Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

@tokabahfadzilahkamsah


Ini Channel rasmi Tok Abah Dato Fadzilah Kamsah yang dikendalikan oleh Tok Abah & team Tok Abah sendiri

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

22 Sep, 04:56


30 checklist nak capai kebahagiaan hari ini:

1. Pilih untuk berbaik hati.
2. Makan untuk menghilangkan kenyang bukan makan berlebihan.
3. Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari.
4. Solat awal waktu.
5. Sentiasa jujur dalam apa jua urusan.
6. Berimpian besar.
7. Sentiasa bersabar.
8. Jangan cepat menghukum.
9. Senyum selalu.
10. Sayangi diri sendiri.
11. Mudah memaafkan orang.
12. Zahirkan kesyukuran.
13. Fikir positif.
14. Minum air masak sekurangnya 2 liter sehari.
15. Yakin dengan diri sendiri.
16. Berfikiran terbuka tetapi perlu ada asas agama yang kukuh.
17. Penuhkan keperluan terlebih dahulu.
18. Jangan beri alasan tetapi beri bukti dan fakta.
19. Bercakap dengan sopan di hadapan orang lain.
20. Mendengar untuk faham.
21. Pilih untuk yakin berbanding ketakutan.
22. Buat sekarang, jangan tangguh!
23. Praktikkan disiplin diri.
24. Sentiasa lihat hikmah dan pembelajaran.
25. Jangan ada sikap membandingkan terutama menerusi media sosial.
26. Lihat kegagalan sebagai peluang untuk bangkit!
27. Jangan suka buat andaian tanpa ada analisis terperinci.
28. Pilih kawan yang akan bawa kamu ke level yang lebih baik dan tinggi.
29. Berbaktilah dengan ibubapa tatkala mereka masih ada.
30. Pastikan ada pola tidur yang sihat.

Anak cucu Tok Abah,

Print checklist ini dan tampal di bilik masing-masing ya supaya jadi peringatan dan capai kebahagiaan sebenar dalam hidup.

Tok Abah sentiasa doakan kejayaan kalian ya.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Berusaha untuk kecap kebahagiaan ya.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

09 Sep, 08:47


Mak Ayah Tak Mahir Dan Susah Nak Ajar Alif,Baa,Taa.
.
Anak Kalian Ada Masalah Seperti :
.
💢 Tak Minat Belajar Iqra.
💢 Susah Nak Faham Bila Ajar Baca Iqra.
💢 Anak Masih Tak Kenal Huruf Jawi.
💢 Asyik Nak Lari Bila Suruh Baca Iqra.
.
Dengan Genius Iqra dapat :

Belajar Dgn Kaedah FlashCard
Merangkumi Semua Iqra 1-6.
Anak2 pasti Suka Bermain Sambil Belajar
Ibubapa Boleh Ajar Walaupun Kurang Mahir
Suara Yang Jelas (Audio Record dari Qari Kebangsaan)
Di asaskan Oleh Guru Dan Ustz Berpengalaman.
.
𝐆𝐞𝐧𝐢𝐮𝐬 𝐈𝐪𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 “𝐒𝐄𝐋𝐅-𝐋𝐄𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆”.𝐀𝐧𝐚𝐤𝟐 𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐫𝐨𝐧𝐨𝐤.(Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah).InshaAllah.

Kita Bagi Yang Terbaik Utk Anak2 kita.Dapatkan Sekarang.

👉🏻https://geniusiqra1.wasap.click
👉🏻 https://geniusiqra1.wasap.click
👉🏻 https://geniusiqra1.wasap.click

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

02 Jul, 13:31


Nak berjaya, kena sentiasa renung perjalanan hidup.

Adakah semua yang kalian mahukan sudah tercapai ataupun belum. Jika belum, kena bertindak sekarang.

Mulakan dengan:

1. Tentukan apakah nilai teras yang ada dalam diri. Apakah kekuatan dan perkara paling penting yang kamu nak pertahankan.

Ada yang hidupnya berjuang kerana nak pastikan anak-anak berjaya.
Ada yang hidupnya berjuang kerana nak pastikan bisnesnya maju.
Ada yang hidupnya berjuang kerana nak selamatkan masyarakat daripada terus huru-hara dari segi moralnya.

Jadi, tanya balik pada diri kamu, apa yang kamu perjuangkan dan nak pertahankan sangat-sangat dalam hidup ni.

