F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

@sejarahform1cikgushah


Selamat datang ke channel Telegram Cikgu Shahzalina. Channel ini khas untuk kelas online, perkongsian bahan dan latihan subjek Sejarah Tingkatan 1 sahaja.

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

20 Oct, 15:21


Cadangan tarikh untuk ulangkaji sempena UASA bersama saya.

T3 - Jumaat, 1 Nov, 10am - 12pm
T2 - Jumaat, 1 Nov, 8.30 - 10pm
T1- Sabtu, 2 Nov, 10am - 12pm

Save the date. Posters will be shared soon!

Yuran RM20 sahaja.
Hubungi @CikguShah untuk mendaftar ya.

#CikguShah
#jomskorsejarah
#easysejarahwithcikgushah

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

16 Oct, 00:02


https://storymaps.arcgis.com/stories/1ba69ca9c31b4183b1ee486c36364198

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

12 Oct, 16:22


https://youtu.be/ZQw3tRpy9N4?si=_uB8sQgWn9gAdBNQ

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

12 Oct, 16:22


Video ringkas sejarah tingkatan 1 bab 6 PENINGKATAN TAMADUN YUNANI DAN ROM
https://www.youtube.com/watch?v=_WBUEvIxygw

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

05 Oct, 15:05


πŸ“ Gred markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2024

A (82-100) - Cemerlang
B (66-81) - Kepujian
C (50-65) - Baik
D (35-49) - Memuaskan

Mencapai tahap minimum
E (20-34)

Belum mencapai tahap minimum
F (0-19)

πŸ”΅ TELEGRAM INFO SPLKPM
https://t.me/SPLKPM2021

🎚️ CHANNEL WS INFO SPLKPM
https://whatsapp.com/channel/0029Va1xj660gcfORr1JjP2L

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

22 Sep, 04:44


Hari ini 33 tahun yang lalu, akses kepada Skrol Laut Mati diberi kepada khalayak umum buat pertama kalinya.

Skrol Laut Mati adalah koleksi manuskrip purba berusia lebih 2,000 tahun yang ditemukan di Qumran dekat laut Laut Mati mulai 1947. Ia dipercayai ditulis oleh orang Essene, satu cabang kaum Yahudi yang mendiami sekitar Qumran waktu itu.

Ditulis pada kulit haiwan, kertas papyrus & beberapa kepingan gangsa, ia merupakan antara penemuan arkeologi terpenting dalam sejarah kerana ia manuskrip terbesar & tertua yang menjadi jendela kepada rahsia zaman awal agama Samawi.

Setelah ia ditemukan & dikumpul, kesemua koleksi manuskrip itu berada di bawah jagaan Autoriti Antikuiti Israel yang hanya membenarkan sekumpulan kecil pengkaji yang dilantik badan itu untuk membuat penyelidikan & penerbitan kandungannya.

Sebahagian besar skrol yang hampir sempurna diterbitkan tak lama selepas penemuan, namun majoriti manuskrip itu terdiri daripada cebisan-cebisan kecil & akses kepada dokumen yang belum diterbitkan itu hanya diberi kepada kumpulan terpilih tersebut.

Bermula gerakan untuk menggesa pembukaan akses lebih luas kepada manuskrip itu pada 1980-an, mendorong Autoriti Antikuiti Israel untuk menurutsertakan lebih ramai penyelidik. Begitu pun, ia masih terhad kepada subjek yang dibenarkan sahaja.

Pada 22 September 1991, Huntington Library di California membuka akses tanpa had terhadap koleksi 3,000 gambar lengkap daripada seluruh teks skrol purba tersebut yang diketahui dalam simpanan mereka kepada semua penyelidik.

Tindakan perpustakaan itu mencetuskan kemarahan beberapa pihak yang melihatnya sebagai tak beretika. Namun pihak Huntington Library menegaskan mereka tak terikat kepada mana-mana perjanjian yang menghalang mereka berbuat demikian.

Gambar-gambar dalam koleksi Huntington Library itu diambil oleh ketua jurugambar perpustakaan tersebut sepanjang siri lawatannya ke Israel sejak 1980.

Sumber: History, Britannica, UPI, The New York Times

#PeristiwaHariIni

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

16 Sep, 08:15


Hari Malaysia adalah hari untuk meraikan kekuatan kita sebagai sebuah negara yang bersatu.

Semoga Hari Malaysia ini membawa lebih banyak kemakmuran dan kebahagiaan kepada kita semua.

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

16 Sep, 06:26


Tugu Negara, siap dibina pada tahun 1966, adalah simbol penghormatan kepada pahlawan yang gugur demi keamanan dan kemerdekaan negara.

Idea pembinaan monumen ini dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.

