NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

@nfvavirtualassistantgroup


BUSINESS GROWTH TIPS, VIRTUAL ASSISTANT STRATEGY AND PLANNING

NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

22 Oct, 06:21


Bila kita cakap pasal comfort zone, mesti ramai yang rasa “Eh, takpe la, selesa je kat sini. Selamat. Terkawal.” Tapi hakikatnya, kalau kita nak grow atau berkembang, kita kena berani keluar dari zon selesa tu.

Macam jadi Virtual Assistant (VA), kalau you duduk dalam zon selesa, buat benda yang sama setiap hari, peluang nak berkembang tu mungkin terbantut. Actually, ada 4 zon yang boleh jadi panduan untuk you all nak capai impian sebagai VA yang berjaya:

1. Zon Selesa (Comfort Zone):

Di sinilah semua benda nampak ‘ok’. Kerja biasa, tak ada risiko besar, dan reward pun biasa-biasa je. Kat sini you mungkin rasa selamat, tapi... adakah you puas hati dengan apa yang you buat sekarang? VA yang cuma buat kerja rutin takkan dapat peluang besar kalau tak cuba benda baru. Betul tak?

2. Zon Takut (Fear Zone):

Ni fasa bila you cuba keluar dari zon selesa – mula rasa tak confident. "Boleh ke aku handle projek ni? Apa orang kata kalau aku gagal?" Dalam bidang VA ni, takut tu biasa, terutama bila mula nak ambil job yang lebih besar. Tapi you all jangan risau. Semua orang ada fasa ni! Yakin je, sebab feedback dan pandangan orang lain boleh tolong you perbaiki skill you, bukan jatuhkan.

3. Zon Pembelajaran (Learning Zone):

Bila you dah berani keluar dari zon takut tadi, you akan mula belajar benda-benda baru. Contohnya, you ambil kursus tambahan untuk polish skill VA you – belajar buat content planning ke, social media management yang lebih strategik ke. Lagi banyak you belajar, lagi luas comfort zone you. Lama-lama, benda yang dulu nampak susah, dah jadi mudah!

4. Zon Pertumbuhan (Growth Zone):

Yes, finally! Bila you dah conquer semua cabaran dan masalah, you masuk zon ni. Di sinilah you capai impian, bina nama dalam industri VA, mungkin boleh jadi inspirasi untuk bantu VA lain pula! Mungkin juga impian you nak bekerja dari mana-mana saja, sambil jalan-jalan, dah jadi kenyataan.

Jadi, kalau sekarang ni you rasa stuck atau terlalu selesa, cuba fikir balik – sekarang you berada dekat dalam zon mana? Jangan takut nak berubah, sebab dunia VA ni penuh dengan peluang untuk you all berkembang. Yang penting, berani cuba dan jangan takut buat silap. Sebab dari silap tu la kita belajar, kan? But, trust me you can do this 💪

NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

22 Oct, 06:21


Which one is your zone right now? 👉👈

NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

22 Oct, 01:03


siapa yang di sini berminat untuk mengajar dan menjadi trainer yang di iktiraf oleh JPK? boleh join jugak group ni dan i sendiri akan bimbing untuk menjadi seorang trainer yang berkualiti

https://chat.whatsapp.com/C6p4DHkJAZc8dgglLiwUxV

NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

21 Oct, 05:57


Kenapa Perubahan Gagal?

Hai semua, hari ni saya nak kongsikan satu model menarik iaitu Lippitt-Knoster Model yang menjelaskan kenapa perubahan sering kali gagal. Model ini terbahagi kepada beberapa elemen penting yang perlu ada untuk memastikan perubahan berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Dalam usaha kita sebagai Virtual Assistant yang sentiasa berdepan dengan perubahan teknologi, cara bekerja, dan keperluan pelanggan, elemen-elemen ini sangat penting:

1. Vision (Visi) – Perubahan mesti bermula dengan visi yang jelas. Tanpa visi, apa yang kita buat hanya akan mendatangkan kekeliruan.
2. Skills (Kemahiran) – Ada visi sahaja tak cukup. Kita perlukan kemahiran untuk melaksanakan perubahan tersebut. Kalau tiada kemahiran, kita akan rasa cemas atau tak yakin.
3. Incentives (Insentif) – Motivasi juga penting. Kalau tiada insentif, kita akan berdepan dengan rintangan atau kurang semangat untuk bergerak ke hadapan.
4. Resources (Sumber) – Tanpa sumber yang mencukupi, perubahan akan buat kita rasa frustrasi sebab tak boleh buat dengan baik walaupun ada kemahiran.
5. Action Plan (Pelan Tindakan) – Akhir sekali, tanpa pelan tindakan yang jelas, perubahan akan menyebabkan permulaan yang salah dan mungkin gagal mencapai apa yang kita inginkan.