Kalau tiada, jangan bazir masa. Pergi buat kerja kebajikan. Lihat orang yang lagi susah dari kamu. Perhatikan kepayahan dan kekurangan mereka.

Hayati dan penuhkan empati kamu terhadap nasib mereka. Pasti kamu temui jalan untuk berjuang dalam hidup ini.

2. Set matlamat jangka masa panjang dan pendek. Selarikan dengan nilai teras yang kamu perjuangkan.

Matlamat jangka panjang adalah destinasi akhir kamu.
Matlamat pendek adalah langkah demi langkah yang kamu ambil untuk capai ke matlamat panjang.

Ingat itu.

3. Dari satu matlamat, terus buat pelan tindakan. Perhatikan berapa tempoh nak capai. Tetapkan bila kamu setuju nak kecapi semua itu.

Dari situ kamu nampak timeline nya berapa panjang. Dan di situ juga kamu susun dalam bentuk jadual. Maka, setiap hari kamu terisi, kamu tahu apa nak buat dan paling penting, kamu sedang menuju kepada penyempurnaan matlamat itu.

4. Besarkan nilai penerimaan dalam diri. Kena berlapang dada atas segala hal yang terjadi serta bakal terjadi dalam hidup kamu. Terima realiti bahawa hidup ini di luar jangkaan. Banyak betul perkara yang kamu kena bersiap sedia serta jangan cepat 'melatah' dengan ujian tersebut.

Terima bahawa semua ini adalah tanda kasih sayang Allah pada kita semua.

5. Pastikan diri kita ini sentiasa berada dalam kalangan mereka yang positif ataupun kamu perlu pastikan orang yang kamu follow di media sosial adalah orang yang positif.

Maka, tiap hari kamu akan termotivasi untuk jadi positif dan mengerjakan kebaikan sahaja. Tiada ruang untuk kamu perkara sia-sia dan tak berfaedah dalam hidup.

6. Jangan lupa untuk jaga kesihatan mental dan fizikal kamu. Macam Tok Abah sekarang, tiap hari exercise. Sambil duduk atas cardio strider, masa tu juga Tok Abah tambah dengan berzikir.

Di situ akan memperkukuh kesihatan rohani pula. Bila semua dipertingkatkan, pasti badan lebih seimbang dan sihat.

7. Berserahlah sepenuhnya kepada Allah SWT. Peliharalah hubungan kita dengan Allah. Setiap tindak tanduk kita, fikirkan adakah semua itu kita bakal dapat redha Allah atau tidak.

Kerjakanlah sesuatu itu dengan penuh keikhlasan dan beringatlah sekecil-kecil zarah yang kita buat, tetap Allah lihat dan nilai kelak.

Anak cucu dan sahabat Tok Abah,

Perjalanan hidup pastikan bererti. Jangan pernah berhenti untuk bermimpi. Tetapi mimpi itu selarikan dengan tindakan. Jika tidak, mimpi tinggal mimpi sahaja. Ingat, kita dah masuk bulan Julai 2024.

Bererti separuh tahun 2024 telah berlalu.

Semak balik, apa yang kamu azamkan awal tahun sudah tercapai belum. Jika belum, teruslah bertindak. Jangan diam-diam sahaja. Jangan lupa untuk renung kehidupan ini, supaya lebih banyak berbakti daripada meratapi.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Hiduplah sehingga satu masa nanti, setiap hari kamu itu suasananya gemilang dan bermanfaat untuk yang lain.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

27 Jun, 01:39


https://youtu.be/DMBF9yt30U8?si=ATTOwJA9NaRYhQix

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

23 Jun, 22:32


Setiap hari, lapangkan fikiran kita di awal hari kita. Ini 7 cara yang kita boleh buat serta merta:

1. Nikmati masa bersendiri. Bangun awal pagi seawal jam 4 pagi. Ambil wudhu dan dirikan solat tahajud.

2. Kemudian, pegang Al-Quran. Niatkan dalam hati, "Ya Allah, berikan aku jawapan dan petunjuk hari ini."

3. Bacalah sekurang-kurangnya 2-3 mukasurat. Kemudian, hayati setiap makna ayat-ayat tersebut.

4. Keluarlah awal ke surau/masjid bagi mengerjakan solat subuh. Dan pastikan kita peluang dengan memberi sedekah subuh di tempat tersebut.

