penggemar makanan dan suka memasak, maka inilah tempat yang sesuai untuk anda. Di sini, anda akan menemui berbagai jenis resipi terkini yang pasti akan memuaskan selera anda. Dari resipi tradisional hingga resipi moden, semua ada di sini! Resepi Kini adalah tempat yang sempurna bagi sesiapa sahaja yang ingin mengeksplorasi dunia masakan dan mempelajari cara-cara baru untuk memasak hidangan yang lazat. Jadi, jom sertai kami sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk menjadi pakar di dapur anda sendiri dengan Resepi Kini!

Resepi Kini

20 Nov, 04:07


Paling laris buat jualan.
Jemput semua tiru resepi mak.Buat la jualan pasar malam ke jual tepi jalan ke jual dr rumah ke jual kat sekolah2 ke.Sebab kos xbanyak dan buat die mudah.Paling best die lembut dan kurg manis ye.Laris sgt mak jual di bakery dan wisma

Resepi puding terpaling sedap dan gebu

BAHAN2

1 paket serbuk agarยฒ 10g
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
3 tin air kosong
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecik esen vanilla

CARA2

Masuk semua dalam periuk
kacau jangan henti ya api slow
sampai didih matikan api
bila suam tuang dalam bekas
nak buat yg fruity boleh sapu filling tepi bekas
nak buat yg ade topping sila tuang (1sb gelatin dan air suam larut kan campur pd filling yg disukai boleh tuang atas puding)
siap sejuk kan
senang kan

Credit : azlina ina fans

Resepi Kini

05 Jul, 08:20


Terung Bakar Berkuah Santan
resipi dari mak.. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Bahan :
Terung - kelarkan dan bakar

Bahan kuah :
Belacan - bakar*
Bawang merah*
Cili padi*
Air asam jawa
Pati santan (saya guna santan Kara kotak kecik)

Cara :
1. Tumbuk bahan bertanda (*)
2. Masukkan sedikit air asam jawa.
3. Masukkan santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk.
4. Bilas dalam kotak santan dengan sedikit air untuk ambil lebihan santan (baru nampak bijak sikit depan mak mentua.. kihkihkih).
5. Masukkan garam dan suaikan rasa.
6. Kacau sampai mendidih.. Siap.. โค๏ธ

*Kuah ni sedap pekat2 jadi jangan letak banyak air
*Kalau ada cekur, masukkan cekur.. sedap..

Kredit: nor asfah mohd ali

Resepi Kini

13 Jun, 03:22


Resipi Nasi Ayam Hainan
Simple je..
.
Bahan-bahan:-
Nasi Ayam (10 Orang Makan)
4 Cawan Beras Wangi/Biasa
4 Cawan air
4/5 Paha Ayam
1 bawang besar holland (Potong 4)
2 kiub ayam maggi
3 inci halia (Potong halus)
2 sudu sos tiram
1 tangkai daun bawang
1. Campur semua, letak ayam, bawang, daun bawang d atas sekali.
2. Masak dengan api perlahan 25 minit atau sehingga nasi masak. Tutup kuali/periuk dengan penutup kuali naa..
3. Ayam boleh goreng utk bagi garing kulit atau biarkan stim dan boleh potong ikut suka.
==============
Taugeh/ Sayur
4 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
2 sudu minyak
1. Bawang putih potong dadu, goreng dengan minyak.
2. Masukkan sos tiram, goreng sekejap.
3. Masukkan sayur๐Ÿคฃ

Sumber : Nadiah Halim‎

Resepi Kini

12 Jun, 05:05


Kek coklat blander..
Versi kukus...
๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Resepi
Bahan2:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn gula
1 cwn minyak
3 biji telur
- semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalam periuk kukusan.

Bahan2 ayak:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
- adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dgn api sederhana. Nak tau masak cucuk ngan garfu kalau x melekat dh masak

Topping
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
1/4 cwn susu cair
2 sdb butter/majerin/minyak masak
Masukkan dalam periuk
Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga sudah sejuk.

Kredit : nora syikin

Resepi Kini

11 Jun, 08:42


Daging masak hitam Ala2 kenduri gitu๐Ÿ˜
boleh masak untuk raya haji ni..
Terima kasih empunya resepiโค๏ธ

kredit: Rusfaniza Abu Yazid