Setiap elemen ini saling melengkapi. Jika salah satu tiada, perubahan boleh gagal. Jadi, jika anda sedang merancang perubahan dalam perniagaan atau kerjaya anda sebagai VA, pastikan semua elemen ini dipertimbangkan. Jom terus maju dan berubah dengan cara yang lebih efektif!

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberi inspirasi kepada anda semua untuk terus berjaya! 💪

NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

21 Oct, 02:29


group ni bukan untuk suruh you ambil SKM semata mata tapi ni program pembangunan VA berkemahiran tinggi sepanjang tahun di bawah persatuan virtual professional services Malaysia untuk 2025 dan seterusnya..

kenapa kita asingkan sebab yang ini info dari persatuan mudah kita nak share dalam whatsapp group tu nanti

yang dah jadi VA atau yang dah ambil SKM sebelum ni amat dialu alukan juga ya untuk kita mantapkan lagi potensi diri

NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

21 Oct, 00:34


Morning,Hi you all, semalam
saya baru jumpa pengurus pusat jpk dan bincangkan hala tuju va di malaysia dalam memastikan semua va malaysia dapat lesen untuk menjadi va dan kita akan mulakan dengan SKM3 untuk va semua tauliahkan skill masing masing

target kita pada 2025 akan ada program pembangunan va berkemahiran tinggi dan tauliah di bawah program JPK dan inshaa allah kita juga akan masuk ke MARA untuk connection to business owner..

di sini akan ada beberapa SKM3 sebagai pilihan tawaran sijil pengiktirafan kemahiran virtual assistant jadi siapa yang berminat untuk join "program pembangunan va berkemahiran tinggi" di bawah persatuan virtual professional services association boleh daftar nama dahulu dan kita akan update kemudian info info penting

Jadi, kita akan buka satu Group Support ya untuk sesiapa yang berminat, boleh join group support kita dulu.

Join di sini:

https://chat.whatsapp.com/C6p4DHkJAZc8dgglLiwUxV


-Coach Fatin ‎-

NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

19 Oct, 01:18


harini TSVA 5.0 dari 9am-6pm..semoga semua ilmu yang bakal disampaikan menjadi asbab rezeki anda melimpah ruah dan dapat menjadi VA yang baik akan datang 🩷

NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

18 Oct, 07:57


Dalam dunia networking, penting sangat untuk kita fokus pada kualiti dan nilai hubungan yang kita bina. Jangan terperangkap dengan kuantiti je—matlamat utama ialah berhubung dengan orang yang boleh bantu you capai goal dan beri peluang baru.

Tips paling penting: sentiasa berikan nilai dulu sebelum harapkan sesuatu balik. Dalam networking yang bagus, win-win untuk semua. Kalau rasa macam buang masa je dengan seseorang, mungkin dah tiba masa untuk you tapis rangkaian tu.

Ingat, networking yang produktif boleh jadi game-changer dalam kerjaya VA you! 💪😊

NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

18 Oct, 01:30


Pernah tak rasa macam semangat kerja hilang tiba-tiba? Sebagai Virtual Assistant, kita semua pernah lalu hari-hari yang stress, lagi-lagi bila kena handle macam-macam task serentak. Dari follow up client, buat content planning, manage admin kerja, sampai la kadang-kadang pening dan stress tak dapat cari klien baru. Serius, benda ni normal.

That's why, sebagai VA, mindset kita adalah senjata utama. Sebab tu dalam setiap webinar I pun, mindset akan jadi topik yang pertama sekali I akan deliver. Bila kita asyik stress tak dapat klien atau overwhelmed dengan kerja, affirmations ni boleh jadi reminder untuk diri sendiri – yang kita ni mampu, kuat, dan berbaloi untuk client ambil.

Bayangkan sebelum mula hari, you ambil 5 minit untuk ingatkan diri sendiri: "You got this. You are capable, you are strong." Dengan mindset yang positif, kerja yang banyak tu akan rasa lebih ringan. Bila kita percaya kat diri kita sendiri, aura confidence tu akan nampak, dan secara tak langsung client pun akan tertarik nak bekerja dengan kita.

Kadang-kadang kita kena jadi cheerleader untuk diri sendiri. Kalau tak ingatkan diri kita betapa hebatnya kita ni, siapa lagi? Dalam dunia VA, memang cabaran tu sentiasa ada – tak dapat klien, task bertimbun, tapi self-reminder macam ni boleh jadi ‘booster’ untuk teruskan hari dengan yakin.