5. Sediakan sarapan. Pastikan makan makanan yang sihat dan seimbang.

6. Jika hari ini tiada apa-apa urusan, keluarlah dari rumah. Dekati alam. Nikmati bunyi unggas, burung berkicauan. Tengok unsur alam yang berwarna hijau.

Lebih baik, pergi rekreasi. Masuk hutan, panjat bukit/gunung. (Pastikan tengok cuaca juga ya).

7. Nikmati kehidupan sekarang. Jangan tunggu esok atau memilih untuk terfikir-fikir masa silam. Sekarang, di saat ini. Isi masa dengan padat dan penuh makna.

Jangan biarkan masa terbazir begitu sahaja. Ingatlah bahawa, demi masa, sesungguhnya kita dalam kerugiaan.

Kecuali bagi mereka yang beriman dan mengerjakan amal kebaikan ya.

Moga hari ini, kita semua lebih lapang fikiran! Dari situ hati pun jadi lega dan tubuh badan rasa lebih ringan. Semangat pula membara tiba-tiba dan kehidupan jadi sangat ceria!

Tok Abah doakan kalian semua ya.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Berusaha jadi yang terbaik.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

22 Jun, 13:00


Kita minta macam-macam kepada Allah, tetapi amat sedikit yang kita beri kepadaNya.

Sedang masih banyak nikmat yang telah Dia kurniakan kepada kita.

Tak sedar ke kita, betapa baiknya Allah kepada kita?

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

22 Jun, 00:54


Nak rezeki melimpah dan sentiasa mencurah-curah, jangan lupa buat hal ini ya:

1. Ingat tanggungjawab kita pada ibu bapa dan keluarga. Hubungi atau bertanya kabar setiap pagi.

2. Ringankan tangan untuk bersedekah. Kecil atau besar nilainya, bukan satu masalah. Yang penting keikhlasan dalam memberi.

3. Berbaik dengan adik beradik. Kadangkala kita tak perasan, kita ada terguris hati mereka. Mohon maaf sahaja walaupun bukan salah kita.

4. Senyum sepanjang masa. Terutama pada diri sendiri, pasangan, anak-anak atau sesiapa sahaja yang tinggal dekat dengan kita.

5. Bersabar, walaupun sedang marah. Tenangkan diri dan ambil wudhu. Dalam keadaan marah, air perlu kita jadikan teman untuk redakan keadaan.

6. Sentiasa ingat akan kematian. Ia hal pasti. Dan perlu kita sentiasa muhasabah. Hal ini akan buatkan kita agar sentiasa mengerjakan amalan dan meninggalkan yang mungkar.

7. Solat sentiasa fokus dan khusyuk. Jangan ala kadar. Pelihara solat, maka Allah akan pelihara diri kita dan rezeki kita.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

19 Jun, 06:42


Bila kita minta rezeki pada Allah SWT, ia datang dalam pelbagai bentuk dan cara:

1. Rezeki dapat bangun awal pagi.
2. Rezeki diberikan satu lagi masa untuk menerokai hidup.
3. Rezeki dapat berteduh di bawah satu bumbung.
4. Rezeki dapat berjumpa mak ayah.
5. Rezeki dapat bermesra dengan adik beradik.
6. Rezeki dapat berjumpa sahabat handai.
7. Rezeki dapat berpuasa dan berbuka sama-sama.
8. Rezeki dapat bergerak ke mana-mana.
9. Rezeki diberikan kesihatan dan kecergasan.
10. Rezeki diberikan udara untuk bernafas.
11. Rezeki diberikan kenderaan untuk bergerak.
12. Rezeki diberikan keamanan negara.
13. Rezeki diberikan internet untuk membuat carian ilmu.
14. Rezeki diberikan pakaian untuk menutup aurat.
15. Rezeki diberikan dapat belajar.
16. Rezeki diberikan mata untuk melihat.
17. Rezeki diberikan hati untuk merasa.
18. Rezeki diberikan akal untuk berfikir.
19. Rezeki diberikan tangan dan kaki untuk bekerja.
20. Rezeki diberikan Islam untuk menjadi pegangan hidup.

Ini kalau Tok Abah senarai sampai 100 pun belum tentu habis, rezeki-rezeki yang kita dapat nikmati hari ini. Apa yang Tok Abah nak sampaikan adalah terlalu banyak rupanya rezeki Allah kurnia buat kita.