Monumen ini melambangkan semangat perjuangan rakyat Malaysia dari zaman penjajahan hingga mencapai kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.

Selamat Hari Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#BanggaMalaysia
#AWANInews

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

09 Sep, 03:57


Khas program cuti sekolah. Bengkel bukan sekadar ajar macam mana nak jawab soalan peperiksaan sahaja. Saya fokus kepada mendidik murid memahami konten buku teks dahulu.

Saya kongsikan dahulu program khas untuk anak-anak tingkatan 1 ya.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya @CikguShah. Terima kasih!

#CikguShah
#SejarahItuMudah
#EasySejarahWithCikguShah

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

31 Aug, 04:07


Hari ini 54 tahun yang lalu, Rukun Negara diisytiharkan.

Sentimen perkauman yang dimainkan pasca Pilihan Raya Umum 1969 mencetuskan detik hitam yang terpahat dalam sejarah negara, huru-hara pada 13 Mei yang meretakkan kestabilan negara hanya selepas 12 tahun kemerdekaan dicapai.

Lantas ditubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang dikepalai oleh Timbalan PM, Tun Abdul Razak Hussein sebagai Pengarah bersama beberapa orang menteri & ketua-ketua badan kerajaan untuk menjelmakan solusi kepada permasalahan yang berlaku.

Di bawah Mageran, Tun Razak mempengerusikan Majlis Perundingan Negara yang dianggotai oleh 3 orang menteri (Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Tun Tan Siew Sin & Tun V.T. Sambanthan) serta wakil-wakil pertubuhan masyarakat dari segenap lapisan.

Mesyuarat pertamanya diadakan pada 27 Januari 1970 & selepas beberapa bulan, majlis tersebut merumuskan sebuah ideologi untuk dijadikan pegangan setiap rakyat Malaysia bagi memastikan seluruh warga menyatu demi objektif dan prinsip yang sama.

Lahirlah Rukun Negara, yang diisytiharkan oleh YDP Agong ke-4, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Zainal Abidin ketika upacara Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-13 pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara terdiri daripada 2 bahagian:

Bahagian 1: BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil & saksama;

Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya & berbagai-bagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Bahagian 2: MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, MyWilayah

#PeristiwaHariIni

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

30 Aug, 17:00


Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan menghargai perpaduan negara melalui kerjasama semua kaum di Malaysia.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan kali ke-67. β€πŸ‡²πŸ‡Ύ

#CikguShah

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

19 Aug, 22:06


The Colosseum is not the only amphitheater built by the Romans.
Many other examples of these grandiose structures are found throughout the former Roman Empire, testifying to Rome's expansion and influence in the ancient world.

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

06 Aug, 12:35


Soalan esei fave Bab 6 Tingkatan 1.

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

03 Aug, 16:56


PdPc merentas kurikulum: #SEJARAH + #MATEMATIK

Hari ini saya mengajar tentang sumbangan Tamadun Mesir Purba. Salah satu sumbangan mereka yang hebat dan masih digunakan sehingga kini adalah matematik ukuran (measurement mathematics) dan geometri.

Teorem Pythagoras yang kita semua belajar di sekolah tu diperkenalkan oleh seorang lelaki Yunani bernama Pythagoras.

Pythagoras (kira-kira 580 SM–500 SM, Greek: Ξ Ο…ΞΈΞ±Ξ³ΟŒΟΞ±Ο‚) merupakan seorang ahli matematik dan falsafah dari Greece. Beliau paling terkenal untuk Teorem Pythagoras, dan merupakan pengasas falsafah Pythagoreanism, yang menyatakan bahawa semua berkait dengan matematik, dan boleh diramal atau diukur dalam sebuah corak atau ulangan.

Beliau belajar melalui tinggalan piramid Mesir Purba, yang berjaya dibina secara tepat dan sistematik ukurannya. Terdapat bukti arkeologi yang menunjukkan bahawa kiraan segi tiga sudut tegak dicatatkan oleh orang Mesir Purba dalam skrol yang diperbuat daripada kertas papirus dan ditulis dalam tulisan Hieratic. Tulisan Hieratic adalah bentuk tulisan yang lebih maju daripada tulisan asal Mesir Purba iaitu Hieroglif yang lebih banyak menggunakan simbol-simbol.

Maka saya tunjukkan pelajar teorem ini menggunakan formula dan beserta bukti melalui alat pengukuran. Saya lukis segitiga sudut tegak dengan ukuran sisi 3cm x 4cm. Pelajar diminta mengukur hipotenusnya. Terbukti ukuran hipotenus adalah 5cm, sama ada melalui pengukuran menggunakan pembaris ataupun menggunakan formula Theorem Pythagoras.

Siapa kata belajar sejarah itu membosankan?

#CikguShah
#EasySejarahWithCikguShah