So, cuba buat setiap hari. Take a moment untuk boost confidence you all, remind diri yang you are good enough, dan insyaAllah you akan attract lebih banyak peluang. 💪

NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

18 Oct, 01:30


Self-affirmations 🥰

NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

17 Oct, 01:43


Bila tiba masa untuk discovery call dengan client, inilah peluang terbaik you untuk kenal pasti apa yang mereka perlukan dan bagaimana you boleh bantu. Jom, sini kita nak share beberapa soalan penting yang boleh bantu you untuk navigate the conversation dengan lebih menyakinkan. Jom tengok apa yang you boleh tanya:

1. Apa cabaran utama yang client hadapi sekarang?

Dengan soalan ni, you dapat gambaran jelas tentang masalah yang client cuba selesaikan. Ini peluang untuk you tunjukkan yang you bersedia bantu dan faham situasi mereka.

2. Apa objektif utama projek ni?

Penting untuk tahu apa matlamat akhir client. Dengan faham apa yang mereka nak capai, you boleh susun kerja dengan lebih teratur dan tunjukkan yang you memang fokus untuk bantu mereka capai hasil terbaik.

3. Macam mana cara terbaik untuk you and client berkomunikasi?

Komunikasi yang jelas adalah kunci kerjasama yang berjaya. Tanya awal-awal tentang platform atau cara komunikasi yang client lebih selesa guna, supaya semuanya berjalan lancar tanpa kekeliruan. Sesetengah client suka email, ada yang suka WhatsApp atau Telegram. So, lebih baik tanya dari awal supaya senang nak sync nanti.

4. Apa anggaran bajet client untuk projek ini?

Jangan segan nak tanya tentang bajet. Dengan tahu anggaran client, you boleh buat keputusan yang lebih bijak tentang cara you akan bekerja dan pastikan ia sesuai dengan nilai yang you berikan. Tapi, kalau you dah ada standard rate atau harga tetap untuk servis tertentu, tak ada masalah pun untuk you present rate card yang you dah tetapkan. Ini boleh bantu client nampak dengan jelas pakej yang you tawarkan dan apa yang mereka bakal dapat.

5. Bila tarikh akhir atau jangka masa yang client tetapkan untuk projek ini?

Set expectations awal-awal tentang tempoh masa dan tarikh akhir projek. Ini bukan sahaja bantu you urus masa dengan lebih baik, tapi juga tunjukkan you serius nak pastikan semuanya diselesaikan mengikut jadual.

Ingat, discovery call ni bukan sekadar sesi bertanya semata-mata. Ia lebih kepada nak bina kefahaman dan hubungan dengan client. You nak pastikan yang kedua-dua pihak faham keperluan masing-masing dan selesa bekerjasama nanti.

Tapi yang paling penting, masa inilah you boleh tunjukkan keyakinan dan kesungguhan you sebagai Virtual Assistant yang professional, dan slowly build up your own confidence.

Trust the process, keep it up !

NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

16 Oct, 08:07


Hari ni, kami dapat feedback yang super best daripada salah seorang student kita! Katanya, beliau sangat puas hati dengan semua topik yang Coach & team kongsikan. Selama ni, tak sedar pun yang beliau sebenarnya dah buat kerja sebagai Virtual Assistant. Lepas join kelas, dengan bangganya boleh claim, "Yes, I’m a VA!" We at NFVA Connect so proud of you !

NFVA Connect memang sentiasa cuba berikan yang terbaik untuk you all yang nak mulakan langkah sebagai Virtual Assistant. Kami kongsikan segala ilmu dan tips, tapi yang paling penting, semua action still dekat tangan you. Sebab tu, so far semua kelas yang kita buat memang berdasarkan real practice dan real sharing daripada pengalaman sebenar. Kami bukan sekadar bagi teori, tapi sebolehnya kami share ilmu yang memang digunakan di lapangan. Matlamat kita jelas—nak sama-sama bangunkan industri Virtual Assistant ni di Malaysia. Bila kita kongsi ilmu, kita semua dapat sama-sama naik dan kuatkan lagi bidang VA ni kat negara kita.

So yang mana nak belajar jadi Virtual Assistant, jangan ragu-ragu lagi, tak perlu hold back, tinggal 2 bulan je lagi kita akan face 2025. So inilah masanya you all ambil the final action untuk belajar jdi VA demi matlamat yang akan datang.