Sama ada kita sedar dan tak sedar saja. Dan mindset kita, jangan pandang rezeki tu dari sudut kewangan sahaja. Kerana asas rezeki yang sebenar-benarnya adalah pemberian dari Allah yang Maha Esa.

Apa sahaja yang kita terima, baik mahupun buruk, tetap juga rezeki. Contohnya, jika kita sakit, tetap juga rezeki. Rezeki yang mengingatkan kita pada Allah SWT dan mengajar kita untuk lebih menghargai kesihatan.

Semoga pagi yang tenang dan cerah ini beri kita kedamaian untuk merenung semula, betapa luasnya rezeki dari yang Maha Esa.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Ucapkan Alhamdulillah.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

17 Jun, 03:16


Jadikan Hari Raya Aidiladha ini sebagai titik tolak kita menghayati erti sebenar sebuah pengorbanan.

Selamat menjalani ibadah qurban dan moga mendapat haji yang mabrur serta mendapat keampunan dari Allah SWT.

Ikhlas dari Tok Abah dan keluarga ya.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

14 Jun, 10:01


😩Dah penat bekerja seharian?

Kerja keras tetapi masih lagi belum nampak hasilnya.

Bacalah doa ini.

Doa Dipermudahkan Urusan

Daripada Anas R.A, Rasulullah SAW bersabda :

اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ
إذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksud : Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.

Moga apa yang kita kerjakan hari ini, Allah limpah dan gandakan rezeki kita hari ini ya. Pulanglah dengan senyuman.

Keluargamu menanti di rumah.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

13 Jun, 23:01


Sentiasa gelisah, tak tenang dan rasa berat saja badan ni. Ini solusi untuk kita buat terus bermula hari ini:

1. Menghilangkan rasa gelisah, khuatir dan takut.

Bacalah Surah ar-Ra'd 13:28 dengan maksudnya : Iaitu (orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah). Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati-hati manusia.

Ayat ini dibaca sebanyak 7 kali pada setiap pagi dan petang ya.


2. Mengatasi perasan malas.

Bacalah ayat dari Surah Yunus 10:58 dengan maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad!), kedatangan al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayang-Nya maka dengan isi kandungan al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan (daripada segala benda dan perkara yang tidak kekal).

3. Mengatasi masalah gangguan paranormal, kedengkian, gangguan syaitan, penyakit jiwa.

Bacalah surah Al-Baqarah secara bertahap-tahap. Setiap hari, hendaklah ia terus membaca surah al-Baqarah sesuai kemampuannnya, lalu diteruskan keesokkan harinya.

Selain itu, kita perlu menambah dengan membaca surah al-Falaq dan surah an-Nas dalam proses menyembuhkan jiwa secara menyeluruh.

Di penghulu segala hari ini, mari kita muliakan masa kita dengan memperbanyak bacaan Al-Quran. Kitab ulung kita inilah petunjuk, penawar dan jawapan kepada semua masalah yang hinggap dalam diri kita.

Moga kesihatan dan kesejahteraan sentiasa jadi milik kita.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Salam Jumaat buat semua sahabat kesayangan Tok Abah.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

02 Jun, 02:46


30 checklist nak capai kebahagiaan hari ini:

1. Pilih untuk berbaik hati.
2. Makan untuk menghilangkan kenyang bukan makan berlebihan.
3. Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari.
4. Solat awal waktu.
5. Sentiasa jujur dalam apa jua urusan.
6. Berimpian besar.
7. Sentiasa bersabar.
8. Jangan cepat menghukum.
9. Senyum selalu.
10. Sayangi diri sendiri.
11. Mudah memaafkan orang.
12. Zahirkan kesyukuran.
13. Fikir positif.
14. Minum air masak sekurangnya 2 liter sehari.
15. Yakin dengan diri sendiri.
16. Berfikiran terbuka tetapi perlu ada asas agama yang kukuh.
17. Penuhkan keperluan terlebih dahulu.
18. Jangan beri alasan tetapi beri bukti dan fakta.
19. Bercakap dengan sopan di hadapan orang lain.
20. Mendengar untuk faham.
21. Pilih untuk yakin berbanding ketakutan.
22. Buat sekarang, jangan tangguh!
23. Praktikkan disiplin diri.
24. Sentiasa lihat hikmah dan pembelajaran.
25. Jangan ada sikap membandingkan terutama menerusi media sosial.
26. Lihat kegagalan sebagai peluang untuk bangkit!
27. Jangan suka buat andaian tanpa ada analisis terperinci.
28. Pilih kawan yang akan bawa kamu ke level yang lebih baik dan tinggi.
29. Berbaktilah dengan ibubapa tatkala mereka masih ada.
30. Pastikan ada pola tidur yang sihat.

Anak cucu Tok Abah,

Print checklist ini dan tampal di bilik masing-masing ya supaya jadi peringatan dan capai kebahagiaan sebenar dalam hidup.

Tok Abah sentiasa doakan kejayaan kalian ya.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Berusaha untuk kecap kebahagiaan ya.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

01 Jun, 08:02


Bila kita minta rezeki pada Allah SWT, ia datang dalam pelbagai bentuk dan cara:

1. Rezeki dapat bangun awal pagi.
2. Rezeki diberikan satu lagi masa untuk menerokai hidup.
3. Rezeki dapat berteduh di bawah satu bumbung.
4. Rezeki dapat berjumpa mak ayah.
5. Rezeki dapat bermesra dengan adik beradik.
6. Rezeki dapat berjumpa sahabat handai.
7. Rezeki dapat berpuasa dan berbuka sama-sama.
8. Rezeki dapat bergerak ke mana-mana.
9. Rezeki diberikan kesihatan dan kecergasan.
10. Rezeki diberikan udara untuk bernafas.
11. Rezeki diberikan kenderaan untuk bergerak.
12. Rezeki diberikan keamanan negara.
13. Rezeki diberikan internet untuk membuat carian ilmu.
14. Rezeki diberikan pakaian untuk menutup aurat.
15. Rezeki diberikan dapat belajar.
16. Rezeki diberikan mata untuk melihat.
17. Rezeki diberikan hati untuk merasa.
18. Rezeki diberikan akal untuk berfikir.
19. Rezeki diberikan tangan dan kaki untuk bekerja.
20. Rezeki diberikan Islam untuk menjadi pegangan hidup.

Ini kalau Tok Abah senarai sampai 100 pun belum tentu habis, rezeki-rezeki yang kita dapat nikmati hari ini. Apa yang Tok Abah nak sampaikan adalah terlalu banyak rupanya rezeki Allah kurnia buat kita.

Sama ada kita sedar dan tak sedar saja. Dan mindset kita, jangan pandang rezeki tu dari sudut kewangan sahaja. Kerana asas rezeki yang sebenar-benarnya adalah pemberian dari Allah yang Maha Esa.

Apa sahaja yang kita terima, baik mahupun buruk, tetap juga rezeki. Contohnya, jika kita sakit, tetap juga rezeki. Rezeki yang mengingatkan kita pada Allah SWT dan mengajar kita untuk lebih menghargai kesihatan.

Semoga pagi yang tenang dan cerah ini beri kita kedamaian untuk merenung semula, betapa luasnya rezeki dari yang Maha Esa.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Ucapkan Alhamdulillah.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

30 May, 11:43


Nak,

Percayalah,
Rezekimu akan hadir di waktu yang tepat,
Dengan cara yang tak disangka-sangka,
Dan dalam bentuk yang berbeza.

Maka,
Letakkan kepercayaanmu hanya pada Allah SWT,
Hanya Dia pemberi rezeki.

Bersabarlah.
Waktu itu akan tiba.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

25 May, 03:41


Wahai suami,

Bantulah isteri cuci pinggan mangkuk di dapur sebagai tanda kamu membalas jasanya memasak juadah untukmu sekeluarga.

Wahai suami,

Bantulah isteri lipat semua baju yang sudah berlonggok di atas katil tu sebagai tanda kamu membalas jasa isteri membasuh dan menjemur pakaian itu semua.

Wahai suami,

Bantulah isteri menyapu lantai sebagai tanda kamu turut menghargai rumah yang telah dijaganya dengan baik. Semasa itu, kamu bukan sahaja melihat sampah tetapi juga kamu melihat helaian rambut isterimu yang gugur.

Semakin kamu menyapu, semakin itu kamu lihatnya dengan banyak. Dan semakin itu juga kamu sedari, bahawa isterimu telah tua dan semua itu kesan stress mengurus rumahtangga.

Wahai suami,

Bantulah isterimu dengan memicit badan dan layani dia seperti dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.

Dia telah penat selama ini berhempas pulas menjaga kita semua, berilah dia rehat secukupnya terutama di waktu cuti begini.