Pendaftaran seminar offline kita masih buka ya. Sekarang ni ada harga promo RM199 je, jimat RM100 dari harga asal. But be quick, sebab tempat makin terhad!

Yang menariknya, kita tak cakap kosong—real clients akan hadir dan kongsi insights mereka tentang apa yang mereka cari dalam Virtual Assistant. And akan dapat sekali bonus membership, planner fizikal, guest speaker power, dan extra course untuk tambah skill VA. Serius, berbaloi sangat!

👉 Daftar kat sini: https://toyyibpay.com/WORKSHOP-OFFLINE-VA

Jumpa you all nanti 🥰

NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

16 Oct, 08:06


Another lovely feedback ❤️

NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

16 Oct, 06:20


https://vt.tiktok.com/ZS2E5TKWp/ sapa free jom live sekarang 🥰

NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

16 Oct, 01:33


more detail about our upcoming seminar 🥰

NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

16 Oct, 01:32


JADI VIRTUAL ASSISTANT TAPI TAK NAK NETWORKING?

Semalam i meet up a business owner in network event..just small gather saja tapi unexpected i jumpa ramai usahawan hebat dalam bidang masing2 dan kami banyak sharing dalam perjumpaan semalam.

I dapat bagi semua my business card dan share more about my business.

dalam dunia networking, kita bukan datang untuk hardsell servis kita tapi lebih kepada close the circle dalam dunia business dan sharing is caring to each other jadi kita akan dapat belajar banyak ilmu baru

andai kata la you dapat client F&B dan you ada perkara nak kena research or study, you boleh contact circle networking you dan tanya mereka pendapat. sangat membantu tauuu

Jadi virtual assistant mesti belajar networking sebab kita pun business owner jugak ya..

ambil peluang ni join seminar bersemuka kami pada 16 Nov 2024 9am-3pm di Bandar Utama PJ untuk belajar bagaimana untuk kita networking dan 5 modul yang disediakan ( boleh tengok previous post di atas )

Rugi sangat tak join korang!!!

NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

15 Oct, 04:19


https://vt.tiktok.com/ZS2K4Vbqr/ jom korang kita live kejap sekarang

NFVA CONNECT - VIRTUAL ASSISTANT COMMUNITY MALAYSIA

15 Oct, 01:36


Pernah tak you rasa macam tak layak, macam tak cukup bagus nak buat kerja ni? Itu sebenarnya Imposter Syndrome! Ia perasaan bila kita rasa macam tak cukup hebat, walaupun kita sebenarnya dah berjaya buat banyak perkara. Jangan risau, ramai yang lalui benda ni, especially bila kita baru nak mula bisnes sebagai Virtual Assistant. Tapi... jangan biarkan perasaan ni halang you untuk terus maju! Jom tengok macam mana nak atasi.

1. Kenapa You Start? Ingat Tu!:

Mesti ada sebab kenapa you pilih jadi Virtual Assistant. Mungkin sebab nak lebih masa fleksibel, nak urus keluarga sambil bekerja, atau nak bina kerjaya sendiri. Ingat balik ‘WHY’ you! Ini boleh jadi pembakar semangat bila rasa ragu-ragu tu datang.

2. Hentikan Perbandingan Diri:

Jangan sesekali bandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang ada perjalanan hidup dan bisnes yang berbeza. Bandingkan diri you dengan diri you yang semalam, bukan dengan orang lain! Setiap langkah ke hadapan, walaupun kecil, tetap kira sebagai kemajuan.

3. Celebrate Small Wins:

Baru dapat client pertama? Atau berjaya siapkan satu task dengan baik? Celebrate kemenangan kecil macam ni! Perkara kecil ni penting untuk boost semangat dan yakinkan diri you bahawa you sedang berada di landasan yang betul.

4. Cari Support System:

Kita tak boleh jalan sorang-sorang. Join komuniti Virtual Assistant, cari mentor, atau berkawan dengan orang-orang yang faham cabaran bisnes ni. Support system yang kuat boleh bantu you kekal positif dan terus maju ke hadapan!

5. Slowly but Surely:

Keyakinan diri tak datang sekelip mata. Macam pepatah "langkah sikit-sikit, lama-lama jadi bukit," setiap langkah kecil yang you ambil akan membawa you lebih dekat kepada keyakinan sebenar. Walaupun mula-mula rasa tak yakin, teruskan je! Lama-lama, keyakinan akan terbina dengan sendirinya, dan you dah boleh terus melangkah lagi.

Ingat, imposter syndrome hanya mainan perasaan. You dah capai banyak, dan you layak untuk berada di sini. Percaya dengan diri sendiri, dan teruskan usaha!