Bila dia dapat rehat, dia bahagia.
Bila dia bahagia, kita dan seisi rumah juga bahagia.

Santuni isteri dengan penuh cinta.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Semarak cinta terus bahagia!

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

23 May, 04:01


Nak, jangan pernah berhenti dari berbuat kebaikan. Kamu tidak akan tahu, betapa hebatnya nikmat Allah yang sampai dalam hidup nanti.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

23 May, 00:46


Tukarkan semua perkara di bawah ini untuk jadi insan luar biasa:

1. Tengok movie/drama --> Baca buku.
2. Makan fast food --> Masak sendiri dan kurangkan minyak.
3. Rakan toksik --> Mentor.
4. Tidur berlebihan --> Bersenam.
5. Selalu komplain --> Selalu bersyukur.
6. Overthinking --> Bertindak.
7. Menyalahkan --> Ambil tanggungjawab.

Anak cucu dan sahabat Tok Abah,

Jika penat, tutup handphone dan pergilah tidur.

Jika lesu, pergi mandi dan segarkan badan.

Jika ragu-ragu, catat di dalam buku, senaraikan segala keraguan. Tulis dan muntahkan segala-gala yang ada dalam benak fikiran. Kemudian baca dan kamu akan nampak lebih jelas perkara itu sia-sia.

Jika depresi, keluar melihat alam semulajadi. Luang masa dengan keluarga, kawan-kawan atau haiwan peliharaan.

Jika marah, bersenam dan buat full cardio workout.

Jika cemburu, fokus pada pembangunan diri dan kualiti hidup.

Ingatlah sentiasa ada peluang baharu untuk perbaiki diri serta jadi insan luar biasa setiap hari. Jangan tenggelamkan diri kita dengan perkara tak bermanfaat serta kekal bertenaga sepanjang masa ya!

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Teruskan berbakti.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

21 May, 23:00


Bosan jadi biasa?

Di lubuk hati kita, kita mesti pasang niat nak lakukan perkara hebat dan luar biasa.

Tetapi ada ‘biawak’ dalam minda hingga kerap kata:

Nanti orang cakap aku perasan bagus.
Terlalu beriya-iya.
Memandai-mandai.
Cukuplah dengan apa yang ada ni. Tak perlulah nak kejarkan sangat.

Pemikiran begitu yang buat kita kekal berada di tahap yang sama. Kita kena sedar hakikat ini.

Mulut orang memang kita tak boleh tutup. Fokus pada usaha kita sahaja.

Kita kena beriya-iya tetapi bukan sekadar kata-kata tetapi kena bertindak.

Kumpul pengalaman supaya jadi pandai dan mahir.

Kita fokus buat baik. Kita sebenarnya sedang mengejar akhirat. Bila kejar akhirat, dunia pasti menuruti kita.

Anak cucu Tok Abah,

Kita dicipta oleh Allah Maha Hebat, maka kita tak boleh merendahkan ciptaan Allah yang hebat untuk kita. Terutama akal untuk berfikir, dan hati untuk menilai.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

21 May, 11:00


10 tanda bahawa hati kamu sedang pulih:

1. Kamu sudah maafkan dan lebih memaafkan berbanding dari orang yang berbuat salah.

2. Kamu tidak respon kepada perkara tak berfaedah.

3. Kamu jadi lebih peka dan prihatin pada sekeliling kamu.

4. Kamu jadi ‘kebal’. Maksudnya tak mudah terpengaruh dengan emosi dan perasaan orang lain.

5. Kamu sudah pandai mengawal dan mengendalikan emosi dan perasaan kamu sendiri.

6. Empati kamu lebih besar.

7. Kamu jadi orang yang lebih bersyukur dan memandang setiap sesuatu itu pasti ada hikmah.

8. Ada ketenangan yang muncul dari dalam hati kamu sendiri.

9. Kamu ada matlamat dan niat yang lebih jelas.

10. Kamu mempunyai sifat juang yang tinggi dan lebih perkasa peribadinya.

Anak cucu dan sahabat Tok Abah,

Cari ruang untuk “self-healing”. Fokus untuk mengubati hati kerana selama ini kamu banyak guna hati, hingga diri kamu sendiri terseksa.

Maka, dekatkan diri dengan beribadah. Solat di awal waktu, solat taubat selalu, maafkan semua orang ya, nak. Inn shaa Allah, kamu akan pulih dalam masa terdekat ini.

Yakinlah.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Tepuk dada, tanya iman.